Friday, December 23, 2011

ROKOK NI HARAM MANA BOLEH TOLAK BALA...JANGAN BUAT KERJA2 HARAM KEMUDIAN TAMBAH DENGAN KERJA2 SYIRIK

‘Saya sedih, terkilan’

Oleh Murshid Eunos
murshid@hmetro.com.my

JAMAL...kecewa
JAMAL...kecewa
PETALING JAYA: Penyanyi popular, Jamal Abdillah akhirnya bersuara dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) hingga mendorong dia meninggalkan pusat kebajikan bekas penagih dadah itu bulan lalu, selepas menjadi ‘penghuni istimewa’ selama lima tahun.
Jamal berkata, dia sedih dan kecewa dengan pelbagai dakwaan dikeluarkan Presiden Pengasih, Datuk Yunus Pathi terhadapnya termasuk dia tidak banyak memberi sumbangan wang tunai biarpun dia satu-satunya penghuni yang tinggal di situ sehingga lima tahun berbanding penghuni lain yang tinggal cuma setahun.
“Sepatutnya Pengasih institusi yang memimpin semangat serta membimbing penghuni memerlukan bantuan dan bukannya menabur pelbagai dakwaan yang boleh menjatuhkan reputasi seseorang.

“Jika senario ini berterusan, saya yakin orang awam juga akan berfikir berkali-kali sebelum menghantar ahli keluarga atau teman yang memerlukan bantuan ke situ,” katanya ditemui pada sidang media Karnival Seharian Bersama Jamal Abdillah pada Januari depan, di sini, semalam.


‘Rokok tolak bala’

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop, Muhammad Saufi Hassan dan Shuhada Mansor
am@hmetro.com.my

KHURAFAT...rokok yang dicampur kemenyan digunakan sebagai pelaris perniagaan.
KHURAFAT...rokok yang dicampur kemenyan digunakan sebagai pelaris perniagaan.
KUALA LUMPUR: “Saya tak sanggup hidup mewah hasil bantuan syaitan dan tak sangka suami menyara keluarga dengan duit daripada amalan khurafat,” kata seorang isteri selepas mengesan suaminya menggunakan ‘rokok tolak bala’ berharga RM15,000 sekotak bagi menjamin keuntungan dalam perniagaannya.
Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Wahida, 29, itu berkata dia pelik dengan sikap suaminya kerana lelaki itu bukan perokok, namun dia hanya menghisap rokok pada setiap malam Jumaat dan membuka pintu rumah seluas-luasnya.

“Bau asap rokok itu sangat busuk seperti bau bangkai menyebabkan saya bertambah curiga dengan perlakuannya,” katanya.
Menurutnya, suaminya yang juga ahli perniagaan mula berkelakuan seperti itu selepas hampir muflis setahun lalu akibat gagal melangsaikan hutang.

Bagaimanapun, selepas mula melakukan amalan menghisap rokok pada setiap malam Jumaat, lelaki itu memperoleh keuntungan sekelip mata dalam perniagaannya.

Wahida berkata, apabila dia bertanya suami berhubung tingkah laku peliknya dia dimarahi selain diminta tidak mencampuri urusannya.

 “Selepas dia mula taksub dengan rokok itu, dia langsung tidak menunaikan solat. Saya pernah mengajaknya solat berjemaah, namun dia berang dan memarahi saya,” katanya ketika ditemui.

Akibat tidak tahan dengan bau busuk asap rokok termasuk kelakuan pelik suaminya itu, Wahida memberanikan diri memeriksa beberapa rokok yang disimpan di dalam almari suaminya.
“Selepas saya patahkan sebatang rokok, saya terkejut apabila mendapati kandungan ia dicampur dengan kemenyan yang sudah dihancurkan. “Berikutan itu, saya mendesak suami untuk memberi penjelasan dan suami memberitahu dia mendapatkan rokok itu daripada seorang bomoh di utara tanah air sebagai pelaris perniagaan,” katanya.

Wahida berkata, suaminya memberitahu rokok itu dikenali sebagai ‘rokok tolak bala’ dan sesiapa yang memiliki serta menggunakannya seperti disyaratkan dikatakan boleh mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda dalam bidang perniagaan.

“Suami turut memaklumkan dia mengeluarkan hampir RM15,000 untuk mendapatkan sekotak rokok berkenaan yang mengandungi 20 batang, namun menyifatkan kos itu berbaloi kerana dia mendapat untung berlipat ganda dalam bidang perniagaan sehingga mampu membeli rumah mewah serta beberapa kereta,” katanya.

Selain itu, katanya, suaminya disyaratkan memberikan wang kepada bomoh terbabit setiap bulan RM1,500 bagi memastikan pelaris dipakainya kekal berdampingan dengannya dan jika enggan pelaris itu akan hilang. “Saya cuba menasihatkannya untuk kembali ke pangkal jalan dan saya tidak kisah hidup susah asalkan wang diperoleh dari sumber halal tanpa bantuan syaitan, namun dia tidak menghiraukannya.

“Saya juga hairan kerana setiap kali mendapatkan bantuan ustaz untuk memulihkan suami, dia pasti tahu dan memarahi saya,” katanya.



Pemanas air maut

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

TYE...maut
TYE...maut
GEORGETOWN: Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik dipercayai berpunca dari alat pemanas air ketika mandi di bilik air rumahnya di Taman Changkat, Bukit Gambir di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, pemilik kedai alat telekomunikasi Tye Chuan Sin, 40, ditemui terbaring kaku dalam keadaan bogel oleh isterinya selepas terkena renjatan elektrik dari peralatan berkenaan dipercayai mengalami litar pintas.

Mayat mangsa ditemui dengan kesan melecur di leher serta badan akibat renjatan elektrik terhasil daripada paip alat pemanas air itu.
Menurut sumber polis, mangsa sepatutnya menjemput anak perempuannya pulang dari kelas tambahan, namun anaknya musykil apabila panggilan telefon dibuat kepada bapanya itu langsung tidak dijawab.

“Anak mangsa menghubungi ibunya dan meminta menjemput dia pulang dari kelas tambahan sebelum memberitahu panggilan telefon dibuat kepada bapanya langsung tidak dijawab.

“Isteri mangsa ketika itu berada di tempat kerja mula risaukan suaminya sebelum cuba menghubungi lelaki itu, namun panggilannya juga tidak dijawab,” katanya.

Menurutnya, sejurus sampai di rumah, dua beranak terbabit terhidu bau hangit dan terkejut apabila mendapati mangsa terbaring tidak bernyawa dalam bilik air rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan kejadian itu dan menerima laporan mengenainya.
“Tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang ditemui di pekarangan HPP enggan ditemubual kerana masih bersedih dengan kejadian itu.

No comments:

Post a Comment