Wednesday, March 14, 2012

HANYA SEBAGAI BURUNG PIPIT SAJA..SEKURANG2 BILA ALLAH TANYA ...MAKA ADALAH JAWAPAN..ADA JUGA SEDIKIT USAHA...MEMINTA AGAR DILAKSANA HUKUM ALLAH...CUMA PIHAK YANG BERKUASA...MENDIAMKAN DIRI...

Kekasih Zara ditahan

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

KUMPUL BUKTI...anggota Unit Forensik Selangor membuat siasatan kali kedua di tempat kejadian, semalam. Gambar kecil, Zara dan ayahnya.
KUMPUL BUKTI...anggota Unit Forensik Selangor membuat siasatan kali kedua di tempat kejadian, semalam. Gambar kecil, Zara dan ayahnya.
SERDANG: Seorang lelaki dan rakannya ditahan untuk siasatan berhubung misteri kematian seorang pensyarah kolej swasta, Zara Eleena Omar Peter, 23, dan bapanya, Omar Peter Abdullah, 56, yang ditemui dalam bilik berasingan di rumah mereka di Taman Kinrara 1, Puchong, petang kelmarin.
Seorang daripada mereka dipercayai teman lelaki yang juga bekas pelajar pensyarah malang itu ditahan bersama rakan serumahnya di kediaman mereka di Pandan Indah, Ampang, kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, suspek yang berusia 18 dan 20-an itu kini direman seminggu bermula semalam dan kes masih diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Suspek ditahan bagi membantu siasatan dan sehingga kini, kami masih lagi mengumpulkan lebih banyak maklumat bagi mencari motif dan sebab utama kejadian pembunuhan ini berlaku, namun polis masih belum dapat mengesahkan sama ada kejadian ini bermotifkan dendam, cemburu atau samun.

“Polis juga masih menunggu hasil laporan bedah siasat Jabatan Kimia dan patalogi yang dijangka diperoleh dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui selepas melawat semula lokasi kejadian bersama Unit Forensik Selangor, petang semalam.

Menurutnya, siasatan kes pembunuhan dua beranak itu turut diperluaskan ke kampung halaman ibu mangsa di Kampung Gelang Cincin, Segamat, Johor bagi mendapatkan gambaran dan maklumat secara menyeluruh selain merujuk fakta serta bahan bukti yang diperoleh di tempat kejadian.

“Setakat ini, telefon bimbit milik kedua-dua mangsa masih belum ditemui dan kami juga masih mengesan kereta Perodua Kenari milik pensyarah berkenaan. “Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian dan menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Nazir Max di talian 013-3007705 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang atau tampil ke balai polis berhampiran,” katanya.

Penuh misteri

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my

SERDANG: Punca kematian seorang pensyarah kolej swasta dan bapanya yang ditemui dalam bilik berasingan di rumah mereka di Taman Kinrara 1, Puchong menimbulkan tanda tanya selepas polis tidak menemui bukti jenayah atau kecederaan melainkan kesan lelehan darah pada mulut kedua-dua mangsa.
Lebih menghairankan, siasatan awal mendapati tiada kesan pecah masuk pada pintu rumah selain keadaan rumah yang tidak digeledah dan barang berharga milik mangsa juga tidak dicuri.

Difahamkan, mayat Zara Eleena Omar Peter, 23, dan bapanya, Omar Peter Abdullah, 56, ditemui polis pada jam 9.50 malam kelmarin, dipercayai dibunuh sejak empat hari lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, polis menerima laporan daripada ibu mangsa, Normalia Mahmood, 50-an di Segamat, Johor mengenai kehilangan kedua beranak berkenaan sebelum ibunya itu dan anggota polis ke rumah terbabit untuk menjalankan siasatan.

“Zara menghubungi keluarga di kampung dan mengadu sakit sebelum bapanya ke rumah itu untuk membawanya pulang, Khamis lalu. Keluarga itu kerap pulang ke Segamat kerana memiliki kebun buah,” katanya.

Menurutnya, selepas itu, dua beranak terbabit terus gagal dihubungi sehingga mayat mereka ditemui.

“Ibu mangsa membuat laporan polis di Segamat pagi semalam (kelmarin) sebelum pulang ke rumahnya itu.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di situ, ibu mangsa mendapati rumah berkenaan berkunci dan cuba menghubungi mangsa serta suaminya sekali lagi, tetapi kedua-dua talian tidak berjawab. “Berikutan itu, ibu mangsa pergi ke balai polis berhampiran untuk memaklumkan sekali lagi kehilangan ahli keluarganya sebelum polis mengiringinya ke rumahnya bagi mengesan mangsa,” katanya.
Menurutnya, polis memecah masuk sebelum menemui dua mayat itu di dalam dua bilik berasingan.

Katanya, mayat bapa mangsa ditemui tertiarap di atas katil manakala mayat mangsa terlentang di atas lantai dan masih bertudung, malah kedua-duanya berpakaian lengkap.

Anggota forensik yang memeriksa tempat kejadian tidak menemui kesan jenayah pada badan mangsa dan penggeledahan dalam rumah itu.

“Hanya telefon bimbit serta Perodua Kenari milik anak mangsa dipercayai hilang dalam kejadian itu,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Katanya, polis masih menunggu keputusan penuh forensik dan Jabatan Kimia bagi mengetahui punca kematian.

Jenazah dikebumi



SEGAMAT: Jenazah pensyarah kolej swasta, Zara Eleena Omar, 23, dan bapanya, pesara syarikat kewangan, Omar Peter Abdullah, 56, yang ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh di kediaman mereka di Taman Kinrara 1, Puchong, Selangor, selamat dikebumikan selepas Isyak di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Keretak, Kampung Gelang Cincin di sini, malam tadi.
Hampir 200 saudara, sahabat dan penduduk kampung hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada dua beranak berkenaan.

Umpan makanan



JOHOR BAHRU: Mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang, mungkin diumpan makanan kegemaran atau barangan permainan oleh individu tertentu sebelum dilarikan dan ditamatkan riwayatnya.
Pegawai Bahagian Kaunseling dan Psikologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Noriz Wanti Ahmad, berkata kanak-kanak berusia lingkungan empat hingga enam tahun seperti Nurul Nadirah atau mesra dengan panggilan Dirang mudah mematuhi arahan seseorang termasuk yang tidak dikenali untuk mengikut mereka sekiranya diumpan barangan kegemaran.

“Ia berlaku kerana faktor usia, kanak-kanak pada usia berkenaan tidak mampu membezakan antara perkara baik dan buruk selain mungkin tidak pernah menerima pendedahan daripada penjaga supaya berhati-hati apabila dihampiri individu tidak dikenali.
“Namun, apabila menyedari mereka berada di tempat yang kurang selesa dan selamat berikutan berjauhan daripada keluarga, kanak-kanak boleh mengalami trauma. Jika ia berterusan maka ia mampu memberi kesan kepada psikologi mereka apabila dewasa kelak,” katanya, semalam.

Noriz mengulas berkaitan kes Dirang yang ditemui meninggal dunia selepas hilang sejak 1 Mac lalu.

Tunggu keputusan ujian rekod pergigian

SERI ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor masih menunggu beberapa lagi keputusan ujian makmal termasuk rekod pergigian mangsa pembunuhan kejam, Nurul Nadirah Abdullah, 5 tahun, atau lebih dikenali sebagai Dirang bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya (DPP) dalam tempoh terdekat.
Difahamkan, seorang pakar pergigian juga dipanggil bagi menjalankan ujian berkaitan selepas hasil keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) rangka manusia ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu sepadan dengan sampel DNA ibu Dirang, Roselyn Alan, 25.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, memberi jaminan pihaknya menjalankan siasatan mendalam untuk memastikan penjenayah terbabit tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.
“Hingga kini siasatan masih dijalankan terhadap empat suspek berusia lingkungan 20-an dan 30-an yang ditahan sejak Dirang dilaporkan hilang 1 Mac lalu.

“Semakan juga mendapati dua daripada suspek terbabit mempunyai rekod lampau berkaitan dadah serta curi. Tiga daripada mereka juga disahkan positif di bawah pengaruh dadah hasil ujian air kencing dijalankan sebelum ini,” katanya selepas melawat keluarga Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, pagi semalam.

Mokhtar juga menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka serta mengawasi pergerakan kanak mereka dan menjadi kejadian itu sebagai ikhtibar.

Dirang disahkan dibunuh selepas ujian deoxyribonucleic asid (DNA) dijalankan terhadap rangka ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai 8 Mac lalu itu, sepadan dengan DNA Roselyn Alan, 25.

Setakat ini, empat individu berusia lingkungan 20-an hingga 30-an masih direman bagi membantu siasatan.
Individu terbabit termasuk sepasang suami isteri. Dalam perkembangan lain, menurut Mokhtar, pihaknya juga mengesan seorang individu yang bertanggungjawab mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Roselyn dan memintanya membayar RM10,000 sebagai wang tebusan kononnya kanak-kanak berkenaan diculik.

Hasil siasatan awal, Mokhtar mengesahkan mengenalpasti identiti individu terbabit yang kini dipercayai berada di Kelantan.

“Kami mengetahui perkara itu dan akan mendapatkan kerjasama PDRM Kontinjen Kelantan untuk menahan individu terbabit bagi membantu siasatan,” katanya.

Datuk harap tengkorak bukan milik cucu

SERI ALAM: “Ketika menjenguk ke dalam lubang sedalam kurang semeter itu, saya ternampak tengkorak manusia. Jantung saya berdegup kencang dan berharap ia bukan tengkorak Dirang,” kata Alan Aidip, 49, yang juga datuk kepada mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5 tahun atau mesra dipanggil Dirang ketika ditemui di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini, semalam.
Dirang disahkan dibunuh selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan terhadap rangka ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai 8 Mac lalu itu, sepadan dengan DNA ibunya, Roselyn Alan, 25.

Menurut Alan, pada mulanya, dia lega apabila polis memaklumkan rangka berkenaan bukan Dirang sebaliknya milik seorang dewasa.
“Bagaimanapun, saya hampir pengsan apabila dimaklumkan kelmarin bahawa ujian DNA mengesahkan rangka itu milik Dirang,” katanya.

‘Harap balasan sama’

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

SERI ALAM: “Saya harap orang melakukan perbuatan kejam terhadap anak saya mendapat balasan yang sama,” kata Roselyn Alan, 25, ibu kepada mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.
Roselyn yang masih trauma dan sedih dengan kejadian itu berkata, dia masih terkenang saat akhir arwah erat memeluk dan menciumnya sambil bertanya sama ada ibu sayangkannya sebelum Dirang keluar ke kedai.

Dia mengakui sering teringatkan arwah setiap kali membancuh susu untuk anak bongsunya, Ainul Suhada Abdullah, berusia dua bulan berikutan gelagat mangsa suka membantu.
“Dirang sangat sayang pada adik perempuannnya dengan sentiasa mencium dan memilih pakaian berwarna merah jambu iaitu warna kegemarannya.

“Dirang anak yang tidak cerewet dan sentiasa menceriakan kami, dia bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, tapi semua itu kini tinggal kenangan,” katanya. Roselyn berkata, dia tidak faham mengapa suspek sanggup berlaku begitu zalim terhadap anaknya dan berharap orang berkaitan dapat ditangkap dan menerima hukuman agar merasai kesakitan dialami anak perempuannya itu.

Sebagai ibu, dia bagaikan merasai kesakitan amat sangat dialami Dirang yang masih kecil.

“Jika mahu duit kami bukan kaya, malah tidak ada kerja, musuh juga tidak ada. Saya tidak akan maafkan perlakuan kejam orang zalim terbabit terhadap Dirang,” katanya selepas menerima kunjungan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff di rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini, semalam.

Perasaan terkilan juga menghantui ibu malang berkenaan apabila tidak sempat menunaikan permintaan Dirang membelikannya buku tulis yang menjadi kegemaran kanak-kanak itu.

Dirang tak beli gula-gula



PASIR GUDANG: “Saya tidak sangka perubahan Dirang yang ketara ketika datang kedai pada 1 Mac lalu petanda dia akan pergi meninggalkan kami selamanya.
“Malah, saya hairan apabila Dirang tidak membeli gula-gula dengan baki wang seperti kebiasaan,” kata pemilik kedai runcit di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini, Razali Hussin, 36, ketika ditemui, semalam.

Kedai runcit berkenaan adalah lokasi terakhir dikunjungi Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang.
Menurut Razali, sebelum kehilangannya, Dirang datang ke kedainya untuk membeli mi segera dan lima biji telur pada jam 11 pagi.

“Selepas Dirang menunjukkan sekeping nota pesanan ibunya, saya sempat bergurau dan memesan agar segera pulang ke rumah supaya telur itu tidak pecah.

“Bagaimanapun, saya hairan kerana Dirang tidak menggunakan baki 20 sen untuk membeli gula-gula seperti biasa sebaliknya terus beredar,” katanya.

Menurut Razali, selepas mendapat tahu keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) kelmarin, dia berasa terkejut dan sedih, malah tidak percaya Dirang dibunuh kejam.

Isteri ‘degil’ pergi kerja diserang



KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu ke tempat kerja walaupun dilarang menyebabkan seorang isteri hampir ditikam suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Setapak, di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang berusia 28 tahun sedang bersiap untuk ke tempat kerja sebelum suaminya tidak membenarkan mangsa keluar dari rumah.

Menurut sumber, mangsa enggan menurut arahan itu sebaliknya memberitahu mahu juga ke tempat kerja tambahan pula dia sudah lewat.
“Geram dengan tindakan itu, suami mangsa naik angin sebelum segera berlari ke dapur membawa sebilah pisau dan terus menyerang mangsa.

“Akibatnya, mangsa cedera di bahu dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan,” katanya.

Sumber berkata, kebetulan ketika kejadian, bapa mangsa singgah ke rumah anaknya itu dan membantu menenangkan menantunya.

“Mangsa sempat menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum suaminya ditahan.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Noda anak rakan lepas buat mangsa khayal

MIRI: Bernafsu binatang dan berhati syaitan. Begitulah perumpamaan untuk seorang lelaki yang sanggup meratah anak rakan berusia 13 tahun selepas memberikan sebotol air mineral dipercayai dimasuk pil khayal sebelum merogolnya dalam semak berdekatan kediamannya di Bekenu, dekat sini, malam kelmarin.
Kejadian berlaku jam 9 malam, apabila mangsa yang juga pelajar dipercayai dalam keadaan separuh sedar sebaik meminum air diberikan sebelum diusung ke kawasan semak dan dirogol.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika ketiadaan ibu bapa mangsa kerana keluar bekerja dengan suspek mengambil kesempatan berkunjung ke rumah mangsa dengan alasan mahu bertemu bapanya.
Menurut sumber, mangsa tidak menaruh syak wasangka mempelawa suspek memasuki rumah sementara menunggu ibu bapanya pulang.

Katanya, ketika itu, suspek dikatakan memberi sebotol air mineral yang diletakkan pil khayal menyebabkan mangsa pening.

“Melihat keadaan mangsa ketika itu, suspek mengusungnya ke dalam semak berdekatan rumah lalu merogolnya. Dalam keadaan separuh sedar, mangsa cuba melawan, namun tidak terdaya sebaliknya suspek terus melakukan perbuatan durjana itu.

“Sebaik selesai meratah, mangsa dibiarkan dalam semak sebelum suspek beredar. Mangsa yang masih trauma memaklumkan kejadian kepada keluarganya,” katanya.

Kata sumber lagi, susulan itu, keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Pusat Bintulu sebelum kes berkenaan dirujuk ke Balai Polis Pusat Mir.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong, ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian.

Pura-pura hamil curi susu tin



PETALING JAYA: Tiga orang terdiri daripada seorang lelaki dan wanita serta seorang kanak-kanak dikesan menyamar sebagai pelanggan di sebuah pasar raya di Seksyen 11, di sini, sebelum melarikan pelbagai jenis susu dalam tin dianggarkan bernilai lebih RM600, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mereka yang berusia 20-an dan 40-an bersama seorang kanak-kanak lelaki itu dilihat mundar-mandir dalam pasar raya berkenaan.

Menurut sumber, kelakuan mencurigakan keluarga terbabit disedari pengurus pasar raya berkenaan sebelum mengarahkan seorang kakitangannya memerhatikan tindak-tanduk mereka.
“Keluarga terbabit yang menyedari tingkah-laku mereka diperhatikan segera keluar dari pasar raya berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati beberapa produk susu pelbagai jenama hilang membabitkan nilai kerugian lebih RM600,” katanya.

Katanya, suspek wanita yang menyamar sebagai perempuan mengandung berpura-pura memilih barang sebelum mengambil produk susu pelbagai jenama dan menyembunyikan dalam baju.

Sumber berkata, pengurus berkenaan membuat laporan di Balai Polis Sea Park.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

No comments:

Post a Comment