Soal Jawab Agama Fikrah Dr Salam
3 denda tak tunai nazarSaya pernah bernazar sekira�nya dapat mana-mana projek, saya akan berpuasa sehari bagi setiap projek yang diterima tanpa menetapkan waktunya sampai bila.
Pada tahun pertama dan kedua, saya berpuasa seperti yang dinazarkan. Namun selepas beberapa lama, saya tidak lagi membuat puasa nazar kerana perniagaan itu semakin stabil dan beranggapan nazar dibuat hanya ketika mahu menstabilkan perniagaan.
Persoalannya, selama mana saya tidak membuat puasa nazar itu adakah wajib saya menunaikannya? Jika wajib, bagaimana untuk menetapkan bilangan hari untuk berpuasa kerana saya sudah tidak me�nyimpan rekod projek terdahulu?
Bolehkah saya membayar dengan menggantikannya niat bernazar lain? Kini kami jarang meneruskan projek perniagaan sambilan itu kerana kesihatan saya kurang memuaskan.
ISTERI RESAH,
Perak
NAZAR ialah janji atau sumpah untuk berbuat baik. Menurut syarak ialah mewajibkan diri untuk melakukan sesuatu yang bukan wajib seperti puasa atau sebagainya.
Nazar yang dibuat wajib ditunaikan apabila berlaku apa yang dijanjikan seperti yang anda lakukan pada awal perniagaan apabila mendapat projek baru dengan berpuasa sehari bagi setiap projek.
Bagaimanapun, apabila sudah terlalu banyak projek yang dapat tetapi anda tidak lagi menunaikan nazar itu. Dengan kata, anda sudah melanggar nazar yang dibuat.
Bagi mereka yang melanggar nazar atau menarik balik nazar, mereka hendaklah membayar kaffarah (denda) nazar. Ia sama dengan kaffarah sumpah iaitu sama ada (1) memberi makan 10 orang miskin atau (2) memberi mereka pakaian atau (3) memerdekakan seorang hamba.
Sekiranya tidak mampu melakukan salah satu daripadanya, hendaklah berpuasa sebanyak tiga hari sebagai ganti. Ini dijelaskan dalam ayat al-Quran: “Kamu tidak dikira salah oleh Allah mengenai sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan, akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat.
Dendanya ialah memberi makan 10 orang miskin daripada jenis makanan sederhana yang kamu berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka atau memerdekakan seorang hamba.
Kemudian sesiapa yang tidak dapat, maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda sumpahmu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu bersyukur” (al-Quran, Surah al-Ma’idah(5): 89).
Hanya daging korban sunat boleh dimakan
ABDUL RAHIM,
Selangor
BERKORBAN pada Aidiladha sangat digalakkan dalam Islam. Ia bagi melahirkan rasa syukur kepada Allah. Bagi korban sunat seekor lembu, ibu boleh �membahagikan kepada tiga bahagian iaitu satu pertiga untuk diri �sendiri, satu pertiga untuk orang miskin dan satu pertiga yang boleh dibahagi kepada orang lain termasuk orang kaya, sahabat-handai dan sebagainya.
Bagaimanapun, yang lebih afdal ialah sedekahkan semuanya dan hanya memakan sedikit sahaja untuk me�ngambil berkat korban itu.
Memakan sedikit daging korban itu terutama hatinya termasuk dalam perkara sunat.
Allah berfirman yang bermaksud: “... Maka makanlah� daripadanya (daging binatang-binatang korban) dan beri makanlah kepada orang-orang yang sangat fakir” (Surah al-Hajj ayat 28).
Untuk korban wajib seperti bernazar untuk melakukan korban, ia hendaklah disedekah semuanya dan tidak boleh dimakan. Kalau dimakan, hendaklah diganti apa yang dimakan dan korban itu tidak perlu diulangi.
Pernikahan di Thailand sah
Adakah sah perkahwinan saya kerana menggunakan wali hakim di Thailand dan dua saksi yang dibawa suami saya. Saya bimbang selama berkahwin, saya berzina �dengan suami sendiri sekiranya perkahwinan kami ini tidak sah.
JAY,
Terengganu
PERKAHWINAN di Thailand tetap sah apabila cukup syarat dan rukunnya. �Penggunaan wali hakim dibenarkan apabila ketiadaan wali nasab iaitu bapa tinggal berjauhan seperti di atas.
Pejabat agama Islam di Thailand hendaklah �mengeluarkan surat nikah yang sah bagi �menjamin bahawa ia dilakukan secara betul. Menurut undang-undang pentadbiran hukum syarak di Malaysia pula, perkahwinan itu hendaklah didaftar�kan di Malaysia untuk rekod perkahwinan.
Talak jatuh jika dilafazkan
Saya pasangan baru mendirikan rumah tangga dan memang tiada masalah dengan isteri malah amat menyintainya. Adakah cerai hanya berlaku jika dilakukan dengan ucapan yang jelas seperti ‘Aku ceraikan kau dengan talak satu’.
NORMAN,
Johor
ANDA dinasihatkan supaya sentiasa berdoa dan beristighfar kepada Allah supaya dijauhi daripada gangguan sedemikian. Lintasan seperti itu sebenarnya berasal daripada hati yang lalai.
Syaitan akan mengguna�kan kesempatan itu untuk mengganggu setiap hamba Allah terutama apabila seseorang sudah berumah tangga.
Syaitan akan menggoda manusia supaya berlakunya perceraian itu.
Bagaimanapun, lintasan seumpama itu tidak menyebabkan jatuhnya cerai atau talak. Talak perlu dilafazkan di mana sekiranya lafaz jelas (sarih) seperti yang dinyatakan anda di atas, talak jatuh walaupun tanpa niat.
Gambar kekasih dibawa solat
AKMAL,
Sarawak
HUKUM solat itu tetap sah. Bersolat bersama dompet yang terdapat gambar wanita bukan mahram (teman wanita) di dalam poket seluar tidak membatalkan solat.
Menurut mazhab Shafie, wuduk terbatal jika menyentuh perempuan dan sebab-sebab lain seperti kentut dan kencing.
Bagaimanapun, apabila gambar teman wanita itu mengganggu tumpuan, ia sepatutnya tidak dibawa dalam solat.
No comments:
Post a Comment