Toyol dara pecah flat
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
mfirdaus@hmetro.com.my
DITAHAN...suspek
Aktiviti remaja berusia 14 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup selepas memecah masuk dan mencuri kelapa di sebuah rumah penduduk flat berkenaan, jam 5 petang kelmarin.
Menurut sumber, penangkapan suspek yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini, sekali gus melegakan penduduk di flat berkenaan yang sebelum ini kebimbangan apabila 10 rumah penduduk di situ dipecah masuk sepanjang enam bulan lalu.
“Suspek yang bergerak sendirian mencuri apa saja barangan milik penduduk dan antara yang dilaporkan hilang termasuk wang, barang kemas, komputer riba dan kamera yang nilai keseluruhannya mencecah ribuan ringgit,” katanya.
Sumber itu berkata, remaja terbabit memiliki kemahiran membuka tingkap atau pintu rumah yang dikunci selain licik melalui celahan besi tingkap sempit.
Kereta terjunam
Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
shamsulmunir@hmetro.com.my
MALANG...pasukan penyelamat mengangkat mayat Aimi Mukhlis (gambar kecil) selepas keretanya terjunam ke dalam sungai.
Demikian kata Zamri Omar, 42, antara saksi terawal melihat kejadian seorang lelaki, Aimi Mukhlis Taib, 26, lemas selepas kereta Perodua Kancil dinaikinya terjunam ke dalam Sungai Bharu, di sini, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.
Menurut Zamri, dia dan rakan yang kebetulan menunggang motosikal di kawasan berhampiran menjerit memanggil mangsa, sebelum seorang rakan terjun untuk menyelamatkan lelaki itu, namun gagal kerana arus terlalu deras.
Katanya, dia hanya mampu melihat kereta berkenaan terus tenggelam sebelum dihanyutkan arus deras sehingga 50 meter dari tempat dia terjunam.
“Saya lihat mangsa yang terperangkap cuba menyelamatkan diri melalui pintu belakang kereta selepas usahanya untuk keluar melalui tempat duduk pemandu gagal.
Cinta sampai mati
Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my
ekhwan@hmetro.com.my
USUNG...anggota polis membawa mayat mangsa untuk dibedah siasat, semalam. Gambar kecil, Chua (kiri) dan Seh, maut.
TERBAKAR...bilik dua mangsa ditemui rentung.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, Chua Keh Siong, 40, dan Seh Pei Kim, 34, dipercayai mati akibat lemas berikutan kebakaran yang memusnahkan satu daripada tiga bilik di rumah kedai itu.
Difahamkan pihak forensik bomba menemui satu tong bahan bakar di dalam bilik berkenaan, namun masih menyiasat sama ada bahan itu menjadi punca kebakaran berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Andalas, Penolong Kanan Penguasa Zulkifli Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 6.14 pagi sebelum dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas dan Kota Raja dikejarkan ke tempat kejadian. Zulkifli berkata, sewaktu tiba di lokasi kejadian, bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memecah pintu utama rumah kedai berkenaan kerana tujuh kunci mangga digunakan untuk mengunci pintu utama.
Katanya, sebaik pintu dapat dipecahkan, bomba menemui mayat kedua-dua mangsa dalam keadaan rentung di dalam bilik utama rumah berkenaan.
“Mayat Chua dijumpai berhampiran pintu bilik manakala mayat Seh pula ditemui di atas katil.
“Sewaktu bomba tiba, api di dalam bilik berkenaan tidak lagi marak dan ini memudahkan bomba menjalankan operasi memadamkan kebakaran.
“Bomba dapat mengawal keadaan kira-kira 20 minit kemudian dengan bantuan 15 anggota dari Balai Bomba Andalas dan Kota Raja,” katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Tahan sakit 30 minit tersepit dalam lori
BANTU...anggota bomba membantu Mohd Hanif yang tersepit dalam lori.
Dalam kemalangan jam 3.15 petang, pemandu lori ais terbabit, Mohd Hanif Mokhtar, 30-an, penumpang kereta Perodua Kelisa, Siti Aishah Hamid, 40-an, parah, manakala penunggang motosikal cedera ringan. Sebelum kejadian, Mohd Hanif dalam perjalanan menghala Sungai Dua sebelum merempuh lori Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang membelok ke kanan dari arah belakang.
Akibat rempuhan itu, pemandu lori terbabit gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh Perodua Kelisa yang dalam perjalanan ke pekan ini.
Pada masa sama, sebuah motosikal Honda EX5 yang juga dalam perjalanan ke pekan ini tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta berkenaan, namun penunggangnya cedera ringan.
Pemandu Perodua Kelisa, Abdul Halim Nazri, 24, berkata dia bersama ibunya menuju rumah di Taman Haji Abdullah Fahim, dekat sini.
“Ketika tiba di tempat kejadian, saya nampak lori LPP memberi isyarat mahu membelok ke kanan, namun tiba-tiba sebuah lori ais merempuh lori berkenaan dari arah belakang menyebabkan kenderaan itu bergerak lalu merempuh kereta kami.
“Berikutan itu, ibu saya yang duduk di tempat duduk depan cedera di bahu kanan akibat terhentak papan pemuka.
“Pada masa sama, sebuah motosikal dari arah sama tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta kami,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Sementara itu, Penyelia Operasi Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, Adnan Hashim berkata, pihaknya mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan pemandu lori ais yang tersepit, manakala penumpang Perodua Kelisa yang cedera dikeluarkan kakitangan Hospital Kepala Batas (HKB).
Isteri maut di alang bumbung bilik
Dalam kejadian jam 3 petang itu, Zulkifli Azmi, 25, tidak menyangka kepulangannya ke rumah untuk menghantar makanan kepada isterinya, Miss Apinyar Datubahae, 26, yang juga warga Thailand berakhir insiden memilukan apabila dikejutkan dengan kematian isterinya. Zulkifli berkata, ketika pulang ke rumah dia mendengar tangisan bayinya, Siti Nur Aishah Ateiyra dari sebuah bilik dan bergegas menjenguknya.
Katanya, sebaik masuk dalam bilik, dia terkejut melihat isterinya menggantung diri menggunakan tali.
“Saya segera mendukung anak dan memaklumkan kejadian itu kepada ayah sebelum menghubungi polis dan meminta bantuan penduduk kampung.
“Kejadian itu mengejutkan, namun isteri menunjukkan perubahan selepas pulang dari Kampung Wing, Thailand dua bulan lalu. Dia seperti mengalami tekanan apabila tidak banyak bercakap, sering marah dan pernah mengelar lengannya,” katanya yang berkahwin dengan isterinya lebih setahun lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Katanya, mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat dan polis mengklasifikasikan kejadian berkenaan sebagai mati mengejut.
Diari Wartawan: Bapa ayam ugut syak wartawan menyamar
Ketika diarahkan melakukan penyamaran itu, terdetik rasa cemas di hati kerana tidak pernah memasuki pusat pelacuran sebelum ini, namun cabaran perlu disahut bagi mencari pengalaman baru.
Tempahan pelacur dilakukan di sebuah hotel sekitar ibu kota melalui panggilan telefon kepada ‘bapa ayam’ yang memperkenalkan diri sebagai KC seperti yang terdapat dalam laman web berkenaan.
Selepas menunggu setengah jam, pintu bilik hotel diketuk seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Ros, Sebaik memasuki bilik, wanita itu memeriksa sekitar bilik bagi memastikan tiada kamera disorokkan kerana bimbang gambarnya dirakam.
Seakan mengesyaki rakaman video melalui telefon bimbit dilakukan, dia terus menelefon tiga rakannya yang menunggu di bawah dan selepas beberapa minit, tiga lelaki datang dan mengarahkan telefon bimbit dimatikan.
Hampir setengah jam berada bersama wanita itu, dia berasa pelik apabila sepanjang tempoh itu, tidak berlaku sebarang sentuhan, sebaliknya pelbagai soalan ditujukan seakan mahu menyiasat latar belakangnya.
Sejurus selepas itu, saya memberikan wang langganan dan memintanya diberikan dan kemudian mengarahkannya meninggalkan bilik itu dengan alasan saya mempunyai urusan penting.
Walaupun hampir setengah jam saya menunggu di bilik berkenaan bagi mengelak bertembung sindiket itu sebelum meninggalkan hotel berkenaan, namun sindiket itu masih menanti di bawah bertujuan memantau pergerakan saya.
Sebagai wartawan baru, cabaran seperti ini perlu diharungi bagi menimba lebih banyak pengalaman. - Mohd Hafizee Mohd Arop
Ceria sebelum temui ajal
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my
wanasr@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, mangsa yang bekerja sebagai operator pengeluaran meninggal dunia selepas bas pekerja dinaiki dirempuh treler di persimpangan Kilometer 38.5, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, di sini.
Arwah Rohani seorang ibu tunggal yang bekerja di Simpang Pulai dan berasal dari Taman Mesra Rakyat, di sini, dan mempunyai tiga anak, Siti Shalida Ahmad Maskor, 4, Mohd Shafiq Ahmad Maskor, 20, termasuk anak angkat, Siti Sharmila Abdullah, 10.
Menurutnya, arwah kerap menghantar SMS bertanya khabar dan beberapa perkara lain dan memang sentiasa ceria.
“Saya sangkakan sikap peliknya itu cuma kelakuan biasa kerana dia bertanya hal membabitkan kesihatan dan meminta pandangan mengenai beberapa perkara dan keluarganya,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Kampar,.
2 maut, 8 cedera ringan
Sebelum kejadian, bas berkenaan dipercayai dalam perjalanan menghantar pekerjanya pulang dari sebuah kilang di Simpang Pulai, sebelum dirempuh sebuah lori, kira-kira jam 8 malam.
Mangsa yang maut di dikenali Rohani Ramli, 38, manakala rakan mangsa Russiah Md Yusof, 45, yang cedera parah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, pada jam 10 pagi semalam.
Rohani berasal dari Taman Mesra Rakyat, Kampar, manakala Russiah dari Simpang Tiga, Sungai Lesong, Tapah.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh, berkata kemalangan membabitkan treler dan bas kilang itu menyebabkan dua daripada 10 penumpang bas maut, manakala lapan lagi cedera ringan. Menurutnya, pemandu kedua-dua kenderaan tidak mengalami kecederaan.
“Kejadian berlaku ketika bas kilang dari arah Ipoh membelok ke arah kanan menghala ke Teluk Intan sebelum tiba-tiba dirempuh lori berkenaan.
“Kemalangan itu menyebabkan bas berkenaan terseret hampir tiga meter daripada persimpangan berkenaan, malah perlanggaran itu turut menyebabkan bas berkenaan remuk teruk di bahagian tengah,” katanya.
Nahas ketika mahu lawat bakal mentua di hospital
Lebih memilukan apabila mangsa yang dikatakan baru bertunang tiga bulan lalu tidak sempat melangsungkan perkahwinan dijadualkan pada November depan.
Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu turut mengakibatkan treler membawa muatan sabun berkenaan terbakar, namun pemandu lingkungan 30-an tidak cedera. Mangsa, Mohd Razif Abdullah Sani, 24, yang menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan dari Johor Bharu ke kampungnya di Kampung Parit Mahang, Jeram, Selangor.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati, sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu treler dipercayai melihat mangsa terbaring bersama motosikalnya di laluan kiri jalan terbabit.
“Pemandu itu dipercayai cuba mengelak tetapi tidak berjaya lalu melanggar mangsa, manakala motosikal berkenaan tersangkut dan terseret di bahagian kiri depan lori sejauh 60 meter.
“Perlanggaran berkenaan menyebabkan mangsa cedera teruk dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini, semalam.
Kejadian itu menyebabkan treler berkenaan turut terbakar dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau serta Seremban 2 diketuai Ketua Operasi, Mohd Yusoff Samad, dikerah memadam kebakaran.
Mayat mangsa yang bertugas sebagai Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera itu dihantar ke Hospital Tampin (HT) untuk bedah siasat.
“Bagaimanapun, tunangnya ada memberitahu bahawa Ajib sudah merancang ke Jitra, Kedah, hujung minggu ini, untuk melawat ayahnya yang sakit,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HT, semalam.
Menurutnya, dia sedih kerana arwah begitu bersemangat mengumpul duit syiling RM500 sebagai wang mas kahwin dan hampir semua persiapan perkahwinan sudah siap.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
Hakim menangis jatuh hukuman
Ia bermula ketika Yew dalam penghakimannya membacakan latar belakang tertuduh, Abang Ibrahim Abang Ahmad, 20, yang didakwa membunuh Taufik Abdul Rahim dalam kejadian Januari tahun lalu.
Keadaan itu menyebabkan hadirin terdiam seketika sebelum Yew membacakan penghakimannya selepas tertuduh sebelum ini membuat pengakuan bersalah.
Mengikut fakta kes, Abang Ibrahim yang menghadapi tuduhan pilihan didakwa membunuh Taufik di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sadong Jaya, Kota Samarahan antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang, 15 Januari 2011.
Sebelum kejadian, tertuduh pada jam 12.30 tengah hari, hari sama dikatakan bertemu mangsa di sebuah kedai di Kampung Sadong Jaya bagi berbincang mengenai kes kecurian motosikal.
Perbincangan itu berlangsung kira-kira sejam apabila mangsa menuduh tertuduh terbabit dengan kegiatan mencuri motosikal. Bagaimanapun, setengah jam kemudian, mangsa didakwa mengeluarkan kata-kata kesat hingga mengundang kemarahan tertuduh.
Kemarahan itu menyebabkan tertuduh mengambil kayu lalu menghayun dan terkena bahagian belakang kepala menyebabkan mangsa terjatuh.
Tertuduh menghayun kali kedua dan hayunan itu menyebabkan mangsa terus tidak bergerak. Keadaan itu menyebabkan tertuduh panik sebelum mencampakkan kayu digunakan dalam kejadian itu ke kawasan hutan nipah berhampiran.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Musli Abdul Hamid manakala tertuduh diwakili Abdul Rahman Mohd Hazmi.
Mati dibelasah
Oleh Ahmad Othman
metrojb@yahoo.com
metrojb@yahoo.com
Syaiffudin, yang lebih mesra dipanggil Din ditemui tidak sedarkan diri pada jam 8.40 malam kelmarin, di Dewan Serbaguna Kampung Makam, dipercayai menjadi mangsa belasahan sekumpulan individu.
Din dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru namun dia disahkan meninggal dunia pada jam 5 pagi, semalam.
Menurut Jalil, Din anak sulung daripada empat beradik sepatutnya mendaftar bekerja di sebuah syarikat di Johor Bahru sebagai pembantu teknikal, semalam.
“Din baru menamatkan pengajian di Pusat Giat Mara Pengkalan Batu, Mersing, beberapa bulan lalu dan begitu bersemangat untuk bekerja malah turut berjanji akan menyara persekolahan adiknya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HKT.
No comments:
Post a Comment