Jeriji besi sekat habuan lebih
Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my
naimah@hmetro.com.my
REKOD...polis mengambil keterangan mangsa.
SIASAT...unit forensik polis memeriksa kedai emas yang disamun.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, dua wanita berusia 40-an dan 52 tahun terbabit sempat melarikan diri masuk ke bilik di belakang kedai sebaik melihat tiga suspek bersenjata itu.
Menurut anak pemilik kedai, M Rajesh, 37, ketika kejadian dia dan bapanya tiada di premis itu, namun mengikut apa diceritakan ibu serta kakak saudaranya, tiga lelaki bertopeng serta bersenjatakan tukul, kapak dan pistol memasuki kedai manakala seorang lagi menunggu dalam kereta Perodua Kancil.
“Ini kejadian pertama sejak kami memulakan perniagaan dua tahun lalu, mujur tiada pelanggan ketika kejadian dan ibu serta kakak saudara saya turut tidak dicederakan.
“Mereka kemudian bertindak memecahkan kaca dengan menggunakan tukul dan kapak, bagaimanapun mereka mengalami kesukaran memasukkan tangan untuk mencapai kebanyakan barang kemas kerana kami meletakkan jeriji besi di bawah lapisan kaca yang mereka pecahkan itu,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang semasa tiada pelanggan di kedai itu.
“Tiga suspek bertopeng terbabit hanya dapat melarikan barang kemas berjumlah kira-kira RM10,000 berikutan kehadiran orang awam yang ramai serta kesukaran mencapai barangan di bawah jeriji besi itu,” katanya.
3 serangan dendam
Oleh Suraya Roslan dan Jaafar Mulup
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
USUNG...anggota JPAM mengusung mayat mangsa. Gambar kecil, Sivabalan.
Dalam insiden pertama jam 10.30 malam, ketiga-tiga suspek bersama lebih 15 rakan mereka yang bermotosikal menyerang dua remaja berusia 16 tahun di sebuah kedai mencuci kenderaan di Repah, di sini, menyebabkan kedua-dua mangsa cedera.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, insiden itu berlarutan apabila pada jam 11.30 malam, tiga suspek sama menyerang mangsa kedua, M Sivabalan, 42, di rumahnya di Taman Bukit Tampin, di sini.
Katanya, dua daripada suspek menetak kepala, bahu dan tangan Sivabalan menggunakan parang di depan anak dan isterinya sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Tampin (HT), namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.
‘Saya jaga dia sampai bila-bila’
Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my
yusmizal@hmetro.com.my
KASIH...Abdul Hamid menjaga isterinya di rumah mereka di Pantai Permai, Kerinchi.
“Alhamdulillah, saya berjaya laluinya dan isteri semakin sihat. Insya-Allah, saya akan jaga dia sampai bila-bila,” kata Abdul Hamid Alias, pemandu teksi yang menjaga isterinya selepas disahkan menghidap kanser tulang tahap empat sejak dua tahun lalu.
Katanya, kasih sayang yang kuat terhadap Zurida Yusuff, 44, sedikit pun tidak pernah pudar biarpun rutin harian hidupnya berubah sama sekali apabila terpaksa mengambil alih semua tanggungjawab menjaga anak, memasak, mengemas rumah termasuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada isterinya itu, setiap hari.
Menurutnya, pengesahan doktor mengenai keadaan kesihatan isterinya pada 2010 begitu memberi kesan kepada hidupnya sehingga diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan kerana terlalu kerap mengambil cuti menjaga insan tersayang.
‘Hilang nikmat tidur telentang’
Oleh Nazdy Harun
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
PRIHATIN...Adnan Salleh melihat ketumbuhan di belakang badan Adnan Teh ketika mengunjungi rumah warga emas itu di Kampung Ladang Sahat, Kuala Terengganu.
Menurutnya, ketumbuhan itu mula dikesan pada 2005 dan semakin membesar menyebabkannya hanya boleh tidur mengiring setiap hari.
Katanya, ketumbuhan itu menyukarkannya memakai baju berikutan benjol yang bersaiz agak besar.
“Walaupun ketumbuhan itu besar, namun tidak menyakitkan menyebabkan saya tidak mendapatkan rawatan segera,” katanya.
Katanya, buat masa ini dia belum merancang melakukan pembedahan membuang ketumbuhan itu walaupun ia semakin membesar.
“Namun, jika ada pihak sudi membantu dari segi kos rawatan, saya tiada masalah,” katanya.
