Awang Hitam dah melampau!
Oleh Asmizan Mohd Samiran
Mengambil contoh penipuan Internet, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, mencatatkan 232 Awang Hitam terdiri daripada warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan mensasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa.
Hasil tangkapan itu, polis menemui surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki kacak berkulit putih, antara bahan ditemui polis dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan mereka untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, dilapor berkata siasatan polis mendapati sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan, terutama mereka yang ketandusan kasih sayang.
Bagi kes dadah pula, kemasukan penyeludup dadah dari Afrika Barat termasuk Awang Hitam dan Minah Hitam ke negara ini semakin menjadi-jadi, terutama menerusi pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila 419 kes direkodkan setakat ini membabitkan nilai lebih RM30 juta.
Lebih membimbangkan kebanyakan tangkapan sejak Januari hingga Ogos tahun ini membabitkan Awang Hitam atau Minah Hitam negara berkenaan, menggunakan pas pelajar.
Tangkapan pihak polis Selangor seperti dinyatakan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan bahawa bagi kes penyeludupan dadah membabitkan warga asing untuk tempoh berkenaan ialah 601 orang dengan kebanyakan suspek berasal dari Afrika Barat.
Hal berkaitan jenayah dilakukan Awang Hitam, kita serahkan saja kepada pihak berkuasa kerana mereka tahu tugas mereka.
Sehingga kini, masih hangat diperkatakan mengenai tindakan keterlaluan lebih 200 Awang Hitam mengepung membantah tindakan pihak berkuasa dalam operasi di penempatan ‘Mini Afrika’ di sebuah pangsapuri berhampiran kolej swasta, di Mantin, Negeri Sembilan, seperti dilaporkan Harian Metro, 5 Disember lalu.
Dalam Ops Ajar yang bermula jam 9 malam dan berakhir lapan jam kemudian, 111 anggota Jabatan Imigresen, termasuk 30 anggota Rela, empat anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tujuh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan enam petugas media dikepung sekumpulan pelajar warga Afrika terbabit selepas seorang daripada mereka menyekat laluan utama keluar dari kolej kediaman berkenaan menggunakan kereta.
Difahamkan, tindakan kurang ajar pelajar asing itu menyebabkan seorang anggota imigresen cedera ketika bergelut untuk menggari lelaki yang membuat halangan itu, malah keadaan tegang sehingga ada antara mereka melepaskan tumbukan serta tendangan liar ke arah kenderaan penguat kuasa.
Walaupun cuba ditenteramkan, Awang Hitam terbabit melawan dan mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah selain membuat alasan supaya rakan mereka yang seramai 16 orang, termasuk seorang wanita yang ditahan di beberapa rumah di pangsapuri itu dalam operasi pertama kerana kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa di negara ini secara haram, dibebaskan.
Terbukti, insiden itu memberi gambaran kita tidak dihormati walaupun berada di negara sendiri.
Itu belum lagi pelakuan kaki mabuk, gemar bergaduh dan mengganggu anak dara orang dilakukan Awang Hitam.
Penulis pernah menemubual penduduk yang tinggal di penempatan Awang Hitam.
Mereka mendakwa, apabila dalam jumlah ramai, Awang Hitam berkumpul, membuat bising dan ada yang mabuk. Jika terjumpa anak gadis, pasti diganggu sehingga ketakutan.
Jika ditegur, tidak terima dan akan muncul perkataan tidak sedap didengar.
Sebab itu kita setuju dengan saranan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye yang mencadangkan kerajaan memperketatkan kemasukan warga Afrika ke negara ini berikutan semakin banyak kes jenayah membabitkan mereka dilaporkan sekali gus menjadi satu ancaman kepada masyarakat.
Beliau berkata, walaupun negara ini liberal dan membenarkan warga asing berkunjung sama ada untuk melancong, perniagaan, belajar dan sebagainya, namun kemasukan warga Afrika sejak kebelakangan ini perlu diberi perhatian serius.
“Pihak berkuasa perlu kaji semula kemasukan mereka, tetapi bukan mengharamkannya. Ini kerana kita mengalu-alukan kedatangan warga asing, tetapi tidak kepada mereka yang melakukan jenayah.
“Mungkin kerajaan boleh membuat pemeriksaan dengan meminta warga Afrika memberikan maklumat latar belakang dengan lebih terperinci sebelum dibenarkan belajar atau melancong ke sini,” katanya.
Kita juga setuju dengan kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam bahawa kemasukan warga asing terutama dari Afrika yang ingin melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan, termasuk kolej swasta di negara ini akan ditapis secara ketat menggunakan sistem baru bermula tahun depan.
Sistem baru mengguna pakai Sistem Tier (tapisan) di negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom dilihat mampu menangani masalah kebanjiran pelajar asing ‘palsu’ di negara ini yang banyak menyumbang kepada masalah sosial dan kegiatan jenayah.
Diharap cadangan dan pengumuman itu membantu menangani masalah ditimbulkan Awang Hitam.
Diakui, bukan semua Awang Hitam yang datang ke negara ini jahat. Seperti dimaklumkan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pembabitan pelajar asing, terutama dari Afrika dalam kegiatan jenayah dan masalah sosial di negara ini adalah rendah dan terkawal.
Katanya, terdapat 66 kes membabitkan pelajar warga Afrika atas pelbagai kesalahan jenayah daripada kira-kira 20,000 pelajar dari benua itu di Malaysia kini.
“Kita tidak boleh menghukum pelajar Afrika yang betul-betul mahu belajar hanya kerana rakan mereka melakukan jenayah, itu tidak adil.
“Kita sepatutnya memberi peluang kepada mereka untuk menuntut ilmu di sini bagi memajukan negara mereka,” katanya.
Penulis juga pernah menemubual wanita tempatan yang menjalin hubungan cinta dengan Awang Hitam.
Bagi seorang eksekutif, Jaja Karim, 28, bukan semua Awang Hitam jahat kerana ada yang baik malah lebih baik daripada lelaki Melayu.
Menurut Jaja, teman lelakinya setia dan menjaganya.
“Mereka juga matang dan ‘gentleman’ (budiman). Mereka berfikiran terbuka dan profesional disebabkan banyak berkunjung ke negara lain,” katanya.
Ditanya tidakkah dia bimbang tertipu dengan warga Afrika yang sinonim dengan sikap gemar bersandiwara dan bijak bermain kata-kata, Jaja tidak bimbang.
“Saya tidak bimbang dengan persepsi seperti itu. Saya selidik latar belakangnya dan bertemu keluarganya.
“Dulu kami pelajar universiti, tetapi sekarang saya bekerja manakala dia berniaga serta banyak menghabiskan masa di luar negara. Tiada apa perlu dibimbangkan kerana keluarga juga mengenalinya,” katanya.
Sebagai kesimpulan, kita tidak menghalang sesiapapun belajar atau bekerja di negara ini, tetapi perlu ada sikap patuh kepada undang-undang dan hormat menghormati antara satu sama lain.
Bagaimanapun, yang bersalah perlu dikenakan tindakan, manakala kerajaan berhak mengambil inisiatif memastikan jenayah atau masalah ditimbulkan Awang Hitam dibendung.
Selagi kes jenayah dan masalah sosial membabitkan Awang Hitam meningkat di negara ini, selagi itulah persepsi negatif terus menebal di kalangan rakyat kita.
Penulis Ketua Biro Harian Metro Kelantan
‘Mujur tak hempap budak’
TUMBANG...pokok yang tumbang di taman permainan kanak-kanak di Pangsapuri Merak, Subang.
Katanya, kejadian ribut yang kuat jam 9 malam pada Sabtu lalu itu menyebabkan sebatang pokok di taman berkenaan tumbang dan menghempap alat permainan pada hari berkenaan.
“Terdapat 11 pokok di sekitar taman ini dan berusia hampir 10 tahun. Selepas kejadian itu, kami bimbang kejadian sama berulang dan berlaku tanpa dijangka.
“Ini kali pertama berlaku dan saya difahamkan pokok ini tumbang berikutan akarnya yang tidak kuat mencengkam disebabkan lapisan bawah tanah adalah konkrit,” katanya ketika ditemui.
Penduduk yang mahu dikenali, Taib, 34, berkata keadaan struktur tanah yang lemah sudah tidak sesuai untuk menampung pokok yang tinggi dan berharap pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) memotong pokok berkenaan.
“Mungkin pihak JMB boleh menanam pokok yang renek untuk menggantikan pokok berkenaan kerana perlu diutamakan sekarang keselamatan kanak-kanak yang bermain di taman ini.
“Lagipun pokok ini menghadap parkir kenderaan penghuni dan berkemungkinan tumbang bila-bila menghempap kereta,” katanya.
Sementara itu, penyelenggara bangunan pangsapuri berkenaan, Zakaria Zailani, berkata walaupun kejadian ini tidak meragut nyawa penduduk, pihaknya akan bertindak segera bagi memastikan keselamatan penghuni terjamin.
Penyamun tekup muka
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
idayu@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa dikenali sebagai Chong, 44, tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi bising.
Katanya, sebaik keluar dari bilik, dia terkejut apabila mendapati dua lelaki berusia 20-an yang membawa parang panjang berdiri di ruang tamu.
“Mereka yang tidak menyangka kehadiran saya mengacukan parang ke badan dan mengugut akan mencederakan saya sekiranya cuba melawan.
“Saya ditolak masuk ke bilik dan mereka menendang dada hingga saya terjatuh. Mereka menutup muka saya dengan bantal,” katanya di sini, semalam.
Chong berkata, seorang daripada mereka sekali lagi mengacukan parang ke badannya, manakala seorang lagi menggeledah bilik mencari barangan berharga.
Menurutnya, selepas lima minit menggeledah rumahnya, mereka melarikan pelbagai barangan berharga termasuk tiga kad kredit, telefon, komputer riba, kereta BMW dan wang tunai RM3,000.
“Saya tergamam dengan kejadian itu kerana mereka menyamun pada waktu siang dengan mengumpil pintu depan,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Ampang sejurus kejadian.
Duit kutu RM9,000 bawah tikar hilang
Mangsa, Fatimah Ismail, 56, yang menerima wang berkenaan sehari sebelum itu hanya menyedari kehilangan terbabit apabila masuk ke dalam biliknya pada jam 6.30 pagi untuk menunaikan solat Subuh dan mendapati tingkap bilik itu terbuka selain keadaannya berselerak.
“Saya memperoleh duit kutu itu pada petang Ahad lalu dan merancang memasukkannya ke dalam bank pada keesokan hari.
“Tapi, belum sempat berbuat demikian, wang berkenaan yang diletakkan di bawah tikar dalam bilik tidur dilarikan pencuri.
“Selain wang itu, saya juga kehilangan barangan kemas termasuk rantai dan gelang bernilai RM10,000,” katanya.
Dia yang menjalankan perniagaan di Pasar Maras, di sini, mendakwa terdengar bunyi orang mengheret sesuatu di luar rumah kira-kira jam 11.30 malam Ahad lalu, tetapi tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka ia perbuatan jiran yang tinggal berdekatan rumahnya.
“Saya percaya pencuri berkenaan melakukan jenayah itu ketika saya, suami dan dua anak berada di dapur untuk menyiapkan kuih untuk dijual antara jam 5.30 hingga 6.30 pagi, Isnin lalu.
“Ketika saya mengejutkan suami sebelum jam 5.30 pagi di bilik itu, belum ada tanda ia dipecah masuk.
Menurutnya, dia bersama suami, Yaser Mohd, 57, kemudian membuat laporan mengenai kejadian berkenaan di Balai Polis Batu Rakit, di sini, pada jam 7.20 pagi, Isnin lalu.
“Walaupun kehilangan wang tunai dan barangan berharga, saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak diapa-apakan dalam kejadian itu,” katanya.
