Saturday, December 4, 2010

ALLAH BOLEH BUAT APA SAJA...BERTUABATLAH....BERTAKWALAH...KITA TAK TAU BILA KITA MATI....KHUATIR KITA MATI TAK SEMPAT BERTAUBAT.....MATI DALAM DERHAKA KEPADA ALLAH SWT.....

NEGARA


Nasib malang penculik amatur


RUMAH yang menjadi tempat seorang mangsa culik dikurung selama tiga hari di Selayang Baru dekat Kuala Lumpur sebelum dia dibebaskan awal pagi semalam.



KUALA LUMPUR – Hasrat tiga penjenayah mencari jalan mudah mendapatkan wang sebanyak RM30,000 bagi membayar hutang ah long dengan cara menculik seorang pelajar kolej menerima padah apabila mereka diberkas dalam perangkap yang dipasang oleh polis di Rawang dekat sini awal pagi semalam.
Drama awal pagi itu bermula tiga hari lalu apabila ketiga-tiga suspek termasuk seorang wanita menculik pelajar perempuan berusia 22 tahun di hadapan rumahnya di Selayang Baru pada pukul 5.45 pagi.
Mangsa yang sedang menunggu rakan kemudian dikurung dalam sebuah rumah tidak jauh dari tempat kejadian di Selayang Baru.
Selepas melarikan mangsa, para penjenayah amatur itu menelefon keluarga pelajar itu untuk meminta wang tebusan berjumlah RM30,000 sambil menetapkan lokasi penyerahan wang di kawasan Bukit Bintang di tengah Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, ahli keluarga pelajar itu yang tidak mempedulikan ugutan penculik supaya jangan membuat laporan polis telah bertindak membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Serentak dengan itu, sepasukan anggota dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak melancarkan Ops Scorpion dengan menunggu suspek di kawasan penyerahan wang itu dan mengekori mereka.



NEGARA


Harga dijamin tidak naik

KUALA LUMPUR – Kenaikan harga minyak dan gula yang bermula semalam dijangka tidak memberi kesan kepada harga makanan dan minuman serta tambang bas apabila persatuan pengusaha kedua-dua sektor itu memberi jaminan akan menyerap kos tambahan sekurang-kurangnya dalam tempoh terdekat.
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hasan Sahul Hameed berkata, pihaknya telah meminta kesemua 3,000 ahli Presma di seluruh negara supaya tidak menaikkan harga makanan dan minuman.
Katanya, pengumuman kenaikan harga bahan api dan gula itu juga bukan sesuatu yang mengejutkan.
“Kita sudah jangka subsidi bahan api dan gula akan dikurangkan.
“Walaupun kos meningkat, kami tiada pilihan kerana perlu kekalkan persaingan untuk jaga pelanggan masing-masing,’’ katanya ketika dihubungi semalam



NEGARA


KPT diminta siasat dakwaan pelajar universiti melacur

KOTA KINABALU - Kementerian Pengajian Tinggi diminta segera menjalankan siasatan yang menyeluruh mengenai dakwaan terdapat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpaksa 'menjadi pelacur' bagi membiayai kos pengajian.
Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, masalah itu perlu diberi perhatian serius oleh kementerian kerana ia bukan sahaja menjejaskan nama baik IPT tetapi juga bagi menyelamatkan masa depan golongan yang terlibat.
"Kita amat berharap ada maklum balas segera daripada pihak kementerian kerana isu ini telah lama diperkatakan dan kini dibangkitkan sekali lagi.
"Isu pelajar IPT 'terpaksa' melacur ini ibarat barah yang jika tidak diubati dan dicegah boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. - Bernama



NEGARA


Tiga rentung kereta rempuh treler


BEGINILAH keadaan kereta MyVi yang terbakar selepas merempuh treler di Kilometer 241, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di Rembau semalam.



REMBAU - Seorang pemandu dan dua penumpang rentung apabila kenderaan yang mereka naiki terbakar selepas merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 241 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, hanya seorang mangsa berjaya dikenal pasti iaitu Mohd. Azrul Syafiq Mohd. Affendi, 23.
Dua lagi mangsa gagal dikenal pasti kerana kedua-dua mayat rentung sepenuhnya.
Jurucakap polis berkata, buat masa ini hanya keluarga Mohd. Azrul yang berasal dari Kampung Solok Jeram, Rumbia, Melaka tampil membuat pengecaman.
"Mangsa dicam oleh ibunya berdasarkan seluar dalam dan rantai pada leher mangsa.
"Kita sedang berusaha mengenal pasti identiti dua lagi mayat yang dipercayai rakan Mohd. Azrul. Sehingga sekarang tiada waris tampil membuat pengecaman," katanya di sini semalam.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua MyVi yang dinaiki mangsa terlanggar belakang sebuah treler yang sedang bergerak di lorong perlahan di lebuh raya berkenaan.



NEGARA


Kerajaan Terengganu tanggung kos bedah mangsa simbah asid

KUALA TERENGGANU - Harapan Nurul Dahyatul Fazlinda, 8, untuk pulih semakin cerah apabila kerajaan negeri Terengganu bersetuju membiayai kos pembedahan ke atasnya dan meminta supaya rawatan tersebut dijalankan segera.
Bagaimanapun, pembedahan hanya boleh dilakukan selepas laporan rawatan perubatan dikeluarkan pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah yang merawat kanak-kanak itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman memberitahu, kerajaan negeri bersedia menampung semua kos rawatan dan berharap pembedahan memulihkan wajah kanak-kanak itu dapat dilakukan segera.
"Kanak-kanak ini masih menjalani rawatan tetapi pihak hospital belum ada tarikh khusus bila pembedahan boleh dilakukan," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Nurul Dahyatul Fazlinda cedera di bahagian muka dan badan selepas terkena asid dalam kejadian di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu kira-kira pukul 1.45 pagi 15 Ogos lalu.


NEGARA


Terkejut ada bas dalam rumah


WALAUPUN bahagian hadapan rumah rosak teruk, Wan Meriam sekeluarga terselamat kerana mereka tidur di tingkat atas.



PASIR MAS – Seramai 11 sekeluarga nyaris maut apabila sebuah bas ekspres merempuh rumah mereka di Kampung Wakaf Merah, Tendong di sini awal pagi semalam.
Pemilik rumah berkenaan, Wan Meriam Wan Idris, 43, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi ketika beliau serta sembilan anaknya yang berusia antara tiga hingga 18 tahun sedang nyenyak tidur di bahagian atas rumah dua tingkat itu.
Suaminya, Zakaria Dollah, 66, berada di bilik air ketika bunyi dentuman kuat mengejutkan mereka sekeluarga.
“Saya terdengar dentuman selain bunyi penggera kereta.
“Apabila keluar untuk melihat apa yang berlaku, kami terkejut mendapati sebuah bas ekspres berada di dalam rumah kami.
“Selain bahagian hadapan rumah musnah, belakang kereta Toyota Corrolla SE saya juga remuk,” katanya ketika ditemui semalam.

No comments:

Post a Comment