Saturday, February 18, 2012

YANG DILARANG SUKA DIBUAT..SYAITAN TAK DUDUK DIAM UNTUK MENGHASUT...NAFSU PULA MENGILA...MAKA HUKUM ALLAH YANG AMPUH MENYEKATNYA

Perkosa wanita balik bersawah



KENINGAU: Seorang wanita yang baru pulang mengerjakan sawah bukan saja diacu parang di leher sebelum dirogol, malah turut diugut akan ditembak mati menggunakan senjata api bakakuk dalam kejadian sebuah kampung di Sook, di sini, 10 Februari lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 39 tahun yang trauma dengan kejadian itu, akhirnya membuat laporan polis, kelmarin, selepas didesak suaminya.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya sebelum terserempak dengan suspek dikenalinya berusia 54 tahun yang menetap di kampung berhampiran.
Secara tiba-tiba suspek terus memeluk mangsa daripada belakang termasuk mengacukan parang ke leher supaya tidak melawan atau melarikan diri.

Mangsa yang ketakutan hanya mendiamkan diri sebelum diseret ke hutan berhampiran sebelum dirogol.

Sebaik pulang ke rumah, mangsa menceritakan kejadian itu kepada suami sebelum mereka membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Keningau, lima hari selepas kejadian itu berlaku.

“Mangsa membuat laporan polis selepas didesak suaminya dan dia mendakwa diugut dan dirogol lelaki dikenali.
“Sebaik menerima maklumat, sepasukan polis bergegas ke rumah lelaki terbabit dan suspek berjaya diberkas kira-kira jam 6.35 petang, hari sama,” katanya.

Katanya, polis turut merampas dua senapang angin, dua bakakuk, 11 peluru dan lima peluru hidup untuk siasatan lanjut.

“Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan,” katanya.

Mayat bayi dalam tandas hospital



BUKIT MERTAJAM: “Mulanya saya nampak kesan darah dalam tandas, tetapi tidak mempedulikannya kerana mahu meneruskan kerja mencuci. Saya ke kolah dan terkejut apabila ada bayi di dalamnya,” kata seorang pekerja pembersihan yang menemui mayat bayi perempuan dalam tandas Wad Kanak-Kanak Hospital Bukit Mertajam (HBM), di sini, semalam.
Pekerja warga Indonesia itu memaklumkan penemuan itu kepada jururawat wad berkenaan.

Jururawat terbabit ke tandas berkenaan dan memeriksa keadaan bayi itu dan mendapatinya tidak bernyawa.

Difahamkan, hanya terdapat sedikit air dalam kolah berkenaan dan bayi perempuan ketika ditemui jam 12.30 tengah hari itu masih bertali pusat.


Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, bayi yang ditinggalkan dalam kolah itu dipercayai baru dilahirkan.

Menurutnya, ada saksi memaklumkan seorang wanita dalam keadaan pucat dan keletihan keluar dari tandas berkenaan jam 7.30 pagi.

Bagaimanapun saksi berkenaan tidak mengesyaki apa-apa sebelum kecoh mengenai penemuan mayat bayi dalam tandas itu.


Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya,” katanya.

Bagaimanapun, Harian Metro difahamkan seorang wanita berusia 20-an ditahan semalam bagi membantu siasatan

Anak malu ke sekolah

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Jurulatih pengakap sebuah sekolah menengah di sini menafikan dakwaan laporan akhbar yang menyatakan dia mencabul lebih 10 pelajar perempuan di bawah pengawasannya ketika sedang menjalankan latihan fizikal.
Jurulatih dikenali sebagai Hoo, 44, berkata, dia tidak tahu bagaimana tuduhan itu timbul sedangkan dia sudah menjadi jurulatih lebih 20 tahun membabitkan pelajar sekolah sama ada lelaki atau perempuan.

“Saya tidak tahu motif keluarga pelajar terbabit membuat tuduhan ini sedangkan saya tidak melakukan perkara itu,” katanya ketika ditemui di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA Negeri Selangor di sini, semalam.
Hoo berkata, dia kesal dengan tindakan keluarga pelajar itu yang tidak bertanya kepadanya perkara sebenar sehingga membuat laporan polis yang menjatuhkan maruah keluarganya.

“Isteri dan anak-anak berada dalam keadaan tertekan akibat pandangan serong masyarakat terhadap saya yang kononnya lelaki tidak bermoral.

“Lebih mengecewakan, anak saya enggan ke sekolah hari ini (semalam) kerana malu untuk berdepan dengan rakan dan guru yang mengetahui perkara itu melalui laporan akhbar,” katanya.

