Sunday, November 28, 2010

AKHIR ZAMAN...KEGILAAN MANUSIA MULA TERSELAH DENGAN JELAS TANPA RASA MALU DAN BERSALAH KEPADA MANUSIA...LEBIH2 LAGI KEPADA YANG MAHA BERKUASA SERTA MAHA BESAR....

DUNIA


Wanita dakwa daftar namanya sebagai pemilik matahari




MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran (gambar) menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.
Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.
Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.
Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.
Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.
Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.
Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.
Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.
Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya. - Agensi




DUNIA


Perbicaraan Ariel disambung hari ini


Ariel


BANDUNG - Perbicaraan penyanyi band Peterpan, Ariel akan disambung pada hari ini di sebuah mahkamah di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada minggu lalu, penyanyi itu atau nama sebenarnya, Nazriel Irham tampil di mahkamah dalam perbicaraan pertama berhubung skandal klip video seksnya.
Dia menghadapi dakwaan mengedarkan dua klip video seks melibatkan seorang lelaki yang memiliki wajah miripnya.
Dalam salah satu video itu, seorang lelaki mirip Ariel didapati melakukan hubungan seks dengan wanita seperti kekasihnya, Luna Maya.
Satu lagi klip video menunjukkan seorang lelaki mirip penyanyi itu sedang melakukan hubungan seks dengan wanita yang mempunyai wajah seperti bekas kekasihnya, Cut Tari.
Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dihukum penjara selama 12 tahun.
Menjelang perbicaraan, Ariel dikunjungi beberapa peminatnya sebagai tanda sokongan kepadanya di penjara yang menjadi tempat tahanannya, Rutan Kebon Waru. - Agensi



DUNIA


Ribuan rai perarakan pertama gay di India


SEJUMLAH golongan gay menyertai perarakan gay di New Delhi semalam.


NEW DELHI - Ribuan orang menari, menyanyi dan bersorak di beberapa batang jalan raya di sini semalam dalam perarakan pertama gay, lesbian dan pondan di India.
Seramai 2,000 aktivis gay termasuk penyokong cara hidup bebas itu menjerit pelbagai slogan dan membawa poster semasa mereka berarak.
"Hari ini merupakan hari untuk menyatakan bahawa kami merupakan gay dan kami berasa bangga. Kami tidak pergi ke mana-mana, kami merupakan sebahagian daripada masyarakat," kata salah seorang penganjur, Amit Agrawal.
Perarakan itu dilakukan sejak gay dibenarkan berdasarkan undang-undang India. - Reuters



DUNIA


Filem lucah 3-D di televisyen Perancis

PARIS - Perancis akan menjadi negara pertama di Eropah yang menyediakan perkhidmatan video lucah tiga dimensi (3-D) berdasarkan permintaan dengan ihsan stesen Marc Dorcel Television, lapor sebuah akhbar semalam.
Stesen televisyen itu akan melancarkan langganan untuk memperoleh hiburan dewasa yang pertama dengan menggunakan 3-D.
Penerbit-penerbit filem lucah di Perancis merancang untuk meluaskan program langganan itu dengan beberapa rakan stesen televisyen lain di Perancis. - Agensi




DUNIA


Pelakon lucah 81 tahun umum bersara


SHEILA VOGEL-COUPE


LONDON - Pelakon lucah berusia 81 tahun, Sheila Vogel-Coupe berikrar tidak akan berlakon dalam filem porno lagi, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia membuat pengumuman itu selepas perbuatannya menawarkan perkhidmatan teman sosial melalui sebuah agensi teman sosial dalam talian selama dua tahun selain berlakon dalam sebuah filem lucah didedahkan media.
Wanita itu merupakan nenek kepada seorang peserta yang menyertai program mencari bakat nyanyian X-Factor di televisyen, Katie Waissel.
"Saya tidak berhasrat untuk melakukan (berlakon) dalam mana-mana filem seperti itu (filem lucah) lagi," katanya.
Sebelum ini pendedahan nenek tersebut sebagai pelakon lucah telah memberi tekanan ke atas cucunya yang kini bertanding sebagai peserta dalam program nyanyian itu. - Agensi

No comments:

Post a Comment