Wednesday, March 14, 2012

UNDANG2 ALLAH ADALAH UNTUK ELAKKAN PERZINA ..PELACURAN DLL...HINGGA TAKUT LAKSANAKAN...JIKA LAKSANAKAN AMAT BERKESAN...BERTAPA PENTINGNYA AIR...AIR ANUGERAH ALLAH SECARA TERUS...KITA PROSESKAN SAJA...BERTAQWALAH...KERANA NIKMAT ALLAH KURNIA TIDAK BOLEH DIHITUNG....

Sejuta pengguna bakal terjejas


LOJI Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) di Ijok, Kuala Selangor.



KUALA LUMPUR – Kira-kira sejuta penduduk Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air besar-besaran selama 36 jam bermula pukul 8 pagi esok hingga pukul 8 malam Khamis ini.
Gangguan bekalan air tersebut membabitkan para pengguna di daerah Klang, Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Langat.
Ia berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) di Ijok, Kuala Selangor bermula esok.
LRA SSP1 membekalkan sebanyak 840 juta liter sehari (JLH) ke tujuh kawasan termasuk Gombak dan Kuala Selangor serta kawasan-kawasan penting seperti Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang, kawasan perindustrian Bukit Raja, Istana Diraja Klang, hospital dan kawasan yang lain.
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som (gambar kecil) berkata, kerja penyelenggaraan tersebut meliputi penggantian Sluice Valve bersaiz 800 milimeter bagi pam nombor tujuh di Rumah Pam Air Mentah (RPAM) loji tersebut dan penggantian Delivery Sluice Valve bersaiz 1,350 milimeter di pam sama.

Pengerusi Eksekutif NFCorp didakwa

KUALA LUMPUR – Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan pecah amanah melibatkan wang RM49.7 juta berhubung pembelian dua unit kondominium serta dua lagi pertuduhan menyalahi Akta Syarikat 1965.
Mohamad Salleh, 64, suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyrakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hanya menganggukkan kepala tanda faham ketika kesemua pertuduhan dibacakan sebelum memohon dibicarakan.
Turut hadir di mahkamah, Shahrizat dan anak sulung pasangan itu, Wan Shahinur Izmir, 32, dan beberapa ahli keluarga pasangan itu.
Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Salleh didakwa sebagai Pengerusi Eksekutif NFCorp melakukan pecah amanah menyalahgunakan wang berjumlah RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium One Menerung di Parcel BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, Lot No. 56454, Bangsar, Kuala Lumpur.
Kesalahan tersebut dilakukan di antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd., Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail di sini.

Maut terjatuh tingkat 10


TAN CHEE BOON


GEORGE TOWN - Seorang pelajar jurusan fizik Universiti Sains Malaysia (USM) sempat memohon maaf kepada rakan dan ahli keluarganya di laman sosial Facebook sebelum dia ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 10 Flat Desa Universiti, Sungai Dua di sini semalam.
Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan Tan Chee Boon, 23, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan akibat terjatuh melalui tingkap bilik tidur rumah sewanya.
Pelajar tahun akhir itu dikatakan baru sahaja sampai ke rumah itu pada malam kelmarin selepas menghadiri majlis perkahwinan abangnya di Taman Gunung Perak 2, Alor Setar, Kedah.

Menangis atas bumbung IPD



TURUTAN gambar menunjukkan seorang lelaki yang naik ke bumbung tingkat empat IPD Kota Setar di Alor Setar, Kedah kelmarin cuba terjun sambil membawa tong gas pendingin hawa kosong sebelum anggota polis dan bomba cuba memujuknya (gambar tengah). Gambar kanan menunjukkan Adzaman (kiri) sedang memujuk kelindan lori tersebut.



ALOR SETAR – Seorang lelaki yang mengalami tekanan perasaan menggemparkan orang ramai apabila dia cuba terjun dari tingkat empat bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini sebelum dapat diselamatkan setelah dipujuk selama tiga jam kelmarin.
Kejadian pukul 5 petang itu berlaku apabila lelaki berusia 26 tahun tersebut naik ke tingkat atas melalui tangga bangunan sebelum dia dilihat duduk di bucu bumbung.
Warga IPD dan orang ramai yang ternampak perbuatan lelaki itu terkejut menyebabkan suasana di balai polis tersebut bertukar kecoh.
Difahamkan, kelindan lori yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak tersebut datang dari Kluang, Johor ke negeri ini untuk menjalani kehidupan baharu dengan mencari pekerjaan lain. Jarak di antara dua tempat itu kira-kira 704 kilometer.

Api misteri kembali mengganas



Zainab menunjukkan api misteri (dalam bulatan) yang membakar kain tudungnya di rumahnya di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU – Selepas lebih setahun tenang tanpa serangan api misteri, keluarga Zainab Sulaiman, 75, atau lebih dikenali sebagai Mok Nab kembali resah apabila serangan tersebut kembali berulang di kediamannya di sini kelmarin.
Terbaru, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.30 petang, Jumaat lalu di rumahnya di Kampung Penambang Bunga Emas, dekat sini, apabila api misteri tersebut muncul secara tiba-tiba dan membakar sebuah almari yang sarat dengan pakaian.
Menurut Zainab, kejadian tersebut disedari oleh seorang cucunya, Wan Mohd. Faiz Wan Hanafi, 16, yang terbau hangit seperti benda terbakar sebelum mendapati sebuah almari yang terletak di dalam sebuah bilik terbakar.
Katanya, ketika disedari api yang muncul tersebut begitu marak dan membakar almari serta sebahagian dinding bilik tersebut menyebabkan beliau dan menantunya, Rafeah Zakaria, 38, serta dua lagi cucunya, Wan Nurfatihah, 14, dan Wan Nurfatini, 12, panik dan berada dalam ketakutan.
“Kami semua terpaksa mengambil semua pakaian yang disimpan di dalam almari dan dicampak ke luar rumah melalui tingkap untuk mengelakkan daripada terus hangus terbakar selain bimbang api menjadi semakin marak.
“Orang kampung juga datang menolong memadamkan kebakaran dan disebabkan api yang sangat marak, saya terpaksa meminta orang kampung menelefon pihak bomba kerana bimbang rumah saya hangus terbakar,” katanya ketika ditemui semalam.

Malek Noor kini bergelar suami



MALEK dan isterinya, Wan Asma bergambar bersama anak-anak selepas majlis pernikahan mereka di Pusat Dagangan Kelantan, Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU – Bekas juara bina badan Asia dan pemegang gelaran Mr. Universe sebanyak dua kali, Datuk Malek Noor, 56, selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Dr. Wan Asma Wan Ismail, 52, semalam.
Majlis akad nikah secara sederhana pada pukul 11 pagi itu diadakan di penthouse milik Wan Asma di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini. Ia dihadiri keluarga dan rakan terdekat.
Malek sah menjadi suami Wan Asma dengan sekali lafaz ketika dinikahkan oleh bapa Wan Asma, Wan Ismail Wan Ahmad, 86.
Pasangan itu mengenakan persalinan sedondon berwarna putih gading dan membawa lima dulang hantaran berbalas tujuh serta senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin.
“Ini adalah jodoh yang dikurniakan Tuhan. Pada tarikh yang sama (12 Mac) tahun lepas, saya berdoa di hadapan Kaabah supaya dikurniakan seorang isteri.
“Alhamdulillah, pada tahun ini, pada tarikh yang sama, saya dikurniakan seorang isteri. Ini adalah isteri pertama saya dan yang terakhir,” ujarnya.

Mati melecur akibat bakar rumah sendiri

13/03/2012 7:16pm

JOHOR BAHARU — Seorang bekas pemilik restoran meninggal dunia akibat melecur selepas dipercayai membakar rumahnya, manakala isteri dan dua anak perempuannya cedera dalam kejadian di Kampung Melayu Kangkar Pulai di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supt. Noor Hashim Mohamad berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi dan sebelum itu difahamkan berlaku perselisihan faham antara bekas pemilik restoran itu Syed Hussin Syed Hussin, 63, dan isterinya Wan Rokiah Wan Yussuf, 43.
"Polis sedang menyiasat kejadian yang berlaku di rumah separuh papan dan batu itu dengan terperinci. Berdasarkan maklumat, rumah itu dibakar sendiri oleh si mati,” katanya.
Noor Hashim yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu berkata, Wan Hussin meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital manakala Wan Rokiah dan dua anak perempuan mereka, Sharifah Aishah, 22, dan Sharifah Zulaikha, 21, kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah di sini.
Katanya seorang lagi anak pasangan itu, Sharifah Zulaikha hanya dirawat sebagai pesakit luar.— BERNAMA

Rogol, bunuh: Hukuman mati pekerja kilang kekal

13/03/2012 6:55pm

PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas seorang pekerja kilang ayam kerana membunuh seorang pencari kerja, Siti Zawiah Sudin, enam tahun lalu.
Panel tiga hakim, yang dipengerusikan oleh Datuk Sulaiman Daud, turut mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 18 tahun dan lima sebatan terhadap Muhammad Rasid Hashim kerana merogol wanita berusia 23 tahun itu.
Siti Zawiah yang tiba di Kuala Lumpur 22 hari sebelum kejadian untuk mencari pekerjaan bagaimanapun berhasrat pulang ke kampung di Pasir Puteh, Kelantan pukul 9 malam hari kejadian setelah gagal mendapat kerja.
Mangsa ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan oleh dua rakan serumahnya dengan kecederaan kepala di atas lantai bilik tidur rumah tempat dia menumpang sebelum meninggalkan dunia di Hospital Selayang.
Panel hakim, yang turut dianggotai oleh hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Wahab Patail dan Datuk Azahar Mohamed, sebulat suara menolak rayuan Muhammad Rasid terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkannya atas dua tuduhan itu.
Hakim Sulaiman berkata, mahkamah mendapati hakim perbicaraan tidak terkhilaf berhubung fakta-fakta kes dan sabitan terhadap Muhammad Rasid adalah selamat.— BERNAMA

Laporan palsu: Ibu dalam pantang dihukum

13/03/2012 6:35pm

KUALA TERENGGANU — Seorang wanita yang masih dalam pantang dijatuhkan hukuman penjara satu hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini terhadap tuduhan membuat laporan palsu.
Wan Syafira Wan Nazri, 23, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah bernombor 1234 Kampung Beladau Kepong, Manir di sini ketika disoal siasat pada 12.30 malam, 25 Februari lepas.
Dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu kedai itu didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.
Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa, Insp. Miky Dustan Musa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, pada 25 Februari lalu, tertuduh dengan sengaja telah memberi maklumat palsu dengan niat menyebabkan penjawat awam (polis) menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada seseorang yang lain.
Beliau sebelum ini mendakwa bayi itu ditinggalkan di rumahnya oleh seorang warga emas.
Namun tindakan wanita itu berjaya dibongkar polis berdasarkan laporan yang bercanggah yang dikemukakannya dan dia disyaki tidak bercakap benar dan bayi tersebut adalah miliknya sendiri.— BERNAMA

Suspek kes bunuh Dirang akan didakwa segera

13/03/2012 3:08pm

PASIR GUDANG — Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, polis sedang berusaha menyiapkan kertas siasatan kes bunuh dan bakar kanak-kanak malang Nurul Nadhirah Abdullah, 5, secepat mungkin bagi membolehkan suspek kes itu dihadapkan ke mahkamah dengan segera.
Beliau berkata, polis sedang menunggu beberapa lagi laporan daripada Jabatan Kimia untuk menyiapkan kertas siasatan itu sebelum dikemukakan kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan.
"Saya telahpun mengarahkan timbalan saya Datuk Ismail Yatim yang mempengerusikan pasukan khas bagi menyiasat kes ini untuk siapkan kertas siasatan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.
Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.
Katanya, tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.— BERNAMA

5 rakan didakwa cuba bunuh lelaki

13/03/2012 2:33pm

KUALA LUMPUR — Lima rakan, dua daripadanya adik-beradik, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di sini terhadap tuduhan cuba membunuh seorang lelaki dengan membakarnya menggunakan minyak petrol, pada bulan lepas.
Bagaimanapun, Mohd. Nazrul Md Noor, 25 dan adiknya Mohd. Nazrin, 21 serta Mohamad Nor Akmal Tarmezi, 23; Muhammad Ammar Ashman Jamil, 21 dan Mohd. Firdaus Mohamad Sururi, 21 mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Maziah Joary Mohd Tajudin.
Mohd. Nazrul yang merupakan penganggur dan Mohd. Nazrin yang bekerja di butik kasut, pelajar di sebuah institusi tempatan Mohamad Nor Akmal dan Muhammad Ammar serta penghantar surat Mohamad Firdaus dituduh cuba membunuh Muhammad Syahirudin Mohd. Shauki, 20, di Jalan Kampung Sepakat, Mukim Sungai Tengi, Gedangsa, Hulu Selangor dekat sini pada pukul 5.45 pagi, 26 Februari lepas.
Kesemua mereka yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 34 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Hakim Maziah tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 10 April untuk sebutan semula kes bagi mereka melantik peguam dan penyerahan laporan perubatan.
Kesemua tertuduh dihantar ke Penjara Sungai Buloh. — BERNAMA

Kahwin beramai-ramai untuk elak pelacuran



PENGANTIN lelaki dan perempuan komuniti Saraniya bergambar selepas upacara perkahwinan mereka di kampung Vadia, negeri Gujarat kelmarin.



AHMADABAD, India - Satu majlis perkahwinan beramai-ramai melibatkan lapan gadis miskin nomad diadakan di barat India untuk mengelakkan mereka daripada terjebak dalam kancah pelacuran.
Majlis itu dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bantuan tempatan, Forum Sokongan Komuniti Nomad.
Setiausahanya, M. Patel berkata, gadis-gadis tersebut dipilih daripada sebuah puak di Vadiya, sebuah kampung yang terletak 275 kilometer ke utara Gandhinagar, ibu negeri Gujarat.
Menurutnya, 12 lagi gadis bawah umur kini bertunang dengan remaja tempatan dan akan berkahwin selepas usia mereka mencecah 18 tahun.
"Gadis-gadis nomad yang tidak mampu untuk berkahwin kerap menjadi pelacur," katanya.
Di India, keluarga pengantin perempuan perlu membayar hantaran perkahwinan kepada pihak lelaki.
Pemerintah negeri memberikan tanah seluas 80 hektar kepada komuniti nomad tersebut tetapi tanah berkenaan tidak subur akibat kekurangan air. - Agensi

No comments:

Post a Comment