Saturday, September 22, 2012

KEMAIN BELA...ADA APA2KE...SUKA HATI...RAKYAT LAH NI DAH PANDAI MENILAI...TAHU SAPE PENYAMUN...SAPE YANG TIDAK

Majalah hina pejuang Islam

Posted on the September 22nd, 2012 under Luar Negara by admin
BERLIN – Selepas filem anti-Islam yang dihasilkan di Amerika Syarikat dan penerbitan sebuah majalah mingguan di Perancis yang memaparkan karikatur Nabi Muhammad SAW kini sebuah majalah satira di Jerman pula telah melakukan perkara yang hampir sama.
Majalah itu yang bertajuk Titanic memaparkan satu lakaran kartun isteri bekas presiden Jerman Christian Wulff didakap oleh seorang pejuang Islam yang memakai serban sambil mengacukan pisau di muka hadapan majalah untuk edisi bulan Oktober.
Majalah tersebut yang dicetak sebanyak 100,000 naskhah sebulan akan diterbitkan pada 28 September depan.


Editor majalah itu, Leo Fischer berkata kepada majalah berita mingguan Der Spiegel: “Sekarang ini nama Mohammad menjadi perbualan setiap orang di bibir dan kami memberi tindak balas.” – AFP

Diana Amir Sah Bertunang, Dengan Ustaz

Posted on the September 22nd, 2012 under Artis by admin

Kalau sudah namanya selebriti, perkara baik sebegini walau pun tidak mahu di’hebahkan pasti akan sampai juga ke telinga peminat dan terima kasih buat Galaksi.
Dalam program hiburan di TV9 itu, Diana Amir hari ini telah mengesahkan status beliau yang kini sudah bergelar tunangan orang & lelaki bertuah itu bergelar seorang ustaz.
Melalui laporan eksklusif Galaksi, terpapar gambar Diana Amir & tunang beliau seorang ustaz yang pada kami cukup tampan sedang memotong kek bersama. Ah romantis.

Namun laporan tidak menyebut nama tunang Diana Amir mahu pun tempoh pertunangan mereka sebelum pasangan ini bakal di’satukan dengan ikatan perkahwinan sah.
Diana Amir turut memberitahu yang majlis tunang ini sengaja beliau senyapkan & akan memberitahu kepada umum apabila mereka mempunyai tarikh untuk berkahwin nanti.
Tahniah buat Diana Amir & pasangan. Semoga jejaka tampan ini merupakan imam yang di’cari Diana Amir selama ini. Kahwin, sila jemput kami di’sini. Heh.
Rotikaya

‘Gadis api’ tidak putus harap

Posted on the September 21st, 2012 under Tempatan by admin
Nik Aziz bersama rombongan bertanya khabar ahli keluarga Wan Nor Fatihah ketika lawatannya dan turut mengadakan solat Hajat, semalam. – Foto Unit Komunikasi Menteri Besar
KOTA BHARU -Biarpun diugut akan diganggu dengan lebih teruk, ‘Gadis api’ yang diekori api misteri sejak tiga tahun lalu tidak akan berputus asa untuk terus berikhtiar mengubati gangguan mistik itu.
Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 14, yang tinggal di Kampung Bunga Emas, Penambang di sini, nekad untuk berusaha melawan ujian tersebut dengan hasrat bagi menikmati kehidupan lebih tenang seperti rakan-rakan sebaya lain.

