Tuesday, December 20, 2011

BILA NIAT KAHWIN LARI MATLAMAT SEBENAR...BUKAN DIAMBIL KIRA DARI TUNTUTAN SYARAK...SERTA BUKAN UNTUK MELAKSANAKAN SUNNAH SERTA MENAMBAH SEBAHAGIAN LAGI AGAMA SUPAYA ISLAM YANG DIANUT MENJADI SEMPURNA

Ramai pasangan muda bercerai di Perlis

KANGAR – Sebanyak 450 kes penceraian telah direkodkan di Perlis sepanjang sepuluh bulan pertama tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah Negeri, Jafperi Othman berkata, lebih merisaukan kebanyakan kes berkenaan melibatkan pasangan yang usia perkahwinannya di bawah sepuluh tahun.
Menurutnya, kelompok umur yang paling banyak dalam kes penceraian iaitu di bawah 40 tahun.
Katanya, tujuh punca utama menyebabkan berlaku penceraian telah dikenalpasti pihaknya.
“Antaranya, kurang pengetahuan ilmu agama dan rumah tangga, perkahwinan pada usia muda dan suami mengabaikan tanggungjawab.
“Selain itu, campur tangan pihak ketiga, suami berpoligami, masalah komunikasi dan ekonomi juga menjadi faktor,” katanya ketika menjawab soalan Mat Hassan (BN-Kuala Perlis) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-12 di sini semalam.
Menurut Jafperi, bilangan kes penceraian yang berlaku pada tahun lalu iaitu sebanyak 522 kes dengan kaum Melayu adalah yang paling banyak.
Bagi menangani kes penceraian daripada terus meningkat, pihaknya bersama Jabatan Agama Islam Negeri serta agensi lain sentiasa melakukan pelbagai program.
“Contoh program berkaitan kekeluargaan yang tetap dan berjadual, kelas pengajian agama, seminar, ceramah umum dan banyak lagi,” ujarnya.


26 peserta parti goyang didakwa



SEBAHAGIAN daripada 26 orang yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka semalam atas lima pertuduhan berkaitan dadah.



MELAKA – Kandang pesalah di Mahkamah Majistret di sini semalam sesak apabila 26 peserta parti goyang Tekno Batam dituduh serentak bagi lima pertuduhan berkaitan dengan dadah di sebuah kelab malam di sini minggu lalu.
Lima daripada 26 tertuduh itu merupakan pesalah juvana.
Bagi pertuduhan pertama, kesemua 26 tertuduh didakwa memiliki lima paket plastik disyaki mengandungi dadah ketamin seberat 1.10 gram.
Kesemua tertuduh juga menghadapi pertuduhan kedua dan ketiga iaitu masing-masing memiliki dua biji pil ekstasi disyaki mengandungi dadah methaphetamine seberat 0.75 gram dan memiliki empat biji eramin 5 disyaki mengandungi dadah nimetazepan seberat 1.2 gram.
Bagi pertuduhan keempat dan terakhir, kesemua tertuduh didakwa memiliki 11 kapsul disyaki mengandungi dadah amphetamine seberat 3.3 gram dan memiliki tiga paket plastik disyaki mengandungi dadah methaphetamine seberat 0.3 gram.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik di pusat hiburan Aloha Pub dan Bistro KTV, Jalan Syed Abd. Aziz Banda Hilir pada pukul 2.40 pagi 13 Disember lalu.
Hanya seorang tertuduh, Mohd. Arifin Dollah, 24, mengaku salah terhadap kelima-lima pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi manakala 25 orang lagi mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu.


Lelaki maut dengan kaki kanan putus

KUALA LIPIS - Seorang pemandu Jabatan Kerja Raya (JKR) Lipis terbunuh manakala isterinya cedera parah apabila motosikal yang dinaiki pasangan itu berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 3, Jalan Lipis-Merapoh di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, semasa kemalangan pada pukul 7.45 pagi, mangsa Wan Zameri Wan Hassan, 52, bersama isterinya, Roshayati Hassan, 41, menaiki motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan dari arah Tempoyang menuju ke bandar Kuala Lipis di sini.
Bagaimanapun, menurut beliau, sampai di tempat kejadian, motosikal tersebut bertembung dengan sebuah kereta Proton Perdana yang dipandu seorang pemuda berusia 22 tahun.
"Akibat pertembungan itu, mangsa dan isteri mangsa tercampak ke atas jalan dan menyebabkan pasangan itu cedera parah," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.
Abdul Razak memberitahu, Wan Zameri dan isteri kemudian dihantar ke Hospital Lipis namun Wan Zameri kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 10.15 pagi.
Beliau berkata, Wan Zameri meninggal dunia kerana cedera parah di bahagian perut serta kaki kanannya putus.


