Tuesday, April 17, 2012

VIDEO@FILEM SEX MELAMBAK DIPASARAN SAMADA TERANG ATAU GELAP...BOLEH DILIHAT MELALUI HANDPHONE...NI SEMUA MERANSANG...TERJADI ZINA...HUKUM HUDUD TERUS DINAFI...BILA ISU ZINA..ROGOL...BUANG ANAK NAK SELESAI...ULAMAK PEMBODEK SERTA ULAMAK DUNIA@ULAMAK KOPERAT TERUS MEMBISU...MUNGKIN MEREKA SUKA MASUK NERAKA...DARI SYURGA ALLAH...GELAP MATA DENGAN GAJI DAN JAWATAN TINGGI...

Kakitangan JKR mati tergantung



ANGGOTA polis dan orang ramai memasukkan mayat Balasubramanium yang ditemui mati ke dalam trak polis di Taman Abadi Indah, Taman Malim Jaya kelmarin.



MELAKA – Seorang ibu yang mahu berjumpa dengan anaknya selepas seharian tidak bertemu, hampir pengsan apabila melihat jasad anaknya itu sudah tidak bernyawa tergantung di siling rumah di Taman Abadi Indah, Taman Malim Jaya di sini kelmarin.
Mayat K. Balasubramanium, 34, yang merupakan kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR), Alor Gajah ditemui ibunya, K. Sinamah, 60, pada pukul 3 petang selepas wanita itu masuk ke dalam rumah anaknya yang terletak bersebelahan dengan rumah warga emas itu.
Menurut bapa mangsa, M. Karupiah, 72, selepas melihat badan Balasubramanium tergantung, isterinya menjerit dan meraung kesedihan.
“Saya yang terkejut terus ke rumah anak saya dan turut terperanjat melihat Balasubramanium dalam keadaan tergantung di dalam bilik yang dijadikan tempat sembahyang.
“Saya yang panik terus meminta bantuan seorang menantu yang ada di rumah untuk menurunkan Balasubramanium,” kata warga emas itu ketika ditemui di rumahnya semalam.

SMS jual perempuan


Gadis yang menawarkan perkhidmatan seks akan ditempatkan di salah sebuah hotel di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.



KUALA LUMPUR – Dalang di sebalik sindiket pelacuran kini lebih kreatif apabila mereka didapati menggunakan taktik menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi mencari pelanggan baharu terutamanya dalam kalangan orang Cina.
SMS berbahasa Mandarin itu yang dihantar secara rawak turut mengandungi maklumat lengkap senarai gadis yang dibekalkan selain harga dan lokasi urus niaga seks terbabit.
Menurut butiran SMS berkenaan, pelacur yang ditawarkan terdiri dalam kalangan pelajar tempatan. Ia mendakwa sebahagian mereka baru berusia 15 tahun dan boleh dilanggan dengan harga RM298 termasuk sewa bilik.
Seorang wartawan yang menyamar sebagai pelanggan berjaya menghubungi nombor telefon yang tertera dalam SMS berkenaan.

Batu jalan berharga RM100,000



AH TIAM menunjukkan sebutir batu permata palsu pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Terengganu di Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU – Orang ramai khususnya warga emas dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan penjualan batu permata atau batu delima yang kononnya berkuasa ajaib sehingga mampu menyembuhkan penyakit mahupun dijadikan ubat pengasih.
Ia ekoran polis menerima 11 kes sepanjang tahun lalu yang melibatkan kerugian RM200,000 melibatkan mangsa yang membeli batu kononnya mempunyai kuasa ajaib.
Pada tahun ini sehingga Mac lalu, polis menerima laporan daripada lima warga emas yang mendakwa terpedaya membeli batu kononnya mempunyai kuasa ajaib.
Siasatan polis mendapati batu-batu yang dibeli mangsa hanya merupakan batu yang dikutip di jalanan. Namun mangsa-mangsa terpedaya selepas batu itu didakwa mempunyai kuasa ajaib selepas batu-batu itu dibalut kertas, diwarnakan atau dibalut dengan wang syiling bagi memperdaya mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Khoh Ah Tiam berkata, kes terbaharu melibatkan penipuan batu ajaib dilaporkan di Chukai, Kemaman pada bulan lalu melibatkan warga emas berusia 70 tahun.
“Warga emas wanita itu bersetuju membeli batu yang didakwa mempunyai kuasa ajaib apabila batu tersebut dapat mengeluarkan cahaya ketika diletakkan di dalam air,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) negeri di sini semalam.

