Thursday, December 22, 2011

MURTAD DALAM HUKUM ISLAM KENA BUNUH JIKA TAK MAHU BERTAUBAT...

Jamal diarah keluar Pengasih

INILAH bangunan rumah Pengasih di Bukit Tunku, Kuala Lumpur tempat Jamal Abdillah(gambar kecil) berlindung sejak hampir lima tahun lalu.


KUALA LUMPUR - Selepas hampir lima tahun penyanyi Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali (gambar kecil) menjadi penghuni rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) di Bukit Tunku di sini, penyanyi tersohor itu dikatakan telah diarah keluar oleh pihak pengurusan pusat berkenaan pada awal November lalu.
Penyanyi itu dikatakan meninggalkan rumah tersebut pada awal November lalu setelah dia menerima surat arahan supaya keluar dari rumah perlindungan dan pemulihan akhlak itu yang disediakan untuk golongan penagih dadah.
Jamal, 52, yang ditemui selepas sidang akhbar Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah dan Pelancaran Album Raja Pop 2 di pejabat Warner Music Malaysia di sini semalam bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara tersebut tetapi mengaku lebih tenang duduk di luar berbanding di Pengasih.
"Saya lebih tenang berada di luar (Pengasih) daripada duduk di dalam. Kalau boleh saya tak mahu tumpang orang dan nak duduk di rumah sendiri.
"Saya minta maaf kerana tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara ini. Tunggulah nanti saya adakan sidang akhbar bagi menjelaskan isu ini," katanya yang kini menyewa sementara menunggu rumah baharunya yang dijangka siap pada bulan Februari tahun hadapan.

Kahwin lambat punca kesuburan turun

PUTRAJAYA - Fenomena kahwin lewat dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada penurunan kadar kesuburan dalam kalangan penduduk Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, faktor berkenaan menyebabkan purata kadar kesuburan penduduk telah mencatatkan penurunan daripada tiga orang anak pada tahun 2000 kepada 2.2 orang sahaja pada tahun 2010.
"Jika dahulu, kebanyakan pasangan berkahwin pada usia yang sangat muda iaitu sekitar awal 20-an tetapi kini berbeza dengan pasangan pada masa ini rata-rata memilih untuk berkahwin pada usia awal 30-an.
"Kelewatan mendapat zuriat berikutan perkahwinan yang lambat mempengaruhi kadar kesuburan dan seterusnya kependudukan negara," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Nor Mohamed, statistik itu berdasarkan indikator demografi Malaysia pada tahun 2000 dan tahun 2010 yang dibentangkan dalam Laporan Ketiga Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
Katanya, fenomena kahwin lewat menyumbang

Badan tauke telefon jadi hitam

GEORGE TOWN - Seorang wanita yang baru pulang ke rumah terkejut selepas mendapati suaminya menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila badan lelaki itu bertukar kehitaman disyaki terkena renjatan elektrik dari alat pemanas air kelmarin.
Mayat tauke kedai telefon, Tye Chuan Sin, 40, ditemui melecur lebih 50 peratus pada pukul 3 petang oleh isterinya di dalam bilik air rumah mereka di Taman Changkat, Bukit Gambir di sini.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa sedang mandi sebelum menjemput anak perempuannya pulang dari kelas tambahan pada pukul 12 tengah hari. Isteri mangsa ketika itu keluar bersama anak lelaki mereka.
Bagaimanapun, anak mangsa yang penat menunggu kemudian menghubungi ibunya untuk mengambilnya.
Kakak mangsa, Tye Chuan See, 45, memberitahu, kakak iparnya yang hairan apabila mendapati suaminya tidak menjemput anak perempuan mereka, bergegas ke kelas tambahan yang terletak berdekatan rumah mereka sebelum tiga beranak itu pulang ke rumah.

Mayat lelaki disangka bangkai anjing


ANGGOTA polis mengusung mayat lelaki yang ditemui terapung di Sungai Linggi berhampiran Taman Angsa Mas, Mambau semalam.


SEREMBAN - Seorang penternak ikan terkejut apabila mendapati satu objek yang disangka bangkai anjing rupa-rupanya mayat seorang lelaki yang terapung di Sungai Linggi berhampiran Taman Angsa Mas, Mambau dekat sini semalam.
Sebelum penemuan itu, Cho Hai, 58, berkata, dia sedang memberi makanan ikan di kolamnya sebelum didatangi oleh seorang rakan pada pukul 10 pagi.
"Kawan saya beritahu dia nampak satu objek pelik di sungai.
"Dari jauh saya nampak objek itu seperti bangkai anjing tetapi apabila diamati saya terkejut mendapati ia mayat manusia yang lengkap berpakaian," katanya ketika ditemui semalam.
Menurut Cho Hai, lelaki itu dipercayai mati beberapa hari lalu kerana sudah busuk.

Kes murtad dibicara di mahkamah sivil

PUTRAJAYA – Kesemua perbicaraan kes murtad akan dibawa ke mahkamah sivil dan bukan lagi mahkamah syariah selepas Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam diselaraskan di seluruh negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebelum ini tidak ada penyelarasan kerana ada pesalah dibicarakan di mahkamah syariah dan ada di mahkamah sivil.
“Kes murtad nanti akan berada di bawah mahkamah sivil dan bukan mahkamah syariah kerana jika mahkamah syariah, keseluruhan masalah tidak dapat diselesaikan sebab apabila disebut murtad ia membabitkan pelbagai pihak termasuk bukan Islam.
“Jadi, saya minta supaya Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mengatur pertemuan dengan majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri bagi memaklumkan kewujudan enakmen ini,” ujarnya selepas mengadakan pertemuan bersama enam pertubuhan bukan kerajaan Islam di sini kelmarin.

No comments:

Post a Comment