Borang jual tubuh
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa, Mohd Hafizee Arop dan Naimah Mohamed
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Bagi wanita yang berminat, mereka perlu mengisi borang berkenaan dengan menyertakan nama, gambar muka dan saiz ukuran badan, gaya rambut, warna kulit, alamat dan nombor telefon yang boleh dihubungi.
Selepas gadis yang rambang mata dan berfikiran singkat mengisi serta menghantar ‘borang ke neraka’ itu ke alamat e-mel tertera, ahli sindiket akan menghubungi, seterusnya menawarkan pakej disediakan tanpa perlu bertemu.
Jika persetujuan dicapai, wanita berkenaan perlu menunggu panggilan telefon daripada ahli sindiket terbabit yang mencarikan pelanggan sebelum mengarahkan wanita itu pergi ke mana-mana hotel atau rumah yang dipilih pelanggan.
Sindiket itu menggunakan laman web yang pelayannya beroperasi di luar negara turut mempromosi pelacur dengan pakej mengikut kategori tertentu iaitu pelajar, gadis luar negara, suri rumah, setiausaha dan pekerja pejabat pada harga RM100 hingga RM4,000 sejam mengikut selera pelanggan.
Dirogol depan adik, sepupu
12 April 2012
Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan suspek dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin di sebuah apartmen di Damansara Damai.
Menurut sumber, suspek yang pada mulanya hanya ingin mengambil barangan berharga milik mangsa, berubah fikiran dan ingin melampiaskan nafsunya ke atas salah seorang mangsa.
Bersenjatakan pisau, suspek mengugut akan mencederakan mangsa sekiranya mereka menjerit atau cuba melarikan diri.
“Penyamun bertopeng itu memilih mangsa berusia 20-an dan merogol mangsa sambil diperhatikan oleh adik dan sepupunya yang berumur 17 dan 20 tahun di dalam bilik,” katanya.
Mangsa dirogol sambil pisau diletakkan di lehernya oleh suspek yang melarikan diri sebaik selesai melakukan perbuatan terkutuk itu.
Sumber itu berkata, mangsa sempat mengecam wajah suspek selepas lelaki itu menanggalkan topengnya yang dipakainya.
Suspek memasuki apartmen terbabit dengan memecahkan mangga rumah dan mengambil masa kira-kira sejam sebelum melarikan diri.
“Ketika kejadian terdapat dua lagi rakan serumah mangsa namun mereka tidak menyedari kejadian itu kerana tidur di bilik lain,” katanya.
Ketiga-tiga mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan dan suspek terlibat sudah dikenal pasti.
“Polis ketika ini sedang melancarkan gerakan memburu suspek yang ketika ini berada di sekitar Lembah Klang,” katanya.
Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah seksyen Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan seksyen 395 samun bersenjata.
Anak ‘ditelan’ kolam
Oleh Mohamad Sahidi Yusof
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
DI SINI...Che Rashid bersama lima anaknya melihat kolam yang meragut nyawa Mohd Hakimi, petang kelmarin.
“Sejurus ke sana, nyata telahan saya betul. Luluh hati saya melihat tubuh kecilnya terapung di dalam kolam itu,” kata Che Rashid Yaacob, 43, menceritakan kejadian anak bongsunya, Mohd Hakimi, 3, lemas selepas terjatuh ke dalam kolam air berhampiran rumahnya di Kampung Banggol Kemunting, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, mangsa ditemui bapanya dalam keadaan kaku dalam kolam sedalam lebih satu meter itu yang jaraknya kira-kira enam meter dari rumah mereka. Che Rashid berkata, sebelum dia menghimpunkan semua enam anaknya untuk mandi bersama di halaman rumah seperti biasa dilakukan setiap petang, mangsa dilihat bermain bersama abang dan kakaknya.
Menurutnya, sebelum itu, arwah Mohd Hakimi meminta ibunya, Rohani Samad, 37, membelikan makanan kegemarannya iaitu biskut dan susu cair.
“Jadi, ketika kejadian isteri saya tiada di rumah kerana dia pergi ke kedai untuk membeli makanan diminta arwah. Sebak hati kami apabila arwah tidak sempat menikmati makanan dan minuman kegemarannya itu.
“Sebelum ini tiada sebarang perubahan ketara ke atas Mohd Hakimi kerana dia kanak-kanak pendiam dan percakapan juga masih kurang lancar walaupun sudah berusia tiga tahun,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan, Abdul Aziz Mahmood ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Menurutnya, mangsa dihantar keluarganya dalam keadaan tidak sedarkan diri ke Hospital Tanah Merah sebelum disahkan sudah meninggal dunia sejurus tiba di hospital.
