Berkat umrah
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my
imran@hmetro.com.my
BAHAGIA...Mawi dan Ekin mengharapkan kehadiran cahaya mata selepas dua kali keguguran.
Ditemui sewaktu menjayakan program rakaman Konsert Raya 1Malaysia, Muzik FM di restoran Seri Melayu Jalan Conley, di sini, semalam, Mawi berkata, dia bersyukur apabila doktor mengesahkan Ekin mengandung selepas mengalami keguguran dua kali sebelum ini.
“Walaupun gembira tetapi saya dan Ekin tetap berjaga-jaga kerana tidak mahu perkara sama berlaku. Kalau boleh saya tidak mahu menghebohkan perkara ini sehinggalah kandungan benar-benar kuat. “Sebaik diberitahu doktor mengenai kandungan Ekin, siang malam saya berdoa agar kandungan kali ini selamat,” katanya.
Mawi berkata, dia membawa isterinya membuat pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Bangi, selepas Ekin mengadu tidak datang bulan. “Sudah tentu dalam hati saya berasa sangat gembira dan teruja. Bagaimana pun saya tidak mahu terlalu suka, rasa bimbang tetap ada. Saya meminta agar peminat mendoakan saya dan Ekin agar impian mahu menimang cahaya mata tercapai,” katanya.
Mawi tidak menafikan sewaktu menunaikan ibadat umrah pada April lalu, satu daripada doanya di hadapan Kaabah ialah agar mereka dikurniakan cahaya mata, dan bersyukur doa itu dimakbulkan Allah.
“Sekarang, Ekin tidak akan ikut saya bekerja, kecuali untuk menghadiri majlis khas dan tidak memerlukan dia banyak bergerak. “Doktor menasihati Ekin agar lebih berhati-hati dan banyak berehat untuk minggu awal kehamilan sehingga kandungan benar-benar kuat,” katanya.
Mawi berkata, setakat ini, isterinya belum menunjukkan sebarang tanda mengalami alahan atau mengidam untuk makan makanan tertentu.
Wati ada RM40j
Oleh Murni Wan Omar dan Syah Rul Aswari Abdullah
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
BINCANG...tiga peguam bela, Amer (dari kiri), Gurbachan Singh dan Manjeet berbincang di luar kamar mahkamah sebelum mendengar keterangan saksi.
Ahli perniagaan itu yang tampil sebagai saksi pendakwaan ke-24 berkata demikian ketika menjawab soalan peguam bela, Manjeet Singh Dhillon pada hari ketujuh perbicaraan kes bunuh Sosilawati dan tiga individu lain.
MANJEET: Adakah kamu tahu berhubung status dan kedudukan kewangan syarikat Sosilawati pada Ogos 2010?
BUHARI: Saya tahu sedikit.
MANJEET: Berapa jumlah simpanan syarikat?
BUHARI: RM40 juta di bawah nama dia dan bukan menerusi akaun syarikat.
MANJEET: Adakah dia (Sosilawati) memberi kamu butiran berhubung akaun itu atau ia hanya anggapan kamu?
BUHARI: Saya mendapat maklumat ini daripada anak.
Terdahulu, Buhari yang berkahwin dengan Sosilawati pada 1985 dan bercerai pada 2006 berkata, dia mengetahui urusan pembelian tanah syarikat Sosilawati di Pulau Pinang pada harga RM25 juta dan bekas isterinya itu perlu membayar RM2.5 juta atau 10 peratus daripada nilai itu.
Menurutnya, Sosilawati membayar antara RM1.2 dan RM1.25 juta daripada jumlah RM25 juta itu, namun dia tidak mengetahui sama ada Sosilawati menerusi salah satu syarikatnya, Southern Symphony Sdn Bhd menjalankan urus niaga berkenaan secara perkongsian dengan individu bernama Suhaimi atau Sabari.
MANJEET: Ada kamu periksa berhubung pembayaran RM1.2 juta pada akaun Southern Symphony?
BUHARI: Tidak ada.
MANJEET: Setuju jika saya katakan Southern Symphony adalah ‘syarikat RM2’?
BUHARI: Setuju... mungkin boleh jadi ya, boleh jadi tidak.
MANJEET: Adakah awak tahu siapa (Datuk) Abdul Rahman Palil?
BUHARI: Ya, dia wakil rakyat.
MANJEET: Adakah kamu tahu tanah itu dijual kepada syarikat Abdul Rahman?
BUHARI: Tidak.
MANJEET: Walaupun Sosilawati bawa kamu berjumpa dengan peguamnya, ada dia (Sosilawati) beritahu berhubung perkara ini?
BUHARI: Tidak
MANJEET: Ada Sosilawati beritahu macam mana dia dapat tahu pasal tanah itu?
BUHARI: Tidak
Pada prosiding semalam, Buhari yang pernah bertugas sebagai pengurus bank kira-kira lapan tahun, turut mengesahkan Sosilawati gemar membeli dan menjual semula tanah untuk mendapat keuntungan.
