Wednesday, April 18, 2012

KAMBING DAN SUSU DIKAGUMI MANUSIA...DIPUJI MANUSIA..DISANJUNG KERANA KHASIATNYA...TAPI PENCIPTANYA IAITU 'ALLAH' DILUPAKAN ATAU TERLEPAS PANDANG...DALAM MENERIMA REZEKI DAN DIHIDUPKAN OLEH ALLAH..TETAP TAK TAAT DAN ADA YANG MELAWAN LAGI WALAUPUN MENGAKU ISLAM...

Jenayah seksual naik 36 peratus

LAMAN sosial seperti Facebook didakwa antara punca kes jenayah seksual terhadap remaja semakin berleluasa. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Jumlah kes jenayah seksual termasuk rogol membabitkan mangsa berumur di bawah 16 tahun meningkat sebanyak 36.1 peratus atau 642 kes pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar kecil) berkata, statistik polis mendapati sebanyak 1,777 kes jenayah seksual terhadap remaja dilaporkan sepanjang 2010 sebelum naik kepada 2,419 kes pada tahun lalu.
“Sebanyak 924 kes telah dilaporkan pada 2005, 1,301 kes (2006), 1,653 kes (2007), 1,871 kes (2008) dan 2,049 kes (2009),” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
Beliau memberitahu, banyak kanak-kanak dan remaja menjadi mangsa penjenayah sewaktu mereka bersendirian di dalam atau di luar rumah.
“Antara faktor kes jenayah seksual ini meningkat ialah disebabkan kurang pendidikan dan agama, masalah dalam institusi kekeluargaan, pengaruh media massa dan media alternatif serta mangsa dan suspek melakukannya secara suka sama suka,” katanya.

Mawar Putih muncul sebelum histeria


GAMBARAN wajah Mawar Putih yang didakwa dilihat oleh pelajar SMK Syed Abu Bakar sebelum mereka dilanda histeria.


BALING – Beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar, Kupang di sini mendakwa mereka ternampak kelibat seorang wanita berwajah hodoh setiap kali berlaku kes histeria.
Pada tahun ini sahaja sekolah itu telah mengalami lima kejadian histeria.
Antara saksi kelibat wanita yang mendakwa dirinya bernama Mawar Putih itu ialah pelajar tingkatan dua yang hanya mahu dikenali Intan Kasim.
Menurut Intan, makhluk itu mempunyai susuk tubuh seperti wanita dewasa, memiliki raut wajah cantik di bahagian kanan tetapi hodoh pada sebelah kiri selain sekuntum bunga mawar terselit di telinga kanannya.
Katanya, bahagian wajah yang hodoh itu ditutup dengan kain selendang yang dipakainya.
Intan mendakwa makhluk itu bercakap menggunakan bahasa istana.
Anak sulung daripada lima beradik itu mendakwa dia terserempak dengan kelibat makhluk itu di sekitar kawasan tandas sekolah sejak beberapa minggu lalu.
“Selepas melihat dia, badan saya tiba-tiba jadi lemah dan pengsan.

Penjahat Geng Buyong terbunuh


ANAK panah menunjukkan lokasi Ahmad Izzudin dan Elezulhelmie terjun dari tingkap bilik hotel sebelum ditembak mati.


KOTA BHARU – Dua daripada 10 penjenayah anggota Geng Buyong yang bersembunyi di hotel bajet Kencana Lodge di Jalan Sri Cemerlang di sini ditembak mati polis kelmarin.
Dalam kejadian pukul 8 malam itu, Elezulhelmie Ilias, 24, yang dikenali sebagai Emi Lias dan rakannya, Ahmad Izzudin Che Deraman, 24, mati ditembak di hotel itu selepas mereka cuba melawan polis dengan melepaskan beberapa das tembakan.
Emi Lias dari Kampung Padang Lati, Bekelam, Bachok mempunyai rekod jenayah pecah rumah.
Rakannya, Ahmad Izzudin dari Jalan Merican dekat sini pula lebih dikenali sebagai Din Billion kerana rumahnya terletak berhampiran pasar raya Billion.
Semasa serbuan, Emi Lias dan Ahmad Izzudin sedang bersembunyi di hotel tersebut.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sebelum dua penjahat itu ditembak mati, polis menghantar pasukannya ke hotel itu bagi memeriksa dua lelaki mencurigakan yang berada di sebuah bilik hotel di tingkat dua.
Menurut beliau, anggota polis yang mengetuk pintu bilik hotel itu dan memperkenalkan diri sebagai polis terkejut apabila kedua-dua lelaki yang berada dalam bilik itu bertindak melarikan diri dengan terjun melalui tingkap bilik hotel dari ketinggian empat meter.
“Polis yang mengepung seluruh hotel itu kemudian cuba menahan kedua-dua suspek yang terjun namun salah seorang daripada mereka melepaskan tembakan.
“Anggota polis terpaksa mempertahankan diri dengan membalas tembakan itu menyebabkan kedua-dua lelaki itu mati di tempat kejadian,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini semalam.

3 maut nahas Harrier terbabas


KEADAAN Toyota Harrier yang merempuh kenderaan membawa skylift dan mengorbankan tiga mangsa di Kilometer 199.1, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Alor Gajah, semalam.


ALOR GAJAH – Tiga termasuk seorang mekanik yang membaiki kenderaan membawa skylift yang rosak terkorban apabila jentera berat itu dirempuh sebuah Toyota Harrier di Kilometer 199.1, Lebuhraya Utara-Selatan di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.05 petang itu, Mohamad Azizul Safian Suri, 28, bersama dua penumpang Toyota Harrier, Ng Being Thian, 32, dan ibunya, Tan Tiang, 56, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.
Being Thian yang duduk di tempat penumpang hadapan dan Tan Tiang yang berada di tempat duduk belakang mati akibat tersepit dalam kenderaan itu manakala Azizul pula meninggal dunia akibat tercampak ke kiri lebuh raya.
Rakan Azizul, Irfandi Othman, 30, berkata, dia dan mangsa datang dari Puchong, Selangor ke lokasi kejadian untuk membaiki kenderaan membawa skylift milik Majlis Perbandaran Jasin yang rosak di lorong kecemasan.
“Selepas selesai dibaiki, kami bertiga termasuk pemandu kenderaan membawa skylift (Ishak Mohamad) memungut kon keselamatan yang diletakkan berhampiran lori.
“Apabila tiba dua kon terakhir, saya dengar bunyi dentuman kuat dan melihat sebuah Toyota Harrier melanggar belakang kenderaan membawa skylift,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.
Ekoran perlanggaran itu, Toyota Harrier yang dipandu isteri Being Thian, Lim Ching Yeo, 32, terbalik dua kali sebelum melanggar pembahagi jalan.

Polis selamatkan bayi OKU dijual ibu kandung

SHAH ALAM – Polis berjaya menyelamatkan seorang bayi lelaki orang kelainan upaya (OKU) berusia lima bulan yang telah dijual kepada sepasang suami isteri selepas menyerbu sebuah apartmen di Taman Sentoasa, Klang kelmarin.
Bayi yang kaki kirinya tidak normal dan diberi nama Zachary Vishal itu dijual dengan harga RM6,000 kepada pasangan berusia lingkungan 30-an oleh ibu kandungnya pada November tahun lalu.
Penahanan terhadap ibu kandung bayi itu dibuat selepas polis melakukan soal siasat terhadap suspek-suspek yang ditahan di sebuah restoran di Bukit Tinggi, Klang pada 6 April lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, ibu kandung

Isteri maut digilis lori di depan suami


ANGGOTA polis memeriksa mayat Norhana (gambar kecil) yang maut dalam kemalangan dekat jejambat susur keluar Taman Desa Petaling, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Tidak ada perkataan dapat menggambarkan perasaan seorang suami yang hanya mampu melihat kepala isterinya digilis lori dalam satu kemalangan dekat jejambat susur keluar Taman Desa Petaling di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 7.54 pagi semalam, Mohd. Ridzwan Misran, 30, dan isterinya, Norhana Nuruddin, 30, dalam perjalanan dari Bandar Baru Bangi untuk ke tempat kerja di ibu negara.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, kejadian berlaku apabila motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang Mohd. Ridzwan merempuh belakang sebuah skuter sebelum dia dan isteri terjatuh.
“Ketika itu, sebuah kenderaan dipercayai lori tidak sempat mengelak dan telah menggilis kepala mangsa, mengakibat Norhana maut di tempat kejadian,” katanya.
Menurut beliau, pasangan tersebut tinggal di Pangsa Kajang Impian, Kajang.
Katanya, polis juga sedang mengesan lori yang dipercayai menggilis Norhana untuk siasatan lanjut.
bayi itu yang berusia 37 tahun ditahan di Tanjung Sepat, Banting pada Isnin lalu.

Aiskrim susu kambing Mado

AISKRIM Mado diperbuat daripada susu kambing berkualiti tinggi dan tahan cuaca panas.


BUKIT Bintang, Kuala Lumpur sememangnya sentiasa sesak dengan kehadiran rakyat tempatan dan pelancong yang gemarkan aktiviti membeli-belah di pusat-pusat beli-belah yang banyak terdapat di situ.
Justeru, sambil berjalan-jalan menikmati pemandangan di Bukit Bintang, apa kata anda mencuba aiskrim terbaharu berasaskan susu kambing yang dibawa khas dari Turki di Mado untuk menyegarkan tekak akibat cuaca panas.
Ketua Pegawai Eksekutif Yasar FC Sdn. Bhd., Yasar Kanbur berkata, keistimewaan Mado ialah rasanya yang enak malah menyihatkan kerana ia menggunakan susu kambing berkualiti tinggi yang dicampur dengan saleb. Saleb ialah ekstrak sejenis spesies orkid yang ditemui di rantau Marash di Turki.
"Gabungan kedua-dua bahan utama ini menghasilkan rasa aiskrim yang enak dan tidak mudah cair seperti kebanyakan airkrim walaupun berada di bawah cuaca yang panas.
"Mereka yang menikmati aiskrim Mado pasti akan berpuas hati dengan rasanya yang enak tanpa bau kambing kerana ia melalui proses pembuatan yang ketat," katanya.
Selain aiskrim dalam pelbagai perisa, Yasar memberitahu, Mado turut menyajikan pelbagai jenis pastri dan pencuci mulut termasuk kopi terbaik Italian Filicori dan pelbagai jenis minuman asli Turki.
36 perisa
"Selain rasa aiskrim yang unik dan padat, aiskrim ini turut dimakan menggunakan sudu dan garpu, lalu menjadikannya lebih unik berbanding aiskrim jenama-jenama lain.
"Terdapat 36 perisa aiskrim ditawarkan di kafe ini dan orang ramai boleh mendapatkannya pada harga serendah RM8," ujarnya.

ORANG ramai boleh memilih daripada 36 perisa aiskrim yang ditawarkan di kafe Mado di Bukit Bintang.


Tambah Yasar, dengan adanya kafe sebegini, makanan dan kebudayaan masyarakat Turki sedikit sebanyak dapat dikongsikan dengan penduduk di Malaysia.
"Kafe ini adalah yang pertama di rantau Asia Pasifik dan kami sedang merangka pelan untuk membuka 50 buah kafe lagi dalam tempoh lima tahun akan datang di rantau ini.
"Kami juga merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran dan pengedaran utama produk Mado," katanya.
Tambahnya, dia percaya dengan situasi ekonomi Malaysia yang stabil, Mado mampu untuk membawa pulangan kira-kira RM300 juta kepada rakan-rakan niaga di Malaysia menjelang tempoh tersebut.
"Berbekalkan pelbagai produk makanan yang dijamin halal, Mado Asia menyasarkan negara-negara yang mempunyai bilangan penduduk Islam yang ramai di Malaysia dan Indonesia untuk meluaskan sayapnya di kawasan Asia Pasifik," katanya.
Mado Asia selaku syarikat yang bertanggungjawab membawa jenama aiskrim ini ke Malaysia diasaskan oleh Yasar FC Sdn. Bhd., satu syarikat kerjasama strategik antara Yasar Pattisserie of Turkey dan Dondurma AP Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment