Thursday, December 2, 2010

KESAN PERGAULAN BEBAS...ADA HANDPHONE....TERIMA AJE LAH...TIDAK PUN IA DAH IKUT LELAKI...TAK BERI...MUNGKIN MEREKA AKAN BERZINA JUGA...NI JUGA KESAN FILEM LUCAH YANG MUDAH DITONTON.....

NEGARA


Saya tetap sayangkan ayah - Lin


CHE KU ZAIMAH sedih melihat wajah anaknya, Nurul yang cacat di rumahnya di Kampung Sekayu, Kuala Berang, Terengganu semalam.


HULU TERENGGANU – “Saya malu apabila kawan-kawan terutama yang lelaki mengejek saya hantu. Tolong jangan panggil saya begitu.”
Demikian luahan dan rayuan spontan Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 8, mengenai nasib malang dirinya apabila wajahnya cacat akibat disimbah asid oleh bapanya sendiri.
Dia yang lebih mesra dengan panggilan manja Lin mengakui tragedi yang berlaku kira-kira lima bulan lalu itu menyebabkan perasaan malu dan rasa rendah diri menghantuinya sepanjang masa.
Malah sejak kejadian itu, murid Sekolah Kebangsaan Padang Star itu tidak boleh pergi ke mana-mana melainkan ke hospital dan perpustakaan desa berdekatan rumah kerana tidak sanggup diejek rakan-rakan.
“Dulu saya pakai topeng apabila mahu keluar rumah tetapi apabila terserempak rakan-rakan, mereka akan bercakap hantu dah datang. Saya malu.
“Kerana malu dipanggil hantu, saya tak mahu pakai topeng rawatan muka yang diberikan oleh doktor.
“Tetapi inilah jadinya, parut jadi lebih teruk hingga kulit jadi menggelembung,’’ katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sekayu, Kuala Berang di sini semalam



NEGARA


Khidmat bas untuk wanita dapat sambutan


KAUM wanita kini lebih selesa dengan adanya khidmat bas awam untuk mereka yang disediakan oleh RapidKL sejak kelmarin.


KUALA LUMPUR - Percubaan perkhidmatan Rapid Bas Wanita yang diperkenalkan oleh Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL), mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada penumpang wanita.
Rata-rata golongan itu mahukan perkhidmatan tersebut diteruskan memandangkan penumpang wanita tidak lagi perlu berhimpit dengan penumpang lelaki terutama pada waktu puncak.
Seorang penumpang, Vidyavaty Mohd. Aris, 34, memberitahu, idea RapidKL mengasingkan penumpang wanita cukup bernas dalam mengutamakan keselamatan setiap penumpang.
"Selepas ini penumpang wanita tidak perlu takut untuk menaiki bas terutama selepas pulang dari pejabat. Ini merupakan kali kedua saya menggunakan perkhidmatan bas wanita dan diharap ia dilanjutkan sehingga pukul 9 malam," katanya.
Kelmarin, RapidKL mengumumkan tempoh percubaan Rapid Bas Wanita sepanjang bulan ini meliputi laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai.
Syarikat berkenaan memulakannya dengan dua sesi perkhidmatan iaitu di sebelah pagi bermula pukul 6.45 dan 7.30. Diikuti pula dengan sebelah petang pada pukul 6 dan 6.45.
Tinjauan Kosmo! di hab Pasar Seni semalam mendapati, masih ramai penumpang lelaki tidak menyedari notis khas 'untuk wanita sahaja' yang ditampal dicermin depan bas.
Menurut Penyelia RapidKL, Ahmad Roslan Abu Bakar, ramai penumpang lelaki masih keliru dengan arahan yang dikeluarkan



NEGARA


Pilihan raya umum boleh jadi awal


NAJIB (kiri) bersalaman dengan para pemimpin kanan partii politik Asia pada ICAPP 2010 di Phnom Penh semalam.


PHNOM PENH - Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal berikutan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) yang semakin pulih.
Perdana Menteri berkata, tanda-tanda awal juga menunjukkan bahawa rakyat menerima baik pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan BN bagi memenuhi kehendak dan harapan mereka.
"Itu bukan petanda awal tapi ia (pilihan raya umum) boleh jadi awal, boleh jadi lewat...biasalah. Keputusan muktamad...bila sampai masanya, boleh jadi cepat, boleh jadi lambat.
"Keputusan sebenar sama ada BN telah memenuhi harapan rakyat akan hanya diketahui daripada keputusan pilihan raya umum akan datang,'' katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan ucap utama pada perhimpunan agung keenam Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) di sini semalam.
Ketika berucap pada perhimpunan agung itu mengenai usaha BN mendapatkan balik sokongan rakyat yang terjejas semasa pilihan raya umum 2008, Perdana Menteri berkata, BN perlu menunaikan segala janjinya dan perlu juga dilihat sebagai memenuhi semua keperluan rakyat


NEGARA


Budak lemas dalam perigi


ASRI (kiri) bersama Aminah menunjukkan lokasi Muhammad Nadzri lemas selepas terjatuh ke dalam perigi di Kampung Badong Dalam, Merchong, Pekan semalam.


KUANTAN – Malang menimpa seorang kanak-kanak berusia tiga tahun apabila dia lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi di Kampung Badong Dalam, Merchong dekat Pekan kelmarin.
Kejadian pukul 4 petang itu mengakibatkan Muhammad Nadzri Asri mati selepas dia dikatakan terjatuh ketika sedang bermain-main berdekatan kawasan tersebut yang terletak kira-kira 10 meter dari rumahnya.
Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, ibu mangsa tidak menyedari kejadian itu kerana sedang leka menjahit pakaian di dalam rumah.
“Bagaimanapun, dia yang risau selepas tidak mendengar suara anaknya telah keluar untuk mencarinya. Dia kemudian terkejut apabila menemui kanak-kanak itu telah terjatuh ke dalam perigi yang mempunyai kedalaman satu meter itu sebelum membawanya ke Klinik Desa Kampung Merchong,” katanya ketika ditemui di sini semalam.



NEGARA


Penganggur mati ditembak


ANGGOTA polis melakukan siasatan ke atas kesan darah di lokasi Regan mati ditembak oleh dua lelaki bersenjatakan pistol di Taman Bertuah, Kampung Tawas, Ipoh kelmarin.


IPOH – Kegembiraan seorang remaja yang sedang minum bersama dua rakannya berkecai apabila dia mati selepas terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh dua lelaki bersenjatakan sepucuk pistol di Taman Bertuah, Kampung Tawas di sini kelmarin.
Kejadian pukul 6.30 petang itu mengakibatkan M. Regan, 17, mati selepas terkena satu das tembakan di kepala manakala dua lagi di dada oleh suspek yang menaiki sebuah motosikal itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, sebaik menghampiri mangsa, salah seorang suspek terus mengeluarkan pistol lalu melepaskan tembakan ke arahnya.
“Tembakan jarak dekat itu mengenai kepala dan dada mangsa menyebabkan dia mati di lokasi kejadian.
“Semakan mendapati mangsa seorang penganggur dan pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan menyamun,” katanya yang memberitahu polis masih menyiasat motif kejadian.
Tambahnya, polis sedang giat memburu suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan



NEGARA


Padah lintas tak guna jejantas


BEGINILAH keadaan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbabas selepas melanggar seorang pejalan kaki di Lebuh Raya Persekutuan semalam.


PETALING JAYA - Keengganan seorang lelaki Myanmar menggunakan jejantas yang terletak kira-kira 100 meter untuk melintas membawa padah apabila dia mati dilanggar dua buah kenderaan di kilometer 28.4 berdekatan jejambat berhampiran bangunan Motorola, Lebuh Raya Persekutuan di sini semalam.
Bukan itu sahaja, kejadian pukul 1.10 pagi itu turut mengakibatkan nyawa dua lagi lelaki melayang.
Kemalangan berlaku apabila Dong Sian Sing dirempuh oleh sebuah kereta Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki ketika dia melintas. Kereta itu dari Kuala Lumpur menuju ke Shah Alam.
Mangsa yang tercampak ke laluan bertentangan kemudian dilanggar pula oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dinaiki lima lelaki. Dong Sian Sing yang terseret sejauh 50 meter mati di lokasi kejadian.


NEGARA


Gadis SMS ibu kata nak kahwin


FATIMAH menunjukkan gambar dan MyKad anaknya, Nur Farah Hanum yang menghilangkan diri sejak 24 November lalu di Endau, Mersing semalam.


MERSING – “Dua hari selepas menghilangkan diri, Hanum (nama manja) ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya kata mahu kahwin dan dia tidak lagi dapat dihubungi selepas itu.
“Saya memang tidak tahu dan tidak kenal langsung teman lelakinya, jadi saya khuatir dia ditipu sindiket tertentu dan begitu bimbangkan keselamatannya.”
Demikian rintihan Fatimah Rasid, 55, selepas anak perempuannya, Nur Farah Hanum Abdul Aziz, 16, menghilangkan diri dari rumahnya di Endau di sini pada tengah malam malam 24 November lalu

No comments:

Post a Comment