Sunday, July 31, 2011

PERKARA TIDAK DIINGINI TAPI MACAM KITA MENGUNDANGNYA..BERSEDERHANALAH DALAM SEGALA HAL

Tukar jantina perlu pengesahan

KUALA TERENGGANU – Golongan ‘khunsa musykil’ atau mereka yang mengalami kecelaruan jantina perlu mengesahkan jantina mereka dengan pakar perubatan terlebih dahulu sebelum mendapatkan perintah mahkamah bagi memudahkan penukaran jantina dilakukan.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Terengganu Khazan Che Mat berkata, kecelaruan jantina terjadi disebabkan sesetengah individu mempunyai dua alat kelamin sejak dilahirkan.
"Disebabkan hal ini, mereka akan keliru tentang jantina sebenar mereka dan pembedahan penukaran jantina akan berlaku disebabkan mereka tidak pasti mereka adalah wanita mahupun lelaki.
"Namun, sebelum melakukan pembedahan jantina, mereka seharusnya memohon kepada mahkamah untuk menukar jantina agar pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah dengan mudah tanpa berlaku sebarang kemusykilan kemudian hari,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian dana Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah di sini semalam.

Tragedi berdarah menjelang Ramadan



SEORANG penduduk menunjukkan kolah yang dikatakan tempat kepala Ismail terhantuk ketika bergelut dengan anak tirinya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah kelmarin.



ALOR SETAR – Tindakan seorang bapa yang menyerang anak tiri sulungnya selepas naik berang dengan tindakan pemuda tersebut yang merendahkan maruah anak angkat perempuannya mengundang padah apabila dia maut selepas tertikam ketika bergelut kelmarin.
Kejadian pukul 7.45 malam di saat umat Islam bersiap untuk menyambut Ramadan di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dekat sini itu mengakibatkan Ismail Ahmad, 58, menemui ajal apabila tertikam di dada kiri selepas dia didakwa bergelut dengan anak tiri sulungnya di sebuah rumah jiran yang terletak berdekatan rumah isteri keduanya.
Pembuat serunai itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hampir dua jam kemudian.
Mengimbau semula kejadian tersebut, saksi kejadian, Mohd. Jamil Ahmad, 27, memberitahu, ketika itu dia dan anak tiri mangsa sedang membaiki enjin bot dan kereta sebelum didatangi Ismail.
Katanya, Ismail kemudian membentak: “Tunggu di rumah tetapi tidak balik.”
“Mangsa kemudian telah memukul badan anak tirinya menggunakan kayu sebelum mereka bergelut selama 10 minit.
“Ketika itulah, anak tirinya yang sedang memegang pisau lipat dipercayai telah tertikam dada mangsa sebelum kepala Ismail terhantuk di dinding kolah yang berada di situ. Ismail kemudian cuba mengambil cangkul tetapi sempat dihalang sebelum rebah,” ceritanya di sini semalam.

Trauma selepas diculik, samun



NOR menunjukkan kesan lebam pada tangannya akibat dikasari empat penjenayah di Kampung Guntung Lua, Setiu Jumaat lalu.



SETIU – “Saya kini trauma dan menjadi takut apabila melihat kelibat lelaki lain kerana ia mengingatkan kejadian saya dilarikan sebelum disamun.”
Perasaan tersebut menghantui seorang guru wanita yang ingin dikenali sebagai Nor, 35, yang diculik sebelum disamun RM20,000 oleh sekumpulan empat lelaki menaiki sebuah kereta Perodua Myvi di hadapan rumahnya di Kampung Guntung Luar dekat sini Jumaat lalu.
Menurut Nor, sejak kejadian itu, kehidupannya begitu terganggu dan tidak tenang terutamanya apabila berdepan dengan sekumpulan lelaki.
Katanya, pengalaman hitam dalam hidupnya itu pasti akan diingatinya sampai bila-bila dan perlu mengambil masa untuk menjadi normal.
Mengimbau semula kejadian itu, Nor memberitahu, sebelum kejadian dia berada di laman rumah bersama seorang anak perempuannya berusia dua tahun sebelum didatangi seorang lelaki bertanyakan mengenai ‘Abang Din’ kira-kira pukul 6.30 petang.
“Lelaki itu kemudian beredar selepas saya mengatakan tidak tahu sebelum dia sekali lagi datang berlegar-legar di kawasan perumahan dengan menaiki kereta Myvi dengan tiga rakannya.
“Dia kemudian berhenti di depan rumah saya. Saya cuba masuk ke dalam rumah kerana takut tetapi dua lelaki yang keluar dari kereta terus memegang tangan dan menarik saya masuk ke dalam kereta,” ceritanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Semalam Kosmo! melaporkan, Nor kerugian RM20,000 selepas tiga utas gelang, seutas rantai dan sebuah telefon bimbit miliknya dilarikan empat suspek dalam kejadian culik di depan rumahnya.

Kecewa Perkeso tolak permohonan



NORIAH menunjukkan kesan kebakaran dan kecacatan yang dialami suaminya, Hussein menyebabkan beliau tidak dapat lagi bekerja di Seremban semalam.



SEREMBAN – Seorang bekas pekerja bank yang mengalami kecacatan kekal selepas terlibat dalam kebakaran setahun yang lalu melahirkan rasa kecewa dan tertekan apabila permohonannya untuk mendapatkan pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ditolak.
Menurut Hussein Ibrahim, 55, lebih malang dia kini tidak mempunyai sumber pendapatan untuk menampung keluarganya termasuk empat anak yang masih belajar kerana sudah bersara baru-baru.
Katanya, dia mengalami kecederaan ketika membantu isterinya, Noriah Abdul Samad, 48, berniaga makanan kecil-kecilan berhampiran Pasar Besar Seremban di sini pada Julai tahun lalu.
“Sebelum pergi bekerja saya singgah di gerai isteri untuk membantunya menghidupkan generator.
“Ketika menuang petrol ke dalam generator secara tiba-tiba api dapur menyambar baju menyebabkan badan saya terbakar,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Beliau berkata, ekoran kemalangan itu dia mengalami kecederaan pada tangan kanan, telinga dan sebahagian badan sehingga terpaksa dirawat di hospital selama lebih sebulan.

No comments:

Post a Comment