“Saya tinggal bersendirian berikutan tidak pernah berumah tangga dan hanya bergantung harap kepada saudara terdekat selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM200 sebulan,” katanya.
“Saya bersyukur kerana menerima bantuan zakat ini yang dapat meringankan beban menguruskan perbelanjaan harian,” katanya.
Pengerusi JKK Kampung Ladang Sahat, Adnan Salleh berkata, pihaknya akan memohon dana daripada Tabung Penyakit Kronik negeri bagi membantu warga emas terbabit membuang ketumbuhan berkenaan.
Gadis lembam dibuang di tepi jalan
Oleh Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Lebih malang, gadis berkenaan yang juga pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bukan saja tidak dikehendaki ibu bapanya yang sudah berpisah itu tetapi, ‘dibuang’ dengan cara menyayat hati apabila ditolak keluar dari kereta, Ahad lalu. Difahamkan, gadis berkenaan dibiarkan di tepi jalan bersama beg pakaian dekat Taman Cantik, di sini, selepas ditinggalkan ibu kandungnya bersama bapa tiri dan seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta.
Bagaimanapun, nasib menyebelahi gadis malang itu apabila seorang saudaranya yang kebetulan melalui jalan itu menemuinya sebelum membawanya pulang ke rumah mereka.
Selain itu, gadis berkenaan dikatakan bukan sekadar ‘dibuang’, tetapi wang bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan sejak dua tahun lalu dipercayai dikeluarkan keluarganya tanpa pengetahuannya berikutan dia tidak tahu menulis dan membaca.
Difahamkan juga, ibunya kini tinggal di Kulim, Kedah, manakala bapanya pula menetap di Ampang Jajar, di sini Gadis berkenaan ditemui media ketika menerima kunjungan Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan, David Chua bersama pegawai JKM di rumah ibu saudaranya di Kampung Federal, di sini semalam.
Zuraini yang faham penderitaan dialaminya sesekali menitiskan air mata walaupun tidak dapat menceritakan dengan panjang lebar sejarah hidupnya itu.
Ibu saudaranya, Zaiton Abu Ghany, 39, berkata, Zuraini adalah anak sulung daripada empat beradik pada mulanya dijaga ibu bapanya sejak dilahirkan sebelum dihantar ke Taman Sinar Harapan Jubli, Johor Bahru ketika berusia lapan tahun sehingga gadis itu berusia 26 tahun.
“Saya diberitahu dia kemudiannya diserahkan pula kepada ibu kandungnya hinggalah saya menemuinya di tepi jalan di Taman Cantik bersama beg pakaian lalu membawanya pulang ke rumah,” katanya.
Menurut Zaiton, jika diberi peluang dia boleh menjaga Zuraini tetapi rumahnya sendiri juga sempit dengan hanya sebuah bilik selain mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa.
“Kami simpati nasibnya yang dibuang ibu bapa kandung dan tiri. Kalau saya orang senang, tentu saya akan menjaganya, tetapi masalahnya saya sendiri pun orang susah,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Seberang Perai Utara, Mohd Rahim Mohd Aliff berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kes Zuraini kerana gadis itu pernah ditempatkan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bagan Indah, di sini sebelum ke Darul Hanan.
“Setakat ini, dia masih mempunyai ibu bapa kandung serta ibu bapa tiri dan jika siasatan kami mendapati tidak diterima keluarga sendiri, kemungkinan akan ditempatkan di Rumah Perlindungan Jitra di Kedah selepas ini,” katanya.
Belasah nenek tuntut sewa bilik
Difahamkan, tindakan tidak berperikemanusiaan penyewa itu terhadap nenek 72 tahun terbabit bagaimanapun berakhir selepas seorang jiran yang mendengar bunyi bising dari dalam rumah mangsa di Kampung Pandan, di sini, membantu menyelamatkannya, kelmarin.
Sumber berkata, insiden hampir 30 minit itu bermula kira-kira jam 7 malam selepas mangsa yang juga pemilik rumah berkenaan mengetuk pintu bilik meminta penyewa bilik di rumahnya itu membayar tunggakan sewa.
“Selepas beberapa kali mengetuk pintu, penyewa terbabit membuka pintu bilik. Mangsa kemudian meminta wanita terbabit menjelaskan tunggakan sewa.
“Wanita berkenaan yang dipercayai tidak puas hati dengan permintaan itu bertindak menghalau mangsa keluar dari dalam biliknya,” katanya.
