Saturday, December 4, 2010

SANTAI2...BERITA DUNIA...FIKIRKAN SEBAGAI IKTIBAR DAN JUGA LIHAT BERTAPA BESAR...... KEBESARAN SERTA KEKUASAAN ALLAH SWT...DUNIA NI AKAN HANCUR BILA KIAMAT TIBA...MAKA SENTIASA INGATKAN ALLAH SWT...

DUNIA

Terbang dengan guna belon helium


JONATHAN TRAPPE bersedia untuk berlepas dengan menggunakan belon helium.


COLORADO - Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS), Jonathan Trappe terbang ke udara hanya dengan menggunakan puluhan belon helium, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Dia yang berusia 37 tahun terbang pada ketinggian 5,486 meter.
Belon helium selalu menjadi permainan kanak-kanak dan menghiasi dewan pesta.
Trappe berlepas dengan duduk di bangku yang ditarik oleh belon helium itu dari Leon ke Colorado sejauh 160 kilometer pada awal bulan ini.
Lelaki itu melakukan penerbangan itu pada Festival Del Globo.
Trappe mengawal ketinggiannya dengan melepaskan udara pada belonnya dengan kadar kelajuan antara 28.79 kilometer hingga 80.47 kilometer sejam.
Ketika menyeberangi gurun dan gunung-ganang, Trappe melindungi dirinya dari ketinggian dan pancaran cahaya matahari dengan menggunakan bekalan oksigen dan memakai cermin mata hitam.
"Ini merupakan satu penerbangan belon yang benar-benar luar biasa.
"Saya amat teruja dengannya," katanya. - Agensi


DUNIA


Nelayan tangkap ikan jerung di pantai Mesir


SEEKOR ikan jerung yang dipercayai menyerang manusia di pusat peranginan Sharm el-Sheikh, Mesir dipamerkan kepada orang ramai semalam.



KAHERAH - Dua ekor ikan jerung yang disyaki menyerang empat pelancong di pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Mesir berjaya ditangkap.
Seramai tiga pelancong Rusia dan seorang dari Ukraine digigit dalam beberapa kejadian berasingan oleh ikan jerung itu.
Pakar-pakar laut berjaya menangkap dua ikan jerung itu kelmarin yang dipercayai menjadi dalang dalam insiden menyerang manusia.
Dalam insiden serangan itu, seorang wanita putus sebelah kaki.
Seorang ahli biologi marin, Mohammaed Salem yang merupakan pengarah Pusat Pemuliharaan Semenanjung Sinai Selatan menyatakan, dua ekor jerung itu yang sepanjang dua meter ditangkap dalam satu operasi besar-besaran. - AFP



DUNIA


Kelakuan Justin Bieber seperti budak enam tahun




LONDON - Walaupun berusia 16 tahun, penyanyi kelahiran Kanada, Justin Bieber (gambar), dikatakan tidak matang apabila dilihat berkelakuan seperti kanak-kanak berusia enam tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyanyi yang popular dengan lagu Baby itu dilihat melukis misai pada wajah beliau selepas selesai makan malam di sebuah restoran di Mayfair baru-baru ini.
Bieber yang mendapat dua pencalonan dalam Anugerah Grammy itu juga kelihatan bermain dengan alat permainan helikopter kawalan jauh.
Apabila dia bosan, Bieber membuangnya begitu sahaja seperti kelakuan kanak-kanak.
Bagaimanapun Bieber berkelakuan profesional ketika dia muncul di dalam sebuah rancangan televisyen, Jack Black on the Graham Norton Show. - Agensi








DUNIA


Kecoh gambar bogel mirip Miley Cyrus


GAMBAR fail menunjukkan Miley Cyrus tiba untuk menghadiri majlis Anugerah Muzik Amerika 2010 di Theater Nokia, Los Angeles pada 21 November lalu.


NEW YORK - Penyanyi dan pelakon bersiri televisyen The Hannah Montana, Miley Cyrus menjadi bahan perdebatan di Internet apabila sebuah laman web menyiarkan sekeping gambar bogel seorang wanita yang mempunyai wajah miripnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar tersebut menunjukkan seorang wanita sedang berdiri di tingkap bilik mandi sambil memegang telefon bimbit dalam keadaan cuma memakai baju yang terdedah.
Laman web GossipCop.com pula mendakwa wanita itu bukan milik penyanyi yang berusia 18 tahun itu.
Alasan yang diberikan ialah wanita itu tidak mempunyai tatu pada bahagian bawah payu dara kiri seperti yang terdapat pada badan Miley.
Beberapa jam kemudian, laman web tersebut memberitahu bahawa gambar itu bukan Miley dan menjelaskan bahawa ia milik seorang gadis dari London yang berusia 19 tahun yang memiliki wajah mirip penyanyi tersebut. - Agensi








DUNIA


Siren berbunyi paras air naik di Venice


PARAS air naik di Dataran St. Mark di Venice, Itali semalam.



VENICE, Itali - Pelancong-pelancong asing semalam di Venice bangun akibat terdengar bunyi siren ekoran paras air naik menyebabkan 55 peratus di bandar itu dipenuhi dengan air.
Sejurus sebelum subuh, siren dibunyikan bagi memberi amaran bahawa paras air naik setinggi 1.10 meter.
Pada pagi semalam, paras air itu meningkat kepada 1.40 meter di atas paras laut.
Paras air itu naik ekoran cuaca buruk dan arus yang luar biasa di lagun Venice. Bandar Venice yang dibina daripada ribuan pulau kecil kerap dilanda banjir.
Dataran St. Mark di sini telah dilanda banjir 100 kali setahun. - AFP


DUNIA


Pengasas WikiLeaks ambil langkah keselamatan


GAMBAR yang dirakamkan semalam di Paris menunjukkan laman WikiLeaks yang menampilkan gambar pengasasnya, Julian Assange.



GENEVA - Laman web pembocor maklumat kabel diplomatik Amerika Syarikat, WikiLeaks berpindah ke sebuah alamat baru di Switzerland semalam selepas perkhidmatan hos Internetnya di Amerika Syarikat (AS) ditutup.
Laman web berkenaan sedang mendedahkan lebih 250,000 maklumat sulit diplomatik AS yang mencetuskan kemarahan Washington.
WikiLeaks kini boleh dilayari di alamat www.wikileaks.ch, laman web yang didaftarkan oleh sebuah parti politik Switzerland.
Perubahan alamat Internet itu dibuat ekoran laman web www.wikileaks.org gagal berfungsi kelmarin akibat disekat sehingga memaksa laman web itu ditutup.
Pada awal bulan lalu, pengasas WikiLeaks, Julian Assange berkata, dia bimbang nyawanya terancam dan mungkin akan mencari perlindungan di Switzerland.
Semalam, beliau turut mendedahkan dalam sesi soal jawab dengan akhbar Guardian bahawa, pasukannya mengambil beberapa langkah bersesuaian ekoran ancaman untuk membunuh mereka.
Menurut agensi berita Switzerland, ATS, WikiLeaks turut menempah satu lagi alamat Internet www.wikileaks.li di Liechtenstein, negara kecil yang terletak di antara Switzerland dan Austria sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada awal minggu ini, laman web penjualan buku di AS, Amazon berhenti menjadi hos WikiLeaks di Internet selepas ia dikritik oleh anggota-anggota Senat Kongres AS termasuk Senator Joe Leiberman.
Kelmarin, media melaporkan bahawa Assange tidak ditangkap di Britain kerana pihak berkuasa Sweden melakukan kesilapan dalam mengisi waran tangkapnya berhubung dakwaan merogol dan mencabul dua wanita di Sweden.
Akhbar The Times menyatakan, polis Britain telah mengenal pasti Assange bersembunyi di satu lokasi di tenggara England tetapi mereka tidak dapat menahannya kerana waran tangkap itu tidak lengkap. - Agensi



DUNIA


41 maut hutan Israel terbakar


SEORANG anggota bomba berjalan dekat sebuah rangka bas yang hangus terbakar akibat kebakaran hutan dekat Kibbutz Beit Oren di utara Israel semalam.



HAIFA, Israel - Ribuan anggota bomba Israel dan penyelamat bertungkus-lumus memadamkan kebakaran hutan dekat sini semalam yang setakat ini meragut 41 nyawa.
Kebakaran hutan itu yang bermula kelmarin adalah yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah Israel.
Semasa angin kencang bertiup di bandar pelabuhan Haifa, anggota-anggota polis dan pegawai perubatan berkata, kumpulan penyelamat menemui mayat-mayat mangsa kebakaran.
"Terdapat ramai lagi orang yang hilang," kata seorang jurucakap polis, Micky Rosenfeld.
Menurutnya, seramai 17 orang yang cedera termasuk tiga yang serius dan seorang lagi kritikal.
Rosenfeld menyatakan 15,000 orang telah dipindahkan semasa api itu membakar lebih 4,000 hektar tanah sehingga ke selatan bandar pelabuhan Haifa.
Haifa merupakan bandar ketiga terbesar dengan penduduk berjumlah 265,000 orang.
Asap tebal kelihatan dari Hutan Carmel dan bergerak ke Haifa. Penduduk di Haifa diarahkan supaya menutup tingkap mereka.
Polis dan anggota penyelamat mengesahkan kebanyakan yang mati ialah pengawal penjara yang menaiki sebuah bas.
Mereka menaiki bas itu semasa memindahkan beberapa banduan ke sebuah penjara di dalam hutan.
"Bas itu cuba berpatah balik manakala beberapa orang lagi cuba melarikan diri tetapi mereka terperangkap oleh api di dua kawasan berasingan," kata Rosenfeld.
Menjelang awal semalam, lima buah pesawat Greece, sebuah pesawat Bulgaria dengan 100 anggota bomba, sebuah pesawat Cyprus dan helikopter serta sebuah lagi helikopter dari Britain dihantar ke Israel untuk membantu memadamkan kebakaran.

No comments:

Post a Comment