Pemburuan berakhir
Oleh HADZLIHADY HASSAN
Hadzlihady@hmetro.com.my
Hadzlihady@hmetro.com.my
MAUT... anggota polis mengawasi mayat lelaki yang ditembak mati selepas diangkat masuk ke dalam sebuah kenderaan polis.
Dalam kejadian jam 2 pagi, lelaki berasal dari Indonesia dan berusia lingkungan 20-an itu pada mulanya dilihat berada dalam keadaan mencurigakan dan berkeliaran di kawasan Relau dengan memandu kereta.
Polis yang menerima maklumat kemudian mengekori lelaki terbabit sebelum meminta dia berhenti ketika berhampiran lampu isyarat, namun lelaki itu terus memecut kenderaannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zaruddin Abdullah berkata, polis kemudian mengejar lelaki berkenaan tetapi suspek tiba-tiba bertindak di luar dugaan apabila melepaskan beberapa das tembakan.
“Menyedari suspek bertindak agresif, polis membalas tembakan untuk mempertahankan diri sebelum lelaki itu memberhentikan kereta dan selepas diperiksa, lelaki terbabit didapati meninggal dunia akibat terkena tembakan,” katanya.
Menurut Zaruddin, pemeriksaan lanjut dalam kereta suspek turut menemui sepucuk pistol revolver .38 dan beberapa ketulan ganja mampat.
“Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes samun, pecah rumah dan curi di sekitar Pulau sejak dua tahun lalu.
“Kita tidak menolak kemungkinan suspek bergerak bersama kumpulannya untuk melakukan jenayah dan siasatan lanjut akan dilakukan,” katanya.
“Pemeriksaan awal mendapati kereta terbabit didaftar menggunakan nama seorang penduduk tempatan dan polis turut menemui kad pengenalan dipercayai palsu,” katanya.
Menurutnya, mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.
Remaja mangsa kes rogol tertinggi
Oleh MICHEAL SERING
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
Statistik Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak (MWKS) menunjukkan, daripada 67 kes rogol yang berlaku sejak Januari hingga bulan lalu, 40 kes atau 60 peratus mangsa ialah remaja pada usia berkenaan dan sekali gus menimbulkan kebimbangan semua pihak.
Ketika mendedahkan perkara ini, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah berkata, tahun lalu sebanyak 200 kes rogol direkodkan dengan 139 atau 70 peratus daripada mangsanya adalah remaja.
Beliau berkata, daripada segi peratusan atau jumlah remaja menjadi mangsa kerakusan lelaki, tidak banyak berubah khususnya dua tahun lalu apabila merekodkan 141 daripada 206 kes rogol keseluruhan.
“Begitu juga pada 2008 apabila 70 daripada 145 kes membabitkan golongan sama. Daripada maklumat diperoleh, kebanyakan kejadian berlaku di rumah mangsa dan suspek,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat MWKS dan Perlantikan Ahli Majlis sesi 2011/12, semalam.
Fatimah berkata, rekod juga menunjukkan mangsa membabitkan golongan kurang upaya (OKU) termasuk kurang siuman, mengalami kecacatan mental dan kurang upaya lain.
Katanya, berikutan bilangan kes rogol membabitkan remaja meningkat, MWKS akan mengadakan pelbagai program, terutama berkaitan pendidikan bagi mengelak lebih ramai gadis menjadi mangsa.
“MWKS akan mengatur program bersama badan bukan kerajaan (NGO), sekolah dan masyarakat. Malah, program bakal dijalankan memberi tumpuan kepada remaja di bandar dan luar bandar.
Fatimah berkata, program pendidikan turut disertai golongan lelaki baik remaja mahupun dewasa supaya mereka lebih mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan serta lebih menghormati hak wanita.
Dalam pada itu, Fatimah menambah, statistik menunjukkan daripada 200 kes pada 2010, Kuching merekodkan bilangan tertinggi dengan 49 kes, diikuti Samarahan (26 kes), Sibu (24 kes), Miri (23 kes) dan Bintulu (18 kes).
Lelaki maut sesak nafas akibat semburan gas pemedih mata
Lelaki mati tepi motosikal
Johari berkata, kejadian berlaku jam 9 pagi selepas dia dimaklumkan seorang pemilik kebun mengenai penemuan seorang lelaki terbaring di tanah bersebelahan motosikalnya di kawasan ladang itu.
“Saya bergegas ke tempat kejadian bersama seorang rakan dan ketika itu saya melihat seorang lelaki terbaring berhampiran motosikalnya.
“Saya memangku mangsa dan ketika itu dia memberitahu pinggang dan belakangnya sakit. Kami kemudian menghubungi ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Kulim bagi menerima rawatan.
“Namun sebaik ambulans tiba, mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya yang ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.
Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Superintendan Law Tiang Huat berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang ramai jam 9 pagi.
Katanya, sepasukan anggota polis dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat dan menemui mayat lelaki terbabit.
‘Ayat manis’
MANGSA 1, pelajar IPTA berusia 26 tahun
“Saya mula mengenali Hisyam ketika kami bersembang di laman sosial. Kerana kerap berbual, saya menjadi tertarik kepadanya, lebih-lebih lagi dia menunjukkan sifat ambil berat dan penyayang.
Hisyam juga sering mengeluarkan ‘ayat manis’ supaya saya bertemunya. Tanpa rasa curiga dan pasti mengenai keikhlasan hatinya, saya akhirnya terjerat dalam permainan kasanova itu.
Bagaimanapun, semua itu hanya khayalan apabila mengetahui saya ibarat barang permainannya. Saya hanya digunakan ketika dia memerlukan saya.
Kini saya serik dan terluka dipermainkan seperti itu. Saya tidak akan memaafkannya walaupun dia datang melutut kepada saya. Kerana dia, hidup saya hancur dan tidak bermakna.”
MANGSA 2, Pembantu Pegawai Kemasukan Data berusia 28 tahun
“Terus terang, saya sangat terluka dengan apa dilakukannya kepada saya. Saya bersamanya kerana percaya dia mampu membahagiakan saya dan hubungan kami akan berakhir di jinjang pelamin.
“Namun, semuanya hanya mimpi. Saya hanya dijadikan tempat memuaskan nafsu. Malah, daripada saya juga dia mengumpul kesenangan untuk dirinya.
“Saya masih ingat, pada awal perkenalan, dia berpura-pura tersalah nombor dan menelefon saya. Kemudian, hubungan kami menjadi kawan dan akhirnya bercinta.
“Pada saya, cinta kami ikhlas tetapi bukan kepadanya. Saya dijadikan tempat untuk suka-suka. Akhirnya, saya menyedari dia hanya kasanova yang mengambil kesempatan terhadap wanita.
“Bagaimanapun, selepas menyedari perkara itu, semuanya sudah terlambat. Malah, saya juga menyerahkan segala-galanya kepada lelaki dayus itu.
“Mungkin sukar bagi saya melupakan perbuatannya dan kini saya tidak lagi mempercayai lelaki yang sememangnya tidak berperikemanusiaan.”
Niat bantu tukar tragedi
Oleh ARIFIN SALLEH
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
ALOR GAJAH: Niat murni seorang lelaki membantu mangsa yang cedera dalam kemalangan bertukar tragedi apabila dia maut dirempuh kereta di Kilometer 202, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Selatan berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.50 pagi, A Vimal Marusu, 25, maut di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan anggota badan.
Sebelum itu, sebuah Perodua Myvi dipandu seorang lelaki terbabit dalam kemalangan dengan kereta Nissan Latio, menyebabkan kenderaan itu melintangi lebuh raya.
Pada masa sama, Toyota Vios dipandu Vimal gagal mengelak lalu melanggar Nissan Latio itu, menyebabkan kedua-dua kenderaan rosak teruk.
Vimal yang tidak cedera kemudian dikatakan keluar dari keretanya untuk membantu pemandu Nissan Latio yang cedera.
