Sehati sejiwa lemas dalam kereta
Kejadian itu disedari bapa mangsa pada jam 1 tengah hari, selepas mendengar bunyi enjin kereta di dalam bengkel milik anak lelakinya yang juga mangsa berusia 32 tahun.
Seorang ahli keluarga yang enggan dikenali berkata, ketika bapa mangsa sampai di bengkel dia mendengar bunyi enjin kereta dan radio sebelum mengetuk pintu.
“Selepas panggilan tidak disahut, ayah mangsa membuka pintu bengkel dan mendapati anaknya bersama seorang wanita berusia 26 tahun tidak sedarkan diri dalam kereta yang enjinnya masih hidup.
“Bapa mangsa meminta bantuan ahli keluarga lain dan membawa mereka ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut, namun pihak hospital mengesahkan kedua-duanya sudah meninggal dunia,” katanya di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengesahkan punca kematian mereka.
Pasangan kekasih rentung dalam kebakaran di Klang
2012/04/20
KLANG: Sepasang kekasih ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah bilik
di tingkat dua sebuah rumah kedai di Jalan Hulubalang, Taman Desa
Ablelink di sini, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Andalas, Zulkepli Othman, berkata Chua Keh Siong, 40, dan Seh Pei Kim, 34, dipercayai mati akibat terhidu asap berlebihan.
"Selepas api dapat dikawal sepenuhnya kira-kira jam 6.46 pagi, kami jumpa dua mayat yang terletak kira-kira satu meter antara satu sama lain di atas lantai," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini,hari ini.
Siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai bermula di bahagian bilik tidur rumah kedai itu, yang menempatkan tiga bilik secara keseluruhan dan punca serta jumlah kerugian sedang disiasat.
Zulkepli berkata, forensik bomba turut menjumpai sebuah tong dipercayai mengandungi bahan bakar di bilik pasangan itu.
Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat.
Sementara itu, seorang jiran pasangan itu, yang enggan dikenali, berkata beliau terkejut dari tidur selepas mendengar bunyi letupan kuat dari bilik pasangan itu lalu memaklumkan kejadian itu kepada bomba. - BERNAMA
Pemandu JASA ditemui mati dalam kereta
2012/04/20
KUALA LUMPUR: Misteri kereta Toyota Innova tersadai di sebuah stesen
minyak di Jalan Tun Razak dekat Perpustakaan Negara di sini sejak tengah
hari semalam terjawab apabila pemandunya ditemui mati oleh pekerja
stesen itu.
Abd Malek Abd Razak, 55, pemandu di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan ditemui mati terbaring di dalam kenderaan itu kira-kira jam 9 pagi tadi.
Polis buru Ravi lari gadis
2012/04/19
KUANTAN: Polis Pahang memburu seorang lelaki dikenali sebagai Ravi, 53,
yang dipercayai melarikan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun dari
rumahnya di Taman Fairmont, dekat sini sejak 12 hari lalu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan walaupun setakat ini tiada perkembangan terbaru mengenai kes itu.
Kelmarin seorang ahli perniagaan, Raghbir Singh Sulakhan Singh, 44, mendakwa anak perempuannya, Balvin Kaur, 17, pelajar Tingkatan Lima hilang selepas keluar dari rumahnya sehelai sepinggang jam 12 tengah hari pada 7 April lalu.
Mohd Jasmani dalam pada itu turut meminta kerjasama orang ramai dalam mengesan mangsa dan sebarang maklumat hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di talian 09-5652222.
Di JOHOR BAHRU, ahli keluarga seorang remaja perempuan, Fatma Atika Nizam, 15, yang menghilangkan diri sejak lapan hari lalu, masih ternanti-nanti khabar mengenainya yang masih gagal dikesan.
Usaha ibunya, Zaimah Selamat, 39, menghubungi gadis terbabit berdasarkan nombor telefon bimbit yang pernah digunakannya ketika menghubungi keluarganya Jumaat lalu tidak berhasil.