Malangnya, sebaik mangsa keluar dari bilik itu, wanita terbabit bertindak menghalangnya lalu menyembur racun serangga ke arah muka mangsa menyebabkan matanya pedih.
“Namun, tindakan mangsa tidak berhasil apabila wanita itu bertindak memukul pula kepala mangsa menggunakan topi keledar dan menggigit tangan kanannya. Mangsa yang tidak berdaya hanya mampu menjerit,” katanya.
Lelaki patah jari lif flat terhempas
Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, mangsa mahu dikenali sebagai Remy, 30, patah jari kelingking selepas jatuh terduduk dan terpaksa mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Katanya, ketika kejadian, dia mahu ke tempat kerja dan menaiki lif itu sendirian apabila tiba-tiba ia bergegar.
“Sebaik memasuki lif dan pintunya tertutup, tiba-tiba lif bergegar. Namun, saya tidak mengesyaki apa-apa kerana sebelum ini, lif itu tidak pernah bermasalah.
“Lif turun dengan perlahan dan beberapa saat kemudian saya rasa ia meluncur ke bawah dengan sangat laju sebelum terhempas,” katanya.
Remy berkata, sebaik lif terhempas, dia jatuh dalam keadaan duduk dan bersandar pada dinding sebelum terpaksa mengumpil pintu lif yang terbuka separuh untuk keluar.
“Kejadian berlaku dengan pantas dan ketika lif jatuh terhempas tiada sesiapa menyedari kejadian ini menyebabkan saya terpaksa berusaha untuk keluar sendirian.
Katanya, pihak klinik berkenaan kemudian merujuk kesnya ke PPUM untuk ujian sinar-X sebelum mendapati jari kelingkingnya patah dan diberi cuti sakit selama 10 hari.
“Saya juga sudah membuat aduan kepada pihak pengurusan bangunan dan membuat laporan di Balai Polis Sungai Way untuk tindakan lanjut,” katanya.
Video papar pencuri di majlis kahwin dicekup
Rakaman video bertajuk ‘Tertangkap Mencuri Di Rumah Pengantin’ itu memaparkan seorang wanita yang dikatakan mencuri dipegang dengan kasar supaya wajahnya jelas diambil menggunakan telefon bimbit.
Lelaki yang memegang wanita dipercayai warga asing itu mengarahkan sesiapa yang mahu mengambil gambar wanita segera berbuat demikian.
Berdasarkan rakaman itu, wanita terbabit dilihat beberapa kali cuba menutup wajahnya daripada dirakam serta merayu tidak diaibkan.
Rakaman yang dimuat naik Selasa lalu itu sudah ditonton 14,063 orang dengan lebih 100 komen daripada pelayar Internet yang memberi maklum balas negatif termasuk mengutuk perbuatan itu.
Keterangan video itu mengatakan wanita itu ditangkap ketika mencuri ketika keluarga pengantin sibuk melayan tetamu.
Pengunjung video itu bagaimanapun mengutuk tindakan beberapa lelaki yang dilihat merakam wajah wanita itu secara paksa kerana dilihat cuba mengaibkannya.
Menjawab fitnah filem hina Nabi
Oleh Fathul Bari Mat Jahya
PENGHINAAN terhadap manusia pilihan bernama Muhammad bin Abdullah
s.a.w bukan perkara baru dan asing dalam sejarah ketamadunan manusia.
Dalam lipatan sejarah, ini bukan kali pertama dan kita percaya ini juga
bukan kali terakhir.
Ketika hayatnya baginda dihina dan dicerca dengan segala macam tuduhan seperti dituduh ahli sihir, gila dan pelbagai lagi.
Demikian juga cemuhan, tuduhan dan segala macam label ini turut tempias kepada mereka yang teguh berpegang dengan prinsip Nabi dan sahabat. Mereka dituduh dan dihina sebagai pendusta, jumud, literalis dan sebagainya.
Saya sudah menonton filem yang hangat dibicarakan. Kita kira ini satu penghinaan yang sangat jelas ke atas Islam, ke atas Nabi s.a.w, ke atas al-Quran dan ke atas sahabat Nabi r.a. Sebelum ini pernah ada filem pendek menghina Islam, ada juga karikatur, kemudian ada penulisan dan hal yang jelas menghina Islam.
Mengapa perkara seumpama ini berlaku? Nabi sebutkan di dalam hadis dan menceritakan bagaimana umat Islam ini yang digambarkan seperti makanan yang dilahap oleh orang lapar.
“Hampir saja manusia ini akan diserang oleh golongan kuffar yang membenci Islam sama seperti orang lapar menuju kepada pinggan yang dihidangi dengan makanan. Sahabat Nabi bertanya, ‘Adakah kami pada ketika itu berada dalam kelompok yang kecil sehingga kami diserang sedemikian rupa?’ Jawab Nabi, ‘Tidak, bahkan kalian ramai jumlahnya, tetapi kalian ibarat buih di lautan. Pada hari itu Allah tanggalkan daripada hati musuh Allah perasaan hormat kepada kalian dan Allah campakkan ke dalam hati kalian penyakit al-wahn.’ Sahabat bertanya, ‘Apakah itu al-wahn?’ Kata Nabi, ‘Cintakan dunia dan takut mati.” (riwayat Imam Abu Dawud)
Maknanya memang betul apa yang Nabi katakan sudah berlaku hari ini, orang bukan Islam membikin filem seperti ini yang menghina Islam, menghina Nabi, menghina umat Islam, menghina al-Quran Karim, menghina sahabat Nabi, jelas Allah cabutkan daripada hati mereka perasaan takut dan hormat kepada orang Islam dan agama Islam.
Reaksi terhadap filem ini menimbulkan keresahan dalam dunia Islam. Impaknya sehingga terbunuh duta Amerika Syarikat ke Libya. Sebelum kita mengulas mengenai bantahan itu, pembunuhan itu sendiri adalah satu tindakan tidak bijak bahkan satu tindakan bertentangan ajaran Islam.
Ini tidak bererti kita menyokong pembikinan filem tersebut. Sekretariat Ilmuwan Malaysia membantah dan mengecam sekeras-kerasnya pembikinan filem ini. Ini pegangan kami dan pegangan seluruh umat Islam. Kita membencinya kerana Allah.
Tetapi adakah bererti kita boleh mengambil tindakan sewenang-wenangnya? Ini yang perlu dikawal oleh umat Islam, bukan bererti apabila kita membenci sesuatu, kita boleh bertindak sewenang-wenangnya. Islam meletakkan had yakni batasan.
Berkenaan demonstrasi dan menunjuk perasaan, pihak kami sudah berulang-kali menyatakan pendirian. Demonstrasi Bersih yang sebelum ini kita katakan ‘haram, haram, haram’ itu, sama saja hukumnya dengan demonstrasi yang lain.
Demonstrasi tidak memberikan apa-apa manfaat kepada umat Islam, sebaliknya memberikan manfaat adalah kita menjawab semula isu ini, mengambil kesempatan yang ada ini untuk menjelaskan kepada dunia mengenai Nabi kita, agama kita, al-Quran dan sahabat Nabi.
Ingat kisah filem pendek ‘Fitna’ di mana impaknya di Amerika berapa ramai orang memeluk Islam, sebab di sana mereka bertindak dengan menyebarkan ajaran Islam. Mereka menyebarkan al-Quran agar orang membacanya.
Bukan bermakna kita tidak boleh membantah, namun hendaklah dengan cara betul dan berhemah. Dalam sebuah hadis Nabi menyebutkan aturan dan tahap dalam merubah sesuatu kemungkaran.
Maksud hadis, “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka ubahlah dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka ubahlah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (riwayat Imam Muslim)
Jadi ini susunan yang Allah berikan. Dengan tangan bukan bererti dengan membunuh. Tetapi kita boleh mengubah kemungkaran itu dengan penulisan atau ucapan contohnya, bukan dengan tunjuk perasaan beramai-ramai. Dengan menunjuk perasaan beramai-ramai, masa kita terbuang, malah kita tidak mampu mengawal emosi dan adab orang yang hadir pada ketika itu, sedangkan Nabi diutuskan untuk sempurnakan akhlak manusia.
Kalau kita tidak mampu mengawal akhlak manusia seperti mana di Dataran Merdeka baru-baru ini, orang sibuk memberi komen mengenai tunjuk punggung, kita memberi komen lebih awal lagi keburukan demonstrasi itu sendiri.
Kalau kita menyekat dan tidak mengizinkan demonstrasi, maka tidak timbul isu sebegini. Alhamdulillah pelajar tersebut meminta maaf dan isunya sudah selesai. Cuma kita menyebut contoh itu sebagai pengajaran.