Himpunan Bersih 2.0 berjaya
KUALA LUMPUR - Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai kejayaan besar dengan 50,000 dianggarkan hadir memberi sokongan meskipun tidak dapat menyerahkan memorandum tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Menurutnya, Bersih 2.0 memperoleh lebih sokongan daripada pelbagai kaum penyokong berbanding kempen pertama pada 2007 lalu.
“Saya tidak pernah melihat rakyat semua kaum bersatu kerana satu matlamat sebelum ini.
“Pihak berkuasa bertindak kasar dan tidak profesional. Saya nampak wanita ditolak sampai jatuh,” katanya di Hotel Midah, semalam.
Beliau yang turut sama pada perhimpunan itu dengan mengenakan kemeja-T berwarna kuning yang menjadi lambang Bersih 2.0.
Samad berkata, Bersih 2.0 akan cuba menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, namun tidak pasti bila.
Menurutnya, Bersih 2.0 tidak akan mengadakan lagi perhimpunan untuk menyerahkan memorandum.
Salah seorang Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Richard Yeoh turut menggesa penyokong Bersih 2.0 agar mengenakan pakaian kuning setiap Sabtu bagi menandakan pendirian mereka.
Yeoh berkata perjuangan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya masih belum berakhir.
Dalam kejadian jam 3.50 pagi, A Vimal Marusu, 25, maut di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan anggota badan.
Sebelum itu, sebuah Perodua Myvi dipandu seorang lelaki terbabit dalam kemalangan dengan kereta Nissan Latio, menyebabkan kenderaan itu melintangi lebuh raya.
Pada masa sama, Toyota Vios dipandu Vimal gagal mengelak lalu melanggar Nissan Latio itu, menyebabkan kedua-dua kenderaan rosak teruk.
Vimal yang tidak cedera kemudian dikatakan keluar dari keretanya untuk membantu pemandu Nissan Latio yang cedera.
KUALA LUMPUR - Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai kejayaan besar dengan 50,000 dianggarkan hadir memberi sokongan meskipun tidak dapat menyerahkan memorandum tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Menurutnya, Bersih 2.0 memperoleh lebih sokongan daripada pelbagai kaum penyokong berbanding kempen pertama pada 2007 lalu.
“Saya tidak pernah melihat rakyat semua kaum bersatu kerana satu matlamat sebelum ini.
“Pihak berkuasa bertindak kasar dan tidak profesional. Saya nampak wanita ditolak sampai jatuh,” katanya di Hotel Midah, semalam.
Beliau yang turut sama pada perhimpunan itu dengan mengenakan kemeja-T berwarna kuning yang menjadi lambang Bersih 2.0.
Samad berkata, Bersih 2.0 akan cuba menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, namun tidak pasti bila.
Menurutnya, Bersih 2.0 tidak akan mengadakan lagi perhimpunan untuk menyerahkan memorandum.
Salah seorang Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Richard Yeoh turut menggesa penyokong Bersih 2.0 agar mengenakan pakaian kuning setiap Sabtu bagi menandakan pendirian mereka.
Yeoh berkata perjuangan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya masih belum berakhir.
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami kecederaan kepala ketika 'pergelutan' selepas polis melepaskan gas pemedih mata di bawah bangunan Stesen Sentral Kuala Lumpur, semalam.
Beliau sebelum itu mengetuai demonstrasi untuk ke Stadium Merdeka tetapi dihalang meneruskan perjalanan bersama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Tindakan menutup pintu pagar daripada lokasi itu punca keadaan tidak terkawal lalu polis mengambil tindakan melepaskan tembakan gas pemedih mata.
Dalam keadaan kelam kabut itu, kepala Anwar dipercayai terkena objek keras menyebabkan berlaku kecederaan.
Anaknya, yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kesal dengan kejadian itu mendakwa pihak berkuasa tidak bertanggung jawab kerana mereka bukan penjenayah.
