Peluru tembusi pipi
Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Begitu kata V Devi, 23, menantu K Kalyani, 57, yang terbaring berlumuran darah dan mati di tempat kejadian akibat terkena satu daripada dua das tembakan selepas rumah mereka diserang sekumpulan lelaki di Estet Bukit Lembu, Bukit Selambau, dekat sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 11.45 malam ketika mangsa bersama suami, anak dan beberapa jiran berbual di hadapan rumah apabila sekumpulan 15 hingga 20 lelaki bermotosikal serta kereta muncul di pekarangan rumah berkenaan.
Selepas menetak dua saudara serta anak mangsa yang cuba menghalang, kumpulan bersenjatakan parang dan kayu itu meluru lalu berhenti di hadapan pagar rumah berkenaan.
Secara tiba-tiba seorang daripada suspek melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa dan suaminya yang ketika itu mengarahkan semua anaknya masuk dalam rumah.
Ibu terbunuh selamat anak, diserang 20 lelaki
19 September 2012
Demikian luahan Thannimalai Muthu, 63, berhubung pergaduhan yang berlaku di hadapan rumahnya, malam kelmarin, dekat Ladang Bukit Lembu yang menyebabkan isterinya, Kalyani Krishnan, 57, maut.
Menurutnya, keluarganya diserang sekumpulan lelaki menggunakan senjata tajam sebelum menetak tiga mangsa sementara isterinya ditembak hingga menemui ajal.
Suspek dianggarkan kira-kira 20 orang menggunakan motosikal dan menaiki kereta menyerang seorang mangsa di hadapan jalan besar dekat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan.
Seorang lagi lelaki yang cuba membantu turut ditetak apabila penjenayah melepaskan tembakan ke arah keretanya sehingga terbabas ke pintu pagar sekolah.
Lelaki itu kemudian ditarik keluar oleh penjenayah sebelum ditetak.
Difahamkan, semasa anak lelaki mangsa, Kathiraven, 23, lari pulang ke rumah, Kalyani cuba menghalang penjenayah dari terus menyerang namun cubaannya gagal apabila ditembak.
Kejadian turut menyebabkan beberapa kerosakan lain, termasuk kemusnahan harta benda apabila beberapa motosikal dirosak dan dibakar selain beberapa kereta memasuki kawasan rumahnya turut dirosakkan.
Menurut Thannimalai, isterinya seorang penoreh getah sementara dia baru sahaja pencen dari melakukan pekerjaan itu dan tidak pernah mengganggu atau bermusuhan dengan sesiapa.
“Kami juga bukan jenis orang yang banyak harta namun tidak sangka boleh menjadi sasaran penjenayah,” katanya.
Sedang bersembang di luar rumah
“Ahli keluarga mangsa dan jiran semua sedang bersembang di luar rumah secara tiba-tiba nampak dari jauh sekumpulan lelaki sedang menuju ke arah rumah dalam kejadian jam 11 malam.
“Pada masa sama ada yang menjerit supaya masuk ke dalam rumah sebelum terdengar beberapa das tembakan ke udara yang dilepaskan ahli kumpulan terbabit,” demikian luahan jiran mangsa M Munniammal, 42.
Bagaimanapun, katanya, tembakan seterusnya mengenai pipi Kalyani Krishnan, 57, yang ketika itu cuba menghalang ahli kumpulan tersebut dari terus menyerang anak lelaki mangsa.
Akibat tembakan itu, Kalyani rebah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Anak mangsa serang jiran, rosakkan kereta, van
Seorang jiran yang mahu dikenali sebagai Subramaniam, 58, berkata, sebaik penjenayah melarikan diri dari lokasi kejadian, anak si mati terus meluru ke arah rumahnya sambil menjerit kenapa tidak sama-sama membantu menyelamatkan keadaan.
“Selepas marah kepada jiran, mereka terus merosakkan sebuah kereta dan van yang di parkir dalam rumah saya sehingga menyebabkan kerosakan,” katanya.
Polis hilang gigi
Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
RAMPAS...parang dan barangan milik suspek yang menyerang polis.
Dalam kejadian pada jam 12.50 tengah malam, anggota itu yang berusia 20-an bersama empat lagi rakan setugas mengejar tiga suspek lelaki yang menaiki motosikal yang cuba menyamun di SS16, di sini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, sebelum kejadian, anggota polis berkenaan melakukan rondaan bermotosikal pencegahan jenayah dan pemantauan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) apabila terserempak tiga lelaki mencurigakan.
“Anggota berkenaan menghampiri dua lelaki terbabit yang menaiki satu motosikal, manakala seorang lagi menunggang sendirian untuk membuat pemeriksaan identiti.
“Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek memecut motosikal mereka menghala USJ1 menyebabkan anggota polis berkenaan mengejar,” katanya.
Menurutnya, anggota polis berkenaan berjaya memintas sebuah motosikal dinaiki dua suspek sebelum pemboncengnya terjatuh.
“Namun, tiba-tiba lelaki terbabit terjatuh dan cuba lari dengan melompat pembahagi jalan menuju SS14, manakala dua rakannya melepaskan diri,” katanya.
“Anggota polis berkenaan bergelut dengan suspek dan dalam pergelutan itu dia terlepas satu tembakan.
“Tembakan itu mengenai cermin hadapan sebuah kereta yang melalui tempat kejadian, tetapi tidak mencederakan pemandu dan penumpangnya,” katanya.
Yahaya berkata, suspek terbabit diberkas dan dibawa ke Balai Polis Subang Jaya untuk tindakan lanjut, manakala parang berukuran 68.5 sentimeter yang digunakan untuk menyerang polis turut dirampas.
“Siasatan mendapati, suspek berusia 22 tahun berada dalam keadaan khayal ketika kejadian apabila ujian air kencingnya didapati positif dadah jenis syabu,” katanya.
Sehubungan itu, Yahaya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua lagi suspek supaya diminta menghubungi talian 03-78627222 atau balai polis berhampiran.
Suami tinju, madu pukul
Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
shamsulmunir@hmetro.com.my
Begitu kata Wita Baharom, 42, dari Kampung Sena, dekat sini, apabila mendakwa trauma menjadi mangsa belasahan suaminya berusia 41 tahun dan isteri pertama lelaki itu berusia 34 tahun selepas meminta wang untuk membeli susu buat bayi lelaki mereka.
Kejadian berlaku jam 5 petang kelmarin ketika mangsa yang juga isteri kedua kepada lelaki terbabit muncul di rumah suaminya di sebuah kampung, di sini, tetapi kedatangannya menimbulkan kemarahan suaminya sebelum ditinju kerana tidak berpuas hati dengan permintaannya.
Wita yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, dia kemudian dipukul dengan kayu oleh madunya yang masuk campur dan turut diterajang, ditumbuk dan ditampar suaminya ketika menyuarakan masalah mengenai perbelanjaan dapur.
Menurutnya, dia datang ke rumah suami dan madunya bagi membincangkan isu nafkah sebelum diserang isteri pertama suspek yang juga madunya yang ketika itu berada di situ.
Hui Yee pergi jua!
Oleh Haidhar Hilmi
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
PILU...Dina menatap gambar Hui Yee.
KENANGAN...Hui Yee ketika menerima rawatan di IJN pada 2006.
Hui Yee remaja yang pernah mendapat perhatian masyarakat selepas penderitaannya bergantung hidup menggunakan jantung mekanikal dilaporkan media, meninggal dunia jam 10.02 pagi semalam selepas mengadu sakit bahu kanan, malam kelmarin.
Dina berkata, sebelum Hui Yee mengadu sakit, dia bersama rakannya sempat keluar ke bandar untuk makan ‘steam boat’ yang juga makanan kegemarannya.
“Hui Yee ada beritahu saya dia ke bandar untuk makan steam boat bersama rakannya, tetapi saya hairan kerana dia pulang awal malam itu.
“Saya diberitahu rakannya yang Hui Yee muntah teruk sebelum mengadu sakit tulang bahu kanan.
Banduan bolos dari kereta polis
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Selepas kenderaan dinaiki tiga anggota terbabit melanggar lori berkenaan, banduan berusia 32 tahun itu yang berasal dari Kuala Terengganu mengambil kesempatan memboloskan diri dalam keadaan kedua-dua tangannya bergari dan memakai baju lokap berwarna oren.
Akibat tindakan agresif banduan terbabit, anggota polis yang memandu kereta itu, Lans Koperal Filyx Saver Anak Jino, 25, patah paha kanan, manakala dua lagi anggota, Konstabel Zulhairi Ramli, 24, cedera di leher manakala Koperal Rashid Ahmad, 51, cedera di pergelangan tangan dan pecah bibir.
Turut cedera, pemandu lori itu, Mohd Zamri Abdul Kadir, 28, apabila dilanggar kenderaan polis ketika dia membaiki kerosakan lori itu.
Difahamkan, sebelum kejadian, banduan itu duduk di belakang pemandu dikawal rapi anggota polis di sebelahnya dalam perjalanan ke Penjara Penor dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Hulu Terengganu, Terengganu.
Budak bantu ibu bakar sampah nyaris rentung
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa, Nur Farah Najwa Zol, 3, yang ditemani ibunya, Raja Suria Raja Ngah, 40, berlari ke arah unggun api sambil memegang sampah untuk dibakar.
Malangnya, sebelum kanak-kanak itu sempat melempar sampah ke dalam unggun api itu dia tersilap langkah dan rebah atas bara itu.
Raja Suria yang ditemui di Wad Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam berkata, dia tidak sempat menghalang tindakan Nur Farah Najwa yang tiba-tiba berlari ke arah unggun api itu dengan memegang sampah.
Katanya, dia yang terkejut dengan kejadian itu bergegas ke unggun api itu untuk mengangkat anaknya yang meraung kepanasan.
Ibu kepada empat anak itu berkata, dia terus menjirus anak ketiganya yang melecur teruk di bahagian tangan dan kaki kanan dengan menggunakan air paip sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Manir dan diminta rujuk kepada pakar di HSNZ.
Bunuh rakan untuk larikan wang
TAIPING – Seorang pengawal keselamatan yang memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat rupa-rupanya berniat jahat apabila dia disyaki menembak mati mangsa sebelum lesap bersama wang lebih RM1.2 juta semalam.
Kejadian pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di sini itu mengakibatkan Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar ini.
Suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin (gambar kecil), 25, yang menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang kini menjadi buruan polis.
Seorang saksi mendakwa, dia melihat suspek melarikan diri bersama beberapa beg mengandungi wang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic hitam yang berada beberapa meter di belakang van keselamatan tersebut.
Kebiasaannya, mereka akan menggunakan Jalan Taman Long Jaafar di Kampung Boyan di sini iaitu hanya sejauh lima kilometer untuk pulang ke pejabat tetapi semalam Hasnol telah dipaksa menggunakan Jalan Tekah-Aulong selepas mengutip wang. Jarak jalan itu kira-kira 10 kilometer dari pejabat mereka.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, pemeriksaan mendapati enam daripada 13 karung berisi wang lesap.
“Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar.
“Tempat kejadian bukan laluan yang biasa digunakan untuk pulang ke pejabat selepas mengutip wang. Van itu didapati terbabas di kiri jalan dipercayai akibat tindakan agresif suspek,” kata Yusof yang masih menyiasat jumlah sebenar wang yang dilarikan serta penglibatan individu lain.
Tambahnya, polis kini giat memburu Mohamad Hafizuddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping di sini untuk bedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di talian 05-829 1222.
Bomoh nikah batin didakwa
SEREMBAN - Seorang lelaki yang diberkas berhubung dakwaan memperdayakan wanita untuk tujuan seks dilepas tanpa dibebaskan dengan bon jaminan sebanyak RM15,000 bagi empat kes berasingan di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Bon jaminan itu dikenakan terhadap Mohd. Sombas Abdullah, 48, sementara menunggu keempat-empat pertuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1992 Negeri Sembilan dibacakan terhadapnya pada 9 Oktober depan.
Di Mahkamah Tinggi Syariah, Mohd. Sombas dikenakan bon jaminan RM12,000 dengan enam penjamin kakitangan awam atas tiga kesalahan mengikut Seksyen 49, 50 dan 52 Enakmen Jenayah Syariah 1992 Negeri Sembilan.
Hakim Syarie Abu Zaky Mohamad mengeluarkan perintah bon jaminan tersebut bagi kesalahan mencela agama Islam, mempermain ayat suci al-Quran dan hadis serta melakukan perbuatan ajaran salah.
Sementara itu, di Mahkamah Rendah Syariah, Hakim Syarie Hamizan Mohd. Nor mengenakan bon jaminan RM3,000 terhadap Mohd. Sombas dengan dua penjamin kakitangan awam.
Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai bomoh itu disiasat mengikut Seksyen 77 Enakmen Jenayah Syariah 1992 Negeri Sembilan iaitu memperdaya serta melarikan wanita untuk tujuan seks.
Pendakwa Syarie Kanan, Wan Mohd. Helmi Masran dan Zulzaidi Mahmod dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengendalikan kesemua kes yang dikenakan terhadap tertuduh manakala Mohd. Sombas tidak diwakili peguam.
Mohd. Sombas yang sudah berkeluarga gagal membayar bon jaminan tersebut. Tiada ahli keluarga tertuduh kelihatan di mahkamah. Malam tadi tertuduh ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai sebelum dia kemudian ditahan di penjara.
Kosmo! semalam melaporkan seorang bomoh yang didakwa memperdaya pesakitnya yang terdiri daripada wanita untuk melakukan hubungan seks dengan alasan perubatan terperangkap apabila dia ditahan oleh JHEAINS di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu di sini kelmarin.
Sebelum melakukan hubungan seks dengan pesakitnya, lelaki itu didakwa turut mengadakan upacara nikah batin dengan wanita berkenaan.
Janin ditemui di tangga kuarters KLIA
NILAI - Seorang kakitangan Jabatan Imigresen terkejut apabila menemui janin manusia di tangga tingkat satu sebuah blok kuarters KLIA dekat Nilai semalam.
Saiful Nizam Abas, 40, berkata, dia ternampak janin itu ketika keluar dari rumah berhampiran lokasi kejadian untuk mengambil seorang kanak-kanak yang dijaga oleh isterinya.
"Sebaik sahaja membuka pintu rumah, saya terkejut melihat beberapa tompokan darah di lantai berhampiran tangga untuk naik ke tingkat atas.
"Saya ikut kesan tompokan darah itu sebelum ternampak objek yang bergulung seperti janin manusia," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Katanya, selepas memaklumkan perkara itu kepada jiran, dia kemudian segera menghubungi polis.
Jelasnya, dia difahamkan oleh jururawat Klinik Kesihatan Kuarters KLIA yang tiba di lokasi bagi membantu siasatan, berdasarkan pemerhatian awal ia janin manusia berusia dalam lingkungan tiga bulan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Yusof Awang berkata, polis masih menyiasat kejadian itu dan sedang menunggu keputusan forensik daripada Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-758 3222.
No comments:
Post a Comment