Tengkorak hancur
Oleh Wan Asrudi Wan Hassan
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Sumber polis berkata, hasil laporan bedah siasat pakar patalogi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, di sini, mendapati selain dipijak bapanya, bayi malang itu turut dihumban ke dinding.
Menurutnya, mangsa dipercayai dihentak atau dihumban ke dinding oleh bapa kandungnya sendiri yang dikatakan berada dalam keadaan mabuk.
“Mangsa mati dalam keadaan terseksa apabila tengkoraknya hancur. Ada kemungkinan kepala mangsa dihentam sekuat hati pada objek keras hingga menyebabkan tengkoraknya pecah.
“Doktor yang melakukan bedah siasat turut menemui kepingan dan cebisan tengkorak mangsa yang sudah pecah. Selain itu, tulang rusuk mangsa juga patah dipercayai akibat dipijak bapanya“ katanya.
‘Kau kahwin atau nak mati?’
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
mhafis@hmetro.com.my
Malah, lebih kejam wanita berusia 27 tahun terbabit turut dipukul sebelum dihalau keluar selepas mangsa tidak bersetuju dengan rancangan bapanya berusia 50-an yang ingin menjodohkan dengan lelaki tidak dikenalinya.
Akibatnya, mangsa menumpang di rumah rakannya sebelum dinasihatkan membuat laporan polis.
Mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Jinjang.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam dipanggil ibu bapanya ke ruang tamu untuk berbincang sesuatu.
“Mangsa pada mulanya menolak secara baik permintaan keluarganya itu tambahan dia tidak mengenali bakal suami. Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila si bapa memarahinya,” katanya.
Sumber berkata, terkejut dengan sikap bapanya itu, mangsa memberitahu dia tidak bersedia untuk berkahwin tambahan belum mengenali hati budi bakal suaminya.
“Geram anaknya enggan bersetuju dengan rancangan perkahwinan itu, lelaki terbabit yang gagal mengawal kemarahan menampar pipi mangsa beberapa kali.
Menurutnya, mujur ibu mangsa membantu dan meminta suami bersabar dan memujuk anaknya supaya bersetuju dengan perkahwinan terbabit.
“Si bapa yang masih marah memberi kata dua kepada mangsa sama ada dia bersetuju untuk berkahwin atau dibunuh.
“Namun, mangsa berdegil dan memberitahu dia enggan berkahwin menyebabkan bapanya menghalaunya dari rumah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.
‘Saya dah bayar Bob’
“Kalau benar lakonannya belum dibayar, saya minta dia segera berjumpa saya dan akan memberikan tambahan 10 peratus faedah terhadap bayaran tertunggak seperti didakwa,” kata penerbit filem terkenal, David Teoh menjawab tuduhan pelakon, Bob Kuman, 40, yang mendakwa beliau mengabaikan masalah kesihatan pelakon itu yang terjatuh selepas menjalani penggambaran drama televisyen, Jangan Padang Belakang Congkak (JPBC) di Hulu Langat, Selangor pada penghujung 2010.
Harian Metro semalam melaporkan Bob Kuman mendakwa produksi milik David tidak mempedulikannya hingga dia berkejar ke hospital bersendirian selain kegagalan penerbit filem itu melangsaikan bayaran lebih RM6,000 hingga menjadi punca dia tidak dapat menjelaskan bayaran hospital.
Menurut David, beliau kesal terhadap tuduhan pelakon itu sambil memberitahu pihaknya sudah melangsaikan semua pembayaran termasuk memberikan sumbangan peribadi RM5,000 ketika melawat pelakon berkenaan di Hospital Tawakal di sini, tahun lalu.
Tak pasal-pasal mati ditikam
Oleh Fardy Bungga
fardy@hmetro.com.my
fardy@hmetro.com.my
Sebelum kejadian, suspek berusia 30-an yang mabuk bergaduh dengan seorang lelaki berusia 22 tahun, kira-kira jam 7.20 malam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin, berkata lelaki berusia 22 tahun itu nekad melarikan diri dan memasuki rumah mangsa selepas dikejar suspek yang memegang pisau.
Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan kehadiran dua lelaki terbabit cuba meleraikan pergaduhan mereka, tetapi suspek tertikam dada kanan mangsa.
“Suspek yang panik dengan kejadian itu melarikan diri, manakala mangsa yang cedera parah dihantar suaminya ke hospital bagi mendapatkan rawatan, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.
4 sekeluarga diserang kerana hutang lama
Dalam kejadian jam 7.50 malam, mangsa yang juga penjawat awam berusia 30-an membawa ibunya, seorang warga emas untuk menerima rawatan kecemasan di pusat perubatan itu.
Sumber polis berkata, ketika mangsa sekeluarga berada di pintu utama pusat perubatan, mereka didatangi sepupu dan bapa saudaranya.
“Pada mulanya, mangsa menyangka kedua-dua saudaranya itu datang untuk melihat keadaan ibunya, namun terkejut selepas sepupunya menyerang mangsa sebelum menumbuk adik lelaki dan kakaknya.
“Lebih kejam, bapa saudara mangsa turut menumbuk ibu mangsa yang menunggu untuk menerima rawatan,” katanya, semalam.
Menurutnya, akibat kejadian itu, mangsa sekeluarga cedera manakala ibu mangsa mengalami serangan jantung sebelum dibawa masuk ke dalam pusat perubatan.
Katanya, keluarga mangsa pernah diugut keluarga sepupunya kerana hutang berkenaan, bagaimanapun tidak menyangka mereka menyerang mangsa sekeluarga di tempat awam. Bimbang dengan keselamatan mereka sekeluarga, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.
Peniaga derita mahu wajah gebu
Oleh Zuliaty Zulkiffli
Mangsa, Rohhimi Tam, 46, yang menetap di Pokok Sena, dekat sini berkata, dia terpengaruh dengan iklan di televisyen mengenai rawatan di pusat kecantikan berkenaan yang menawarkan promosi rawatan percuma kepada pelanggan menyebabkan dia berminat untuk mecuba.
Rohhimi berkata, sebagai ahli perniagaan, dia mahu menjaga penampilan wajah supaya lebih cantik walaupun sebelum ini pernah mengunjungi butik kecantikan lain untuk menjalani rawatan muka.
“Saya mengunjungi pusat kecantikan itu pada 7 November tahun lalu dan hanya sekadar mahu bertanya mengenai promosi berkenaan, tetapi pakar kecantikan itu memujuk supaya mengikuti 30 sesi rawatan kulit muka dengan bayaran pendahuluan RM4,000, malah turut menjanjikan kesan yang menarik.
“Pakar kecantikan terbabit memujuk berkali-kali untuk mengikuti rawatan kecantikan di situ menyebabkan saya akhirnya bersetuju untuk menyertai pakej rawatan yang disyorkan dan membayar wang pendahuluan RM4,000.
“Bagaimanapun, selepas sehari menjalani rawatan itu, saya dapati kulit muka keluar jerawat yang banyak dan pergi semula ke pusat itu untuk mendapatkan penjelasan, tetapi kakitangan di situ memaklumkan yang ia perkara biasa, malah kesan parut itu hanya akan hilang selepas menjalani beberapa sesi rawatan yang lain,” katanya.
Rohhimi berkata, belum sempat sesi rawatan pertama selesai, pakar kecantikan terbabit menawarkan pakej promosi rawatan kedua yang bernilai RM6,000 apabila selesai 20 sesi rawatan pertama selepas mendapati kulit mukanya dan bermasalah menyebabkan dia terus bersetuju.
Katanya, sejak itu, dia terpaksa berulang-alik ke pusat kecantikan itu seminggu sekali untuk mendapatkan rawatan dan mendapati kulit wajahnya semakin rosak.
“Bayangkan ketika itu saya terpaksa duduk di rumah, malah tidak dapat bertemu pelanggan kerana malu,” katanya.
Rohhimi berkata, dia membuat aduan di pejabat Persatuan Pengguna Kedah (Cake) untuk membantunya mendapatkan semula ganti rugi berkenaan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail berkata, sebaik aduan diterima, beliau terus menghantar notis kepada pusat kecantikan itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut, tetapi sehingga sekarang belum mendapat maklum balas.
Sehubungan itu, katanya, kes berkenaan akan dibawa ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk diselesaikan.
Dalam pada itu, Yusoff berkata, sepanjang tahun ini, beliau menerima 10 kes daripada pengguna yang mengadu mengalami masalah kulit muka selepas menjalani rawatan di pusat kecantikan wajah yang sama.
Sementara itu, pegawai khidmat pelanggan pusat kecantikan terbabit yang hanya dikenali sebagai Vinent berkata, perkhidmatan rawatan wajah yang disediakan di situ tidak menggunakan sinar laser atau suntikan sehingga boleh merosakkan kulit wajah pelanggan.
Beliau berkata, pakar kecantikan di pusat itu juga tidak menggunakan sebarang penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya kerana pihaknya mengutamakan kesesuaian kulit pelanggan sebelum rawatan dilakukan.
Katanya, berkemungkinan pengadu terbabit (Rohhimi) mempunyai masalah kulit wajah sebelum datang ke pusat kecantikan berkenaan menyebabkan berlaku tindak balas ketika menjalani rawatan di sini.
Sendayu Tinggi nafi jual produk berbahaya
18 April 2012
Pengarah Urusannya, Rozita Ibrahim berkata, tindakan berkenaan tidak mungkin dilakukan syarikat itu kerana mereka tidak mahu merosakkan nama baik syarikat yang dibina selama ini.
“Apa yang berlaku ujian daripada ALLAH SWT. Selama 16 tahun Sendayu Tinggi bertapak dalam industri ini, tidak mungkin kami sendiri akan rosakkan nama baik syarikat yang bersusah payah dibina.
“Sia-sia sahaja jika kami buat perkara demikian semata-mata mahu melariskan produk bernilai RM44 sahaja,” katanya.
Menurutnya, pihaknya memohon maaf terutama kepada pengguna dan penyokong setia produk Sendayu Tinggi.
“Semua formulasi produk Sendayu Tinggi daripada saya, namun, bukan kepakaran saya untuk memilih indikasi bahan mentah bagi membuat produk itu.
“Kami telah melantik ejen pembekal pakar dan memberi kepercayaan kepada mereka untuk mengambil formulasi bagi mencari bahan mentah tersebut,” katanya.
Rozita berkata, beliau bersyukur apabila pihak pembekal pakar pemakanan itu tampil memohon maaf atas kejadian berlaku.
“Saya ingin memohon maaf atas apa yang berlaku dan kita tidak akan melakukan tindakan yang tidak masuk akal dengan meletakkan Sibutramine ke dalam produk minuman pelangsing tersebut.
“Buat sementara waktu, syarikat terpaksa membekukan jualan produk terbabit sehingga siasatan dijalankan Kementerian Kesihatan selesai dua minggu lagi,” katanya.
Beliau turut memberi jaminan bahawa produk lain syarikat itu yang berada di pasaran tidak merbahaya dan selamat digunakan.
“Kita hanya membekukan jualan produk terbabit sahaja ekoran siasatan Kementerian Kesihatan. Pengguna setia Sendayu Tinggi boleh mendapatkan produk lain syarikat di pasaran.
“Selepas ini, Sendayu Tinggi akan membuat analisis dan penyelidikan lebih terperinci ke atas produk yang akan dikeluarkan walaupun telah melantik pembekal seperti pakar pemakanan dan produk,” katanya.
Rozita turut memaklumkan pihaknya tidak menolak kemungkinan produk minuman pelangsing itu telah disabotaj individu tidak bertanggungjawab bagi memburukkan reputasi syarikat miliknya.
Sementara itu, wakil pembekal pakar pemakanan produk itu, Naziera Jaafar turut hadir untuk memohon maaf atas kejadian yang berlaku.
Terbiar tujuh jam
Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my
naimah@hmetro.com.my
Mangsa, Muhammad Firdaus Anuar, 21, dikatakan mengalami luka parah di tangan kanannya selepas terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke Bera dari Felda Triang, Pahang, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, tangan kanannya terpaksa dipotong sebaik saja tiba di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, berikutan lewat mendapatkan pembedahan bagi menyambung semula pembuluh darah yang putus dalam kemalangan berkenaan.
Menceritakan semula kejadian, Anuar berkata, anaknya yang baru saja seminggu menamatkan pengajian dalam bidang Ukur Tanah di Politeknik Ungku Omar, di Ipoh dikatakan keluar makan bersama tiga rakannya sebelum terbabit dalam kemalangan jam 10 malam.
Katanya, Muhammad Firdaus dikejarkan ke HT dan tiba di hospital berkenaan 45 minit selepas itu sebelum menerima rawatan doktor yang bertugas.
21,401,269 kenderaan berdaftar
Menurutnya, pada tahun lalu 1,211,199 kenderaan baru didaftarkan di seluruh negara, meningkat 4.66 peratus berbanding 1,158,072 pada 2010.
“Daripada jumlah itu, Kuala Lumpur mencatatkan bilangan pendaftaran kenderaan baru paling tinggi iaitu 328,578 buah, diikuti Johor (155,611) dan Pulau Pinang (106,514). Kenderaan persendirian sebahagian besar daripada jumlah kenderaan yang didaftarkan,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pengangkutan di sini, semalam. Seramai 34 staf menerima anugerah sebagai tanda pengiktirafan daripada kerajaan terhadap prestasi cemerlang mereka sepanjang tahun lalu.
No comments:
Post a Comment