Monday, April 16, 2012

ADAKAH KONSERT MENDEDAH AURAT..TERKINJE2 DIPENTAS...BERCAMPUR GAUL LELAKI DIBENARKAN OLEH SYARAK...ADAKAH TAK HARAM SUASANA TERPEKIK TERLOLONG KEGEMBIRAAN DIBENARKAN OLEH SYARAK...NI KESAN PENGARUH BARAT...REMAJA ISLAM ROSAK

Azimat gila kuasa

Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my

KHURAFAT...Sharhan menunjukkan cebisan kiswah yang didakwa boleh  ‘melariskan’ diri si pemakai.
KHURAFAT...Sharhan menunjukkan cebisan kiswah yang didakwa boleh ‘melariskan’ diri si pemakai.
SUBANG JAYA: Ghairah mendapatkan kedudukan, pengaruh dan kuasa melalui jalan pintas mengakibatkan segelintir ahli politik menggadai akidah melakukan perkara khurafat dengan mempercayai azimat, wafak, cincin serta amalan pembacaan mantera tertentu.
Demi cita-cita politik, mereka yang sebahagian besarnya golongan veteran sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan pelbagai benda pelik kononnya mampu memberi manfaat kepada pemakainya bagi memastikan hajat tercapai.
Antara alat kononnya ajaib yang menjadi buruan ahli politik, terutama ketika bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin dekat ialah cebisan kelambu Kaabah atau kiswah yang didakwa mampu melariskan diri si pemakai, cincin permata ganjil yang dipakai sebelum berceramah bagi membuatkan pendengar terpengaruh dan kulit rusa putih.

Cemara babi juga dicari kononnya membuatkan si pemakai kebal iaitu pihak lawan sukar menjatuhkannya dalam arena politik.


Mendedahkan perkara itu, Pengamal Perubatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie berkata, kebiasaannya benda pelik itu diperoleh daripada bomoh yang menjalankan khidmat mereka tanpa bersandarkan al-Quran.

Pasar berdarah

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

SEDIH...anggota keluarga tidak dapat menahan sebak sebaik melihat anggota polis membawa jenazah Noor Fathanah (gambar kecil), semalam.
SEDIH...anggota keluarga tidak dapat menahan sebak sebaik melihat anggota polis membawa jenazah Noor Fathanah (gambar kecil), semalam.
GOMBAK: “Dalam keadaan berlumuran darah, saya terus memangkunya sebelum berlari kira-kira 150 meter ke klinik berhampiran, namun doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” kata Misnawi Mohd, 55, bapa kepada seorang remaja perempuan yang maut ditikam seorang lelaki di pasar malam Kampung Wira Damai, Batu Caves, dekat sini, malam kelmarin.
Menurutnya, ketika memeriksa nadi anaknya, Noor Fathanah, 13, doktor memberitahu peluang untuknya hidup tipis.
“Tidak lama kemudian, doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia menyebabkan lutut menggeletar dan badan terus lemah bagaikan mahu pengsan.

“Apapun, saya terima kejadian ini sebagai takdir, tambahan sebelum kejadian, tiada perubahan pelik ditunjukkan arwah yang juga anak bongsu daripada empat beradik,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Selayang, dekat sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, dekat sini bersama kakaknya, Noor Fadilah, 15, serta seorang lagi rakan yang sedang membeli air, parah ditikam suspek dipercayai warga Indonesia yang ketika itu sedang mengejar seorang lelaki rakan senegaranya.

Ibu rebah dihentak anak

Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com.my

CHUKAI: Seorang wanita berusia 59 tahun hanya mampu mengerang kesakitan apabila dibelasah anak lelakinya dengan besen berulang kali sambil merayu kepada lelaki itu menghentikan perbuatan terbabit dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Paya Berenjut, di sini, tengah hari kelmarin.
Tindakan biadab dan tidak berperikemanusiaan lelaki berusia 30 tahun yang bagaikan dirasuk itu apabila hajatnya mendapatkan wang daripada ibunya tidak dilayan wanita berkenaan.
Menurut sumber, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, wanita yang berusia 59 tahun sedang berehat di ruang tamu selepas keletihan memasak makanan tengah hari untuk keluarga.

