‘Tak akan maafkan dia’
Oleh Mahaizura Abd Malik dan Mohamad Fahd Rahmat
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Menurut Qomarodin, meskipun reda takdir menimpa anakya itu, dia berharap penjenayah terbabit dikenakan hukuman setimpal atas apa dilakukannya terhadap anaknya, Nurrahayu atau Ayu,16.
“Saya berharap pihak berkuasa menyiasat kes ini dengan teliti, mengumpul bukti secukupnya bagi membolehkan penjenayah menerima hukuman sewajarnya,” katanya sebak ketika menuntut jenazah arwah Ayu di Jabatan Perubatan Forensik di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, awal pagi semalam.
Seawal jam 7.30 pagi, Qomarodin bersama seorang kenalan dilihat duduk di ruang menunggu bagi menuntut jenazah anaknya itu, selepas gagal berbuat demikian malam kelmarin berikutan beberapa perkara tidak dapat dielakkan.
Tepat jam 9.55 pagi, jenazah Ayu yang sudah dimandi serta dikafan, dituntut Qomarodin dan dibawa menaiki van jenazah menuju ke Surau Taman Pulai Utama dekat sini, bagi urusan pengebumian selepas solat Jumaat.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan Perkuburan Islam Kangkar Pulai yang turut dihadiri rakan dan seluruh ahli keluarga arwah bagi memberikan penghormatan terakhir. Pada masa sama teman baik mangsa, Diana tidak dapat menyembunyikan perasaan pilunya hingga terpaksa ditenangkan rakan dan keluarga kerana meraung akibat terlalu bersedih dengan kehilangan Ayu. Qomarodin yang ditemui selepas selesai urusan pengebumian berkata, dia sekeluarga lega selepas menyempurnakan pengebumian jasad anak bongsu kesayangannya.
“Syukur, Alhamdulillah, segalanya sudah selesai. Biarpun terpaksa terima hakikat kehilangan Ayu, saya dan keluarga lega kerana sebelum ini bayangan dia sering muncul seolah-olah menyuruh jasadnya disempurnakan segera,” katanya sugul.
Menurut Qomarodin, dia terharu melihat ramai kenalan serta rakan arwah datang ketika pengebumian itu.
Lebih 150 termasuk keluarga kandung dan angkat serta rakan dan kenalan mangsa hadir memberikan penghormatan terakhir kepada arwah Ayu yang disemadikan kira-kira jam 2.30 petang.
‘Mereka puas saya derita’
Oleh Mary Victoria Dass dan Siti Nadirah Hafidzin
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
“Penderitaan arwah bukan sedikit, kami pasti pihak berbuat demikian akan menerima balasan Tuhan,” kata isteri mangsa simbah asid, Khairul Zaman Jaiman, 47, yang sebak dengan pemergian suaminya, semalam.
Zaiton Aris, 50, berkata suaminya pemandu teksi, meninggal dunia kira-kira jam 2 petang di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, selepas lebih dua bulan bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat disimbah asid, 5 Mei lalu.
Ibu empat anak itu berkata, sejak kelmarin dia dan anak sulung menemani suaminya di HSI kerana arwah tenat termasuk bergantung alat bantuan pernafasan sepenuh masa.
“Semalam (kelmarin), kami difahamkan suami melecur hampir keseluruhan muka dan badan hingga ke paras pinggang dan cacat penglihatan seumur hidup juga mengalami kegagalan buah pinggang selain langsung tiada pergerakan.
Restoran terkenal tapi dapur jijik
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my
rabiatul@hmetro.com.my
KOTOR...Dr Sallehudin memeriksa peti ais sebuah restoran dalam operasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Di bahagian depan restoran, semuanya tersusun cantik dan lauk yang disajikan menyelerakan. Namun, sebaik saja melangkah ke dapur, bau meloyakan menusuk hidung.
Najis tikus dan lipas bersepah di lantai terutama di stor dan tandas, sampah tidak dibuang, peti sejuk dan lantai kotor seperti tidak pernah dibersihkan dan bahan mentah masakan dibiarkan bersepah di merata tempat.
Pengarah Kesihatan DBKL, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata pegawai kesihatan sudah memberikan notis awal kepada pemilik restoran dua minggu lalu supaya membersihkan premis dan mengikut garis panduan ditetapkan Jabatan Kesihatan, namun mereka gagal melaksanakan arahan.
“Selepas dua minggu, pemeriksaan susulan dibuat dan tiada perubahan. Peniaga yang ingkar mengikut arahan diberi notis penutupan premis sehingga semuanya dibersihkan semula.
Kasih abang bawa ke mati
Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my
iskandar@hmetro.com.my
Kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari, ketika Aqhari Aqwa Saprudin, 8, dan adiknya, Arif Hidayatullah, 7, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan. Mayat Arif Hidayatullah ditemui pasukan mencari dan penyelamat di sebuah kolam takungan kira-kira 100 meter dari tempat mereka terjatuh pada kira-kira jam 2.40 petang manakala mayat Aqhari Aqwa ditemui jam 4.54 petang.
Guru sebuah sekolah berdekatan, Zulhilmi Abdul Wahab, 26, berkata, dia yang sedang bertugas di bengkel tersentak apabila terdengar jeritan sayup kanak-kanak seolah-olah meminta pertolongan.
“Sejurus menjenguk ke luar, saya melihat seorang murid lelaki sedang memegang tangan seseorang yang terjatuh ke dalam longkang di luar kawasan sekolah.
“Tanpa berfikir panjang, saya segera keluar untuk membantu mereka, namun mendapati kedua-dua kanak-kanak itu sudah tiada kerana dihanyutkan arus deras,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Menurut Zulhilmi, kejadian berlaku sejurus hujan lebat berhenti.
Ibu mangsa, Azmalina Kanuit, 46, berkata, dia berasa sesuatu yang aneh apabila mendapati anak keenam dan ketujuh daripada lapan beradik itu masih tidak pulang ke rumah kira-kira jam 1 tengah hari.
“Kebiasaannya mereka yang amat rapat itu pulang berjalan kaki ke rumah dan saya memberi mereka wang RM1 seorang sebagai belanja untuk pergi solat Jumaat.
“Sejurus tiba, saya diberitahu dua anak lelaki kesayangan sudah hanyut ke dalam kolam berdekatan,” katanya yang ditemani suami, Saprudin Munir, 46.
Menurutnya, sebelum kejadian Arif Hidayatullah dilihat lebih banyak tidur berbanding biasa dan sering bertukar tempat tidur antaranya di bilik, ruang tamu dan luar rumah.
“Namun, malam sebelum kejadian, saya berasa aneh apabila melihat adik (Arif) tiba-tiba mengusap badan saya dan memeluk sambil berkata: ‘Mak, adik sayang sangat pada emak’.
“Saya tidak sangka itu kata-kata terakhirnya yang kini pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,”’ katanya.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut meluangkan masa meninjau lokasi kejadian petang semalam.
‘Kau pergi jua anakku’
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Bapa angkat Muhamad Al-Amin, Aziz Mamat, 49, yang menjaganya di HTAA sejak dimasukkan ke hospital berkenaan berkata, keadaan mangsa menjadi semakin buruk sejak malam kelmarin apabila pernafasannya tidak normal.
“Saya sempat membacakan surah Yasin dua kali ke telinga arwah. Itulah saja yang dapat saya lakukan selain berdoa dia sembuh. Bagaimanapun, sebaik mahu memulakan bacaan ketiga, arwah sudah pergi dan saya reda dengan kehilangannya itu.
“Apa yang membuatkan saya sedikit terkilan ialah arwah tidak sempat menjamah piza serta ayam goreng yang saya beli atas permintaannya sebelum dihantar ke ICU beberapa hari lalu. “Saya bergegas mendapatkan makanan yang diminta tetapi dia tidak menjamahnya langsung kerana selera makannya hilang,” katanya ketika ditemui di HTAA, semalam.
Muhamad Al-Amin yang juga murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, parah selepas beberapa bahagian badan dan kepalanya kena sengatan tebuan pada 20 Jun lalu.
Allahyarham dilaporkan disengat tebuan ketika menyaksikan rakan-rakannya bersukan.
Aziz yang masih gagal menahan emosinya selepas kehilangan Muhamad Al-Amin, berkira-kira untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sekolah terbabit.
“Kalau ikutkan hati memang saya nak saman,” kata Aziz.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Mazlan Mohamad berkata, pihaknya sangat simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Menurutnya, beliau sudah membuat siasatan dengan terperinci dan mendapati guru sekolah sambil dibantu keluarga mangsa sempat membawa murid terbabit ke sebuah klinik swasta sejurus disengat tebuan, sekali gus menolak anggapan yang mengatakan pihak sekolah tidak mengambil apa-apa tindakan berhubung kejadian itu.
“Mengenai saman, saya tidak pasti saman apa yang akan diambil,” katanya.
‘Tidak pernah terima rasuah’
Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my
razis@hmetro.com.my
Wan Zainalabidin Wan Zaki, 42, turut menafikan pembabitannya dan syarikat memberi rasuah kepada Penolong Pengarah Kastam itu. Menurut Wan Zainalabidin, sebaliknya ia pengakuan yang dibuat Ahmad Sarbaini, 56, di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 4 April lalu ketika arwah berada dalam keadaan buntu dan tertekan.
Perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Ahmad Sarbaini pada keesokan harinya, 5 April lalu, di sebuah restoran di Pelabuhan Klang.
“Kami berjumpa di restoran berkenaan pada jam 5.15 petang dan arwah nampak seperti biasa saja. Bagaimanapun, dia kelihatan berubah selepas saya bertanya kenapa nama saya diberikan kepada SPRM.
“Arwah beritahu ketika itu dia buntu dan tertekan, apa yang dia ingat, “Zainal...Schenker, Schenker...Zainal,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi.
Menurutnya, Ahmad Sarbaini yang dikenali seperti ‘adik dan abang’ sejak 2006 itu turut berada dalam keadaan luar biasa selepas itu apabila tidak menghabiskan mi yang dimakan dengan alasan masin dan turut memandangnya lama.
Katanya, susulan daripada itu, pada malam berkenaan menerusi panggilan telefon dia menasihati Ahmad Sarbaini untuk makan dan menjaga kesihatan kerana dia mempunyai ramai anak yang perlu dijaga.
“Dia jawab tak sangka dapat kawan macam saya kerana beri semangat untuknya terus hidup,” katanya.
Terdahulu, Wan Zainalabidin memberitahu mahkamah dia hanya mengetahui beberapa pegawai kastam ditahan oleh SPRM termasuk arwah pada 1 April lalu menerusi rakannya di jabatan kastam.
“Tiga hari kemudian, pada jam 8.55 malam, arwah menerusi panggilan telefon memaklumkan nama saya dan syarikat Schenker kepada SPRM kerana memberinya RM50 hingga RM100 setiap bulan.
“Saya hanya beritahu akan beri keterangan sekiranya dipanggil SPRM,” katanya yang turut hairan apabila namanya dikaitkan.
Bagaimanapun, katanya, keesokannya pada jam 11 pagi, Ahmad Sarbaini sekali lagi menelefonnya memberitahu “Kalau ada orang call (telefon) awak, awak kata awak tak bagi saya.” “Namun tiada orang yang telefon saya pada hari itu,” katanya dengan tenang.
Wan Zainalabidin berkata, dia hanya mendapat tahu berita mengenai kematian Ahmad Sarbaini ketika diminta ke pejabat SPRM Wilayah Persekutuan untuk memberi keterangan pada 6 April lalu.
Pada inkues kelmarin, Penolong Pesuruhjaya SPRM, Muhamad Fauzi Husin, 46, dalam keterangannya, berkata Ahmad Sarbaini mengaku menerima rasuah daripada syarikat Schenker dan Top Mark.
Sementara itu, Penolong Penguasa SPRM, Henrita Serai Andrew, 24, memberitahu ketika mencari Ahmad Sarbaini yang hilang di bilik saksi terkejut melihat tingkap di bilik pantri terbuka luas.
“Saya tergerak hati untuk tengok dan dapati badan manusia berlumuran darah.
“Saya terkejut dan rasa hampir pitam sebelum lari keluar,” katanya.
No comments:
Post a Comment