Tuesday, July 12, 2011

TIADA HALAL...KITA AWASLAH....TAPI BANYAK PERKARA HARAM...DAH JADI BIASA...HINGGA TAK NAMPAK LAGI MACAM PERKARA ITU ADALAH HARAM.....MAKA SEMUA PERKARA PATUT DITITIK BERATKAN...JANGAN BERPILIH2...DIAKHIRAT JENUH NAK JAWAB.....

Tiada kopitiam halal di Selangor


SALAH sebuah premis kopitiam yang menggunakan logo halal daripada pihak swasta.


SERDANG – Tidak ada satu pun daripada kira-kira 180 buah premis kopitiam di Selangor mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Malah, daripada jumlah itu, kira-kira 10 peratus atau 18 premis kopitiam sahaja dari negeri itu yang memohon pensijilan halal daripada JAIS dan Jakim.
Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, setakat ini, pihaknya masih belum mengeluarkan sijil halal kepada mana-mana premis kopitiam di Selangor.
“Selangor belum ada kopitiam yang dapat sijil halal daripada JAIS walaupun kita ada buat pengumuman supaya mereka (pengusaha kopitiam) memohon untuk mendapatkannya.
“Sehingga kini, permohonannya ada tapi kurang iaitu kurang daripada 10 peratus sahaja yang memohon sijil halal daripada JAIS atau Jakim,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar kesedaran dan kepenggunaan halal Negeri Selangor di sini semalam.

Dua beradik temui ajal bersama


RIZAL dan isteri, Asmarani menunjukkan tempat dua anaknya ditemui mati lemas dalam tali air di Kampung Bukit Mak Limpah, Bachok semalam.


BACHOK – Hati ibu bapa mana tidak luluh apabila dua anak kesayangan hilang serentak dalam sekelip mata.
Episod duka itu menimpa keluarga Mohd. Rizal Azly Awang, 35, dan isteri, Asmarani Ismail, 30, apabila anak sulung dan anak kedua pasangan itu ditemui mati lemas dalam sebatang tali air berhampiran rumah mereka di Kampung Bukit Mak Limpah dekat sini petang kelmarin.
Dua beradik yang ditemui sudah tidak bernyawa itu ialah Alwani Syamimi, 11, dan Mohd. Izat Afiq, 9.
Sebelum kejadian, cerita Rizal, dia dan isteri berserta anak bongsunya, Mohd. Izz Afiq berumur setahun pulang menziarahi ibu mertuanya di Kampung Alor Bakat dekat sini.
Alwani dan Izat ditinggalkan di rumah sejak pukul 4 petang kerana ketika itu mereka sedang seronok bermain basikal di kawasan rumah.
“Bila sampai semula ke rumah pada pukul 7.45 malam kami hairan apabila dua beradik itu tiada di rumah,” ceritanya dengan memberitahu, jarak kampung ibu mertua dengan rumahnya kira-kira lima kilometer.


Dokumen RM25 juta tak lengkap

SHAH ALAM – Bekas suami jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya iaitu Bukhari Mohd. mendakwa bekas peguam N. Pathmanaban menyediakan perjanjian jual beli hartanah di Pulau Pinang bernilai RM25 juta yang tidak lengkap.
Saksi ke-24 itu memberitahu, terdapat enam perkara penting yang diusulkan kepada bekas peguam berkenaan sehingga perkara itu mencetus perdebatan antara jutawan kosmetik dengan Pathmanaban.
“Peguam Pathma bagaimanapun kata dia seorang peguam yang sudah lama dan berpengalaman menyebabkan Sosi hanya mendiamkan diri,” kata ahli perniagaan itu kepada Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Terdahulu, ketika ditanya bila dia mengenali Pathmanaban, Bukhari berkata, Sosilawati membawanya berjumpa dengan bekas peguam itu di Banting pada 2008 untuk memastikan perjanjian jual beli tanah yang disediakan peguam berkenaan betul.
Ia kerana saksi pernah bekerja lima tahun sebagai pegawai bank dan mempunyai pengetahuan tentang perjanjian jual beli tanah.
Bagaimanapun, Bukhari berkata, perjanjian itu tidak lengkap dan dia ada memberikan beberapa komen berhubung dokumen itu antaranya mengenai maklumat penjual iaitu Allal Kathan Muthuraja tidak lengkap kerana sepatutnya ada nombor kad pengenalan atau nombor pasport.
Selain itu, jelas saksi lagi, nombor syarikat Southern Symphony yang dimiliki Sosilawati juga tidak ditulis, maklumat pembeli iaitu Sosilawati hanya ada tanda tangan dan tiada maklumat pengenalan diri


Dua malam bersama mayat


ANGGOTA polis mengangkat mayat Fook Chung (gambar kecil) yang ditemui mati di rumah sewanya di Batas Baru, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Empat lelaki yang menyewa sebuah rumah di Batas Baru, di sini tidak menyangka mereka bermalam dengan mayat selama dua malam sebelum menyedari seorang rakan mereka telah mati kira-kira pukul 6 petang kelmarin.
Mayat Yee Fook Chung, 49, yang berasal dari Segambut, Kuala Lumpur itu ditemui dalam keadaan sudah hitam, kembung dan berulat oleh rakan serumahnya apabila terhidu bau busuk dari bilik mangsa.
Rakan serumah mangsa, Azmi Mohd., 30, memberitahu, kali terakhir dia dan rakan-rakan lain bertemu mangsa pada petang Khamis lalu.
“Waktu itu, uncle (panggilan untuk mangsa) beritahu dia tidak sihat dan batuk-batuk tetapi kami ingatkan sakit dia tidak serius,” ceritanya ketika ditemui di tempat kejadian di Batas Baru semalam.
Jelasnya, pada Jumaat lalu dia dan rakan-rakan pulang ke kampung halaman masing-masing kerana cuti hujung minggu dan kembali semula ke rumah tersebut petang Sabtu.

‘Harap maafkan keluarga kami’


HUI YEN (kanan) memohon maaf daripada salah seorang guru ekoran insiden adiknya menjadikan kanak-kanak dan guru Tadika Serikids sebagai tebusan di Muar semalam.


MUAR – Keluarga kepada seorang lelaki yang menjadikan kanak-kanak dan guru Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang di sini sebagai tebusan baru-baru ini tampil meminta maaf atas kejadian malang tersebut semalam.
Kehadiran lima ahli keluarga berkenaan disambut oleh kesemua tenaga pengajar di tadika itu termasuk empat orang guru yang menjadi tebusan pada kejadian Khamis lalu.
Menurut kakak kepada penyerang tadika tersebut, Loi Hui Yen, 43, dia serta ahli keluarganya meminta maaf kepada seluruh warga kerja tadika serta ibu bapa kepada kanak-kanak yang terlibat dalam insiden terbabit.
“Kami datang hari ini (semalam) untuk meminta maaf, perkara ini sudah terjadi dan walaupun kami tidak menyangka ia terjadi, kami semua terpaksa menghadapinya,” katanya di sini semalam.
Dalam kejadian itu, 30 kanak-kanak dan empat orang guru menjadi tebusan seorang lelaki bersenjatakan tukul besi dan parang yang menceroboh masuk tadika tersebut.
Drama tersebut berakhir dengan tiada mangsa tebusan yang mengalami kecederaan manakala lelaki berkenaan ditembak mati oleh pihak polis yang melakukan serbuan.

Usaha ketiga Mawi untuk menjadi bapa


MAWI kekal bahagia dengan Ekin selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.


KUALA LUMPUR - Penyanyi Mawi, mengesahkan isterinya Ekin atau nama sebenarnya Nor'Ashikin Rahmat, 32, kini hamil tujuh minggu selepas hampir tiga tahun berkahwin.
Mawi atau Asmawi Ani, 30, yang ditemui pada majlis rakaman program raya radio Muzik FM semalam, mengakui sangat teruja ketika isterinya disahkan hamil di sebuah hospital swasta di Bangi, dua minggu lalu.
"Pada waktu itu saya tidak mahu kecoh-kecoh sangat sebab kandungannya masih baharu.
"Tapi kami memang sangat gembira sebab nak sangat anak selepas Ekin keguguran dua kali," ujarnya.
Juara Akademi Fantasia musim ketiga itu juga tidak kisah jantina anak tetapi sama seperti ibu bapa lain, mereka mengharapkan zuriat sulung yang akan dilahirkan kelak sihat dan sempurna.
Pada masa yang sama, Mawi turut menafikan gosip terbaharu kononnya dia telah menjual rumah banglo miliknya yang bernilai lebih RM1 juta di Bangi.
"Gosip itu tidak benar. Saya dan Ekin masih menetap di rumah itu," jelasnya.

No comments:

Post a Comment