“Malah, sejurus berita mengenai kehilangan Fatma disiarkan Berita Harian hari ini (semalam), ramai pihak tampil menyatakan kesudian membantu termasuk secara perubatan tradisional.
“Kegagalan Fatma atau ibu angkatnya menghubungi kami cukup meresahkan,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.
Semalam, Berita Harian menyiarkan berita mengenai pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai 2 yang menghilangkan diri daripada rumah keluarganya di Taman Kota Masai di sini, selepas keluar jam 5.30 pagi untuk ke sekolah.
Budak terlampau perkosa jiran
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, budak lelaki berkenaan yang tinggal berdekatan rumah mangsa di Kampung Tersusun Padang Besar, di sini, memanggil budak perempuan itu datang ke kawasan dewan berkenaan, kononnya ada urusan.
Budak lelaki itu kemudian membawa membawa kanak-kanak perempuan malang itu ke dalam sebuah tandas di situ sebelum merogolnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, mangsa yang takut selepas kejadian itu, pulang ke rumahnya tergesa-gesa sebelum memberitahu kakaknya yang berada di rumah sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, kelmarin,” katanya.
Menurutnya, kakak mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.
Budak lelaki itu ditahan polis di rumahnya dan kini ditahan bagi siasatan selanjutnya.
Facebook antara punca kes rogol
2012/04/19
KUANTAN: Pengaruh laman sosial termasuk Facebook dikenal pasti antara
medium yang menyumbang kepada masalah sosial dan pelakuan jenayah di
kalangan pelajar sekolah terutama membabitkan kes rogol.Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata walaupun jenayah rogol membabitkan pelajar di negara ini menunjukkan penurunan iaitu 133 kes pada tahun lalu, berbanding 222 kes sebelumnya namun jenayah terbabit masih tetap membimbangkan.
Apabila kebebasan tanpa kawalan diberikan kepada anak, akses kepada
laman sosial tanpa dipantau penjaga atau ibu bapa sememangnya boleh
menjurus kepada masalah gejala sosial. - Tan Sri Lee Lam Thye, Naib
Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)
“Masalah ini belum nampak cara penyelesaian yang holistik, justeru
perbincangan lanjut perlu dilakukan antara semua pihak termasuk ibu bapa
bagi mengawal dan memantau aktiviti sosial anak-anak mereka,” katanya
selepas Majlis Dialog MCPF bersama Guru Kelab Pencegahan Jenayah dan
ketua jabatan kerajaan, di sini semalam.Hadir sama, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani.
Lee yang juga Ahli Lembaga Pengarah Media Prima Berhad berkata, statistik pelakuan jenayah di kalangan pelajar sekolah bagaimanapun menunjukkan penurunan iaitu 1,512 kes sepanjang tahun lalu atau 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan indeks jenayah berbanding 1,862 kes pada 2010.
Diperkosa bakal abang ipar
Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
lias@hmetro.com.my
Mangsa berusia 18 tahun mendakwa kejadian itu berlaku tiga minggu lalu, namun hanya membuat laporan polis malam kelmarin. Menurut sumber, mangsa mendakwa, kejadian itu berlaku apabila bakal abang ipar berusia 20-an itu turut mengugut memukul mangsa menggunakan botol jika enggan melayan nafsu serakahnya.
“Mangsa yang kini mendirikan rumah tangga membuat laporan polis kerana bimbang suspek mengganggu kehidupannya.
“Dalam laporan dibuat pada jam 9 malam semalam (kelmarin), mangsa mendakwa kejadian itu berlaku di rumah sewa lelaki berkenaan yang bakal menjadi suami kepada kakaknya. Mangsa tidak berani membuat laporan polis lebih awal kerana takut diugut suspek. “Suspek mengugut mengupah rakan untuk membelasah mangsa jika mendedahkan perbuatan itu kepada ahli keluarga menyebabkan terpaksa merahsiakan kejadian yang berlaku,” katanya.
