Saturday, April 21, 2012

SEMUA JENIS HUTANG TAK BAYAR HARAM...CAS RIBA LAGI...RASUAH JUGA HARAM..AMBIK HARTA DAN WANG CARA BATIL HARAM JUGA....

30 bekas peserta ragui ESQ



wan zahidi (dua dari kiri) berbincang sesuatu dengan anggota alumni ESQ 165 termasuk Rosile (tengah) di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 bekas peserta program motivasi anjuran syarikat Emotional and Spiritual Quotient (ESQ) Leadership Training mengakui kebenaran fatwa pengharaman yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Zahidi Wan Teh terhadap modul pengajaran syarikat itu dua tahun lalu.
Wakil alumni, Rosile Saat Al-Gayauwi berkata, perkara itu disedari sendiri oleh mereka yang semakin lama semakin berasa curiga dengan modul ESQ 165 yang dibawa syarikat berkenaan.
Sehubungan itu, katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) perlu membuat keputusan segera ke atas modul latihan ESQ 165 yang didakwa berupaya menyesatkan akidah seseorang.
“Keputusan itu perlu dicapai secepat mungkin kerana latihan ESQ 165 kini sudah semakin menular dalam agensi-agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tentera, polis dan sebagainya.
“Kami tidak faham mengapa perkara ini boleh berlaku kerana fatwa pengharamannya telahpun berkuat kuasa,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Pasangan kekasih mati rentung


BULATAN menunjukkan rumah pasangan kekasih yang mati rentung dalam kebakaran di Taman Desa Ablelink, Klang semalam.


KLANG – Sepasang kekasih ditemui mati rentung dalam bilik utama sebuah rumah kedai di tingkat dua bangunan empat tingkat itu di Jalan Hulubalang 26, Taman Desa Ablelink di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 6.14 pagi, mayat lelaki, Chua Keh Siong, 40, dijumpai atas lantai berdekatan pintu bilik iaitu kira-kira satu meter dari mayat mangsa wanita, Seh Pei Kim, 34.
Pasangan tersebut dipercayai mati selepas terhidu asap berlebihan dalam bilik mereka.
Keh Siong bekerja sebagai jurujual beralamat di Taman Klang Utama di sini manakala Pei Kim yang tidak diketahui pekerjaannya beralamat di Kampung Baru Jenjarom, Jenjarom dekat sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sri Andalas dan Kota Raja, Zulkiplie Othman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.14 pagi sebelum tiba ke tempat kebakaran 13 minit kemudian dengan dua jentera bomba dan 15 anggota.
Menurut beliau, pasukan bomba yang naik ke rumah mangsa terpaksa memecahkan empat mangga dan pintu jeriji serta pintu untuk memasuki rumah yang disewa pasangan itu.

Suri rumah maut dirempuh lori, digilis kereta



SUAMI Azizah yang enggan dikenali meratapi kematian wanita itu pada motosikal yang ditunggangnya dalam kemalangan di Kilometer 34, Jalan Bahau-Kemayan, Jempol semalam.



JEMPOL - Seorang lelaki hanya mampu meratap kesedihan apabila melihat isterinya terbunuh dalam keadaan ngeri selepas dirempuh sebuah lori sebelum digilis pula sebuah kereta di Kilometer 34, Jalan Bahau-Kemayan dekat sini semalam.
Dia yang enggan dikenali terus meluru ke arah motosikal yang ditunggang isterinya sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi, mangsa Azizah Abdullah, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan di beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, semasa kejadian mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 datang dari arah Kemayan menuju ke Felda Lui Timur.

Gadis dilarikan lelaki tua serah diri kepada polis


BALVIN (kiri) menyerah diri di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur kelmarin.


KUANTAN – Remaja perempuan, Balvin Kaur, 17, yang dilaporkan hilang dipercayai dilarikan seorang lelaki tua di sini pada 7 April lalu menyerah diri di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada pukul 3 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusof berkata, pihaknya telah memaklumkan hal berkenaan kepada keluarga pelajar tingkatan lima itu.
“Balvin dilaporkan sihat dan selamat ketika menyerah diri. Bagaimanapun, lelaki yang dikenali sebagai Ravi yang didakwa melarikan remaja itu masih gagal dikesan.
“Kita sangat berharap Ravi dapat hadir di balai polis berdekatan untuk membantu siasatan berhubung kes ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Haram tak bayar PTPTN

BENTONG - Para peminjam yang tidak membayar pinjaman termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah haram hukumnya, kata Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman (gambar).
Beliau berkata, mengikut Islam, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya.
"Haram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Falak Syarie di Janda Baik dekat sini semalam.
Katanya, peminjam wajib membayar balik pinjaman seperti yang terkandung dalam kontrak perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.


Ratusan ekor ikan lumba-lumba mati



DUA pakar haiwan memeriksa seekor ikan lumba-lumba yang mati di sebuah pantai di utara Peru pada 11 April lalu.



LIMA - Para pegawai Peru kini sedang menyiasat punca kematian hampir 900 ekor ikan lumba-lumba yang terdampar di pantai bahagian utara negara tersebut sejak empat bulan lalu.
Pihak berkuasa menyatakan mereka mengesyaki kejadian itu berlaku disebabkan sejenis virus.
Namun, pihak berkuasa masih menunggu keputusan ujian untuk mengesahkan kematian mamalia marin itu.
"Setakat ini, itulah hipotesis (mati disebabkan sejenis virus) yang dapat dibuat," kata Timbalan Menteri Alam Sekitar Peru, Gabriel Quijandria kepada sebuah stesen radio tempatan.
Sebanyak 95 peratus kematian itu melibatkan ikan lumba-lumba daripada spesies bottlenosed.
"Ini bukan kali pertama ia berlaku. Terdapat insiden yang sama di Peru, Mexico dan Amerika Syarikat (AS)," kata Quijandria. - AFP

No comments:

Post a Comment