Katanya, ketika berehat, mangsa dikejutkan dengan kehadiran anak lelakinya yang masih bujang itu.


Lelaki itu tiba-tiba meminta ibunya memberi wang untuk berbelanja.

Rakan sekolah hadiah sebutir peluru hidup



SUBANG JAYA: Seorang wanita berusia 37 tahun terkejut apabila anak lelakinya berusia 10 tahun menunjukkan sebutir peluru hidup yang ‘dihadiahkan’ rakan sekolahnya ketika sesi persekolahan di sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini, kelmarin.
Wanita berkenaan menyedari kejadian itu apabila anaknya yang pulang ke rumah mereka di USJ di sini, menunjukkan peluru berkenaan, jam 12.30 tengah hari.

Wanita itu merampas peluru berkenaan sebelum bergegas ke Balai Polis USJ 8, di sini, membuat laporan penemuan peluru itu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah merampas peluru berkenaan daripada kanak-kanak itu termasuk rakannya yang menemui peluru berkenaan.

Menurutnya, rakan kanak-kanak itu menemui beberapa peluru di rumahnya sebelum menghadiahkan kepada anak wanita berkenaan.

Katanya, hasil siasatan mendapati wanita berkenaan baru berpindah ke rumah itu yang sebelum ini dihuni seorang anggota polis yang sakit.

“Ketika mengosongkan rumah berkenaan untuk berpindah, anggota terbabit tertinggal peluru hidup itu sebelum ditemui kanak-kanak berkenaan,” katanya.

Ditipu pakej ‘pucuk muda’

KUALA LUMPUR: Hanya tiga hari diperlukan seorang duda warga emas untuk mencari ‘pucuk muda’ bagi mengisi kekosongan hidup dengan upah kahwin rendah.
Pakej itu ditawarkan seorang lelaki berusia 30-an yang menyasarkan golongan lelaki tua sebagai sasaran termasuk upah kahwin RM700, seutas rantai emas dan wang tunai RM1,100 untuk persiapan majlis perkahwinan dengan pasangan muda berbanding pakej biasa berharga antara RM10,000 dan RM20,000.

Dalam kejadian terbaru, seorang warga emas berusia 67 tahun membuat laporan di Balai Polis Rawang, di sini, kelmarin selepas kerugian hampir RM2,000 apabila diperdaya suspek dan bakal ‘isteri’.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, kira-kira jam 9.30 pagi, 9 April lalu, mangsa mendakwa dihubungi lelaki yang baru dikenalinya sebelum suspek mengatur pertemuan dengannya.

“Kurang 10 minit kemudian, lelaki terbabit datang di tempat kerja mangsa di Rawang sebelum bertanyakan warga emas terbabit sama ada benar dia mahu berkahwin atau sebaliknya. Selepas mangsa bersetuju, suspek meminta tempoh tiga hari bagi membolehkannya mencari calon isteri yang sesuai,” katanya.

Sumber itu berkata, pada keesokan hari, suspek menghubungi mangsa sebelum mengatakan sudah bertemu dengan calon isteri yang sesuai dan berjanji akan memperkenalkan wanita berusia antara 20 dan 30 tahun kepada warga emas itu, kira-kira jam 2.30 petang, Khamis minggu lalu.

Menurutnya, selepas bertemu dan berbincang, mangsa bersetuju untuk berkahwin dengan wanita berusia 20-an yang dibawa suspek.

Katanya, suspek kemudian menetapkan beberapa syarat termasuk upah kahwin RM700, wang majlis perkahwinan RM1,100 selain seutas rantai emas sebagai hantaran perkahwinan.
“Mangsa yang bersetuju dengan tawaran itu kemudian menyerahkan wang dan rantai emas kepada lelaki terbabit dengan disaksikan bakal ‘isteri’ itu.

