Saturday, April 21, 2012

CINA BUTA

Dijual suami dengan harga RM130

TOO (kanan) bersama Wilson Lau pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang wanita kini terpaksa hidup dalam keadaan tertekan apabila dia dihujani berpuluh-puluh panggilan telefon daripada lelaki yang tidak dikenalinya setiap hari kerana menyangka dirinya menawarkan perkhidmatan seks sejak 18 Mei tahun lalu.
Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Too, 42, mendakwa, panggilan yang diterimanya itu adalah berpunca daripada tindakan suaminya yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kawan-kawannya dengan menyatakan dirinya menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM130.
“Saya ingatkan pemanggil tersebut tersalah nombor tetapi setelah beberapa kali menerima beberapa panggilan yang sama tujuannya, saya mula mengesyaki sesuatu.
“Perbuatan suaminya terbongkar apabila seorang rakannya memberitahu telah menerima SMS daripada suami saya yang menyatakan saya menyediakan perkhidmatan seks dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya,” dakwanya pada sidang akhbar di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia di sini semalam. Turut serta Pengerusi Biro Pengaduan Awam Gerakan, Wilson Lau.
Too yang hidup bersama tiga orang anaknya setelah ditinggalkan suami sejak tahun 2009 berkata, keadaan itu telah membuatkan dia hidup tertekan apabila ramai jiran turut bertanyakan mengenai perkara tersebut.

Budak kena petir pengsan 12 jam


LIJAH mencium cucunya Khairul yang terselamat daripada menjadi mangsa panah petir di Kampung Kolam, Tok Uban, Pasir Mas semalam.


PASIR MAS – Seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun pengsan 12 jam selepas terpelanting masuk ke dalam baldi dalam kejadian panah petir di Kampung Kolam, Tok Uban di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang kelmarin, Mohd. Khairul Mohd. Rosdi yang cedera ringan di belakang dan telinga kirinya hanya tersedar daripada pengsan pada pukul 3 pagi semalam ketika dirawat di Hospital Lati Pasir Mas.
Kakak mangsa, Nur Zainawati, 11, adiknya, Suzilawani, 7, dan nenek mangsa Lijah Samad, 63, turut cedera ringan di beberapa bahagian badan selepas tercampak ke atas tanah semasa hujan lebat.
Cerita Lijah, sebelum kejadian dia bersama tiga cucunya itu berehat di serambi pondok sebelum dikejutkan dengan bunyi petir yang menyambar tiang pondok tidak jauh dari tempat mereka duduk.

Kondo pusat Macau Scam


ANGGOTA sindiket Macau Scam yang diberkas dalam serbuan polis di Bukit Jalil semalam.


KUALA LUMPUR - Jenayah Macau Scam yang sebelum ini didalangi warga China dan Taiwan dilihat berubah arah apabila rakyat tempatan mula dikesan mendalangi sindiket itu sehingga berjaya menipu seorang peguam bergelar Datuk.
Peguam yang bergelar Datuk dari Tawau, Sabah itu kerugian RM3.2 juta pada Februari lalu selepas terpedaya dengan panggilan anggota sindiket yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Datuk berusia 50-an itu memindahkan wang miliknya ke dalam akaun sindiket itu selepas pegawai polis palsu yang menghubungi mangsa mendakwa akaun miliknya digodam oleh penjenayah di Hong Kong.
Jenayah penipuan Internet yang pertama kali melibatkan rakyat tempatan itu terbongkar ekoran tertangkapnya lima ahli sindiket tersebut dalam serbuan pada pukul 12 tengah hari di sebuah kondominium di Bukit Jalil di sini semalam.
Salah seorang daripada suspek lelaki itu didapati pernah ditahan selama 11 bulan di China atas kesalahan menjalankan penipuan Internet.

Lelaki maut motosikal terbabas akibat serangan jantung

20/04/2012 6:23pm

MELAKA — Seorang kerani sekolah maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas di Jalan Batu Berendam berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di sini hari ini, dipercayai kerana serangan penyakit jantung.
Dalam kejadian 3 petang itu, mangsa Rushidan Mohamad, 42, yang telah berkhidmat selama tiga tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang di sini, dikatakan dalam perjalanan ke Pejabat Pelajaran, Bukit Baru untuk menghantar dokumen.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd. Rahman berkata, mangsa yang berasal dari Paya Rumput Jaya, Sungai Udang dalam perjalanan dari arah Gangsa menuju ke Bandar Melaka.
Beliau berkata, mangsa dipercayai mengalami serangan jantung sebelum terbabas di lokasi kejadian dan ditemui mati tanpa sebarang kesan kecederaan di anggota badan dan kepala.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.— BERNAMA

Pelajar mati di sekolah akibat sesak nafas

20/04/2012 6:26pm

JOHOR BAHARU — Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat meninggal dunia akibat sesak nafas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Zainuddin Yaacob berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.15 pagi ketika Nur Farhana Rusli, 16, sedang berada di dalam makmal bagi sesi pembelajaran subjek Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik.
"Guru Nur Farhana, Tam Poh Ngoh dengan dibantu seorang pelajar terus membaringkannya di atas katil sebelum menghubungi ambulans dan bapanya. Anggota paramedik yang tiba kira-kira pukul 10 pagi kemudian mengesahkan pelajar berkenaan sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.
Zainuddin berkata, bapa Nur Farhana yang merupakan seorang pemandu teksi memberitahu anak bongsu daripada lima adik beradik itu tidak pernah menghidap sebarang penyakit sebelum ini.
Beliau berkata, pengetua sekolah tersebut, Abdullah Abd Hamid turut mengesahkan Nur Farhana tidak pernah mengalami sebarang penyakit sepanjang bersekolah di situ sejak Tingkatan Satu dan dia merupakan seorang pelajar yang berdisiplin.
"Siasatan awal setakat ini mendapati tiada unsur jenayah berlaku terhadap kematian Nur Farhana. Mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat,” katanya.— BERNAMA

Pasangan kekasih ditemui maut dalam kereta

20/04/2012 2:31am

KUALA LUMPUR — Sepasang kekasih yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit mati dalam sebuah kereta di Bukit Puchong pukul 1 petang semalam akibat terhidu gas beracun dari alat penghawa dingin.
Menurut jurucakap polis, mayat lelaki berusia 32 tahun dan teman wanitanya berusia 26 tahun ditemui oleh ayah si lelaki tersebut di dalam kereta yang diletakkan di dalam bengkel milik mangsa.
"Ayah lelaki tersebut menemui pasangan malang itu apabila dia menyiasat bunyi enjin dan radio yang terpasang di dalam bengkelnya,” kata jurucakap itu.
Kedua-dua mereka dikatakan sudah berkahwin dan sedang berhadapan masalah rumahtangga dengan pasangan masing-masing.
Ketua Polis Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. — BERNAMA


CINA BUTA


Apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'cina buta'? Adakah ia seorang cina yang buta fizikalnya. Perkataan cina buta amat sinonim dengan suami yang telah menceraikan isterinya dengan TALAK TIGA dan ingin kembali semula kepada isterinya. Maka timbullah "Pak Sanggup" atau " Cina Buta" Biasanya cina buta ni akan diberi ganjaran samada wang tunai atau kebendaan yang lain.

Berdasarkan hukum, apabila seseorang itu menceraikan isterinya dengan talak tiga jika dia hendak mengahwini bekas isterinya, isterinya mesti berkahwin dengan orang lain dulu. Selepas dia diceraikan suami keduanya barulah bekas isterinya boleh mengahwininya semula. Syarat untuk perbuatan ini diterima ialah perkahwinan itu berlaku tanpa ‘diatur’, bererti ia berlaku dengan kehendak hati tanpa diupah atau dipaksa. Sebab itu, timbulnya istilah ‘cina buta’.

Masyarakat Melayu dulu mengambil jalan mudah iaitu ‘menggunakan’ muallaf (orang yang baru masuk Islam - biasanya orang Cina) untuk berkahwin dengan isteri diceraikan dengan talak tiga. Selepas bercerai dengan muallaf itu dia pun mengahwini bekas isterinya. Perbuatan ini menurut agama adalah terkutuk dan orang yang sanggup dipergunakan tujuan ‘cina buta’ ini sebenarnya tak ubah seperti kambing jantan yang dipinjamkan untuk membuntingkan kambing betina orang kampung.

Dalam Islam, tidak ada istilah cina buta , cuma istilah ini diberikan oleh masyarakat melayu kita. Tidak disuruh dalam islam kita mencari cina buta untuk menyelesaikan masalah kita untuk kembali kepada bekas isteri yang telah kita jatuhkan talak tiga.
Istilah 'cina buta'hanya terkenal didalam masyaraka Melayu.
Dalam istilah fekah disebut 'muhallil'
Erti 'muhallil' ialah yang menyebabkan halal kahwin.Mengikut hukum Fekah seorang yang sudah menceraikan isterinya tiga kali sama ada sekali gus atau satu demi satu tidak boleh merujuk kembali kepada isterinya itu.Ini adalah satu hukuman berat yang sebaliknya diambil perhatian oleh para suami.


Jika suami itu nak berbalik semula kepada bekas isterinya maka dia hendaklah berkahwin dengan orang lain terlebih dahulu. Jika suami baru itu menceraikannya barulah bekas suaminya dahulu boleh berkahwin dengannya semula.Proses inilah dinamakan sebagai cina buta oleh masyarakat kita.

Proses ini mesti menurut beberapa syarat iaitu:
1.Janda itu sudah habis iddah dengan suami pertama.
2.Janda itu kemudian berkahwin dengan suami baru.
3.Janda itu diceraikan oleh suami baru itu dengan kehendaknya sendiri.
4.Janda itu habis iddah dengan suami baru.



Selagi tidak memenuhi lima syarat ini tidak bolehlah suami lama berkahwin semula dengan bekas isterinya itu. Dalam hal ini kalau bakal suami baru itu dibayar upah untuk berkahwin kemudian bercerai secara paksa adalah tidak sah. Begitu juga seorang lelaki tua(yang sudah tiada nafsu dengan peerempuan)tidak sah dijadikan muhallil.

Sebab ada sang suami yang ingin menetapkan syarat untuk seseorang itu menjadi cina butanya mestilah disahkan mati pucuk terlebih dahulu. Takut bekas isterinya disetubuhi oleh cina buta tersebut. Tapi masa lafaz Talak Tiga tak fikir pun ini semua !

Kahwin seperti ini adalah satu perbuatan yg dilaknat oleh Allah,
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Allah melaknat muhallil (yang kahwin cina buta) dan muhallalnya (bekas suami yang menyuruh orang menjadi muhalil) (Riwayah Ahmad)

Hukum menjadi Cina Buta adalah tergolong dalam senarai dosa-dosa besar.

Si suami yg telah menceraikan dgn talak ba'in itu boleh merujuk si isteri yg asal tadi apabila telah diceraikan oleh lelaki itu dengan atas niatnya sendiri bukan kerana menjadi Cina Buta.

Tafsir Al-Quran
Surah Al-Baqarah : 230

Firman Allah SWT,

“Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu, kalau ia diceraikan (oleh suami baru itu dan habis eddahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula ), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Itulah aturan hukum Allah, diterangkan kepada kaum yang mengetahui dan memahaminya.” (Al-Baqarah 230)

Huraian

Ayat ini turun berkaitan dengan kisah ‘Aisyah binti Abdul Rahman yang telah diceraikan oleh suaminya Rifa’ah bin Wahab dengan talak tiga. Beliau kemudiannya berkahwin pula dengan Abdul Rahman bin Zubair al-Qurazi. Malangnya beliau juga turut diceraikan oleh suami keduanya itu. Setelah itu dia telah datang kepada Rasulullah saw dan berkata : Ya Rasulullah, Dia (Abdul Rahman bin Zubair al-Quraizi) telah menceraikan aku sebelum menyentuhiku (yakni bersetubuh). Bolehkan aku kembali kepada bekas suamiku yang pertama.. Baginda saw menjawab : Tidak boleh selagi tidak di sentuh (yakni bersetubuh dengan isteri kedua).

Berdasarkan ayat di atas, ulama feqah sepakat, sekiranya si suami menceraikan isterinya dengan talak tiga, si suami itu tidak boleh merujuk kembali kepada bekas isterinya melainkan bekas isterinya itu berkahwin dengan suami yang baru melalui perkahwinan yang diiktiraf syariat, sah dan bertujuan kekal bukan perkahwinan yang dirancang (perkahwinan muhallil). Dan berdasarkan hadis di atas perkahwinan dengan suami kedua itu hendaklah berlaku dukhul iaitu jimak.

Jika berlaku penceraian dengan suami kedua (penceraian yang tidak dirancang), setelah tamat eddah maka bolehlah bekas suaminya yang pertama dahulu mengahwininya semula dengan akad nikah dan mahar yang baru. Dan suami pertama akan kembali memiliki tiga talak sekaligus memadamkan talak yang lalu. .

Hal ini berbeza dengan penceraian talaq satu dan talak dua, menurut jumhur (Maliki, Syafie dan Hanbali) perkahwinan kali kedua dengan bekas isteri yang dicerai talak satu atau dua tidak akan memadamkan talak terdahulu. Ini kerana perkahwinan dan persetubuhan dengan suami kedua tidak diperlukan untuk menghalalkan dirinya kepada suami pertama.

Adapun perkahwinan muhallil yakni perkahwinan yang dirancang agar bekas isteri yang dicerai dengan talak 3 boleh kembali kepada bekas suaminya yang pertama setelah berlaku penceraian dengan suami kedua, perkahwinan seperti ini adalah haram, batil dan tidak sah. Jika berlaku juga perkahwinan dengan bekas suami pertama dengan cara ini, maka perkahwinan itu tidak sah dan ia di anggap sebagai perbuatan zina. Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw,

Maksudnya : Mahukah kamu jika aku memberitahu siapakah orang yang paling keji lagi hina ? Para sahabat menjawab : Ya, ya Rasulullah. Baginda berkata : Ia adalah al-Muhallil (lelaki yang mengahwini seorang perempuan yang telah dicerai talak tiga dengan tujuan menghalalkannya semula kepada bekas suaminya selepas ia menceraikan) Allah melaknat al-Muhallil dan al-Muhallal lahu (suami yang menjatuhkan talak tiga kemudiannya ingin merujuk semula bekas isterinya melalui perkahwinan muhallil.

Kata Saidina Umar al-Khattab r.a, Tidak dibawa kepadaku muhallil atau muhallal lahu melainkan akan aku rejam kedua-duanya. Abdullah bin Umar ketika menerangkan maksud ayahnya : beliau menjawab kedua-duanya adalah penzina.

Di akhir ayat 230, Allah SWT mengistiharkan bahawa segala hukum-hukum tersebut adalah batasan Allah SWT yang diterangkan dengan sejelas-jelasnya kepada golongan yang tahu akan faedahnya dan sedar terhadap kepentingannya.

Jadi, para suami harus berhati-hati dan berfikiran jauh semasa hendak menjatuhkan Talak terutama talak tiga.
Adapun talaq tiga, tidak boleh rujuk kembali dan tidak boleh berkahwin semula melainkan perempuan (isteri) itu telah berkahwin dengan lelaki yang lain dan disetubuhi kemudian diceraikan pula oleh suami yang kedua itu serta selesai idahnya.
Ertinya : Maka jika diceraikan oleh suami yang kedua tidaklah ada halangan bagi yang pertama kembali kepada bekas isterinya itu jika kedua-duanya bersangkutan baik untuk aturan Allah.
(Surah Al-Baqarah : ayat 230)
Dari itu terbuktilah bahawa suami yang pertama boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya itu setelah itu diceraikan oleh suami yang kedua (selepas selesai idahnya) dengan syarat suami yang kedua itu mestilah bersetubuh dengan isterinya itu. Oleh itu tidaklah memadai berkahwin sahaja kemudian diceraikan tanpa disetubuhi.
Sayugia diingat perkahwinan yang kedua ini hendaklah benar-benar dengan kemahuan lelaki dan perempuan itu, bukan kerana hendak membolehkan semula suami pertama itu mengahwini bekas isterinya sebagaimana yang banyak berlaku di zaman sekarang. Perbuatan seperti ini adalah berlawanan dengan ajaran Islam dan Allah memurkai perbuatan ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Ertinya :Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang menjadi muhallil (cina buta) begitu juga orang yang menyuruh membuat cina buta (lelaki yang pertama).
(Riwayat Ahmad Nasai dan Tarmidzi)


Mari kita sama-sama ambil iktibar dari cerita ini,


Isteri saya seorang yang degil, tetapi mudah percaya cakap orang dan mudah dipengaruhi. Kami pernah bergaduh besar semata- mata kerana cerita dan hasutan kawannya. Katanya, kawannya menceritakan kepadanya mengenai skandal saya dengan gadis yang juga kenalannya. Selepas itu pergaduhan antara kami terus berlaku walaupun atas perkara yang kecil. Kadangkala daripada perkara kecil ini akan merebak besar yang sering kali diakhiri dengan perbuatan cabar mencabar. Satu hari isteri saya mencabar saya supaya menceraikan dia terus dengan talak tiga. Saya pula sambut cabaran dengan penuh keegoan. Selepas jatuh talak, saya katakan kepadanya bahawa inilah akibat tidak percaya pada suami dan lebih percayakan pada orang lain. Memang benar ada orang yang gembira selepas kami bercerai. Perceraian ini menyakitkan, kami insaf dan menyesali perbuatan kami. Kami masih sayang menyayangi, namun demi malu dan mengelak daripada pengetahuan orang, kami bersekedudukan hampir setahun. Saya rasa berdosa dengan cara kehidupan yang dilarang ini. Kami bertindak mencari ‘cina buta’ untuk menyelesaikan hubungan haram ini di Selatan Thailand. Sebaik saja upacara pernikahan cara ‘cina buta’ itu, isteri saya diceraikan serta-merta tanpa menyentuhnya. Selepas edah, maka kami bernikah semula secara senyap. Soalan saya, adakan perkahwinan saya ini sah dari segi Islam dan bagaimanakah kedudukan anak dilahirkan. Hamba Allah Serba Salah. Sijangkang, Selangor.

Jawapan; Nasihat saya kepada saudara ialah hentikanlah hidup bersekedudukan dengan bekas isteri yang saudara ceraikan dengan talak tiga. Saudara sudah tidak punya hubungan yang sah dengan isteri saudara. Tindakan saudara cuba untuk menghalalkan perbuatan saudara melalui kaedah 'cina buta' juga tidak betul. Berdasarkan hukum, apabila seseorang itu menceraikan isterinya dengan talak tiga jika dia hendak mengahwini bekas isterinya, isterinya mesti berkahwin dengan orang lain dulu. Selepas dia diceraikan suami keduanya barulah bekas isteri saudara boleh mengahwini saudara semula. Syarat untuk perbuatan ini diterima ialah perkahwinan itu berlaku tanpa ‘diatur’, bererti ia berlaku dengan kehendak hati tanpa diupah atau dipaksa. Sebab itu, timbulnya istilah ‘cina buta’. Maka, anak yang lahir dari hubungan saudara dengan isteri ini adalah anak yang tidak sah tarafnya. Menurut hukum muamalat dari apa yang saya pelajari dari kitab Muta'albadrin pula ialah perkahwinan saudara dengan bekas isteri saudara hanya sah jika isteri saudara diceraikan selepas disetubuhi suami keduanya. Bererti 'the marriage is consumed'. Dalam kes seperti saudara sebutkan keadaan ini tidak berlaku. Nasihat saya pada saudara dan bekas isteri ialah seperti berikut:
  • Failkan perceraian saudara dengan isteri di mahkamah syariah. Biar hakim memutuskan dan mengesahkan perceraian saudara dan ‘isteri’ (saya tulis ‘isteri’ kerana dari sudut hukum beliau bukan lagi isteri saudara, tetapi harus disahkan menurut hukum/undang- undang). l Jika hakim memutuskan saudara menjatuhkan talak tiga dengan isteri saudara terimalah hakikat ini.
  • Bertaubatlah dan bersabarlah di atas keterlanjuran kerana gopoh dalam mengambil sesuatu keputusan.
  • Terima hakikat isteri saudara tidak akan kembali kepada saudara melainkan dia mengahwini orang lain dengan sukarela tanpa diatur dan kemudian diceraikan sama ada cerai mati atau hidup.
  • Saudara dan 'isteri' ambillah haluan masing-masing selepas berpisah dan berserah kepada Allah soal jodoh dan pertemuan.
  • Akhir sekali, ingatlah dunia ini tempat sementara. Janganlah kita menderita di akhirat kerana perbuatan melanggar hukum yang jelas haramnya dalam agama kita.

Perkahwinan Mutaah (Nikah Kontrak)


Maruah wanita di mana nilainya?
“Saya terkedu apabila dengan tidak sengaja melayari sebuah laman sesawang, mutaah.com yang berfungsi sebagai perantara mengiklankan lelaki yang ingin keseronokan semata-mata tanpa mahu bertanggungjawab menjadi seorang suami yang sewajarnya,” demikian luahan insan prihatin terhadap situasi melanda umat Islam kini.
Berdasarkan dialog di atas jelas menerangkan runcingnya keadaan masyarakat Islam yang seakan tidak dapat membezakan antara halal dan haram. Jika ditanya apa itu nikah mutaah pasti ramai menggeleng kepala, tanda tidak mengerti maksudnya.
Rehal mengungkap sejauh mana kesannya terhadap institusi kekeluargaan dan di mana letaknya nilai wanita apabila perkara itu menjadi duri dalam daging kepada masyarakat yang seolah-olah kembali kepada zaman jahiliah.
Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nabilah Yusof menjelaskan dengan mendalam mengenai perkahwinan itu yang jika dilihat hanya untuk keseronokan dan ia dimonopoli pengamal fahaman Syiah.
HARAM DALAM ISLAM
“Mutaah berasal daripada perkataan mata’a dalam bahasa Arab membawa maksud berseronok. Kahwin mutaah ialah perkahwinan sementara yang dalam akadnya dinyatakan tempoh sama ada seminggu, sebulan, setahun dan mempunyai mahar. Ternyata berbeza dengan perkahwinan dituntut dalam Islam. Kriteria akad nikah mengikut Ahli Sunnah wal Jamaah menggariskan dalam akad tidak boleh sama sekali menyatakan tempoh.
“Perkahwinan mutaah asalnya daripada tradisi masyarakat Arab semasa zaman jahiliah. Kahwin mutaah biasanya dipraktikkan apabila seorang lelaki memerlukan perempuan sebagai teman dalam tempoh tertentu.
“Ketika Islam mula disebarkan Nabi Muhammad SAW, nikah mutaah ini masih diteruskan kerana ia kuat diamalkan oleh kaum jahiliah, namun pada pembukaan Kota Makkah tahun ke-10 Hijrah (sesetengah riwayat menyatakan pada peperangan Khaibar) ia telah diharamkan untuk selamanya. Walaupun mutaah pernah dibenarkan suatu ketika dahulu, namun keizinannya terhad ketika berperang atau berdagang,” katanya.
Menurut Nabilah, Islam mengharamkan pernikahan seperti itu sama seperti dua pernikahan lain, iaitu kahwin muhalil (kahwin cina buta) dan kahwin sighar kerana tidak selari dengan tujuan disyariatkan nikah, di samping meninggalkan kesan negatif ke atas institusi kekeluargaan.
Terdapat hadis diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib bahawa dia mendengar Rasulullah melarang amalan nikah mutaah (berseronok dengan wanita) dan Baginda bersabda lagi ia haram sehingga hari kiamat.
“Segelintir puak Syiah masih berpegang dengan kata-kata Ibn Abbas mengenai penghalalan mutaah, sedangkan beliau sendiri dalam satu riwayat telah menarik balik hukum tersebut setelah mendengar sabda Rasulullah berkenaan pengharaman mutaah untuk selamanya.
“Jelas bukan? Memang sebelum ini ada hadis yang menghalalkan kahwin mutaah, tetapi diharamkan secara berperingkat dan bukannya sekali gus, memandangkan ia adalah adat yang sukar untuk dipisahkan dengan masyarakat pada zaman itu,” katanya.
Nabilah berkata, banyak sebab kenapa Islam mengharamkan nikah mutaah antaranya tidak menepati pensyariatan perkahwinan, tidak mengikut rukun dan syarat nikah yang sah (wali, saksi dan sebagainya). Juga tidak menjadikan pasangan itu berada dalam ketenangan serta anak yang lahir tidak mendapat pembelaan nasab, pusaka, nafkah dan kasih sayang sewajarnya. Tambahan pula, talak menurut syarak mestilah dilafazkan suami secara terang atau sindiran, namun mengikut sistem mutaah talak berlaku apabila tempohnya berakhir.
WANITA JADI BARANG SEWAAN
“Keadaan ini juga seolah-olah merendahkan martabat wanita dengan menganggap golongan Hawa hanyalah tempat untuk memuaskan nafsu semata, sedangkan Islam mengangkat ciptaan ALLAH ini di tempat yang tinggi.
“Nikah mutaah bertentangan dengan fitrah wanita di mana mereka dijadikan barang sewaan, malah hakikatnya boleh disamakan dengan pelacuran, malangnya pendapat sebegitu tidak dapat diterima fahaman Syiah yang menjadikan ia sebagai amalan tidak bertentangan syarak,” katanya.
Menurutnya , jika berkenan dengan mana-mana perempuan hanya perlu membayar mengikut kemampuan, situasi yang sinonim dengan ‘pelacuran’.
Kenapa kita perlu kembali kepada zaman jahiliah dengan menjadikan wanita bahan berseronok sedangkan wanita telah diangkat martabatnya ketika Islam disebarkan. Ia serentak dengan penghapusan sistem perhambaan suatu ketika dahulu diamalkan.
Berdasarkan prinsip Islam, setiap individu, sama ada lelaki atau wanita adalah setaraf tanpa sebarang perbezaan. Firman ALLAH yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal soleh, daripada lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya KAMI akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya KAMI akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih daripada apa yang mereka telah kerjakan.” (surah al-Nahl ayat 14:97)
“Betapa sedihnya saya melihat situasi ini masih diamalkan, dan tidak salah jika saya katakan ia adalah ‘pelacuran yang terancang’ dan bersistematik walaupun mempunyai mahar dan akad.
RUNTUHNYA INSTITUSI KELUARGA
“Apakah agaknya kesahtarafan keturunan terhasil daripada kahwin kontrak ini?,” soalnya.
Nabilah berkata, sistem mutaah anak bukanlah tanggungjawab suami, tidak timbul lagi persoalan nafkah kerana awal-awal lagi tujuan nikah ini hanya untuk mendapat keseronokan secara ‘halal’.
Apabila tamat tempoh perjanjian dalam akad itu terbatallah perkahwinan dan ini bermakna, nafkah anak hasil mutaah tidak mendapat jaminan dan pembelaan sepertimana nikah hakiki.
“Besar implikasinya terhadap keturunan, cuba bayangkan seorang wanita mampu dimiliki ramai lelaki dan anak-anak yang dilahirkan wanita itu mempunyai bapa yang berbeza, malah anak-anak tidak mengenal siapa ayahnya,” katanya.
Oleh SYAHIDATUL AKMAL DUNYA
(Sinar Harian)

Kahwin Muhallil (Cina buta)






















Tafsir Al-Quran
Surah Al-Baqarah : 230


Firman Allah SWT,

“Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu, kalau ia diceraikan (oleh suami baru itu dan habis eddahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula ), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Itulah aturan hukum Allah, diterangkan kepada kaum yang mengetahui dan memahaminya.” (Al-Baqarah 230)

Huraian

Ayat ini turun berkaitan dengan kisah ‘Aisyah binti Abdul Rahman yang telah diceraikan oleh suaminya Rifa’ah bin Wahab dengan talak tiga. Beliau kemudiannya berkahwin pula dengan Abdul Rahman bin Zubair al-Qurazi. Malangnya beliau juga turut diceraikan oleh suami keduanya itu. Setelah itu dia telah datang kepada Rasulullah saw dan berkata : Ya Rasulullah, Dia (Abdul Rahman bin Zubair al-Quraizi) telah menceraikan aku sebelum menyentuhiku (yakni bersetubuh). Bolehkan aku kembali kepada bekas suamiku yang pertama.. Baginda saw menjawab : Tidak boleh selagi tidak di sentuh (yakni bersetubuh dengan isteri kedua).

Berdasarkan ayat di atas, ulama feqah sepakat, sekiranya si suami menceraikan isterinya dengan talak tiga, si suami itu tidak boleh merujuk kembali kepada bekas isterinya melainkan bekas isterinya itu berkahwin dengan suami yang baru melalui perkahwinan yang diiktiraf syariat, sah dan bertujuan kekal bukan perkahwinan yang dirancang (perkahwinan muhallil). Dan berdasarkan hadis di atas perkahwinan dengan suami kedua itu hendaklah berlaku dukhul iaitu jimak.

Jika berlaku penceraian dengan suami kedua (penceraian yang tidak dirancang), setelah tamat eddah maka bolehlah bekas suaminya yang pertama dahulu mengahwininya semula dengan akad nikah dan mahar yang baru. Dan suami pertama akan kembali memiliki tiga talak sekaligus memadamkan talak yang lalu. .

Hal ini berbeza dengan penceraian talaq satu dan talak dua, menurut jumhur (Maliki, Syafie dan Hanbali) perkahwinan kali kedua dengan bekas isteri yang dicerai talak satu atau dua tidak akan memadamkan talak terdahulu. Ini kerana perkahwinan dan persetubuhan dengan suami kedua tidak diperlukan untuk menghalalkan dirinya kepada suami pertama.

Adapun perkahwinan muhallil yakni perkahwinan yang dirancang agar bekas isteri yang dicerai dengan talak 3 boleh kembali kepada bekas suaminya yang pertama setelah berlaku penceraian dengan suami kedua, perkahwinan seperti ini adalah haram, batil dan tidak sah. Jika berlaku juga perkahwinan dengan bekas suami pertama dengan cara ini, maka perkahwinan itu tidak sah dan ia di anggap sebagai perbuatan zina. Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw,

ألا أخبركم بالتيس المستعار ؟ قالو : بلى يا رسول الله قال : هو المحلل ,
لعن الله المحلل والمحلل له


Maksudnya : Mahukah kamu jika aku memberitahu siapakah orang yang paling keji lagi hina ? Para sahabat menjawab : Ya, ya Rasulullah. Baginda berkata : Ia adalah al-Muhallil (lelaki yang mengahwini seorang perempuan yang telah dicerai talak tiga dengan tujuan menghalalkannya semula kepada bekas suaminya selepas ia menceraikan) Allah melaknat al-Muhallil dan al-Muhallal lahu (suami yang menjatuhkan talak tiga kemudiannya ingin merujuk semula bekas isterinya melalui perkahwinan muhallil.

Kata Saidina Umar al-Khattab r.a, Tidak dibawa kepadaku muhallil atau muhallal lahu melainkan akan aku rejam kedua-duanya. Abdullah bin Umar ketika menerangkan maksud ayahnya : beliau menjawab kedua-duanya adalah penzina.

Di akhir ayat 230, Allah SWT mengistiharkan bahawa segala hukum-hukum tersebut adalah batasan Allah SWT yang diterangkan dengan sejelas-jelasnya kepada golongan yang tahu akan faedahnya dan sedar terhadap kepentingannya.

Wallahualam.

Kuliah Maghrib,
Ust. Mohd Hishamuddin bin Mansor.

Rujukan,
Tafsir Ahmad Sonhadji, Al-Munir dan Az-Azhar.

Haram nikah bertempoh


PERKAHWINAN tidak seharusnya dijadikan mainan kerana ia merupakan satu ikatan yang suci antara lelaki dan wanita. - Gambar hiasan


MESTI ramai masih ingat mengenai tawaran RM10,000 untuk menjadi cina buta yang dikongsikan dalam akhbar harian baru-baru ini.
Memang lumayan dan istimewa. Bukan saja dapat duit yang banyak, tetapi dapat juga melampiaskan kehendak kepada seorang wanita dalam tempoh sebulan bersama sebagai suami isteri. Hakikatnya, tawaran lumayan dan menarik itu tidak boleh diterima oleh mana-mana lelaki Muslim yang mengaku Mukmin, beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Perkahwinan sebegitu sebenarnya menepati konsep nikah mutaah atau nikah bertempoh.
Nikah mutaah (bertempoh) dan hukumnya
Mutaah secara bahasa berasal daripada kata tamattu' yang bererti bersenang-senang atau menikmati. Secara istilah, nikah mutaah adalah sebuah pernikahan yang dibatasi dengan perjanjian waktu dan upah tertentu serta mengetepikan fungsi wali dan saksi. Perceraian akan terjadi apabila habis masa kontraknya tanpa dikaitkan dengan hukum perceraian dan warisan.
Pada awal Islam, nikah mutaah dihalalkan oleh Rasulullah SAW, tetapi kemudiannya hukum itu dihapuskan dan diharamkan pelaksanaannya hingga hari kiamat.
Al-Imam Al-Muzani rahimahullah berkata: 'Telah sah bahwa nikah mutaah dulu pernah dibolehkan pada awal Islam. Kemudian datang hadis-hadis yang sahih bahawa nikah tersebut tidak dibolehkan lagi. Kesepakatan ulama telah menyatakan keharaman nikah tersebut.' (Syarah Sahih Muslim karya An-Nawawi).
Antara hadis yang jelas menyebut tentang haramnya nikah mutaah ialah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sungguh! Aku dahulu mengizinkan kalian untuk melakukan mutaah dengan wanita. Ketahuilah sesungguhnya Allah telah mengharamkannya sampai hari kiamat. Barang siapa yang masih melakukannya hendaklah meninggalkannya dan jangan mengambil sesuatu yang telah ia berikan kepadanya (wanita yang dia mutaahi)." - Hadis Riwayat Muslim.
Imam Al-Baihaqi menjelaskan, ketika Ja'far bin Muhammad ditanya tentang nikah mutaah, beliau menjawab: "Demi Allah, takkan kutemui seorang pun yang menikah mutaah padahal dia muhsan kecuali aku merejamnya." Bermaksud, pelaku nikah mutaah sama tarafnya dengan penzina.
Hikmah haramnya nikah mutaah
Hakikatnya, nikah mutaah tiada sebarang kelebihan kecuali menggalakkan manusia menjadikan seks sebagai cara hidup.
Mengikut kajian, mereka yang pernah terlibat dalam nikah mutaah berpeluang dijangkiti penyakit kelamin kerana berhubungan seksual dengan ramai pasangan. Bukan saja penyakit, tetapi individu yang terlibat dengan nikah mutaah itu tidak terikat dengan prinsip perkahwinan yang ditentukan oleh syariat Islam.
Dalam nikah mutaah yang diamalkan oleh sebahagian masyarakat hari ini, perceraian tidak boleh berlaku kecuali tamat tarikh kontrak.
Bermaksud, suka atau tidak si isteri perlu bertahan dan meneruskan perkahwinan dan dalam kes sebegini, ada suami yang menghadiahkan isterinya kepada lelaki lain hingga tempoh kontrak tamat.
Jelas nikah mutaah menjadikan wanita sebagai objek seks semata-mata. Seperkara yang pasti, tiada pewarisan dalam nikah mutaah.
Jika ditakdirkan pernikahan tersebut mempunyai anak maka si anak bukanlah menjadi tanggungjawab dan tanggungan si ayah. Si anak merupakan tanggungjawab dan tanggungan si ibu sepenuhnya. Jelas dan nyata, nikah mutaah menganiayai kaum wanita.
Ya! Nikah mutaah khususnya dalam kes cina buta menjadi pembantu kepada dua individu iaitu bekas suami dan bekas isteri, untuk bersama semula selepas bercerai dengan talak tiga.
Namun, jika difikirkan secara wajar dan munasabah, individu yang bertindak sebagai cina buta itu ibarat 'pak sanggup' yang menikmati keistimewaan hasil kebodohan bekas suami dan bekas isteri tersebut.
Fikirkanlah! Seorang wanita dibayar dengan wang mas kahwin yang juga wajib ada dalam perkahwinan mutaah, tetapi bayarannya lebih murah berbanding jumlah bayaran kepada si cina buta.
Dalam masa yang sama, seorang lelaki yang mahu kembali menjadi suami kepada isteri yang pernah diceraikannya dengan senang hati membayar si cina buta. Itu semata-mata untuk membenarkan cina buta itu meniduri bakal isteri yang juga bekas isterinya. Tidakkah ia satu amalan yang melanggar norma dan nilai murni Islam yang memandang tinggi serta menghargai kaum wanita?
Bagi si wanita yang terlibat itu, tidakkah terasa dirinya menjadi bahan dagangan atau bahasa mudahnya pelacur yang dibenarkan undang-undang?
Nikah dan cerai bukan mainan
Perkahwinan bukan satu makmal kajian. Perkahwinan adalah ikatan antara sepasang manusia bernama lelaki dan wanita bagi mewujudkan satu hubungan yang mesra, ceria dan bahagia tanpa terikat dengan tempoh masa tertentu.
Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 21: "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. "Dalam nikah mutaah, wujudkah kasih sayang? Wujudkah belas kasihan?
Perkahwinan menurut syariat juga mempunyai hikmah dan prinsip yang perlu dipatuhi di samping amanah untuk membahagiakan pasangan melalui pelaksanaan tanggungjawab masing-masing.
Perkahwinan bukan mainan! Ketika suka, anda pegang dan gunakan. Apabila sudah tidak suka, anda buang sebegitu saja! Islam tetapkan talak mempunyai tiga sebagai peluang untuk bertindak secara waras dan tidak mengikut perasaan.
Berhati-hati dalam setiap tindakan agar kelak anda tidak perlu terlibat dalam perkara yang menjatuhkan harga diri anda sendiri.

Wanita putus cinta diancam bekas kekasih

KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak berpuas hati selepas hubungan cinta terputus di tengah jalan, seorang lelaki bertindak mengugut untuk mencederakan bekas teman wanitanya.
Kejadian berlaku sejak Februari lalu apabila lelaki yang dipercayai sudah berumah tangga dan berumur dalam lingkungan 50 tahun itu menghantar beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 26, berkata, ugutan menjadi semakin serius apabila lelaki itu mengetahui dia sudah mempunyai kekasih baharu.
“Selepas kami berpisah dia pernah meminta untuk berbaik semula tetapi saya menolak permintaannya dengan baik.
“Apabila dia mengetahui saya mempunyai teman lelaki baharu, dia mula bertindak ganas dengan menghantar SMS berunsur ancaman dan memberi amaran supaya saya dan teman lelaki berhati-hati,” dakwanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam PGRM di sini baru-baru ini.

Pelajar maut lepas hantar rakan

DUNGUN – Seorang pelajar tingkatan empat tidak mungkin melupakan tragedi sahabatnya maut dirempuh kereta Perodua Kancil selepas menghantarnya ke sekolah di Kilometer 73.9, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan semalam.
Dalam tragedi pada pukul 7.20 pagi di hadapan Sekolah Menengah Teknik di sini, Ahmad Zikri Zaharudin, 16, pelajar tingkatan empat itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas menghantar rakan sebayanya, Muhammad Faizal Yusri Mohd. Shaali ke sekolah itu.
Kejadian tersebut berlaku selepas Faizal turun daripada motosikal di depan sekolah manakala mangsa pula sedang membuat pusing U untuk pulang.
Cerita Faizal, mangsa yang tinggal sekampung dengannya di Kampung Balai Besar kira-kira dua kilometer dari sekolah tidak ke sekolah semalam kerana demam. Bagaimanapun, dalam keadaan tidak sihat mangsa berkeras menghantar Faizal ke sekolah.

No comments:

Post a Comment