Tuesday, February 14, 2012

PERSALAH AKAN DIHUKUM ALLAH TUNGGU SAJA..MUSIBAH TURUN SESUAI DENGAN KEJAHATAN...KES BUANG ANAK NI...BIASANYA DARI KES ZINA..NI KESAN HUKUM ALLAH...PERATURAN ALLAH KITA LANGGAR

Dadah: Ujian air kencing Saiful Apek, 3 rakan positif

14 Februari 2012
Saiful Apek
PETALING JAYA - Seorang anggota polis hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa ujian saringan awal air kencing pelakon komedi Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek dan tiga rakannya yang lain didapati positif dadah.
Sarjan M.Sanggar, 48, berkata beliau menjalankan ujian air kencing terhadap Saiful Apek, 42, dan tiga rakannya iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, Noremy Mohamad, 28, selepas selesai melakukan
satu operasi serbuan di sebuah rumah di Bandar Sunway dekat sini.
"Hasil keputusan ujian air kencing itu didapati kesemua tertuduh positif dadah," kata saksi kedua pendakwaan ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad semasa pemeriksaan utama.
Sanggar yang bertugas di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya berkata beliau kemudiannya menyerahkan sampel air kencing kesemua tertuduh kepada Pegawai Penyiasat Insp Rozlia Razali
untuk tindakan seterusnya.
Pada 1 November lalu, Saiful Apek dan tiga rakannya termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.
Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010.
Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000.
Terdahulu Pegawai Risikan Cif Insp Mohd Shaifuddin Zulkifli, 31, yang bertindak sebagai ketua dalam operasi serbuan pada jam 10 malam bertarikh 12 Jun 2010 itu turut memaklumkan bahawa hasil serbuan di dalam rumah itu pasukannya
telah menemui ganja.
Mohd Shaifuddin berkata beliau telah mengarahkan Sanggar dan Rozlia untuk menjalankan ujian air kencing terhadap kesemua tertuduh.
"Saya menerima sampel ujian air kencing mereka daripada Rozlia pada jam lebih kurang 11.15 malam dan pada jam 12.05 minit pagi hari berikutnya (13 Jun 2010) saya menyerahkan botol spesimen air kencing mereka kepada pegawai penyiasat kes narkotik iaitu Insp Syed Mohd Rohayat Syed Ramlee.
Keempat-empat tertuduh diwakili peguam Zambri Idrus dan Mohd Fadli Hashim.
Perbicaraan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid bersambung 27 Mac ini. - Bernama
Jentera hilang kawalan rempuh pagar rumah
Wartawan Sinar Harian
14 Februari 2012
jentera rempuh rumha
SHAH ALAM - Seorang guru terkejut apabila terdengar dentuman kuat sebelum menyedari tembok dan pagar rumahnya di Taman Desa, Seksyen U12, di sini dirempuh sebuah forklift yang diubahsuai sebagai traktor.

Akibat rempuhan yang berlaku kira-kira jam 11.40 pagi, semalam kereta Nissan Grand Livina milik mangsa, Rozaidah Muhammad, 37, turut rosak.

Rozaidah berkata, ketika kejadian, dia sedang bersiap-siap untuk keluar mengajar di sekolah berhampiran.

“Ketika itu, saya bersama dua anak berada di rumah, sebaik terdengar dentuman kuat, saya tinjau ke luar tingkap dan mendapati jentera berkenaan telah merempuh pagar, tembok dan kereta saya.

“Jentera itu turut merempuh sebuah kereta Perodua Kancil dan pagar rumah jiran berhampiran,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Difahamkan, pemandu jentera berkenaan gagal mengawal kenderaan akibat masalah brek ketika menuruni kawasan bukit berhampiran kawasan perumahan itu.

Jentera berkenaan, sebelum itu dikatakan menjalankan kerja-kerja membaik pulih tangki air di kawasan perumahan yang kebetulan berada di atas bukit.

Walaupun mengalami kerugian besar, Rozaidah bersyukur kerana anak-anaknya tidak berada hampir dengan kawasan rempuhan itu.

Seorang lagi mangsa yang pagar rumahnya turut musnah, Azhar Mohd, 45, berkata, laporan polis telah dibuat oleh suami jirannya itu.

Setakat ini katanya, pemaju bersetuju untuk membiayai keseluruhan kos baik pulih kerosakan.

“Pemaju perumahan sudah datang dan melihat sendiri kerosakan malah bersetuju untuk menanggung kesemua kos kerugian yang dialami,” katanya.
Sementara itu, dimaklumkan pemandu jentera yang mengalami kecederaan parah dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut. - Bernama
Mayat bayi perempuan dijumpai di bilik air kolej

14 Februari 2012
KOTA BHARU - Mayat seorang bayi perempuan dijumpai dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Kampung Kandis, Telong, Bachok hari ini.

Bayi yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan itu, dijumpai oleh dua orang pembersih tandas sebelum melaporkan kepada penyelia kolej berkenaan kira-kira pukul 10.40 pagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis menerima aduan mengenai penemuan mayat bayi itu daripada seorang pegawai dari kolej tersebut.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, untuk dibedah siasat dan setakat ini polis belum mengetahui motif pembuangan bayi itu, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Jalaluddin berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat bagaimanapun polis sudah mengenal pasti suspek yang membuang bayi tersebut.- Bernama
Mayat lelaki lemas selepas lari serbuan polis ditemui

14 Februari 2012
TEMERLOH - Satu lagi mayat lelaki yang dipercayai lemas selepas terjun ke dalam paya semasa cuba melarikan diri dari serbuan polis dua
hari lepas ditemui pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Zundin Mahmood berkata dalam serbuan Ops Dadu itu, mangsa, Che Ismadi Che Ismail, 48, dari kampung Bukit Tingkat Temerloh bersama sekumpulan lelaki terbabit dalam aktiviti judi sabung ayam di kampung Paya keladan, dekat sini.

"Mayat mangsa dijumpai terapung dalam paya tersebut oleh pasukan pencari dan penyelamat terdiri daripada pasukan bomba, polis dan penduduk kampung pada kira kira 9.30 pagi," katanya kepada Bernama di sini.
Semalam, pasukan mencari dan menyelamat turut menemui mayat salah seorang lelaki dikenali sebagai Azis Suhor, 49, yang turut lemas selepas bertindak terjun ke paya berkenaan.

Dalam kejadian dua hari lepas, kumpulan lelaki seramai 31 orang sedang leka melakukan aktiviti perjudian itu bila polis melancarkan operasi.

Dalam operasi itu, polis berjaya merampas 17 ekor ayam jantan, sebuah kotak kecil berisi ubat-ubatan dan peralatan jahitan, alat pemotong, taji tiruan, gunting, pelekat, kelambu ayam, sebuah generator dan beberapa lagi peralatan berkaitan perjudian itu.

Menurutnya kesemua mereka terbabit telah ditahan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 7(1) Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 44 Ordinan Binatang 1953.

No comments:

Post a Comment