MANJEET: Tahun lalu, beliau (Sosilawati) kena tindakan di Kuala Lumpur sebab buat perjanjian tetapi tak mahu jual?
BUHARI: Ya
MANJEET: Bila dapat tahu kes itu?
BUHARI: Saya tidak tahu. Tapi saya yang mengendalikan kes itu sekarang. Apabila Sosilawati sudah tak balik rumah, anak saya minta tolong (uruskan kes itu). Seingat saya, kes itu sudah selesai.
MANJEET: Bangunan itu dijual kepada orang berkenaan?
BUHARI: Ya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung hari ini.
‘Tak pernah cerai’
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
idayu@hmetro.com.my
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ismail, 39, berkata kejadian berlaku ketika dia bersemuka dengan pasangan berkenaan di sebuah rumah di Pandan Jaya di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin. “Lelaki itu berkata dia sudah berkahwin dengan isteri saya, sedangkan saya tidak pernah menceraikannya,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam. Menurutnya, selain dipukul dengan kayu hingga cedera di muka, telinga dan bibir, lelaki berusia 26 tahun itu turut memintanya wang sebanyak RM2,500.
“Katanya, wang itu untuk membiayai kos perkahwinan mereka dan mahu membayar sewa rumah yang didiaminya bersama isteri saya,” katanya.
Ismail berkata, isterinya yang berusia 29 tahun dan dikahwini sejak 1995 mula berubah sikap sejak mengenali lelaki terbabit sehingga tergamak meninggalkannya pada Oktober tahun lalu.
“Tanpa diduga, saya terserempak dengan mereka di sebuah pasar malam dua minggu lalu. Ketika itulah lelaki terbabit berkata dia sudah berkahwin dengan isteri saya.
“Dakwaan itu mengejutkan kerana saya tak pernah menceraikan isteri dan masih menyayanginya,” katanya.
Malam kelmarin, Ismail bersemuka dengan isterinya dan lelaki itu di sebuah rumah di Pandan Jaya kerana mahu mendapat penjelasan lanjut serta memujuk isterinya kembali ke pangkuannya.
“Lelaki itu bukan saja tidak membenarkan isteri saya mengikut saya, malah saya dipukul dengan kayu di muka, telinga dan bibir hingga cedera dan mendapat rawatan di Hospital Ampang.
Berikutan kejadian itu, Ismail membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.
Cepat selesai mahu kahwin lain
KAJANG – Vokalis kumpulan Exist yang popular dengan panggilan Joey memohon supaya Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini mempercepatkan kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk semula yang dikemukakan oleh isterinya kerana dia mahu berkahwin lain.
Joey di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah memberitahu mahkamah bahawa dia akan bernikah pada tahun ini.
“Insya-Allah, tarikh belum ditetapkan lagi. Tetapi wanita tersebut bukan plaintif, Noraini,” katanya ketika Abdul Halim bertanya siapa gerangan wanita tersebut yang bakal dinikahinya.
Terdahulu, ketika disoal balas oleh peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Joey, 37, pelakon itu menafikan dakwaan Noraini Nasir, 45, yang mengatakan mereka telah rujuk semula selepas empat hari Joey melafazkan cerai talak satu terhadapnya.
Selain itu, defendan turut menafikan dakwaan plaintif bahawa mereka mengadakan hubungan kelamin pada 8 Jun 2010.
Bekas isteri artis tuntut hutang nafkah dua anak
KUALA LUMPUR – Bekas isteri penyanyi terkenal, Zainal Abidin memfailkan keterangan bertulis di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam berhubung tuntutan hutang nafkah dua orang anak berjumlah RM167,102.04 yang dikemukakan terhadap artis berkenaan.Natasha Gabriel Abdullah, 52, selaku plaintif diwakili peguam syarie, Norhusniah Husin mengemukakan dokumen itu di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain.
Natasha kemudian mengesahkan segala butiran yang terkandung di dalam dokumen tersebut.
Bekas model itu mengemukakan tuntutan tersebut yang merupakan hutang nafkah sejak tahun 2002 sehingga kini. Ia meliputi hutang yuran persekolahan, kelas agama dan perubatan.
Fail permohonan penjara bonda
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini memberi kebenaran kepada Putera Azamuddin Shah Abdul Shah, anak saudara Sultan Selangor memfailkan permohonan komital (permohonan menghina mahkamah) untuk memenjarakan bondanya kerana didakwa mengingkari perintah mahkamah.Kebenaran itu diberikan pada 23 Jun lalu dan permohonan itu sepatutnya didengar semalam di hadapan Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah.
Peguam Datuk Rajan Navaratnam yang mewakili Putera Azamuddin Shah memberitahu pemberita, hakim menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes itu disebabkan peguam yang mewakili, Tengku Putri Arafiah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz, 57, yang merupakan adinda Sultan Selangor, tidak hadir ke mahkam
No comments:
Post a Comment