Antara tindakan rasional dan waras perlu diambil, pertama sekali ialah bersabar dengan apa yang berlaku. Disebut mengenai sabar di dalam al-Quran dan hadis, kalau kita baca terjemahan surah Al-Asr pun sudah cukup. “Saling berwasiat dengan kebenaran dan kesabaran.” Jangan kita bersikap ajalah (gopoh-gapah) kerana sesungguhnya gopoh-gapah itu daripada syaitan.
Kedua, reda dengan apa yang berlaku. Ini ujian Allah ke atas umat Islam. Memang kita tidak reda kepada filem itu, tetapi kita reda bahawa umat Islam hari ini diuji oleh Allah, diuji dan dicuit perasaan mereka. Allah melihat sejauh mana sensitiviti kalian terhadap agama kalian.
Ketiga, kita mengambil tindakan dan usaha. Satu usaha yang boleh dilakukan ialah berdoa kepada Allah. Pada zaman ini umat Islam melihat doa sebagai satu benda yang tidak diyakini. Ini masalahnya. Mereka tidak yakin dengan doa.
Kata Nabi di dalam hadis, perintah berdoa ini sangat banyak. Nabi berdoa siang malam, Nabi beristighfar setiap hari, sehari 100 kali. Kerapnya baginda berdoa dan itu yang perlu kita contohi daripada Nabi.
Selepas berdoa, apa tindakan boleh kita ambil? Demonstrasi sudah jelas tidak boleh. Seterusnya ialah menjawab balik persoalan dan fitnah ditimbulkan. Bagi pihak berkemampuan, ada autoriti dan kapasiti seperti Ikim dan Jakim, usahakan untuk menjawab semula satu per satu secara ilmiah, siarkan dan sebarkan agar semua orang mendapat manfaat daripada tuduhan dan fitnah ke atas Nabi kita, fitnah ke atas al-Quran, sahabat Nabi dan umat Islam itu sendiri.
Kemudian, ambil peluang ini untuk sampaikan Islam kepada orang ramai, apa saja kita tahu mengenai Islam. Kata Nabi: “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.” (riwayat Imam Al-Bukhari)
Kaki facebook dan twitter, daripada sibuk membongkar keaiban orang, membangkit isu kesalahan orang, elok digantikan dengan twitter ayat al-Quran, hadis Nabi dan cerita mengenai Nabi.
Bagi yang tiada ilmu, apa tindakan mereka? Membantahnya dengan melahirkan perasaan benci. Kata Nabi di dalam hadis mengenai benci, ertinya: “Sekuat-kuat tali ikatan iman adalah cinta sesuatu kerana Allah dan membenci sesuatu kerana Allah.” (riwayat Imam Ath-Thabarani)

‘Telefon dulu baru boleh masuk premis’
Namun, taktik sebuah premis ala ‘penthouse’ di Pelangi Court, di sini, tidak berpanjangan apabila diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, awal pagi semalam.
Difahamkan, premis berkenaan yang menawarkan perkhidmatan seks wanita warga Thailand itu sudah beroperasi sejak enam bulan lalu tanpa bimbang aktiviti haram mereka dihidu pihak berkuasa.
Ketua operasi, Asisten Superintendan Adzli Abu Shah berkata, pihaknya menyerbu premis berkenaan jam 11.20 malam dan berakhir satu jam kemudian selepas mendapat maklumat awam dan intipan selama beberapa hari lalu.
Si mabuk terima padah
Oleh Abd Rahman Adam
abdulrahman@hmetro.com.my
abdulrahman@hmetro.com.my
Mangsa berusia 50-an dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Permyjaya, selepas keluar minum bersama saudara di sebuah kedai di Pujut Corner, di sini, jam 10.30 malam.
Menurut sumber, mangsa yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk hampir melanggar sebuah Proton Wira dinaiki tiga lelaki.
Katanya, keadaan itu menyebabkan lelaki terbabit berang sebelum memintas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mangsa.
Perompak naik lori
Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my
djuns@hmetro.com.my
Sebelum kejadian, mangsa berusia 58 tahun yang menaiki Perodua Myvi dalam perjalanan pulang dari pusat bandar ke rumahnya di Penampang, sebelum keretanya dihalang lori dinaiki dua lelaki, kira-kira jam 2 pagi.
Sumber berkata, seorang daripada lelaki terbabit turun dari lori lalu mengetuk cermin tingkap dan mengarahkan mangsa membuka pintu kenderaan.
Menurutnya, mangsa yang ketakutan hanya membuka tingkap sebelum suspek menutup muka mangsa menggunakan sehelai kain dan kemudian membuka pintu kereta.
No comments:
Post a Comment