Monday, November 29, 2010

APA YANG KITA DAPAT SEMUA ADALAH ANUGERAH...TERMASUK DIRI KITA....LEBIH2 TENTU IA ADA KELEBIHAN..SEPERTI DIFITNAH...DILUCUT TPM...DITUMBUK...TURUN NAIK MAHKAMAH...DAN DIPENJARA...ADA PEMIMPIN MELALUI UJIAN YANG SANGAT PERIT INI...KITA TENGOK YANG BERCAKAP...ADAKAH TELAH MENGALAMI SEPERTI PEMIMPIN NI...ALLAH SAJA YANG TAHU SAPE YANG PENIPU DAN MUNAFIK....

Nik Aziz sokong kenyataan Wan Azizah

GUA MUSANG 28 Nov. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ibrahim bahawa Datuk Seri Anwar adalah anugerah Allah untuk rakyat negara ini.
Nik Abdul Aziz berkata, setiap manusia mempunyai kelebihan tersendiri dan Anwar mempunyai kelebihan dalam bidang politik untuk mentadbir negara ini.
Katanya, sewajarnya Anwar telah menyertai perjuangan pembangkang sejak dahulu lagi tetapi beliau telah tersalah langkah apabila memilih UMNO dan meninggalkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
“Saya setuju Datin Seri Wan Azizah mengatakan Anwar adalah anugerah Allah kepada rakyat, tetapi saya dukacita dia keluar ABIM dan menyertai UMNO.
“Malangnya lagi, Anwar dalam UMNO dicincang dan dilanyak tetapi beliau tetap dapat bertahan dengan sabar,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pecah Tanah Bandar Utama Gua Musang di sini hari ini.
Projek Bandar Utama Gua Musang meliputi kawasan 300 hektar dan menempatkan 244 buah rumah kos rendah, 311 buah rumah teres satu tingkat dan pelbagai lagi kemudahan asas seperti sekolah serta Maahad Tahfiz Sains.
Projek bernilai RM100 juta itu dikatakan projek terbesar di Kelantan yang dimajukan oleh Bandar Utama Gua Musang Sdn. Bhd.
Beliau mengulas kenyataan Dr. Wan Azizah yang menyifatkan suaminya ‘anugerah Tuhan’ bagi memimpin rakyat negara ini ketika menyampaikan ucapan dasar bagi merasmikan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh di Petaling Jaya semalam.
Menurut Dr. Wan Azizah, suaminya yang juga Penasihat PKR ialah seorang insan hebat yang bersifat amanah, tegas serta berani dan kewibawaannya terserlah sejak zaman remaja lagi.

No comments:

Post a Comment