Buka kereta guna klip
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
mfirdaus@hmetro.com.my
Wanita berusia 30 tahun itu ditahan ketika cuba mencuri barangan dalam kenderaan jemaah yang menunaikan solat Jumaat di tempat letak kereta sebuah masjid di SS15, di sini, kira-kira jam 2 petang, Jumaat lalu.
Sumber polis berkata, suspek berkemahiran membuka kereta dengan hanya menggunakan klip sebelum mencuri barangan ditinggalkan di dalamnya dan dia juga bergerak sendirian.
Drebar mati tertimbus
Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
PILU...jenazah Azharulnizam ditemui selepas tertimbus tanah runtuh. Gambar kecil, Azharulnizam.
Mohd Zuraimi yang juga pemandu jengkaut adalah adik kepada Mohd Azharulnizam, 24, pemandu lori tanah yang mati tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Kuala Ping, di sini, jam 5 petang kelmarin.
Menurutnya, selepas mendapati abang dan rakannya Mohd Hanifah Mohd Nawi, 19, tertimbus, dia terjun jengkaut bagi menyelamatkan mereka dan mendengar suara Mohd Hanifah yang hampir tertimbus seluruh badan meminta tolong.
“Saya segera mengorek tanah bagi membolehkan Mohd Hanifah bernafas sebelum dia dikeluarkan orang ramai dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu oleh penduduk kampung.
“Saya dan penduduk berusaha mencari abang, tetapi tidak berjaya,” katanya ketika dihubungi di rumah sepupunya di Kampung Payang Kayu, 15 kilometer dari rumah ibunya di Kampung Langgar, di sini, semalam.
Mohd Zuraimi berkata, dia tidak menggunakan jengkaut untuk mengorek tanah itu kerana tidak tahu kedudukan abangnya tertimbus, selain bimbang abangnya cedera terkena mata jentera berkenaan.
Mohd Zuraimi berkata, mayat Mohd Azharulnizam dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat selepas satu jam usaha mencari.
Campak bayi dari flat
Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my
asmah@hmetro.com.my
KEJAM...anggota polis memeriksa mayat bayi yang dicampak dari tingkat tiga.
Bayi itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat dan mayatnya ditemui seorang penduduk di kawasan itu, Jundi Mat, 35, yang pada mulanya menyangka ia bungkusan sampah yang dibuang penduduk di blok berkenaan.
“Saya sangka bungkusan yang dibaling dari tingkat atas itu sampah berisi nasi basi yang dibuang penduduk di sini kerana perkara itu sering berlaku, namun sebaik diperiksa saya terkejut apabila ia rupa-rupanya mayat bayi,” katanya.
Jundi berkata, dia kemudian meminta beberapa orang penduduk di situ sama-sama memeriksa bungkusan berkenaan bagi mengesahkan ia mayat bayi dan bukan anak patung.
Menurutnya, bayi yang berkulit cerah itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan ada kesan kecederaan parah di kepala.
“Saya tidak pasti dari mana ia dicampak kerana ketika itu saya sedang mengambil motosikal yang terletak kira-kira dua meter dari lokasi bayi ini ditemui.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berkata hasil pemeriksaan forensik, polis percaya bayi itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat bayi itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Gadis campak bayi dari tingkat 3 flat
PETALING JAYA – Ketika rakyat Malaysia berkobar-kobar menanti kelahiran anak sempena Hari Malaysia, lain pula dengan seorang ibu yang tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan pada hari bersejarah itu dari tingkat tiga Blok 1, Flat Desa Mentari di sini semalam.
Mayat bayi perempuan malang itu kemudian ditemui dengan kesan kecederaan di kepala oleh seorang penduduk yang terkejut mendengar bunyi satu objek jatuh di tempat letak kereta flat tersebut pada pukul 11 pagi.
Saksi kejadian, Jundi Mat, 35, berkata, sebelum menemui bayi itu, dia terdengar bunyi objek jatuh di tempat letak kenderaan dalam jarak kira-kira dua meter dari tempat dia berada.
“Alangkah terkejutnya saya apabila objek tersebut bukan anak patung tetapi rupa-rupanya seorang bayi dalam keadaan berbogel, masih bertali pusat dan berlumuran darah.
“Bayi yang kepalanya turut kemek tidak menangis dan tidak bergerak kerana sudah tidak bernyawa,” cerita Jundi yang bekerja sebagai pemandu lori.
Kosmo
Padah langgar lampu merah
Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my
asmah@hmetro.com.my
REMUK...kereta yang terbabit kemalangan, semalam.
Mangsa, T Jeganathan, 22, dan T Kanikanan, 27, adalah penumpang kereta Proton Wira dan mereka maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Kejadian jam 3.10 pagi itu dipercayai berlaku apabila Proton Wira dari Sungai Buloh yang dinaiki mangsa membelok ke kanan untuk memasuki persimpangan stesen berkenaan sebelum dirempuh sebuah Proton Waja.
Sumber polis trafik berkata, Proton Waja dari Subang itu tidak sempat mengelak dan merempuh bahagian kiri Proton Wira dinaiki mangsa.
“Akibat rempuhan kuat itu, Proton Waja terbabit berpusing ke arah bertentangan manakala Proton Wira pula terseret beberapa meter,” katanya.
Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku apabila sebuah daripada kereta terbabit melanggar lampu isyarat merah.
Dalam kejadian berasingan di Kilometer 20 Lebuhraya Karak arah Tol Gombak, seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas.
Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Bandar Sunway menunggang dalam keadaan hujan lebat menyebabkan motosikalnya hilang kawalan dan terbabas.
Polis meminta saksi kejadian tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Rasha Azrul Shafii di talian 03- 6126222/2273.
Bertindih dalam pikap
Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my
djuns@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 11.40 malam, mangsa yang maut ialah pemandu, Ramsin@Taminsin Pahang, 59, isterinya, Siti Runi Tarawi, 55, Asan@Hassan Jimi, 55, isterinya, Saimah Jamin, 51, dan seorang lagi penumpang, Taripan Bintaman, 53.
Semua mereka menaiki kenderaan pikap Isuzu Invader dan mati di tempat kejadian akibat parah di seluruh badan.
Manakala penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Ria iaitu pemandu, Chong Chee Kiong, 23, dan penumpangnya, Sheena Patrick, 28, serta Lily Govinjen, 56, kini kritikal di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).
Semua mereka yang maut dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Beaufort selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia anjuran sebuah pertubuhan di Tuaran.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila MPV dipandu Chong dalam perjalanan dari bandar raya ini menuju Tuaran dirempuh dari arah belakang oleh sebuah Mitsubishi Triton sebelum terbabas ke laluan bertentangan.
Kejadian itu menyebabkan semua mangsa yang maut tersepit dan bertindih antara satu sama lain.
“Kenderaan dipandu Ramsin gagal mengelak lalu bertembung MPV berkenaan dan pada masa sama, sebuah lagi pikap yang mengekori merempuh kedua-dua kenderaan itu.
“Katanya, kejadian itu menyebabkan lima pemandu dan penumpang pikap Isuzu mati di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang MPV berkenaan parah dan kini berada dalam keadaan kritikal,” katanya.
Katanya, pemandu Toyota Hilux yang merempuh kedua-dua kenderaan itu tidak cedera manakala Mitsubishi Triton yang merempuh MPV beredar dari tempat kejadian.
“Polis berjaya mengesan pikap Mitsubishi itu ditinggalkan di tepi jalan di Taman Bukit Sepangggar, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.
“Semua mayat dihantar ke HQE II untuk bedah siasat manakala mereka yang cedera turut dirawat di hospital sama,” katanya.
Jauteh berkata, sehingga hari ini (semalam) polis giat mengesan pemandu Mitsubishi Triton terbabit bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu cuai sehingga menyebabkan kematian,” katanya.
Ayah, ibu maut bersama
Menurut Ritauddin, ibunya, Siti Runi Tarawi, 55, kelihatan bersemangat untuk ke majlis berkenaan dan tidak menyangka mereka mati bersama.
Dalam kemalangan itu, suami Siti Runi, Ramsin@Taminsin Pahang, 59, maut bersama tiga yang lain apabila kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan membabitkan empat pikap dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).
“Saya hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu jam 3 pagi selepas dihubungi ahli keluarga lain.
“Ketika itu, saya berharap semua mereka hanya cedera ringan, tetapi telahan saya silap apabila diberitahu mereka sudah tiada,” katanya.
Menurut Ritauddin, dia tidak menyangka kehilangan ibu dan ayah sekelip mata, tetapi reda dengan kejadian menimpa mereka sekeluarga.
Lelaki mahu bantu kenalan pengsan dikeroyok
Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa berusia 37 tahun yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur terserempak sebuah kereta yang berhenti di laluan kecemasan memberhentikan kenderaannya untuk menolong selepas dia mengenali seorang daripada mereka.
Menurut sumber, tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa bertanya kenalannya itu mengenai masalah mereka.
“Bagaimanapun, kenalannya itu tidak menyenangi kehadiran mangsa dan memarahi serta menghamburkan kata-kata kesat.
“Terkejut dengan tindakan suspek yang tiba-tiba naik angin dan memaki hamunnya, mangsa mempersoalkan tindakan lelaki itu,” katanya.
Sumber berkata, suspek yang berang mangsa masih tidak beredar dan mempersoalkan tindakannya menolak mangsa sebelum berlaku pertengkaran.
“Tidak cukup dengan itu mereka menyepak perut mangsa dan membelasahnya sehingga pengsan,” katanya.
“Mangsa dihantar ke Hospital Bentong dan ditahan di wad selama satu hari selepas cedera teruk di kepala.
“Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan.
Siasat dakwaan Adun lepaskan tembakan
Kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman ahli politik terbabit, jam 8 malam.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, kedua-dua individu berkenaan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
“Kami sudah pun menjalankan siasatan berhubung perkara ini.
“Siasatan dijangka selesai tidak lama lagi. Sehubungan itu, semua pihak diharap tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai,’’ katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Difahamkan, ahli politik terbabit melepaskan tembakan selepas dia mendapati seorang lelaki berada di rumahnya.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak cedera dalam kejadian itu.
“Kami menggesa polis siasat kejadian itu dengan teliti tanpa melindungi mana-mana pihak.
“Jika betul kejadian itu berlaku, kami mahu dia disiasat sama seperti kes seorang pengawal keselamatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengacukan pistol kepada orang ramai,” katanya.
Badan putus dirempuh kereta api
SUNGAI PETANI – Seorang gadis yang bekerja di sebuah kilang maut dengan badannya terputus dua manakala kakaknya cedera parah selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh kereta api di Jalan Kuala Ketil di sini semalam.
Mangsa yang terbunuh ialah K. Nalini, 18, manakala mangsa yang cedera parah ialah K. Rani, 22.
Bagaimanapun, motosikal ditunggangi Nalini dirempuh dan diseret kereta api membawa muatan simen selepas mangsa dikatakan menyelinap di bawah palang penghadang landasan yang sudah ditutup.
Kosmo
Badan putus dua
Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
“Selepas itu, saya dengar kereta api turut membunyikan hon sebelum diikuti bunyi dentuman kuat dari arah landasan.” Demikian kata N Nalini, 28, rakan kepada T Nalidi Dewi, 18, yang badannya putus dua selepas dirempuh kereta api dalam kejadian berhampiran stesen kereta api Jalan Sungai Petani ke Pekan Lama, di sini, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 12.50 tengah malam itu, kakak Nalidi, T Rina, 20, yang membonceng motosikal sama parah apabila kaki kanannya patah dirempuh kereta api barang yang membawa muatan simen dari Bukit Keteri, Perlis ke Kuala Lumpur.
Akibat rempuhan itu, motosikal mangsa terperosok di bawah kereta api manakala Nalidi melambung ke tengah landasan lalu digilis sebelum diseret hampir 100 meter, menyebabkan tubuhnya putus dua dan kepalanya hancur.
Rina yang turut tercampak dan jatuh di tepi landasan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk rawatan lanjut.
Nalini berkata, sebelum kejadian dia bersama suaminya keluar dengan kedua-dua mangsa menaiki motosikal Honda EX5 secara berasingan dari Taman Kelisa Ria, di sini, untuk ke kuil Taman Pekan Baru kira-kira jam 8.30 malam.
“Suami memberhentikan motosikal kami di belakang dua kereta di sebelah kiri, tetapi dua beradik itu tidak berhenti sebaliknya memintas kami berdua serta dua kereta yang berhenti di sebelah kanan.
Nalini berkata, selepas terdengar bunyi dentuman kuat dari arah landasan dia dan suaminya serta beberapa orang lain berlari ke arah landasan.
“Sebaik tiba saya melihat Rina terbaring di tepi landasan. Saya segera mencari Nalidi dan terkejut apabila menemui sebahagian tubuhnya berada di tengah landasan dan sebahagian lagi di tepi manakala motosikalnya tiada kerana diseret kereta api itu,” katanya.
Nalini berkata, dua beradik itu bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Taman Ria Jaya, di sini, sejak beberapa tahun lalu.
Sementara itu, pemangku Ketua Polis Kuala Muda, Superintendan Ong Aik Chang berkata, kejadian berlaku selepas mangsa menunggang motosikal bersama kakaknya melalui celah palang lintasan yang ditutup.
“Akibat digilis, mayat mangsa putus dua manakala kereta api terbabit hanya berhenti kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian dengan motosikal mangsa turut diseret bersama.
“Kakak mangsa yang maut terpelanting jatuh di tepi landasan dan cedera parah di kaki kanannya serta badan dikejarkan ke HSAH untuk rawatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Harian Metro di tempat kejadian awal pagi semalam mendapati anggota polis terpaksa mengutip cebisan mayat mangsa yang berterabur di tengah landasan kereta api dan dihantar ke Jabatan Forensik HSAH.
No comments:
Post a Comment