Monday, April 16, 2012

BILA JADI ORANG FILEM..DAN KEGIATAN SENI YANG LAIN...ADAKAH ISLAM MEMBENARKAN BERCAMPUR GAUL...DEDAH AURAT...BERPEGANG TANGAN ATAU BERPELUK DENGAN BUKAN MUHRAM...KALAU IA HARAM...BAGAIMANA PENDAPATANNYA...JANGAN KITA BUAT SETAKAT TIRU BARAT...TAPI TAK TANYA HUKUM KEPADA ULAMAK2 ATAU MUFTI2...ATAU ADA YANG KATA HARAM...TAPI KITA BUAT TAK NGERTI ATAU TAK FAHAM...TAK PE...AKHIRAT NANTI JAWAB JE LAH....

Dira nafi sakit kerana minum bahan peluntur


DIRA


KUALA LUMPUR – Satu demi satu kontroversi melanda pelakon dan juga pengacara rancangan hiburan Melodi terbitan stesen penyiaran TV3, Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira dengan yang terbaru, dia didakwa meminum bahan peluntur.
Ketika dihubungi Kosmo! semalam untuk mengesahkan dakwaan tersebut, pengacara kontroversi itu menafikan bahawa dia kini terlantar di hospital kerana dipercayai meminum bahan berkenaan.
Menurut Dira, 28, dia dimasukkan ke hospital di ibu negara baru-baru ini disebabkan masalah tekanan darah rendah yang dialaminya sejak dari kecil.
“Saya memang dimasukkan ke hospital kelmarin tetapi tidak ada kena mengena dengan minum bahan peluntur sebaliknya disebabkan masalah tekanan darah rendah sejak kecil.
“Saya juga mengalami gastrik namun keadaan saya semakin baik sekarang,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Suri cuma perlu bayar separuh



SURIJANINGSIH dan anaknya Zakaria Nasir bersyukur setelah DBKL memberi diskaun ke atas cukai pintu kediaman mereka di Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Menantu Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee boleh menarik nafas lega apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju untuk mengurangkan kadar tunggakan cukai pintu ke atas rumah pusaka peninggalan seniman berkenaan di Taman Setapak Jaya di sini bagi mengelakkan rumah tersebut disita.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, Surijaningsih Bakar, 43, yang merupakan balu kepada anak Allahyarham P. Ramlee iaitu Mohd. Nasir diberi pengecualian sebanyak 43 peratus atau RM4,385 daripada jumlah keseluruhan cukai iaitu RM10,151.50.
Katanya, ini bermakna mereka hanya perlu membayar RM5,766.50 secara ansuran sebanyak RM259 sebulan dalam tempoh dua tahun bermula dari April 2012 hingga Mac 2014.
"Pengecualian tunggakan cukai itu meliputi potongan faedah notis sebanyak dua peratus, waran denda sebanyak 10 peratus dan potongan jumlah kadar faedah terkumpul.
"Kita juga memanjangkan tempoh bayaran selama dua tahun bagi mengelakkan mereka daripada dibebani hutang yang besar," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Menara DBKL di sini semalam.

Sebar seks songsang guna filem

KUALA LUMPUR - Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) tempatan didakwa berselindung di sebalik aktiviti kesenian dan perfileman bagi menjayakan agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.
Setiausaha Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Amalluddin Sani berkata, NGO terbabit turut menggunakan alasan hak asasi manusia untuk mempromosi gaya hidup seks bebas dan perkahwinan sejenis kepada rakyat Malaysia.
"NGO yang mendapat tajaan pertubuhan luar negara itu berselindung di sebalik aktiviti kesenian atau perfileman seperti kononnya membuat dokumentari mengenai hak asasi manusia di Malaysia.
"Pihak NGO yang didokong golongan muda tempatan itu sebenarnya membuat dokumentari bagi mempromosikan gaya hidup songsang kepada masyarakat kita," dakwanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Derita budak tiada lubang dubur


maizatul menunjukkan karung najis yang terletak di luar perut Muhammad Anas Miqhael di Jitra semalam.


JITRA - Ketika kanak-kanak lain menjalani kehidupan normal, Muhammad Anas Miqhael Salehuddin pula terpaksa mengharungi keadaan menyeksakan apabila terpaksa mengendong karung najis di perutnya setiap hari.
Ini kerana kanak-kanak berusia setahun lapan bulan itu tidak mempunyai saluran najis dan lubang dubur selain tiada saluran pemakanan.
Kanak-kanak malang itu juga tidak memiliki karung testis sejak dilahirkan pada 27 Ogos 2010.
Sehari selepas dilahirkan, anak bongsu daripada empat beradik itu sudah bertarung nyawa bagi menjalani pembedahan di perut di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Pembedahan tersebut bertujuan untuk memasukkan saluran bagi penyusuan melalui tiub getah dan mengeluarkan saluran najis.
Ibunya, Maizatul Shahida Jalil, 29, berkata, menerusi tiub getah itu, anaknya menyusu dan membuang air besar menerusi saluran najis dengan karungnya diletakkan di luar perut.

Suami insaf dipenjara 12 tahun



INILAH rumah yang merupakan tempat Kim Fook mencekik dan menindih badan isterinya, Kwee Yin hingga mati di Taman Klasik, Kuantan, Pahang Jun tahun lalu.



KUANTAN - Perbuatan kejam seorang suami yang menyebabkan kematian isterinya pada Jun tahun lalu dengan cara mencekik dan menindih tubuh wanita itu menggunakan lutut selepas bertengkar mengenai surat saman berbalas apabila dia dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Hakim Datuk Mariana Yahya memerintahkan Lee Kim Fook, 52, menjalani hukuman tersebut selepas mengambil kira hujahan peguam bela dan Timbalan Pendakwa Raya serta pengakuan bersalah pembantu kedai fotostat tersebut.
Kim Fook didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian Yap Kwee Yin, 51, dengan niat mencederakan tubuh mangsa pada 28 Jun tahun lalu di rumah mereka di No. 13 Lorong Seri Setali 78, Taman Klasik di sini antara pukul 7 pagi dan 10 pagi.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Tiga jam menyamun kena berkas



KERETA Toyota Camry yang baru tiga jam disamun ditemui semula di Jalan Gurney kelmarin.



KUALA LUMPUR – Sekumpulan tiga penjenayah diberkas hanya tiga jam selepas mereka menyamun sebuah kereta Toyota Camry di Gombak, Selangor.
Ketiga-tiga suspek itu diberkas di Jalan Gurney di sini pada pukul 9.30 malam kelmarin.
Seorang daripada suspek diberkas di sebuah kondominium di Keramat manakala dua lagi suspek ditangkap ketika cuba melarikan diri dengan menaiki kereta Toyota Camry yang baru dicuri itu.
Semasa diberkas, kereta Toyota Camry tersebut baru kira-kira dua kilometer meninggalkan kondominium tempat suspek pertama diberkas.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif YPM didakwa

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Dr. Abdul Shariff Hamid dan Pengurus Bahagian Pengurusan YPM, Zainal Rashid Zakaria dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 18 tuduhan bersubahat memberi dokumen serta maklumat palsu membabitkan wang berjumlah RM304,659 pada tahun lalu.
Zainal Rashid, 43, tertuduh pertama manakala Abdul Shariff, 52, tertuduh kedua masing-masing dituduh atas sembilan tuduhan dan mereka mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Dipenjara curi Milo, Nescafe


MOHD. RUZAILANI dijatuhi hukuman penjara lapan bulan di Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Gara-gara mencuri dua paket minuman Milo dan empat paket Nescafe di sebuah pasar raya dekat sini seorang pencanting batik dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, Mohd. Ruzailani Mat Yusoff, 33, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan terhadapnya.
Hukuman penjara lapan bulan itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap iaitu pada hari kejadian Khamis lalu.

Wanita cedera diheret monorel tuntut ganti rugi


CUI HONG menunjukkan gambar kecederaan yang dialaminya pada bahagian pinggang akibat diheret monorel di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang eksekutif pemasaran yang cedera akibat diheret sebuah monorel di Stesen Bukit Bintang di sini Februari lalu menuntut ganti rugi daripada syarikat pengangkutan berkenaan.
Mangsa, Lim Cui Hong, 24, yang cedera di badan dan patah tiga batang gigi memberi tempoh seminggu kepada syarikat KL StarRail Sdn. Bhd. (KLSR) untuk membayar kos rawatannya berjumlah RM5,700.
Jelasnya, ia merangkumi kos rawatan kecederaan fizikal dan penggantian gigi palsu.
“Sehari selepas kemalangan, wakil syarikat itu datang menemui saya dan berjanji akan melunaskan semua kos rawatan.
“Bagaimanapun, apabila saya mengemukakan tuntutan sejak 20 Mac lalu, tiada maklum balas daripada syarikat berkenaan sehingga hari ini.
“Sekiranya pihak tersebut gagal membuat bayaran, saya akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Jalan Ampang di sini semalam.

Tiga ahli Geng Lastik ditangkap



AZISMAN (tengah) menunjukkan lastik yang digunakan penjenayah untuk memecah masuk rumah mangsa di Ipoh semalam.