Macam tin sardin
Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, sebuah kereta Perodua Kancil diibaratkan umpama tin sardin berikutan keadaannya yang remuk teruk antara dua kenderaan lain dalam kemalangan di jejambat Jalan Seremban-Tampin berdekatan Kampung Baru Rahang, di sini.
Menurut Bahari, ketika itu dia dalam perjalanan pulang menuju ke bandar ini bersama pemandu kereta berkenaan yang juga rakannya dikenali sebagai Pang Kim Yin, 72.
“Sejurus tiba di tempat kejadian, lori tanpa muatan dipandu rosak di tengah jalan dan menyebabkan kami memberhentikan kenderaan masing-masing di lorong kiri jalan.
“Namun, tidak lama kemudian, saya terkejut apabila melihat kereta rakan (Kim Yin) dilanggar sebuah Perodua Kembara yang datang dari arah belakang.
“Perlanggaran itu menyebabkan kereta Perodua Kancil berkenaan terseret lalu merempuh pula belakang lori saya sehingga tersepit,” katanya di sini, semalam.
Kata beliau, dia amat bersyukur kerana kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu tidak membabitkan sebarang kecederaan serius walaupun kejadian berlaku pantas. Harian Metro difahamkan, pemandu kereta Perodua Kembara yang tidak cedera tidak perasan kereta Perodua Kancil berkenaan berhenti di tepi jalan akibat mengalami kerosakan.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Maut lepas disamun
Oleh Noozieyantie ‘Alia Adnan
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, mangsa, P Mathaven@Ramakutty, 66, dikatakan sempat menghubungi anaknya selepas terbabit dalam kemalangan menyebabkan teksi dipandunya itu terbalik.
Cucu mangsa, V Kartik, 30, mendakwa mangsa ada menghubungi ibu saudaranya memberitahu dia dipukul dan disamun beberapa individu yang juga penumpangnya.
“Selepas dihubungi, ibu saudara saya segera pergi ke lokasi kejadian dan membawa mangsa ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Mangsa mengalami kecederaan pada kepala dipercayai akibat dipukul penyamun selain barangan peribadinya turut hilang. Selepas sejam berada di hospital, datuk saya itu disahkan meninggal dunia,” katanya di sini, semalam.
Padah curi barang kemas bapa tiri RM10,000
Zulhilmi Syazwan Mohamad, 21, turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.
Majistret Nor Azizah Yusof menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri seutas rantai emas kristal, sebentuk cincin tangan emas kristal, sebentuk cincin berlian, tiga bentuk kerongsang emas, dua utas rantai perak dan sebentuk loket perak bernilai RM10,000 milik bapa tirinya, Mohd Zam Endut, 55.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Kampung Durian Burung di sini, jam 9 pagi pada 9 Disember lalu.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor V. Ravi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, kehilangan barang kemas itu disedari bapa tiri tertuduh selepas mendapati kayu pada cermin tingkap biliknya mempunyai kesan dibuka pada jam 1 tengah hari.
Curiga dengan keadaan itu, bapa tiri tertuduh yang bekerja sebagai peniaga emas bertindak membuat pemeriksaan dan mendapati beg mengandungi barang kemas miliknya hilang sebelum membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini, pada hari sama.
Susulan laporan itu, tertuduh ditahan di tepi jalan di hadapan sebuah hotel di bandar raya ini jam 1 tengahari, 11 Disember lalu.
3 keluarga bantu siasatan penemuan rangka manusia
Rangka berkenaan ditemui jam 11 pagi Isnin lalu oleh dua pekerja tapak projek dalam keadaan berselerakan berhampiran paya di kaki cerun tempat projek membaik pulih cerun tanah runtuh itu dilakukan. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, keputusan bedah siasat masih belum diperoleh dan sukar untuk mengetahui identiti si mati.
“Setakat ini (petang semalam) tiga keluarga yang kehilangan ahli keluarga sudah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan.
“Kami (polis) akan menjalankan siasatan terperinci dan menunggu keputusan diperoleh bagi mengenal pasti identitinya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
No comments:
Post a Comment