“Saya tidak takut dengan apa yang dialami ini dan selagi ada hayat saya akan berdoa supaya api ini tidak muncul lagi. Kami tetap mencari jalan penyelesaian daripada gangguan yang dilalui sekian lama.
“Sekarang ini, dengan kemunculan api misteri di rumah ini, saya tidak boleh lemah semangat dan perjuangan untuk menghentikan semua gangguan tidak sewajarnya berhenti separuh jalan, apatah lagi mengalah begitu sahaja,” katanya selepas menerima kunjungan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sempena lawatan tersebut beliau turut menyempurnakan solat Hajat dan berdoa semoga ALLAH SWT melindunginya daripada sebarang gangguan makhluk halus.
Wan Nor Fatihah juga memberitahu, semenjak kemunculan api tersebut keluarganya tidak putus-putus berikhtiar untuk melenyapkan api tersebut dan sejak pertama kali diekorinya kira-kira 77 pengamal perubatan sudah tampil membantu.
“Alhamdulillah jika sebelum ini saya dikejutnya dengan kemunculan api sebanyak 70 kali sehari sekarang gangguan terbabit semakin berkurangan dan ini adalah berkat doa serta izin ALLAH SWT untuk membantu saya.
“Biarpun kekerapan semakin kurang, namun gangguannya kadang-kalanya lebih teruk dan semua ini memberi kekuatan kepada saya untuk mengharungi ujian ini serta terus menamatkan masalah yang menghimpit diri ini,” katanya.
Akibat gangguan tersebut juga, fikiran Wan Nor Fatihah turut terganggu kerana ada yang mencemuh keadaan tersebut menyebabkan dia terpaksa mengasingkan diri daripada orang luar.
Semalam bermula sejak pagi sehingga jam 7 petang kira-kira enam kali api mesteri tersebut muncul dan membakar pakaian di dalam rumah itu.
Dalam pada itu, Nik Aziz menasihatkan keluarga supaya bersabar dan sentiasa berusaha untuk memulihkan keadaan seperti sedia kala.
“Saya berharap keluarga ini tidak berputus asa dan saya berdoa semoga mereka dilindungi ALLAH SWT daripada sebarang gangguan makhluk halus. Hakikatnya, ALLAH SWT maha berkuasa ke atas segala sesuatu,” katanya.
Sinar

Azwan Ali Akui Cukup Baran Dengan Sikap Dato Fazley

Posted on the September 21st, 2012 under Artis by admin
KUALA LUMPUR, 20 SEPT 2012: Produser dan pengacara, Azwan Ali akui pernah berkecil hati serta baran dengan sikap penyanyi dan tukang masak, Dato’ Fazley Yaacob ketika mereka sama-sama berada di akhir-akhir program masakan Masterchef Selebriti Malaysia pertama dahulu.
Namun, Azwan Ali memberitahu dia tidak berniat untuk memanjangkan lagi isu tersebut, memandangkan Juara Masterchef Selebriti Malaysia itu sendiri sudah mengakui kesalahannya secara peribadi kepadanya.
“Terus-terang memang saya pernah mengamuk dan agak baran dengan Dato’ Fazley kerana sikapnya yang telah melukakan hati saya ketika kami sama-sama dalam program masakan itu.

“Namun begitu, biarlah saya menyimpan sahaja punca yang menyebabkan saya menjadi terlalu marah dengan sikapnya itu kerana saya sendiri tidak mahu memanjangkan lagi hal ini. Lagipun, Fazley sendiri sudah mengakui kesalahannya serta meminta maaf secara peribadi kepada saya,” katanya kepada murai.com.my
Menurut Azwan lagi, kini hubungannya bersama Dato’ Fazley semakin baik dan dia sendiri kagum dengan sikap Fazley yang sangat merendah rendah serta menghormati dirinya.
“Rasa baran saya ini lama-lama terubat selepas melihat sikap dia (Fazley) yang bersungguh-sungguh untuk berbaik dnegan saya dan cuba menghormati saya sehingga tahap yang tertinggi.
“Itulah kelebihan Fazley berbanding artis-artis lain terutama artis yang pernah mempunyai isu pergaduhan dengan saya.
“Kalau artis lain pasti tidak sepertinya, malah masih mahu menang serta bertengkar dnegan saya. Bagi saya sifat Fazley ini harus dicontohi oleh ramai artis di Malaysia,” luah Azwan di majlis rumah terbukanya, malam semalam.
Bukti pendamaian mereka terlihat apabila Fazley sendiri datang ke rumah terbuka Azwan dengan membawa hadiah 2 biji kek. Selain Fazley rumah terbuka Azwan juga turut dihadiri oleh artis-artis lain seperti Aznil Nawawi, Anita Baharum, Johan Raja Lawak, Rosnah Mat Aris, Tomok, Raja Azmi, Ifa Raizah, Maria Farida, Roslan Shah, Iz Suliani, Chef Zam, Datin Noniswara, Angeline Tan, Mamat Sepah dan ramai lagi.
Murai

PM tolak dakwaan kekayaan Taib Mahmud

Posted on the September 22nd, 2012 under Tempatan by admin

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengumpulkan kekayaaan berbilion ringgit.
Bercakap dalam sidang media di ibu negara hari ini, Najib menjelaskan, terdapat banyak dakwaan dibuat dan ia tidak perlu diambil pusing.
NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.
Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.
Usaha Malaysiakini mendapatkan komen pejabat ketua menteri berhubung dokumen BMF setakat ini belum berjaya.
Malaysiakini

Udang kara 3 penyepit tarik perhatian

Posted on the September 22nd, 2012 under Luar Negara by admin
ENDACOTT bersama Claws
LONDON: Seekor udang kara menarik perhatian ramai apabila ia mempunyai tiga penyepit, lapor media semalam.
Udang itu kini dipamerkan di sebuah restoran di restoran Jacksons, Newton Abbot, selepas ditangkap baru-baru ini.
Udang seberat 1.4 kilogram itu diberi nama Claws kerana keunikan penyepit ketiga itu.

Pengarah restoran Jacksons, Matthew Endacott, berkata sepanjang tempoh 20 tahun berkecimpung dalam bisnes itu, dia tidak pernah bertemu udang sebegitu.
“Apabila keunikan Claws tersebar, semakin ramai orang datang ke sini, terutama kanak-kanak,” katanya.
Endacott berkata, walaupun unik, Claws akan dijual.
“Claws akan dijual dan dimakan. Nampaknya pembeli Claws akan mendapat daging penyepit tambahan,” katanya. – DM

‘Gadis api’ diajak cabar jin

Posted on the September 22nd, 2012 under Tempatan by admin
Wan Nor Fatihah menunjukkan pakaiannya yang terbakar baru-baru ini.
KOTA BHARU – Selepas kunjungan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke rumah ‘gadis api’ di Kampung Penambang Bunga Emas kelmarin, remaja itu mendakwa dirinya pula diajak berlawan jin menggunakan parang yang dikatakan ingin berdampingan dengannya itu.
Wan Nurfatihah Wan Hanafi, 14, mendakwa mendengar bisikan halus itu ketika dia sedang bersiap-siap untuk membersihkan diri di rumahnya kira-kira jam 9 pagi, semalam.

“Saya takut bila mendengar bisikan itu betul-betul di telinga kiri saya. ‘Benda’ itu mengajak saya berlawan menggunakan parang. Sebelum ini, ‘dia’ pernah mengugut untuk membakar lebih banyak barang dalam rumah tetapi tidak pernah pula mengajak saya berlawan.
“Saya amat tertekan dengan situasi seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas mendakwa menerima ancaman itu sebelum ketibaan kumpulan pengamal perubatan Islam dari Pusat Rawatan Islam At-Tobibi.
Cucu kepada keluarga Zainab Sulaiman itu, bukan sahaja berharap supaya gangguan ini dapat dihindari dari keluarganya kerana tidak tahan dengan tohmahan masyarakat, malah, dia terpaksa pula hidup dalam ketakutan apabila gangguan itu semakin serius sehingga mampu mengancam nyawanya.
Sementara itu, kunjungan selama dua jam yang diketuai oleh pengasas pusat rawatan berkenaan, Ustaz Shamsuri Shafie bersama 15 pembantunya mendapati keluarga tersebut tidak diganggu secara langsung oleh jin berkenaan tetapi hanya berlaku ke atas rumahnya.
“Selepas melakukan pemeriksaan ke atas badan pesakit, kami mendapati tiada sebarang gangguan yang dihadapi oleh keluarga itu.
“Bagaiman pun gangguan itu hanya berlaku pada rumah mereka sahaja sehingga ada barangan yang terbakar secara tiba-tiba.
“Pun begitu kami cuba sedaya mungkin untuk membantu memulihkan gangguan ini. Sebagai langkah pertama kami membacakan ayat-ayat suci al-Quran untuk dijadikan pendinding di rumah selain ‘memandikan’ seluruh ahli keluarga,” katanya.
Sinar

No comments:

Post a Comment