“Suspek terbabit kemudian berjanji akan mengatur perkahwinan antara mangsa dan pasangannya itu dalam masa terdekat,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa hanya menyedari ditipu lelaki terbabit dan bakal isterinya itu selepas gagal menghubungi mereka.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran kediamannya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dilakukan.

10,000 serbu konsert

Oleh Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my

MERSING: Lebih 10,000 pengunjung termasuk penduduk tempatan dan warga Singapura membanjiri pekarangan pentas utama Dataran Pulau, di sini, bagi menyaksikan persembahan Elly Mazlein, Black, Farawahida dan Marsha sempena Konsert Festiva Mersing, kelmarin.
Seawal jam 8 malam, pengunjung berpusu-pusu membanjiri pentas utama bagi menyaksikan konsert anjuran Radiant Starfish Development Berhad yang bermula jam 9 malam dimulakan dengan persembahan tarian kebudayaan Kumpulan Yayasan Johor. Gelagat kumpulan pelawak terkenal tanah air, Senario dianggotai Azly Jaafar, Wahid dan Hamdan yang menjadi hos berjaya menghiburkan pengunjung menerusi lawak jenaka mereka.

Selepas itu, Elly Mazlein tampil anggun dengan gaun labuh ungu memulakan konsert dengan mendendangkan lagu Sri Mersing hingga memukau peminat yang turut menyanyikan lagu itu. Pengunjung dihiburkan pula menerusi penyanyi terkenal era 70-an, Othman Hamzah yang menyanyikan lagu Tanjung Puteri. Malah, kemunculan Black yang menyampaikan lagu Kopi Dangdut berjaya menghidupkan suasana dan mengajak pengunjung bergelek irama dangdut di pekarangan pentas.
Kedinginan tiupan angin Laut Cina Selatan bagaikan tidak terasa, malah suasana dihangatkan apabila Farawahida menyanyikan lagu berentak dangdut, SMS, yang pernah dipopularkan kumpulan Kristal dan lagu Jangan Tanya Aku. Persembahan bekas bintang Akademi Fantasia, Marsha menyampaikan lagu Yang Terbaik tidak kurang hebatnya dan mendapat sorakan peminat.

Aura suara Black terus memukau penonton apabila mendendangkan lagu Aku Rindu Sayang Kamu dan Sofea sebelum turun dari pentas utama untuk bersama penonton diiringi kumpulan rock, Moderate.

Pengunjung disajikan persembahan memukau Kugiran Tepi Pantai yang tampil dengan persembahan gitar solo membawakan lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Bunyi Gitar sebelum konsert tamat pada jam 12 tengah malam.

Penonton beransur pulang meninggalkan pekarangan pentas sebelum kembali mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti disediakan sempena festiva, semalam.

Festiva Mersing dianjurkan Radiant Starfish Development manakala Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) menjadi media rasmi festiva itu.
Eksekutif Kanan, Pengaktifan Jenama (Pemasaran), The New Straits Times Press Berhad, Nur Idayu Mohd Salleh berkata, kira-kira 20 gerai mengambil bahagian dalam festiva itu, namun tiga gerai kumpulan MPB terutamanya Harian Metro, Arena Metro dan Berita Harian mendapat sambutan paling hangat.

“Tiga gerai kumpulan NSTP ini paling banyak dikunjungi orang ramai kerana menawarkan aktiviti untuk semua lapisan masyarakat.

“Arena Metro contohnya, menganjurkan pertandingan gusti lengan wanita dan lelaki menyebabkan ramai pengunjung mahu mencuba nasib.

“Gerai Harian Metro pula menganjurkan pertandingan mewarna, memasak, pertandingan mengeja, fesyen kanak-kanak dan mengubah bunga menyebabkan ia menjadi tumpuan ibu bapa dan kanak-kanak,” katanya.

No comments:

Post a Comment