Tuesday, March 13, 2012

DAH SALAH HUKUMLAH...JANGAN ADA TANGAN2 GHAIB PULA...NAK KEMANA...HUKUM ALLAH TETAP SAMPAI.....

‘Saya nak bersama dia’

Oleh Gaddafi Musli, Yusmizal Dolah Aling dan Fairus Anuar
am@hmetro.com.my

BINCANG...(dari kiri) Noormah bersama Faridah dan Amir, semalam.
BINCANG...(dari kiri) Noormah bersama Faridah dan Amir, semalam.
DARI HATI KE HATI...Amir terkaku mendengar luahan ibunya, Faridah yang ditemui kali pertama selepas mereka terpisah 10 hari.
DARI HATI KE HATI...Amir terkaku mendengar luahan ibunya, Faridah yang ditemui kali pertama selepas mereka terpisah 10 hari.
KUALA LUMPUR: “Saya tahu dia tak berniat nak tinggalkan saya. Selepas ini, saya nak tinggal dengan dia kerana hanya dia yang saya ada di dunia ini. Terima kasih kepada semua, dapat jumpa dia (anak),” kata Faridah Maulud ketika dipertemukan dengan anaknya buat pertama kali semalam sejak ditinggalkan 10 hari lalu.
Dalam pertemuan penuh sayu itu, kedua-dua mereka dilihat tidak berenggang dengan sesekali anaknya, Amir Mohd Omar, 27, menyeka air mata di pipi ibu berusia 66 tahun itu sambil menerangkan dia tidak meninggalkan ibunya sendirian, tetapi terpaksa berbuat demikian atas faktor kesihatan.

Menafikan anaknya sengaja berbuat demikian, Faridah berkali-kali menyatakan yang dia tahu anaknya mengalami masalah kesihatan dan dia sendiri bersetuju untuk dibawa ke sebuah hotel berhampiran Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi memudahkan mereka berdua menerima rawatan.
“Dia ada beritahu saya yang dia nak ke hospital, jadi lebih elok saya ikut dia ke sana kerana takut tinggal berseorangan di rumah di Wangsa Maju kerana baru-baru ini ada kes pergaduhan di situ.

“Cumanya, saya tidak tahu ke mana dia pergi selepas tiga hari tak muncul, tapi dia ada tinggalkan sedikit wang untuk membeli makanan. Hari ini baru dapat jumpa,” katanya ketika ditemui semalam.

Pertemuan itu diadakan hasil inisiatif Harian Metro dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) diketuai pengarahnya, Noormah Abd Rauf.

Sebelum itu, Amir hadir ke pejabat JKM WPKL di sini untuk memberi penjelasan kepada Noormah berhubung tindakannya meninggalkan ibu itu bersendirian sehingga membawa kepada laporan polis yang dibuat penyelia hotel itu pada 8 Februari lalu. Selepas itu, dia di bawa ke Pusat Sehenti Bina Diri di Sungai Buloh untuk bertemu ibunya dan berbincang mengenai kewajaran untuk mengambil semula wanita berkenaan tinggal bersamanya dalam waktu terdekat.

Sebaik melihat kelibat anak tunggalnya itu, Faridah tidak henti-henti menangis dan terpaksa ditenangkan Noormah seketika sebelum perbincangan lanjut mengenai status terkini dirinya.
“Saya hendak tinggal dengan dia kerana dia anak saya. Kalau dapat nanti, saya ingin mengajar al-Quran seperti di kampung sebelum ini. “Saya baca artikel mengenai diri saya, tapi saya tahu anak saya buat yang terbaik untuk saya. Mungkin lebih baik di hotel berbanding di rumah kerana saya tinggal seorang, di hotel orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Amir berkata, dia bersyukur kerana akhirnya dapat bertemu ibunya dan berterima kasih kepada semua pihak termasuk JKM yang membantu menjaganya sepanjang tempoh itu.

Katanya, ketika ini, fokusnya hanyalah untuk mencari pekerjaan baru selepas berhenti sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta di ibu negara petang kelmarin.

 


Bos NFC didakwa

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my

TENANG...Dr Mohamad Salleh  hadapi empat pertuduhan.
TENANG...Dr Mohamad Salleh hadapi empat pertuduhan.
HADIR...Shahrizat turut berada 
di mahkamah.
HADIR...Shahrizat turut berada di mahkamah.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua tuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang syarikat hampir RM50 juta, tiga tahun lalu.
Mohamad Salleh yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut mengaku tidak bersalah atas dua lagi tuduhan menggunakan harta syarikat tanpa kebenaran mesyuarat agung syarikat terbabit.

Bagi tuduhan pertama, Mohamad Salleh didakwa menyalahgunakan wang syarikat bernilai RM9,758,140 dengan cara memindahkan wang itu melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian daripada harga pembelian dua unit kondominium One Menerung di sini oleh National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC).
Manakala tuduhan kedua, Mohamad Salleh turut didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang NFC berjumlah RM40 juta dengan memindahkan wang berkenaan melalui sekeping cek ke dalam akaun milik NMLC bagi kegunaan syarikat itu.

Dia didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di Bank CIMB Islamic Bhd, di Taman Tun Dr Ismail, di sini, masing-masing antara 1 Disember dan 4 Disember 2009 serta antara 6 Mei dan 16 November, tiga tahun lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Mohamad Salleh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dengan sebatan atau denda, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, Mohamad Salleh kelihatan tenang, manakala Shahrizat yang turut hadir ke mahkamah bersama ahli keluarganya enggan memberi sebarang komen.

Sementara itu, Mohamad Salleh turut didakwa bagi dua pertuduhan lain kerana menggunakan wang syarikat hampir RM50 juta itu tanpa kebenaran mesyuarat agung syarikat untuk NMLC, sekali gus syarikat itu mendapat keuntungan secara langsung.
Bagi kedua-dua pertuduhan, Mohamad Salleh didakwa melakukan perbuatan itu di tempat dan tarikh yang sama.

Pendakwaan terhadap tuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965 (Akta 165) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 132(3), akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM30,000 jika sabit kesalahan.

Peguam Badrul Munir Bukhari yang mewakili Mohamad Salleh memohon mahkamah membenarkan ikat jamin dengan bon peribadi RM100,000 memandangkan Mohamad Salleh sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang penyiasatan kes berkenaan dijalankan.

Menurut Badrul, Mohamad Salleh turut akan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sebagai syarat tambahan bagi memastikan kehadirannya sepanjang perbicaraan dijalankan kelak.

Barisan pembelaan diketuai Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, sekembalinya beliau dari luar negara, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkefli Ahmad, Awang Armadajaya Awang Mahmud dan Nur Azimul Azami Mohamad Nor.

Hakim SM Komathy Suppiah membenarkan Mohamad Salleh diikat jamin oleh anak sulungnya, Wan Shahinur Izmir, 32, dengan jaminan RM500,000, dan semua dokumen perjalanan perlu diserahkan kepada mahkamah.

No comments:

Post a Comment