Sumber itu berkata, selepas tidak tahan penderitaan ditanggung, mangsa akhirnya memberanikan diri membuat laporan di Balai Polis Santubong.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.
Rogol dalam kelas kosong
20 April 2012
Sumber yang tidak mahu dikenali berkata, pada hari kejadian, suspek berusia 28 tahun dan dua lagi pengawal keselamatan seperti biasa meronda kawasan sekolah berkenaan dan salah seorang menyedari suspek tidak balik ke pos kawalan.
Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka mencari suspek di kawasan sekolah itu dan terperanjat apabila menemui suspek di dalam kelas kosong kira-kira jam 6.15 petang bersama seorang pelajar perempuan tingkatan lima.
“Susulan penemuan berkenaan, pelajar perempuan itu yang juga tinggal di asrama sekolah berkenaan mendakwa telah dirogol suspek di kelas kosong berkenaan. Rakan sejawatnya yang terkejut bergegas menghubungi polis bagi tindakan selanjutnya.
“Manakala, pihak sekolah pula memaklumkan insiden memalukan itu kepada ibu pelajar perempuan itu dan membuat laporan polis pada hari sama kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan reman dari 16 hingga 23 April ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat.
Facebook Ayah Pin hina Islam
Oleh Hamid Karim
bhnews@bharian.com.my
2012/04/18
LAMAN facebook didakwa milik Ayah Pin menggunakan perkataan menghina Islam dan negara.
SHAH ALAM: Selepas sekian lama menghilang, nama Arifin Mamat, 69, atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, muncul semula apabila sebuah laman facebook (FB) dipercayai didalangi pihak tidak bertanggungjawab dikesan memuatkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap Islam dan negara.
Kemungkinan laman FB itu digunakan pihak lain untuk menghina Islam juga tidak boleh ditolak berdasarkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pos terbarunya jam 6.15 petang kelmarin yang berbunyi “I cant send friend request because fb suspend it for 2 days and fb urge me to cancel friend all request, what the heck! fb is not user friendly la lagu ni”'.
Semakan Berita Harian terhadap akaun FB itu turut menemui beberapa kata-kata penghinaan seperti ‘Malaysia Babi’ yang dipos pada jam 1.13 tengah hari 15 April lalu serta pos bertarikh 15 April jam 2.24 petang yang berbunyi: “Tidak lama lagi akan mengundi, semoga Dewa Iswara dan Dewa Indra memanjangkan umur saya”.
Setakat ini laman FB Ayah Pin yang menerima komen daripada lebih 56 pembaca turut memuatkan beberapa perkataan lain yang boleh dianggap menghina antaranya, yang diposkan semalam berbunyi “Alhamdulillah ana sudah murtad!! Bebas dari agama palsu!!”
Dalang laman FB itu turut memasukkan secara jelas salinan daftar pemilih yang disahkan menerusi semakan komputer mengandungi nama Arifin Mamat, bernombor kad pengenalan 430622035313, bertarikh lahir 23 Jun 1943, tempat mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut serta kawasan mengundi di Parlimen Besut.
Niat buruk pemilik akaun laman itu untuk menghina Islam jelas apabila pada ruangan info pemiliknya memaparkan gambar Ayah Pin dan tertulis perkataan ‘Ayah Pin Islam agama palsu’ sehingga membuatkan orang ramai mendesak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak segera menutup akaun laman FB berkenaan.
Pengguna, Zaidi Abas, 48, mendesak pihak berkuasa bertindak segera bagi mengelakkan ia mempengaruhi fikiran terutama generasi muda yang cetek pengetahuan agama.
“Ini amat keterlaluan terutama perkataan yang digunakan nyata menghina Islam dan negara kita. Sama ada akaun laman ini dibuka pihak lain atau Ayah Pin sendiri, itu menjadi tugas SKMM menyiasatnya.
“Mungkin ia bukan dibuka oleh Ayah Pin kerana ada pos yang ditulis menggunakan bahasa Inggeris, tetapi kita tidak boleh memandang ringan perkara ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment