Thursday, April 19, 2012

JENAYAH SERING BERLAKU...SEMUA KERANA INGIN WANG@MEWAH..KHUATIR JUGA YANG MENGUTIP DERMA JUGA..YANG MENYURUH HIDUP MEWAH...PELAJAR2 JADI MANGSA...NI SEMUA ALLAH TAHU..

Sepak isteri hingga kandungan gugur
Wartawan Sinar Harian
18 April 2012
Sepak isteri hingga kandungan gugur
KUALA TERENGGANU - Seorang bapa kepada dua anak yang didapati bersalah menendang perut isterinya sehingga keguguran pada Februari tahun lalu, menarik nafas lega apabila Mahkamah Sesyen semalam memerintahkannya melakukan kerja-kerja wajib selama empat jam setiap hari bagi tempoh empat bulan.
Tertuduh, Mohd Amran Tullah Salleh, 25, dari Kampung Kolam, Kuala Ibai, di sini, terlepas daripada hukuman penjara setelah Hakim Azman Mustapha mengambil kira fakta mangsa yang juga isteri tertuduh sudah meninggal dunia akibat kemala­ngan­ pada 29 Februari lalu.
Dalam penghakimannya, Azman berkata, tertuduh mempunyai dua anak yang masih kecil untuk dijaga dan berpendapat tiada kebaikan akan wujud kepada sesiapa sekiranya tertuduh dihantar ke penjara.
“Sebaliknya ia akan memudaratkan anak-anak Mohd Amran Tullah yang baru sahaja kehilangan ibu mereka sekiranya terpaksa pula berjau­han­ dengan bapa.
“Atas sebab itulah, saya mengguna pakai peruntukan Seksyen 5 Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 dan menggantikan hukuman penjara yang sepatutnya dijatuhkan ke atas Mohd Amran Tullah dengan perintah supaya dia hadir setiap hari di Pusat Kehadiran Wajib daerah Kuala Terengganu selama empat jam setiap hari selama empat bulan untuk melakukan kerja-kerja wajib,” katanya.
Bagi memastikan Mohd Amran Tullah mematuhi peruntukan dalam Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954, Azman memerintahkan supaya dia memasuki bon berjumlah RM5,000 dengan seorang penjamin.
Sebelum ini, Mohd Amran Tullah Salleh berdepan dakwaan dengan sengaja menyebabkan keguguran dengan tiada kerelaan dengan menendang perut isterinya, Siti Aishah Alias Saa, 23, yang mengandung tiga bulan selepas berlaku satu pertengkaran.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Kampung Padang Luar, Kuala Ibai, di sini, kira-kira jam 10 malam pada 5 Februari tahun lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mohd Ramlan Taib.
Ugut bapa kerana tidak dapat duit yang diminta
RUBIAH OMAR
18 April 2012
Ugut bapa kerana tidak dapat duit yang diminta
KUALA TERENGGANU - Hanya kerana permintaannya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak diendahkan, seorang buruh tergamak mengugut ayah kandungnya sendiri dengan sebilah pisau.
Kejadian berlaku di kediaman mereka di Kampung Batin, Seberang Takir, di sini, Jumaat baru-baru ini.
Bagaimanapun, perbuatan Mohamd Roziemy Ismail, 32, menerima pembalasan setelah dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas tertuduh mengaku bersalah dengan sengaja mengamuk dan melakukan ugutan jenayah untuk mendatangkan kecederaan kepada bapanya, Ismail Abdullah @ Abd Ghani Abdullah, 65, di rumah mereka pada 13 April lalu kira-kira jam 9 pagi.
Dia mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor L Rathna manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, semasa kejadian, bapa malang itu sedang berada di rumah dan secara tiba-tiba tertuduh mengamuk dengan mengacukan pisau ke arah bapanya, kerana bengang permintaannya untuk mendapatkan wang tidak diendahkan.
Tidak puas dengan itu, tertuduh turut bertindak ganas dengan merosakkan barang-barang di dalam rumah mereka.
Bimbang perkara tidak diingini berlaku, mangsa membuat laporan polis dan tertuduh ditangkap pada 16 April lalu kira-kira jam 5 petang.
Pencuri tak kenal mangsa, rumah Presiden Persatuan Pencegahan Jenayah dirompak
Wartawan Sinar Harian
17 April 2012

SHAH ALAM - Rumah Presiden Persatuan Pencegahan Jenayah Malaysia, Ravi Ponnan di sini, hari ini dirompak membabitkan kerugian lebih RM30,000.
 
Kejadian dipercayai berlaku selepas jam 12.30 tengah hari setelah anak perempuan sulungnya berusia 14 tahun keluar rumah, yang terletak di Seksyen 24 di sini,  untuk ke sekolah.
 
Ravi berkata, kejadian itu bagaimanapun hanya disedari oleh dua anak perempuan kembarnya yang pulang dari sekolah kira-kira satu jam kemudian.
 
Menurutnya, ketika kedua-dua anaknya berusia 12 tahun itu tiba di rumah mendapati tingkap rumah terlopong manakala jeriji dipecahkan, selain pintu rumah terkuak.
Buruh 'ditelan’ pasir
Wartawan Sinar Harian
19 April 2012
TAIPING – Seorang warga Nepal berusia 28 tahun ditemui mati lemas selepas tertimbus di dalam pasir ketika melakukan kerja-kerja kimpalan enjin penyedut pasir, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Shambu Limbu bekerja di tempat penyedut pasir di Kampung Datuk Sagor, di sini.
Menurutnya, mangsa cuba diselamatkan enam rakannya selepas terjatuh ke dalam pasir berkenaan tetapi tidak berjaya kerana hujan dan arus deras Sungai Matang.
“Kejadian berlaku kira-kira jam 2.20 petang. Rakan sekerja mangsa kemudian melaporkan kejadian tersebut di Balai Polis Kuala Sepetang.
“Kita bersama beberapa agensi terlibat telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa tetapi tidak menunjukkan sebarang petanda positif dan kemudiannya menangguhkan pencarian,” katanya.
Nyawa sebuah keluarga diancam ah long
ROSDALILAH ZAHARI
19 April 2012
Nyawa sebuah keluarga diancam ah long
IPOH - Hanya kerana sebotol kicap yang didakwa milik si pengutip hutang (ah long), sebuah keluarga dari Taman Pengkalan Intan, di sini bimbang keselamatan mereka terancam.
Seng Sam Moi, 63, berkata, dalam kejadian jam 4.30 pagi, Ahad lalu, dia yang ketika itu sedang tidur dikejutkan dengan bunyi bising di luar rumah menyebabkannya bertindak keluar dan memeriksa apa yang berlaku.
“Alangkah terkejutnya saya apabila melihat gambar anak lelaki saya berserta lima nombor telefon yang ditinggalkan di atas kertas berkenaan.
“Lebih meloyakan botol kicap yang dilemparkan itu mengeluarkan bau busuk selain mengotorkan halaman rumah saya,” katanya yang ditemui pada sidang media di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA Negeri, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pusat Khidmat dan Aduan BN Negeri, Datuk Lee Kon Yin.
Sam Moi yang bimbang dengan situasi itu segera mem­­buat laporan di Balai Polis Simpang Pulai pada hari sama.
Menurutnya, dia mengesyaki anak lelakinya, Yeap Heng Fatt, 44, membuat pinjaman wang dengan ah long.
“Sebenarnya, saya tidak tahu apa masalah dia (Heng Fatt) tapi kejadian ini memang menakutkan. Saya tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada keluarga kami,” katanya.
Tambahnya, sebelum ini, kejadian sama turut berlaku beberapa bulan lalu membabitkan pasu bunga yang turut dipecahkan oleh individu tidak dikenali.
Beliau mendakwa anak lelakinya juga mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa selepas menghilangkan diri sejak awal April lalu.
“Anak saya bekerja sebagai pemandu teksi dan dipercayai seorang ‘taik judi’ kerana dia sering keluar awal pagi dan pulang lewat malam,” katanya.
Sementara itu, Kon Yin berharap masyarakat mengambil iktibar kejadian yang menimpa keluarga ini supaya tidak terjebak dengan ah long.
Katanya, operasi diteruskan awal pagi ini (semalam) dan berjaya menemui mayat mangsa jam 9.47 pagi di tempat mangsa melakukan kerja kimpalan dalam keadaan tertimbus di bawah pasir.
“Mayat mangsa yang dibawa ke Hospital Taiping untuk dibedah siasat dan mendapati mangsa mati lemas,” katanya.
Operasi ini turut melibatkan Jabatan Pertahanan Awan Malaysia dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Marin.
Wanita tersepit hutang 16 ah long
Wartawan Sinar Harian
18 April 2012
Wanita tersepit hutang 16 ah long
JOHOR BAHRU – Gali lubang tutup lubang. Itulah situasi dihadapi seorang peniaga wanita apabila terpaksa membuat pinjaman kepada 16 ah long untuk digunakan sebagai modal berniaga.
Menurut Dila (bukan nama sebenar), pada mulanya dia membuat pinjaman sebanyak RM1,000 daripada seorang ah long, namun disebabkan gagal melunaskan bunga sebanyak RM200 seminggu, dia terpaksa pinjam kepada ah long lain sehingga pinjaman mencecah RM15,600.
Dia tiada pilihan selain membuat pinjaman melalui ah long untuk mendapatkan modal perniagaan pada Februari lalu apabila dia mula mengambil alih warung milik rakannya di sebuah taman perumahan di Skudai, di sini, selepas namanya disenarai hitam.
“Sebelum ini, saya tiada masalah dengan pihak bank sehinggalah pada tahun 1998, rakan membuat pinjaman membeli kereta menggunakan nama saya. Malangnya dia gagal bayar balik sehingga kereta itu ditarik balik, sekali gus nama saya disenarai hitam.
“Oleh kerana terlalu buntu dan yakin untuk berniaga, saya tidak berfikir panjang dan mengambil keputusan membuat pinjaman dengan ah long selepas usaha mendapatkan pinjaman daripada pihak tertentu termasuk ahli keluarga gagal," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.
Katanya, dia berani mengambil risiko selain yakin mampu untuk membuat pembayaran balik kerana jumlah pinjamannya hanyalah RM1,000, namun tidak menyangka apabila bunga yang perlu dibayar tiap minggu melebihi jumlah pokok iaitu RM1,900 seminggu.
Paling membuatkan dia tertekan apabila sering diburu ah long berkenaan sekiranya gagal menjelaskan bunga setiap minggu, sehinggakan dia tidak berani untuk membuka warung kerana bimbangkan keselamatannya.
Satu laporan polis dibuat mangsa di Balai Polis Johor Bahru Central Jumaat lalu.
“Saya terpaksa menggunakan hasil perniagaan sebanyak RM3,000 sebulan, selain gaji kerja sambilan sebanyak RM800 untuk melangsaikan hutang, namun hanya hutang dengan lima daripada 16 ah long berjaya saya langsaikan dan masih ada baki pinjaman sebanyak RM8,950.” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Aduan Masyarakat Bahagian Johor Bahru, Michael Tay Chee Boon berkata, dia akan membantu wanita terbabit untuk berbincang dengan 11 ah long terlibat dalam memberi kelonggaran terhadap pembayaran pinjaman.
Pencuri cilik diberkas
Wartawan Sinar Harian
18 April 2012
MUAR – Tiga remaja yang dipercayai baru berjinak-jinak dengan kegiatan mencuri ditahan polis pada 14 April lalu.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, kesemua remaja berusia 14 tahun itu dikehendaki kerana dipercayai menceroboh gerai di pasar malam dekat Parit Jawa sejak sebulan lalu.
Menurutnya, tangkapan dilakukan selepas menerima empat laporan polis daripada peniaga di situ yang sudah tidak tahan dengan perbuatan remaja terbabit.
“Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan, telah membantu pihak polis mengenal pasti mereka.
“Ekoran itu, pihak polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan tiga daripada lima remaja yang terlibat di rumah masing-masing berhampiran Parit Jawa,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohamad Nasir berkata, salah seorang suspek adalah pelajar sekolah pendidikan khas, manakala yang lain tidak bersekolah.
“Antara yang dicuri remaja berkenaan ialah telur ayam sebanyak 100 biji, dua karton air minuman berkarbonat, wang syiling RM10 dan milo seberat dua kilogram.
“Mereka juga menceroboh kedai basikal dan mencuri dua besi umpil tayar, lima sepana dan satu handle basikal,” katanya.
Tambahnya, suspek kini ditahan reman sehingga hari ini (18 April ) untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 kanun keseksaan kerana menceroboh,” katanya.
Empat pengawal keselamatan lesapkan RM80,000
MOHD FIRDAUS YON
19 April 2012
Empat pengawal keselamatan lesapkan RM80,000
JOHOR BAHRU - Empat pengawal keselamatan yang melakukan pecah amanah dengan melarikan RM80,000 milik pusat beli-belah ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di sini, dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, kesemua mereka yang berkhidmat sejak lima bulan lepas itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari selepas polis menerima maklumat berhubung kejadian daripada pengurusan pusat beli-belah terbabit, beberapa jam sebelum itu.
“Kesemua mereka sudah diminta oleh pusat beli-belah itu untuk mendepositkan wang bernilai RM79,363 ke sebuah bank di kawasan Nusajaya pada 9 April lepas.
“Bagaimanapun, pengurusan pusat beli-belah itu mendapati duit berkenaan tidak didepositkan selepas bank tersebut memaklumkan kepada mereka, Jumaat lepas,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya, di sini, semalam.
Noor Hashim berkata, pihaknya hanya menemui RM31,000 daripada kesemua wang tunai RM79,363 berkenaan dengan duit itu dipercayai telah digunakan oleh salah seorang daripada empat lelaki yang ditahan untuk melangsaikan hutang, hasil pemeriksaan di rumah terbabit.
Menurutnya, keempat-empat pengawal keselamatan terbabit tidak mempunyai rekod jenayah, namun ujian air kencing salah seorang daripada mereka didapati positif ganja.
“Kesemua mereka yang berumur 22 hingga 27 tahun itu kini direman sehingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Noor Hashim berkata, pihaknya berjaya menumpaskan kumpulan samun berkawan dan curi kenderaan di sekitar Nusajaya selepas menahan sembilan lelaki di sebuah restoran di Taman Nusa Bestari, di sini, Ahad lalu.
Katanya, pasukan khas yang ditubuhkan untuk memberkas kumpulan terbabit berjaya merampas Proton Perdana V6 dan Proton Iswara yang dipercayai dicuri, dua motosikal dan parang panjang yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah terbabit.
“Hasil siasatan polis mendapati kumpulan ini aktif sejak enam bulan lepas dan terlibat dengan sembilan kes samun berkawasan di sekitar Nusajaya. Modus operandi mereka adalah masuk ke dalam rumah mangsa dan mengacukan parang bagi menakutkan mangsa sebelum mengambil barang berharga serta kereta,” katanya.
Perogol terlibat dalam kemalangan
Wartawan Sinar Harian
19 April 2012
PETALING JAYA – Penjenayah yang terlibat dalam kes rogol dan dan samun di Damansara Damai minggu lalu dipercayai terlibat dalam kemalangan di Kuala Selangor.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, penemuan sebuah kereta Proton Saga yang ditinggalkan kerana rosak akibat kemalangan di daerah itu minggu lalu menemui barang milik mangsa yang dilarikan.
“Polis telah memanggil mangsa untuk mengenal pasti barang miliknya yang dilarikan suspek dan hasil pengecaman ke semua barangan itu adalah milik mangsa,” katanya.
Menurutnya, polis sedang menjejaki suspek yang dipercayai masih berada di negeri ini.
Dalam kejadian minggu lalu, mangsa berusia 20-an bukan sahaja disamun malah dirogol oleh suspek yang memecah masuk apartmennya kira-kira jam 4 pagi.
Suspek yang bersenjatakan parang turut memakai topeng dan kejadian turut disaksikan adik dan sepupu mangsa.
Tercampak dalam longkang, mekanik maut
NORRIZAH BAHARUDIN
19 April 2012
Tercampak dalam longkang, mekanik maut
ALOR GAJAH - Seorang mekanik maut selepas dirempuh sebuah pa­cuan empat roda, Toyota Harrier yang dinaiki empat sekeluarga di Kilometer 199.0, Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan, dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Muhammad Azizul Safian Suri, 28, maut serta-merta di tempat kejadian.
Turut maut adalah dua penumpang kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Lim Ching Yeo, 32, iaitu Ng Beng Tian, 32, dan Tan Bian, 61.
Mereka dalam perjalanan menghala ke Simpang Renggam, Johor.
Difahamkan ketika kejadian, Muhammad Azizul bersama dua lagi rakannya, Ishak Mohamad, 56, dan Muhammad Efendi Osman, 30-an, baru selesai membaiki sebuah lori milik Majlis Perbandaran Jasin yang mengalami kerosakan di tepi lebuh raya terbabit.
Seorang lagi mangsa kemalangan lebuh raya meninggal dunia

19 April 2012
MELAKA - Seorang lagi mangsa kemalangan yang meragut tiga nyawa di KM198 lebuh raya arah selatan berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh di sini petang semalam,  meninggal dunia di Hospital Melaka pagi ini.
Yong Ah Eng, 57,  meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut kira-kira 9.17 pagi, kata Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin ketika dihubungi hari ini.
Yong, dari Simpang Renggam, Johor merupakan makcik kepada mangsa yang maut di tempat kejadian semalam iaitu Ng Beng Tian, 32. Turut terbunuh ialah ibu Ng, Tan Bian, 61, dan seorang mekanik, Muhammad Azizul Safian Rani, 28.
Kejadian kira-kira jam 3.05 petang semalam berlaku apabila sebuah Toyota Harrier merempuh sebuah lori sky lift yang rosak di lokasi itu.
Dalam pada itu, pemandu lori tersebut Ishak Mohamad, 56, patah kaki kiri manakala pemandu Toyota Harrier, Lim Ching Yeo, 32, isteri kepada Ng hanya cedera ringan. – Bernama
Sementara itu, Muhammad Efendi berkata, mangsa dan Ishak sedang mengangkat kon keselamatan selepas selesai membaiki lori berke­naan, sebelum dirempuh.
“Saya sempat mengelak kerana ber­ada di belakang lori.
“Kenderaan terbabit yang menggunakan laluan kecemasan terus merempuh Muhammad Azizul dan Ishak, menyebabkan mereka tercampak ke dalam longkang berhampiran,” katanya.
Menurutnya, akibat rempuhan itu, Ishak patah kaki kiri.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Penguat kuasa Bomba Kanan II Baharudin Ismail berkata, dua penumpang pacuan empat roda itu maut di tempat kejadian.
“Kami mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, Muhammad Azizul yang beralamat di Lorong Sepakat 5, Kampung Simpang Tiga, Kuala Lumpur, dirempuh sebuah pacuan empat roda dinaiki empat sekeluarga.
“Semua mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah menerusi talian 06-5563222 untuk membantu siasatan,” katanya.
Bas UiTM terbakar, empat kakitangan selamat
SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
19 April 2012
Bas UiTM terbakar, empat kakitangan selamat
JASIN - Empat kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Segamat terselamat selepas bas dinaiki mereka terbakar dekat Hentian Sebelah Kampung Bemban, di KM184 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, petang semalam.
Kejadian kira-kira jam 1 petang itu disedari pemandu bas universiti, Shamsuri Sentol, 46, yang terbau hangit dari arah belakang.
Menurutnya, dia bersama tiga rakannya dalam perjalanan dari Simpang Ampat, Alor Gajah ke UiTM Segamat dan terbau hangit kira-kira dua kilometer sebelum memasuki kawasan hentian sebelah Kampung Bemban.
“Saya kemudiannya memberhentikan bas. Selepas diperiksa, ada asap pada tayar di belakang bas dan cuba memadamkannya menggunakan air.
“Namun api mula keluar dan berlaku letupan kecil sebelum marak menyebabkan saya terus menghubungi bomba,” katanya, semalam.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin, Rozali Mustafa berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.13 petang dan tiba di lokasi 13 minit kemudian.
“Bagaimanapun dalam perjalanan, kami meminta bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh dan Bukit Katil untuk ke lokasi berikutan lokasi kami lebih jauh.
"Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, bas berkenaan terbakar hampir 100 peratus dan api dapat dikawal dalam tempoh lima minit sebelum padam sepenuhnya,” katanya kepada pemberita.
Didakwa cedera isteri guna pisau
Wartawan Sinar Harian
19 April 2012
Didakwa cedera isteri guna pisau
GEORGETOWN - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencederakan bekas isterinya, minggu lalu.
Regen Phlip, 24, didakwa mencederakan bekas isterinya Maneka Manokaran, 28, dengan menggunakan pisau jenama Pen Knife, di Flat Plam Court, Jalan Sri Tanjung Pinang, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, 12 April lalu.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azizah Jaafar mencadangkan tertuduh dijamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, Majistret Noor Aini Yusof membenarkan Regen diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.
Beliau menetapkan 3 Mei ini untuk sebutan kes dan memberi peluang kepada Regen melantik peguam.
Suami isteri larikan rantai emas
Wartawan Sinar Harian
19 April 2012
Suami isteri larikan rantai emas
KULIM - Polis berjaya mengesan nombor pendaftaran motosikal digunakan sepasang suami isteri ketika melarikan rantai dan loket dari sebuah kedai emas kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis sedang menjalankan siasat dan sudah mengenal pasti alamat pasangan itu berdasarkan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
“Dalam kejadian petang kelmarin, si isteri masuk ke dalam sebuah kedai emas dan berjaya melarikan barang kemas bernilai RM6,000.
“Modus operandi digunakan, si suami menunggu di luar dengan motosikal manakala isterinya masuk ke dalam kedai dan menyamar sebagai pelanggan,” katanya.
Menurutnya, si isteri meminta petugas kedai emas menunjukkan rantai dan loket. Setelah melihat dan merampas barangan itu, dia kemudiannya melarikan diri bersama suaminya yang sudah bersedia di luar.
“Polis yakin, mereka akan dapat dikesan sedikit masa lagi.
“Saya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian itu supaya membuat laporan dimana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Dua pegawai polis menyoal seorang pekerja kedai itu berhubung kes kecurian terbabit.
Rimas pelajar agama kutip derma
Wartawan Sinar Harian
18 April 2012
Rimas pelajar agama kutip derma
SUNGAI PETANI – Tindakan sesetengah institusi agama yang menjadikan amalan mengutip derma sebahagian tugas pelajar menerima pelbagai tanggapan negatif orang ramai.
Pengadu, Anita Hashim, 45, berkata, ketika sedang makan bersama keluarga di Bandar Lagenda Heights Sungai Petani dia ternampak remaja sekolah agama sedang mengutip derma hingga larut malam.
Menurutnya, apabila ditanya, pelajar menjelaskan dari sebuah sekolah agama di daerah Yan yang diminta berbuat demikian untuk menampung perbelanjaan sekolah.
“Keadaan ini memalukan dan menjatuhkan maruah sebuah institusi agama kerana mereka dibiarkan mengutip derma hingga larut malam.
“Kadang-kadang naik rimas juga dibuatnya kerana aktiviti itu makin berleluasa,” katanya.
Tinjauan di beberapa bank Bandar Lagenda Heights semalam mendapati terdapat dua pemungut derma sedang menunggu di laluan masuk bank bertujuan mengharapkan ihsan orang ramai.
Sinar Harian difahamkan oleh seorang lagi pengadu Fazli Salleh, 38, dia ternampak kelibat pemungut sampai ke lokasi itu jam 10.30 pagi dan sudah hampir dua jam mereka di situ.
Dia berkata, kelihatan seorang lelaki berusia 40-an berpakaian kemas dengan sebuah kotak yang tercatit maklumat dan tujuan kutipan derma dilakukan.
Manakala seorang lagi remaja dilihat berpakaian kemeja dan bersongkok dengan buku resit di tangan.
Wartawan cuba mendekati remaja terbabit dan mendapat respons positif. Dia yang memperkenalkan dirinya sebagai Mohd Hanis (bukan nama sebenar), berasal dari Alor Setar kini belajar di sebuah sekolah tahfiz di Kuala Kedah.
Mohd Hanis berkata, tugas mengutip derma dilakukan secara sukarela.
"Hasil kutipan kadang kala mencecah RM100 sehari tetapi bergantung kepada keadaan.
"Saya tak kisah apabila ibu mendaftarkan diri ke sekolah itu kerana ia berasaskan pengajian al-Quran dan Pendidikan Islam," katanya.
Seorang lagi pemungut derma berkata, tujuan kedatangannya dari Selangor adalah untuk menampung perbelanjaan penubuhan Pusat Sains Tahfiz Antarabangsa.
Dia juga pernah dihantar ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Dia berkata, sekiranya orang ramai menghulurkan sumbangan dianggap bonus tetapi tidak memaksa untuk melakukannya.
“Menderma bukan sahaja amalan Islam semata-mata malah semua kaum turut mendidik ajaran murni.
“Masyarakat Sabah adalah paling banyak menghulurkan derma melalui pengalaman saya ke sana,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk, Johari Hashim, 60, berkata, dia kerap terlihat pemungut derma berlegar-legar di hadapan pintu bank.
“Kadang-kadang ada lelaki, perempuan, remaja dan kanak-kanak pun ada,” katanya.
Johari yang kasihan dengan tindakan pelajar mengharapkan agar kerajaan memberi perhatian isu berkenaan dengan menyediakan peruntukan kepada sekolah agama supaya pelajar tidak menjadi mangsa keadaan.
“Tindakan minta derma ini tidak elok dipandang orang kerana masa belajar mereka tergendala kerana kebanyakannya adalah masih bawah umur.
“Pemungut dewasa pula sentiasa ada kerana orang ramai murah hati menghulurkan wang.
“Selagi ada yang sentiasa memberi, selagi itu ada yang memungut,” katanya.
Dia juga mengharapkan ada tindakan lanjut yang boleh dilakukan pihak bertanggungjawab daripada membiarkan gejala memungut derma dijadikan budaya masyarakat setempat.

No comments:

Post a Comment