IPOH - Sebuah kumpulan pecah rumah dan samun kenderaan mewah bergelar Geng Lastik yang bermaharajalela di Lembah Kinta dan Lembah Klang sejak awal tahun ini berjaya dilumpuhkan dalam serbuan di sebuah hotel di Taman Ipoh di sini kelmarin.
Dalam serbuan pukul 11 pagi itu, tiga lelaki termasuk ketua kumpulan tersebut yang berusia 33 tahun diberkas.
Penjenayah itu digelar Geng Lastik kerana modus operandi pecah rumah dilakukan kumpulan tersebut dengan cara memecahkan cermin tingkap rumah mangsa menggunakan lastik
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pemeriksaan di hotel itu menjumpai peralatan seperti lastik, guli, alat penyembur lada, dua bilah parang, pisau, rambut palsu, empat telefon bimbit, set kunci rumah dan alat sistem penentuan kedudukan global (GPS).
"Dua buah kenderaan mewah iaitu BMW Hatchback dan Honda Accord yang masing-masing dilaporkan hilang di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur dan Batu Gajah, Perak turut ditemui polis," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Breivik mengaku bunuh 77 orang


BREIVIK menunjukkan penumbuk semasa dia memasuki sebuah mahkamah di Oslo semalam.


OSLO, Norway - Seorang fanatik berhaluan kanan semalam mengaku dia melancarkan serangan bom dan tembakan yang meragut nyawa 77 orang di Norway.
Namun, lelaki berkenaan, Anders Behring Breivik tidak mengaku salah atas dakwaan melakukan jenayah dengan alasan serangan tersebut dilakukan bagi mempertahankan diri.
Pada hari pertama perbicaraannya di sini, Breivik enggan mengiktiraf kuasa mahkamah berkenaan.
Dia dibicarakan kerana melancarkan serangan pada 22 Julai tahun lalu yang menggemparkan Norway dan mengubah imej keganasan di Eropah yang sebelum ini sering dikaitkan dengan orang Islam.
Berpakaian sut gelap dan berjanggut pendek, Breivik tersenyum apabila seorang pengawal membuka garinya di bilik perbicaraan mahkamah berkenaan yang dipenuhi orang ramai.
Lelaki berusia 33 tahun itu kemudian mengepal jarinya dan memberikan tabik hormat sebelum berjabat tangan dengan pihak pendakwa raya dan pegawai mahkamah.
"Saya tidak mengiktiraf mahkamah Norway kerana anda mendapat mandat daripada parti politik Norway yang menyokong masyarakat berbilang kaum," kata Breivik.
Seramai lapan orang maut dalam serangan bom oleh Breivik di ibu kota Norway di sini manakala 69 yang lain terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah kem belia anjuran Parti Buruh di Pulau Utoya, dekat sini.
"Saya mengaku melakukan dua serangan tersebut tetapi saya tidak bersalah kerana perbuatan jenayah," ujarnya sambil menambah, perbuatan itu dilakukan untuk mempertahankan diri.
Perkara utama yang perlu diselesaikan semasa perbicaraan selama 10 minggu itu berlangsung melibatkan isu kesihatan mental Breivik.
Ia akan menentukan sama ada dia akan dihantar ke penjara atau ditahan di hospital sakit jiwa.
Jika Breivik disahkan tidak gila, dia berdepan hukuman penjara 21 tahun.
Namun, hukuman terhadapnya akan dilanjutkan jika dia didapati masih merbahaya kepada orang awam. - Agensi

Kereta kalis peluru makin banyak di Brazil



SEBUAH kereta yang dipasang dengan peralatan kalis peluru mempunyai banyak kesan lubang akibat tembakan selepas diuji di makmal firma Dupont di Paulinia pada Jumaat lalu.



SAO PAULO - Semakin ramai golongan sederhana mengubahsuai kereta mereka supaya menjadi kalis peluru di Brazil.
Ia dilakukan bagi melindungi diri daripada tembakan perompak di persimpangan lampu isyarat di sini dan semasa kesesakan jalan raya di ibu kota Brazil, Brasilia.
Firma bahan kimia, DuPont memperkenalkan fiber kevlar dan kaca SentryGlas yang kalis peluru serta dipasang pada kenderaan untuk golongan sederhana di Brazil pada tahun 2008.
Kit kalis peluru itu boleh dipasang pada kereta Chevrolet, Honda dan Kia.
Selain kenderaan persendirian, kit itu akan dipasang pada teksi bagi memastikan keselamatan penumpang menjelang Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik pada tahun 2016 di Rio de Janeiro.
Seorang pemuda, Alexandre Sarafian, 25, memutuskan untuk membeli peralatan kalis peluru itu untuk sebuah kereta Kia Sportage milik ibunya.
"Ia adalah untuk mengelakkan keganasan," katanya.
Peralatan kalis peluru itu dijual pada harga AS$12,000 (RM45,933) yang seberat 90 kilogram dan mengambil masa hanya 15 hari untuk dipasang. - Reuters

No comments:

Post a Comment