Wednesday, December 1, 2010

BELAJARLAH AGAMA DISURAU2 ATAU MASJID2...TAK LAH SESAT..

Ustaz’ tarik duit

Oleh Mohd Nur Hafidz Nordin
am@hmetro.com.my

MANGSA...Amy ketika ditemubual wartawan Harian Metro.
MANGSA...Amy ketika ditemubual wartawan Harian Metro.
JOHOR BAHRU: Hanya kerana ingin hidup mewah, tiga lelaki di Kulaijaya di sini, kerugian RM18,000 selepas terpedaya dengan kelicikan seorang lelaki bergelar ‘ustaz’ yang kononnya mampu menjalankan proses tarik duit dalam satu kejadian, 15 November lalu.
Ustaz berusia 70-an berasal dari Indonesia itu pula ghaib selepas meminta dihantar ke pantai berhampiran dan beberapa hari kemudian sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mangsa memaklumkan dia sudah berada di negara berkenaan.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Amy, 31, berkata, dia terpedaya selepas kagum dengan perwatakan ustaz itu yang sering menggunakan ayat suci al-Quran sebagai dalil ketika menceritakan kisah keupayaannya menarik duit.
“Ustaz terbabit turut memaklumkan dia mahu kami menggunakan wang itu ke jalan kebaikan dan sesen pun tidak boleh digunakan untuk perkara mungkar.

“Ia menguatkan keyakinan kami bahawa ustaz terbabit memang ikhlas membantu dan kerana itu kami sanggup mengeluarkan RM6,000 setiap seorang sebagai modal,” katanya semalam.

Menurut Amy, pada hari pertama upacara yang diadakan di rumah seorang daripada mereka, ustaz terbabit memanggil seorang demi seorang ke dalam bilik gelap dan dikehendaki bersumpah untuk tidak mempersiakan wang diperoleh kelak bagi mengelak ditimpa musibah

Ustaz terbabit meminta mereka supaya banyak berzikir bagi memudahkan usaha mendapatkan wang terbabit.

“Pada hari ketiga, kami dipanggil sekali lagi oleh ustaz dan terpegun kerana terdapat sejumlah besar wang di dalam balutan kain. Bagaimanapun, kami tidak dibenarkan menyentuh atau mengambilnya.
“Keesokan harinya, dia meminta kami menghantarnya ke pantai berhampiran dengan memberi alasan mahu melakukan sedikit upacara sampingan dan meminta kami menjemputnya pada jam 5.30 petang, hari sama,” katanya.

Mangsa datang semula ke pantai itu pada masa dijanjikan, tetapi lelaki terbabit tiada dan mereka menghubunginya berkali-kali, tetapi telefon bimbitnya dimatikan.

Ketiga-tiga lelaki berkenaan pulang dan menunggu hingga hari ke-10 sebelum memecah masuk bilik dijadikan pusat operasi tarik duit.

“Kami terkejut selepas mendapati barangan digunakan dalam upacara tarik duit itu hangus dan mengeluarkan bau sangat busuk.

“Wang yang kami pegang dalam balutan kain itu juga sudah tiada, sebaliknya yang tinggal hanya lembaran surat khabar,” katanya



21 pengikut IJ dibebas



DAKWA...sebahagian daripada pengikut IJ  dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
DAKWA...sebahagian daripada pengikut IJ dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
KAJANG: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, membebaskan dengan jaminan semua 21 individu yang didakwa pengikut ajaran sesat Islam Jamaah (IJ) bagi membolehkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan siasatan.
Masing-masing yang ditahan selepas solat Jumaat di Lot 34 dan 38 Jalan Sungai Tangkas, dekat sini, dibebaskan dengan jaminan antara RM1,500 hingga RM8,000 dan mahkamah menetapkan 28 Disember ini untuk sebutan semula.

Semua mereka, enam warga Indonesia, dua Bangladesh dan selebihnya rakyat tempatan berusia 30-an hingga 50-an disiasat mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu mengingkari kuasa yang sah, Seksyen 13 (1) iaitu mengembangkan atau menyebarkan ajaran Islam atau hukum syarak yang bertentangan dengan fatwa dan Seksyen 97(1)(2) Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor iaitu mendirikan bangunan untuk bersolat tanpa kebenaran Majlis.
Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah memerintahkan individu rakyat tempatan dijamin isteri atau keluarga masing-masing manakala warga asing perlu mengemukakan antara 10 hingga 12 penjamin selain perlu menyerahkan pasport masing-masing. Mahkamah turut dimaklumkan Pendakwa Syarie, Mat Isa bahawa sembilan suspek sudah diambil keterangan.

Semua suspek hadir dan kelihatan tenang ketika proses jaminan berjalan.

Akhbar ini Sabtu lalu melaporkan penguatkuasa Jais menyelinap ke dalam kumpulan terbabit yang taksub mendengar khutbah dalam bahasa Arab dan selepas selesai bersolat, penguat kuasa Jais mengepung surau itu dan menahan 21 lelaki. Ajaran IJ difatwakan menyelewang oleh Kerajaan Selangor selepas berlaku penyelewengan yang memesongkan akidah termasuk menolak sumber hukum ijmak dan qias, najis mughallazah tidak perlu disamak, binatang yang mati di dalam perkampungan orang Islam Jamaah tidak perlu disembelih dan halal dimakan. Hasil risikan Jais, kira-kira 1,000 pengikut IJ dan kebanyakan mereka terdiri daripada kelas menengah




Penarik kereta jerat diri sendiri

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

RAMPAS...Ketua Balai Polis Sri Kembangan, Cif Inspektor Chai Chee Boon menunjukkan kereta curi yang dirampas daripada suspek.
RAMPAS...Ketua Balai Polis Sri Kembangan, Cif Inspektor Chai Chee Boon menunjukkan kereta curi yang dirampas daripada suspek.
SERDANG: Tindakan seorang penarik kereta memandu kereta mewah Mitsubishi Lancer Evolution 7 yang dicurinya dengan mengekalkan nombor pendaftaran asal kenderaan berkenaan menjerat diri apabila dia dicekup polis.
Suspek seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an terbabit ditahan sebaik memasuki kereta itu selepas mengunjungi sebuah spa di Dang Wangi, di sini, awal pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata kereta berkenaan dilaporkan hilang pada 25 November lalu di sebuah rumah di Sri Kembangan.
Katanya, polis menemui kereta itu di tempat letak kereta spa berkenaan.

“Polis menahan suspek ketika dia berada di dalam kereta berkenaan dan pemeriksaan pada tubuh suspek polis menemui beberapa kunci kereta lain dipercayai dicuri suspek.

“Suspek juga dipercayai melakukan jenayah pecah rumah di kawasan berkenaan ekoran penemuan kunci itu,” katanya ketika ditemui.



Menurut Abd Razak, suspek menunjukkan polis lokasi kereta curi lain disembunyikan, namun hanya menemui sebuah Toyota Alphard yang dilaporkan dicuri di Kawasan Perindustrian Kuchai Lama, dekat sini.

Beliau berkata, kenderaan lain dipercayai sudah dialihkan rakan suspek yang mengetahui lelaki terbabit dicekup.
Katanya, hasil soal siasat polis kemudian menahan dua lelaki berusia 30 dan 40 tahun dipercayai rakan jenayahnya di sebuah rumah di Kuchai Lama pada malam suspek ditahan.

Menurutnya, melalui pengakuan suspek, mereka mencuri kenderaan berkenaan selepas mendapat permintaan pembeli sebelum mencuri kenderaan itu di kawasan letak kereta serta rumah yang dipecah masuk.

Razak berkata, suspek juga memiliki rekod jenayah dadah, pecah rumah dan curi kenderaan.

Katanya, semua suspek kini direman sehingga 5 Disember ini dan disiasat mengikut Seksyen 379 (a) dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan



Isteri minta izin balik kampung kena belasah



KUALA LUMPUR: Hanya kerana meminta izin pulang menziarahi keluarganya di kampung, seorang wanita berusia 25 tahun cedera dibelasah suaminya di kediaman mereka di Ampang Permai, di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa memberitahu suaminya berusia 26 tahun untuk pulang ke kampungnya di Pahang bagi menziarahi keluarganya, namun ia menimbulkan kemarahan suspek menyebabkan berlaku pertengkaran.

Menurut sumber, pertengkaran berlaku lebih 10 minit sebelum suaminya hilang pertimbangan dan memukul mangsa.
“Mangsa mendakwa ditampar dan ditendang beberapa kali pada seluruh tubuh sehingga terjatuh. Mangsa berulang kali merayu supaya suaminya menghentikan perbuatannya itu.

“Suspek bagaimanapun, berhenti memukul mangsa selepas melihat isterinya terdiam. Lelaki terbabit yang panik segera memeriksa keadaan isterinya itu.

“Dia (suspek) meninggalkan rumah berkenaan selepas mendapati isterinya masih bernyawa dan hanya cedera ringan,” katanya





DUNIA


Ribut salji ganjil di London


DUA orang berjalan di sebuah kawasan diliputi salji tebal di Croydon, selatan London semalam.


LONDON - Ribut salji yang berlaku buat pertama kali di luar musim sejuk melanda bandar raya ini semalam telah menjejaskan jadual penerbangan, ratusan sekolah ditutup dan menyebabkan dua mati manakala perlawanan bola sepak Liga Scotland terpaksa ditangguhkan.
Seorang pegawai ramalan kaji cuaca, Tom Morgan memberi amaran bahawa suhu akan kekal berada antara satu darjah Celsius hingga dua darjah Celsius dengan tiupan angin yang kuat.
Dua kematian berlaku dalam ribut itu melibatkan seorang lelaki berusia 53 tahun yang maut apabila sebuah trak penunda melanggar dua kenderaan lain di lebuh raya berdekatan Concater di utara England.
Seorang lagi lelaki maut apabila keretanya terbabas ke dalam parit di Lincolnshire, timur England.
Lapangan Terbang London dilaporkan membatalkan dan menunda beberapa penerbangan namun lapangan terbang tersibuk Britain, Heathrow meneruskan operasinya seperti biasa.
Anggota-anggota polis dan seorang petani turut menyelamatkan kira-kira 60 buah kenderaan yang terkandas di kawasan sama. - AFP




NEGARA


Tembelang Doktor Helmi pecah


MOHAMAD SHUKOR (tengah) menunjukkan pistol yang dirampas daripada dua lelaki di Rantau Panjang, Klang Utara pada sidang akhbar di Klang semalam.


KLANG - Kalau bukan kerana mencabul seorang pekerja, rahsia seorang bekas tentera yang menyamar sebagai doktor pasti tersimpan rapi.
Bayangkan, selama hampir tiga tahun 'berkhidmat' di tiga buah klinik di Klang, Rawang dan Batang Berjuntai, Kuala Selangor, dia yang tidak mempunyai kelayakan untuk bergelar doktor telah melaksanakan tugas menyambut kelahiran sebanyak sembilan kali.
Suspek, 41, yang kononnya mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Perubatan (MBBS) dari Turki terus memperdaya majikannya dengan menggunakan gelaran Doktor Helmi Abdul Hamid.
Bagaimanapun, semua itu terbongkar apabila dia sebenarnya hanya memiliki Diploma Perubatan selain pernah bertugas sebagai pembantu perubatan tentera sejak 1988 di Melaka sebelum berhenti pada 2006.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong berkata, pihaknya membongkar penyamaran doktor tersebut selepas melakukan semakan dengan Lembaga Perubatan




NEGARA


Ibu saudara, dua beradik ghaib


NUR FAZHILLAH dan adiknya, Mohd, Fazil yang tidak pulang ke rumah sejak Ahad lalu.


KUALA LUMPUR - Duaberadik berusia tiga dan empat tahun hilang bersama ibu saudara mereka selepas keluar bersiar-siar dari rumah mereka di Taman Sri Batu Caves, Gombak di sini pada Ahad lalu.
Sebelum hilang, wanita yang berusia 20-an dan berasal dari Aceh, Indonesia itu dikatakan telah meminta kebenaran daripada ibu bapa kanak-kanak terbabit untuk membawa dua beradik itu bersiar-siar.
Namun, sejak keluar pada petang Ahad lalu, dua beradik itu dan ibu saudara mereka tidak pulang.
Berikutan itu, ibu bapa kepada dua kanak-kanak itu yang bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka membuat laporan polis pada keesokan harinya.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, siasatan polis yakin kedua-dua beradik, Nur Fazhillah, 4, manakala adik lelakinya, Mohd. Fazil, 3, itu masih bersama ibu saudara mereka.
"Wanita itu datang ke negara ini dan tinggal bersama keluarga kanak-kanak itu sejak lima bulan lalu.
"Wanita itu didakwa meninggalkan sekeping nota meminta maaf kepada ibu bapa pasangan adik-beradik tersebut," kata beliau ketika dihubungi semalam




NEGARA


Renungan terakhir bakal pengantin


ABDUL RAHMAN melakonkan semula bagaimana dia keluar selepas memecahkan cermin depan bas yang terbalik dalam kejadian di Kampung Pulau Kerengga, Marang semalam.


MARANG - Tindakan seorang bakal pengantin membelok ke simpang tanpa memberi isyarat membawa padah apabila dia mati dilanggar sebuah bas ekspres dalam kejadian di Kilometer 29 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran simpang Gong Beris, Pulau Kerengga dekat sini semalam.
Kejadian pukul 3.30 pagi itu mengakibatkan pekerja kilang yang bakal berkahwin pada Jun tahun depan, Shahabudin Sudin, 24, mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Kemalangan itu juga mengakibatkan 10 penumpang termasuk pemandu bas City Express cedera selepas kenderaan itu berpusing lalu merempuh sebatang tiang elektrik sebelum terbalik di tepi jalan laluan bertentangan.
Ia ekoran, pemandu bas, Abdul Rahman Daud, 52, sebelum itu cuba membrek dan mengelak motosikal yang ditunggang mangsa. Kesemua mereka dalam perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan dari Melaka




NEGARA


Lelaki dijel 5 tahun dua sebatan


HAIZAN dijatuhi hukuman penjara selepas mengaku menyimbah asid ke atas dua orang anaknya di Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur semalam dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua kali sebatan atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua orang anaknya menggunakan asid di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu Ogos lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen, M. Bakri Abdul Majid menjatuhkan hukuman itu setelah Mat Haizan Mat Yasin, 32, dari Kampung Kamat Kuala Berang, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mencederakan Nurul Dahyatul Fazlinda, 8, dan Irfan Firdaus, 2.
Bagi pertuduhan pertama mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, Mat Haizan dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Nurul Dahyatul Fazlinda dengan menggunakan sejenis asid di sebuah rumah di Kampung Sekayu, Kuala Berang pada pukul 1.45 pagi 15 Ogos lepas.

No comments:

Post a Comment