Saturday, February 18, 2012

YE KER...BIH KURANG 50 TAHUN BARU ADA ...WANG 500....KEDAI SATU MALAYSIA...BUAT DEKAT PR13...DAN DAH BANYAK NEGERI DITAWAN PEMBANGKANG...SAPE NAK MENGAKU BERAK TENGAH JALAN..

Semak semula perbankan Islam


MAJORITI institusi kewangan kini menawarkan sistem perbankan Islam sebagai alternatif yang semakin popular kepada pelanggan. – Gambar hiasan



KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia dan Majlis Fatwa Kebangsaan diminta mengkaji semula syarat-syarat dan terma yang diguna pakai dalam sistem perbankan Islam yang didakwa membebankan pengguna.
Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, saranan itu dibuat ekoran persepsi yang semakin meluas bahawa sistem pengiraan kadar keuntungan yang digunakan dalam sistem perbankan Islam yang diamalkan oleh bank-bank dilihat mengaut keuntungan berlebihan.
Katanya, sejak tahun 2003 sehingga kini, persatuan itu telah menerima kira-kira 4,000 aduan mengenai ketidakpuasan hati pelanggan terhadap sistem perbankan Islam di negara ini.
“Satu kes yang kami terima berlaku apabila seorang pelanggan telah membeli sebuah rumah pada harga lebih RM200,000 dan membayar secara tetap selama dua tahun, namun pada tahun ketiga dia mengalami masalah dan tidak dapat membayar ansuran.
“Apa yang berlaku ialah bank telah menyamannya kerana gagal membayar pinjaman lebih RM600,000 iaitu selepas mengira nilai pinjaman selama 30 tahun.
“Tindakan itu keterlaluan sampai pelanggan bank tersebut diisytiharkan bankrap,’’ katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Janda tukang tilik mati dibunuh



SALAH seorang anak Siew Lin (tengah) ditenteramkan saudara selepas ibunya mati dibunuh.



ALOR SETAR – Seorang penganggur yang berang dengan sikap bekas isteri dan empat orang anaknya yang didakwa tidak lagi menghormatinya bertindak kejam apabila sanggup menceroboh rumah jandanya itu sebelum menikam mangsa sampai mati.
Dalam tragedi yang menggemparkan penduduk sekitar pada pukul 12.15 tengah malam kelmarin di Taman Saga, Jalan Alor Mengkudu di sini, mangsa Ung Siew Lin, 46, seorang tukang tilik nasib mati dalam perjalanan ke hospital akibat cedera parah di perut, kepala dan tangan.
Turut cedera dua anak mangsa iaitu Wong Chiew Ying, 26, dan Chn’g Sheve Mei, 26. Chiew Ying patah tangan kiri manakala Sheve Mei yang merupakan anak angkat mangsa patah tangan kanan dan cedera di kepala.
Dua lagi anak mangsa, Wong Chiew Shen, 22, dan Wong Shene Mei, 21, tidak cedera.


Enam pelajar ditahan berkaraoke



ANTARA pengunjung pusat karaoke yang ditahan di pusat beli-belah Kompleks Centre Point, Klang semalam.



KLANG – Enam pelajar sekolah lelaki antara 66 orang yang ditahan dalam serbuan di tiga buah pusat karaoke di kompleks membeli-belah Kompleks Centre Point di sini semalam.
Dalam serbuan pada pukul 4.30 petang itu, enam remaja yang berumur 12 dan 16 tahun itu ditahan ketika mereka sedang menyanyi lagu-lagu di pusat karaoke di tingkat tiga pusat beli-belah itu.
Baki 60 orang lagi ditahan di pusat karaoke yang beroperasi di tingkat empat dan tingkat lima pusat beli-belah sama.
Mereka yang ditahan berusia 19 dan 36 tahun. Antara yang ditahan termasuk 20 wanita Indonesia dan 18 lelaki Indonesia.


Tiga beranak selamat pangsapuri meletup, terbakar



KEADAAN rumah Gunaseelan selepas meletup dan terbakar di Taman Shamelin Perkasa, Cheras semalam.



KUALA LUMPUR – Tiga beranak termasuk seorang wanita hamil enam bulan bernasib baik apabila mereka tiada di rumah ketika sebuah unit Pangsapuri Sri Shamelin di Taman Shamelin Perkasa, Cheras di sini semalam meletup secara tiba-tiba sebelum terbakar.
Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi, M. Gunaseelan, 36, dan isterinya, G. Santha, 35, keluar bekerja manakala anak lelaki pasangan itu yang berusia lima tahun pula dihantar ke sebuah tadika.
Gunaseelan semasa kejadian sedang memandu lori di kawasan Petaling Jaya manakala isterinya bekerja sebagai kerani di ibu negara.

Dua ditembak, banglo dibakar



KEADAAN rumah banglo dan sebuah kereta di Kampung Che Arus, Kok Lanas yang dibakar dua lelaki bertopeng semalam.



KOTA BHARU – Dua sahabat cedera selepas diserang dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan pistol di sebuah rumah banglo di Kampung Che Arus, Kok Lanas dekat sini semalam.
Selepas melepaskan tembakan yang mengenai dua mangsa itu, dua suspek terbabit kemudian membakar sebuah kereta Perodua Kelisa dan rumah banglo itu.
Bagaimanapun, dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, seorang wanita bersama bayi berusia enam bulan yang turut berada di rumah itu tidak dicederakan. Turut selamat seorang lagi lelaki yang juga berada di rumah banglo tersebut.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mangsa Raihan Razali, 25, cedera terkena tembakan di kaki kiri manakala sahabatnya Azrin Mohd. Zin, 23, cedera terkena tembakan di paha kanan.
“Nurul Farah Izwani Abdullah, 21, bersama bayinya diarahkan keluar dari rumah itu oleh suspek ketika ruang tamu rumah tersebut sedang terbakar.
“Seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd. Fahmi Anuar dikatakan melarikan diri menerusi tingkap rumah banglo itu selepas menyedari dua rakannya dicederakan penyerangnya,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

BR1M tiada unsur politik – TPM



MUHYIDDIN melambai tangan kepada orang ramai selepas majlis penyerahan BR1M di Jinjang, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dibuat bukan atas faktor politik dan ia juga bukti ekonomi negara berada pada kedudukan yang kukuh.
Timbalan Perdana Menteri berkata, bantuan itu tidak dibuat secara sesuka hati kerana ia sebenarnya berdasarkan faktor keperluan rakyat yang diintai pada sesi turun padang yang dilaksanakan kerajaan selama ini.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sudah kata pemberian BR1M adalah satu perkara yang tak pernah dibuat sebelum ini dan bukan kerana kita mahu bagi begitu sahaja tetapi rakyat memerlukan bantuan tersebut.
“Perdana Menteri juga banyak buat kenyataan bahawa kita ada wang yang cukup. Kita sudah kurangkan defisit negara, kita boleh jimat lagi perbelanjaan dan ekonomi kita telah berkembang sebanyak 5.2 peratus,” katanya pada majlis penyerahan BR1M kepada 3,500 penerima dalam Parlimen Batu di Jinjang di sini semalam.

No comments:

Post a Comment