Askar berkelakuan keji dipenjara

KUALA LUMPUR – Seorang bekas askar berpangkat Lans Koperal wajar dihukum penjara 15 tahun dan lapan kali sebatan selepas dia bukan sahaja memperdayakan dua pendandan rambut dengan menyamar sebagai anggota polis malah bertindak lebih keji apabila menyamun, merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap mangsanya itu.
Kedua-dua pendandan rambut itu juga diugut akan dipotong kaki dengan pisau pemotong sayur jika kehendaknya tidak dilayan.
Malah sewaktu melakukan kesalahan terhadap dua pendandan rambut tersebut, Hamzi Amni Zamali, 26, sedang dalam jaminan mahkamah kerana berhadapan tuduhan merogol seorang wanita lain.
Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Emelia Kaswati Mohamad Khalid semalam yang menerima pengakuan salah tertuduh atas lima tuduhan berkenaan.

Jenayah siber dilapor meningkat 100 peratus



VUI KEONG (kiri) beramah mesra dengan sebahagian peserta forum mengenai jenayah komputer di Putrajaya semalam.



PUTRAJAYA – Kes berkaitan jenayah siber yang dilaporkan kepada pusat bantuan Cybersecurity meningkat lebih 100 peratus pada tahun lepas iaitu sebanyak 13,173 berbanding 6,204 pada 2010.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, peningkatan sebanyak 112.3 peratus itu membuktikan bahawa jenayah dan ancaman siber semakin membimbangkan dan perlu dibendung.
“Kajian oleh Cybersecurity juga menunjukkan dari tahun 2005 hingga 2010, kerugian akibat jenayah siber telah mencecah RM2.75 bilion, ia satu angka yang besar dan merugikan,” jelasnya ketika berucap merasmikan Forum Undang-Undang: Kajian Semula Akta Jenayah Komputer 1997 di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di sini semalam.

Bayi derita sakit jantung



IRFAN QADRI yang mengalami masalah jantung serta usus sempit dirawat di HSB, Alor Setar semalam.



ALOR SETAR – Sepasang suami isteri kini buntu apabila tidak berupaya menanggung kos rawatan bayi lelaki mereka yang menderita penyakit berkaitan jantung sejak lahir kira-kira sebulan lalu.
Rashidah Mohamad Saad, 24, memberitahu, dia dan suaminya, Shahrul Azhar Abdul Rahim, 27, perlu menyediakan RM50,000 bagi menampung perbelanjaan merawat bayi lelaki mereka, Irfan Qadri.
Bayi itu yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini disahkan hanya mempunyai satu injap jantung berbanding empat pada kanak-kanak normal selain masalah jantung berlubang.
Saluran usus bayi berusia sebulan itu juga sempit dan telah menjalani dua pembedahan bagi merawat masalah itu di HSB yang dibiayai oleh tabung hospital tersebut.

Pentagon malu dengan skandal seks tentera AS


BEBERAPA ejen Perkhidmatan Rahsia AS dilihat sedang bertugas di sekitar Pusat Konvensyen di Cartagena, Colombia pada Sabtu lepas.



WASHINGTON - Pegawai tertinggi tentera Amerika Syarikat (AS) berkata, pemimpin negara itu malu dengan dakwaan salah laku 10 anggota tentera AS di sebuah hotel pada malam lawatan Presiden Barack Obama di Colombia hujung minggu lalu.
Dalam sidang akhbar di Pentagon kelmarin, Pengerusi Ketua Turus Bersama, Jeneral Martin Dempsey menyatakan kekesalannya terhadap skandal yang melibatkan 11 ejen Perkhidmatan Rahsia yang dituduh melanggan pelacur di hotel, menyebabkan perhatian kepada Obama pada Sidang Kemuncak Amerika Latin beralih.
"Kami malu dengan apa yang berlaku di Colombia. Walaupun kami tidak pasti dengan tepat apa yang berlaku di sana," kata Dempsey.
Setiausaha Akhbar Pentagon, George Little memberitahu, anggota tentera yang disiasat itu ditugaskan untuk membantu Perkhidmatan Rahsia dalam persediaan lawatan rasmi Obama di Cartagena. Mereka tidak terlibat secara langsung dalam soal keselamatan presiden.
Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta pula berkata, tentera AS mesti mematuhi piawaian tertinggi tingkah laku sama ada di AS atau di luar negara.
Panetta mengakui siasatan sedang dijalankan dan berjanji sekiranya sah berlaku salah laku, mereka akan dihukum. - AGENSI

No comments:

Post a Comment