Budak 13 tahun curi bas kilang

SEREMBAN - Suasana malam di Taman Rasa Sayang di Senawang di sini yang lazimnya aman damai bertukar kecoh semalam apabila seorang budak lelaki bertindak mencuri dan memandu sebuah bas kilang sebelum melanggar enam buah kereta yang diletakkan di kawasan taman itu.
Bunyi dentuman kuat akibat bas tersebut merempuh kereta milik penduduk pada pukul 12 tengah malam menyebabkan ramai penghuni yang sudah tidur terjaga.
Mereka yang meninjau dari rumah masing-masing terkejut apabila ternampak bas tersebut dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang oleh seorang budak lelaki berusia 13 tahun.
Suasana mencemaskan selama kira-kira 10 minit itu hanya berakhir selepas bas itu dikejar beberapa penduduk yang menunggang motosikal sebelum ia berhenti di sebuah kawasan rumah kedai di taman tersebut.
Budak lelaki itu memandu bas tersebut sejauh kira-kira satu kilometer dari lokasi bas itu dicuri.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Zulkifli berkata, ketika kejadian dia berada di sebuah masjid berhampiran sebelum terdengar bunyi satu dentuman kuat.
Ketika dia menjenguk keluar dari masjid, dia terkejut melihat sebuah bas dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang sambil dikejar beberapa penduduk.
"Mereka lebih terkejut apabila melihat bas itu melanggar sebuah kereta penduduk yang diletakkan di bahu jalan.
"Bas itu terus bergerak sebelum ia melanggar lima buah kereta lagi yang diletakkan di hadapan sebuah restoran di taman itu," kata Zulkifli ketika ditemui di sini semalam.


Tengkorak, tulang manusia bersepah



Anggota polis menyiasat kawasan tengkorak dan tulang manusia dijumpai di Bukit Tinjau, Ampang Jaya semalam.



AMPANG JAYA – Seorang kontraktor terkejut apabila menemui tengkorak dan tulang beberapa bahagian badan manusia ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di cerun berhampiran Bukit Tinjau di sini semalam.
Tengkorak dan rangka manusia itu ditemui pada pukul 11 pagi ketika kontraktor bersama seorang rakannya turun ke kawasan cerun yang mempunyai kecuraman kira-kira 15 meter.
Kontraktor yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 40-an berkata, tengkorak itu ditemui di satu kawasan di bawah cerun bersama beberapa tulang yang berselerakan.
“Biasanya kawasan cerun ini ditakungi air apabila hujan namun hari ini (semalam) air telah surut menyebabkan rangka itu dapat dilihat dengan jelas.
“Sebaik menemui tengkorak dan tulang manusia itu saya segera memaklumkan kepada polis,” kata Mohamad.
Mohamad memberitahu, berdasarkan keadaan tengkorak tersebut, rangka itu dipercayai milik seorang wanita.


Lacur wanita Indonesia: Pengurus spa didakwa

20/12/2011 2:35pm

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus spa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan dua wanita warganegara Indonesia dengan memaksa mereka bekerja sebagai pelacur, dua minggu lepas.
Phang Chee Kung, 56, dari Cheras didakwa memperdagangkan Sonia, 24, dan Endang Sekerayu, 22, bagi tujuan eksploitasi di hadapan bilik No 210, Hotel Golden Asean di No 520-522 Jalan Pudu, Dang Wangi di sini pada 7.05 petang, 7 Disember lepas.
Tertuduh yang ditangkap pada hari yang sama, didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan juga boleh didenda, jika disabitkan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli menawarkan wang jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, Chee Kung yang tidak diwakili peguam memohon jaminan itu dikurangkan dengan alasan dia menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi serta memerlukan rawatan lanjut.
Hakim Rozilah Salleh membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Jan depan untuk sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam.
Rakan lelaki Chee Kung membayar wang jaminan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment