Saturday, February 18, 2012

BILA WANG HARAM..BUANG KERJA HARAM...LAH NI TAK KIRA STATUS...DAN TAHAP PENDIDIKAN...NI DINAMAKAN...MEMBUAT AMALAN2 AHLI NERAKA...MALANGLAH KITA..ALLAH PILIH KITA MENGAMALKAN PERBUATAN2 AHLI NERAKA

Dosa ambil wang haram

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Padah menerima suapan bernilai RM4,900 enam tahun lalu, seorang anggota polis dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan dan denda RM25,000 apabila Mahkamah Sesyen, di sini menjatuhkan hukuman, semalam.
Tertuduh, Muhammad Raffi Sarin, 46, yang ketika itu bertugas sebagai lans koperal, Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, mengaku bersalah kerana bersetuju menerima suapan bernilai RM4,900 daripada seorang lelaki, Hang Chiek Siong.

Suapan itu menjadi dorongan supaya tertuduh tidak melakukan tangkapan terhadap Siong atas kesalahan memiliki pil ecstacy, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, 1 April 2007.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 11 9A) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Undang-Undang Malaysia, Akta 575) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan di hadapan Hakim Madihah Hairullah, diketuai Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rizuan Abd Malik manakala tertuduh diwakili peguam bela, Rosli Kamarudin.

Hakim turut memerintahkan Muhammad Raffi ditambah hukuman tujuh bulan penjara bagi pertuduhan itu sekiranya gagal membayar denda.

Dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, peguam bela memohon supaya hukuman ditangguh bagi membolehkan permohonan rayuan berikutan pengakuan bersalah yang dibuat tertuduh terhadap tuduhan dikenakan dan berkelakuan baik sepanjang prosiding dijalankan. Tertuduh yang digantung kerja tidak mampu membayar denda tinggi serta menginsafi perbuatannya.

Madihah menerima rayuan tertuduh supaya hukuman ditangguhkan sehingga rayuan dibuat.

Sebar video lucah budak 10 tahun

Oleh Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my

BUTTERWORTH: Penyebaran video klip lucah ke telefon bimbit melalui sistem bluetooth, termasuk membabitkan pelaku kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan wanita bertudung di sekitar pekan ini membimbangkan orang ramai.
Mereka bimbang jika tidak dikawal, bahan lucah itu turut dimiliki pelajar sekolah.

Peniaga yang mahu dikenali sebagai Khairul, 30-an berkata, sejak kebelakangan ini makin banyak video klip lucah dimuat turun dalam telefon bimbit melalui Bluetooth dan mudah dimiliki sama ada oleh golongan remaja atau dewasa.

“Ada pelaku dalam klip video lucah membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun serta wanita bertudung yang dikatakan ustazah.


“Bayangkan apa akan berlaku jika bahan berkenaan diperoleh anak muda kerana kebanyakannya memiliki telefon bimbit.


Awang Hitam makin tunjuk taring



KETIKA bersiap untuk makan malam, tiba-tiba telefon ‘canggih’ saya berbunyi menandakan SMS masuk ke ‘inbox’ memaklumkan terdapat operasi Jabatan Imigresen untuk memeriksa ‘Awang Hitam’ yang semakin popular sejak kebelakangan ini.
Kira-kira jam 9 malam, saya bergerak menuju ke Wisma Persekutuan iaitu lokasi semua petugas media dan beberapa agensi kerajaan iaitu Jabatan Imigresen, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri berkumpul untuk menerangkan strategi operasi.

Selesai taklimat yang mengambil masa 30 minit, kami berangkat menuju ke sebuah kolej di Mantin yang mendapat jolokan ‘Mini Afrika’.
Ternyata kehadiran kami dan beberapa jurukamera yang mengambil gambar mereka tidak disenangi, hanya laungan ‘we are not criminal’ yang kedengaran sebaik gambar mereka diambil. Mungkin itu persepsi mereka apabila wajah mereka dirakam lensa kamera.

Kira-kira jam 12 tengah malam, ‘Awang Hitam’ makin menunjukkan ‘taring’ apabila membantah tindakan penguat kuasa Jabatan Imigresen memeriksa mereka seperti penjenayah.

Namun, saya kagum dengan sikap beberapa pegawai jabatan itu termasuk pengarahnya yang begitu berhemah dan bertimbang rasa menerangkan tujuan pemeriksaan pada malam itu iaitu memeriksa pasport, pas pelajar dan sama ada tidak tinggal lebih masa di negara ini atau tidak.

Betul kata pepatah Melayu, ‘bagi betis mahu paha pula’, melihatkan kelembutan dan sikap toleransi anggota penguat kuasa membuatkan mereka berani menengking dan melawan dalam usaha menimbulkan kekecohan.

Tiba-tiba kami dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan pelajar menaiki sebuah kereta sambil memasang muzik tahap maksimum seolah-olah ‘pusat hiburan’. Lebih mengejutkan, ada antara mereka menari dan berdiri atas kereta itu seolah-olah bertindak selaku ketua.
Bagi tidak mengeruhkan keadaan, Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman bertindak bijak meminta mereka berundur dari tempat kejadian sebelum kekecohan tercetus. - Suraya Roslan

No comments:

Post a Comment