Sementara itu Ketua Biro Biro Pengaduan Awam MCA Negeri Selangor, Datuk Theng Book berkata, pihaknya membantu jurulatih terbabit dengan meminta dia tampil membuat sidang akhbar sebagai bukti dia tidak bersalah.

Katanya, pengakuan itu bertujuan membersihkan nama keluarga jurulatih itu yang kini tertekan akibat dipandang serong masyarakat.
“Jurulatih itu sudah memberi keterangan kepada polis dan kami serahkan kepada mereka untuk siasatan lanjut. Sebarang tindakan susulan akan dibuat sebaik laporan penuh siasatan itu dikeluarkan,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang jurulatih mencabul lebih 10 pelajar perempuan sebuah sekolah menengah yang menyertai Pergerakan Pengakap dengan memegang buah dada, kemaluan dan punggung mangsa.

Difahamkan, lelaki itu dipertanggungjawabkan melatih pelajar berusia 13 dan 14 tahun di sekolah berkenaan sejak 2008 dan mula melakukan perbuatan keji itu penghujung tahun lalu.

Usah hampiri perkara jijik

Oleh Fathul Bari Bin Mat Jahya

MEDIA yang didalangi Barat menggunakan isu hak asasi manusia untuk menegakkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), namun ia tidak lebih daripada menegakkan benang yang basah.
Tafsiran atau terjemahan hak asasi itu sendiri amat subjektif. Adakah hak asasi itu sesuatu yang mahu dituntut walaupun menyalahi dasar agama? Ataukah hak asasi yang dituntut itu ada batasan? Dalam isu menegakkan hak golongan LGBT, ia jelas bertentangan prinsip dan dasar Islam iaitu tidak pernah mengajar kita menjadi bebas sebebas-bebasnya tanpa batas. Contoh mudah Nabi pernah berkata: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata baik atau diam” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan prinsip hak kebebasan bersuara, kita dibolehkan bercakap sesuka hati, termasuk berupa gosip, khabar angin atau berita penting membabitkan keselamatan negara.
Berbeza dengan prinsip Islam iaitu hanya menetapkan apa yang ingin diucapkan itu haruslah perkara yang baik. Ulama hadis seperti Ibnu Hajar al-Asqalani dan Imam Nawawi menjelaskan perkataan ‘khair’ atau baik sudah semestinya perkara bertepatan dengan al-Quran dan sunnah. Persoalannya, adakah seruan menegakkan tuntutan LGBT ini, termasuk dalam perkataan yang baik? Nabi secara jelas menyebutkan ciri-ciri orang beriman kepada Allah dan beriman kepada hari akhirat, adalah orang yang mengatakan baik atau berdiam diri.

Maka kita katakan hak asasi perlu didefinisikan dengan lebih tepat. Dalam urusan yang tidak bersangkut paut dengan prinsip dan dasar agama, maka manusia itu bebas memilih. Sebagai contoh bebas memilih warna baju, makanan kegemaran, kereta kegemaran dan hal-hal yang seperti itu.

Dalam hal berkait dengan prinsip dan dasar Islam, maka sama sekali kita tidak boleh memberikan manusia memilih apa yang mereka inginkan. Kita tidak mahu menjadi seperti golongan yang Allah sebutkan: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak daripada jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai” (Surah Al-A’raf, 7:179).

Iktibar daripada lahirnya kelompok songsang Jika kita kembali kepada sejarah, Nabi menyebutkan satu hadis: “Akan ada di penghujung umat ini, orang yang ditimpa tanah runtuh, orang yang diubah wajah, dan orang yang dipanah petir dan batu.” Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah. Adakah kami akan musnah walaupun ada orang soleh di kalangan kami?” Ya, sekiranya banyak berlaku perkara jijik.” (Riwayat Tirmidzi).

Imam al-Aini menjelaskan pengertian jijik ialah banyaknya perzinaan dan anak luar nikah.
Apabila menyebut perzinaan, ia juga bermaksud perkara jijik lagi keji iaitu liwat. Ini kerana kedua-duanya yakni zina dan liwat Allah sebutkan sebagai perkara yang keji (fahisyah).

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan jahat” (Surah As-Isra’, 17:32) Begitu juga ayat mengenai liwat, perkataan ‘fahisyah’ digunakan: “Dan Nabi Lut juga berkata kepada kaum: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu?” (Surah Al-A’raf, 7:80) Maka bersiap-sedialah kepada sesiapa yang menyokong atau mendokong kepada perkara seperti ini. Mereka akan terdedah dengan bala Allah, pertama ‘Khasaf’ ditimpa tanah runtuh, kedua ‘masakh’ diubah wajah atau karakter menjadi lebih buruk daripada binatang dan ketiga akan ditimpa dengan panahan petir dan halilintar. Iktibar yang boleh diambil berdasarkan sejarah ini Kesan kepada nilai murni dalam masyarakat. Baik ia berupa modal insan ataupun integriti yang sering diperkatakan. Lebih-lebih lagi seperti yang dijelaskan oleh Tan Sri Harussani Zakaria bahawa tidak ada agama yang mengiktiraf amalan ini. Bukan saja itu, agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini melarang perbuatan tersebut dan disokong oleh undang-undang negara.

Penolakan ini bukanlah dibuat atas dasar sentimen atau emosi, sebaliknya melihat kepada keburukan atau mafsadah lebih besar.

Penulis berkelulusan Sarjana Usuluddin Hadis, Universiti Yarmouk, Jordan

Giat tipu orang kampung

Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my

TELUK INTAN: Gara-gara terpedaya tawaran konon boleh memenangi hadiah percuma kereta mewah dan barangan kemas menyebabkan puluhan mangsa termasuk penduduk kampung ditipu sindiket menawarkan peraduan SMS membabitkan kerugian berjumlah RM245,649.
Difahamkan, sindiket itu yang bergerak berkumpulan menggunakan taktik menghantar SMS kepada orang ramai mendakwa mangsa dipilih memenangi pelbagai hadiah percuma termasuk kereta mewah berharga RM190,000.

Bagaimanapun, mangsa disyaratkan membayar cagaran RM8,000 bagi membolehkan hadiah itu diserahkan dalam tempoh terdekat.
Mangsa hanya menyedari tertipu apabila syarikat yang beroperasi di Taman Intan Nova, di sini, ditutup ketika datang mengambil hadiah dijanjikan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Mohamad Zaki Harun berkata, pihaknya menyerbu premis sindiket berkenaan selepas menerima aduan orang ramai, tetapi didapati sudah ditinggalkan.

“Sindiket menggunakan modus operandi menghantar SMS mendakwa mangsa memenangi peraduan cabutan bertuah menawarkan hadiah lumayan antara RM25,000 dan RM190,000.

“Mangsa diminta datang ke pejabat urusan syarikat itu konon untuk menuntut hadiah berkenaan. Apabila tiba di pejabat, mangsa diwajibkan membayar wang mencecah RM8,000 sebagai cagaran jika mahu menuntut hadiah lumayan itu,” katanya.

Menurutnya, ahli sindiket mengumpan mangsa dengan memberi satu set kerusi urut konon sebagai terima kasih.
“Mangsa kemudian dimaklum akan dihubungi bagi mengambil hadiah itu, namun mereka mula ragu apabila tiada maklum balas.

“Mangsa hanya mengetahui ditipu apabila mendapati syarikat itu ditutup ketika dikunjungi. Setakat ini, 15 mangsa membuat laporan polis berhubung penipuan itu selain membuat aduan di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Susulan itu, polis mencari lima individu dipercayai boleh membantu siasatan.

“Mereka ialah Tan Tiong Khoon, 40, Tan Hui Lin, 44, Noor Azura Mohammad, 30, Siti Atiqah Ahmat, 22, dan Mohd Azlan Ahmat, 29.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Superintendan Teh Jern Wah di talian 019-5922599 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Siti Zubaidah M Kassim di talian 017-2777896,” katanya

Muka lebam ditumbuk suami



KUALA LUMPUR: Hanya kerana enggan membenarkan anak mengikut suami, seorang isteri cedera dan lebam di muka ditumbuk suaminya dalam kejadian di Taman Desa, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Rani, 29, berada di rumah bersama anak lelakinya berusia lima tahun dan ketika itu suaminya pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

Menurutnya, suaminya mengajak anak lelakinya keluar berjalan walaupun berada di bawah pengaruh alkohol.
Katanya, dia menegah dan tindakan itu menyebabkan suaminya naik angin dan mencekiknya sebelum menghentak kepala saya ke dinding.

“Akibat hentakan itu, saya mula pening dan dia menumbuk muka saya beberapa kali sehingga hidung saya berdarah,” Rani berkata, dengan bantuan abangnya, dia membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan untuk tindakan lanju

No comments:

Post a Comment