Peniaga rugi hampir RM1 juta
SHAH ALAM – 550 penjaja dan sejumlah peniaga yang berniaga sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman mengalami kerugian hampir RM1 juta akibat perhimpunan Bersih 2.0, semalam.
Pengerusi Persatuan Peniaga dan Peniaga Lorong Tuanku Abdul Rahman, Che Kamaruddin Ibrahim berkata berkata, perkara itu amat menyedihkan memandangkan selama seminggu mereka berusaha membantah perhimpunan itu.
Menurutnya, jumlah itu berdasarkan keuntungan yang mereka patut peroleh iaitu RM500 bagi setiap 550 petak perniagaan dan RM5,000 hingga RM7,000 bagi peniaga yang menjual secara pukal.
Katanya, memandangkan kebanyakan penjaja hanya berniaga empat kali dalam sebulan, di saat akhir, terdapat peniaga yang masih menyuarakan hasrat untuk berniaga.
“Pada asalnya 50 peratus setuju berniaga manakala 50 peratus yang lain enggan berniaga. Hasilnya, tidak kurang 20 peniaga yang membuka perniagaan, semalam.
“Kita telah menjangka perkara ini akan berlaku kerana telah ada pengalaman berhadapan dengan situasi sama sebelum ini seperti perhimpunan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) yang berlaku pada 2008 dan beberapa demonstrasi lain,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, peniaga dan penjaja di kawasan yang menjadi tumpuan pembeli itu kini mengalami kelumpuhan ekonomi akibat suasana lengang dan tiada pelanggan yang berkunjung di situ.
“Kawasan ini tidak ubah seperti tanah perkuburan, lengang dan tiada pengunjung. Apa yang mahu saya katakan, kami selaku peniaga rasa amat kecewa kerana telah lama bersabar dengan keadaan begini.
“Kami tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi, apa yang berlaku amat tidak adil buat kami sebagai peniaga, jadi, pun mahu menuntut hak kami, bukan mereka sahaja yang boleh tuntut apa yang mereka mahu,” katanya.
Sehubungan itu, Che Kamaruddin meminta Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) dan Menteri Wilayah Persekutuan supaya dapat mempertimbangkan permohonan mereka untuk berniaga pada hari lain bagi menggantikan semalam.
“Penjaja di sini memerlukan satu hari sebagai ganti kerana mereka hanya berniaga pada hari Sabtu, setiap bulan. Jadi, perhimpunan semalam benar-benar memberikan kesan kepada pendapatan mereka.” katanya.
Ibu muda tidak serik
KAMPUNG RAJA – Seorang ibu muda kepada seorang bayi berusia tiga bulan yang pernah ditahan kerana kesalahan dadah bukan sahaja ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri ketika serbuan polis malah turut berdepan hukuman sebat tidak kurang tiga kali selepas dicekup dalam satu serbuan di rumahnya di Kampung Pangkalan Atap dekat Kampung Keluang di sini, kelmarin.
Wanita berusia 23 tahun itu ditahan jam 12 tengah hari oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah ketika dia berada di beranda rumahnya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis menyerbu rumah tidak bernombor dan menahan ibu muda tersebut yang terkedu melihat kehadiran polis.
Menurutnya, pemeriksaan polis berjaya menemui satu plastik yang diikat dengan getah dan di dalamnya terdapat lapan tiub straw mengandungi 80 biji pil dipercayai dadah jenis methamphetamine.
“Dalam setiap tiub straw itu mengandungi 10 biji pil dan rampasan keseluruhan bernilai RM3,000,” kata beliau kepada pemberita.
Kamaruddin berkata, wanita berkenaan pernah ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) atas kesalahan dadah sebelum ini.
Menurutnya, dia yang tidak serik mengulangi kegiatan sama dipercayai mengedar dadah di sekitar kawasan tersebut turut didapati positif dadah melalui saringan air kencing.
Dia ditahan lanjut untuk membantu siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dua tahun dan tiga sebatan.
No comments:
Post a Comment