Monday, February 15, 2010

AWAS...PERKARA INI BILA2 BOLEH BERLAKU.....



Mangsa amukan Hari Kekasih


2010/02/16


KUANTAN: Seorang tukang masak nyaris maut apabila menjadi mangsa ‘amukan Hari Kekasih’ seorang anggota polis, gara-gara dituduh menjadi punca lelaki berkenaan putus tunang kira-kira dua minggu lalu dalam satu kejadian, tengah malam kelmarin.
BUKTI...Nor Adi menunjukkan laporan polis yang dibuatnya, semalam.
BUKTI...Nor Adi menunjukkan laporan polis yang dibuatnya, semalam.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 8 malam di Pantai Teluk Chempedak di sini, mangsa dibelasah kira-kira 20 lelaki termasuk abang bekas tunang anggota polis berpangkat konstabel berkenaan yang bertugas di Selangor.


Akibat kejadian itu, mangsa bukan saja cedera di mulut, dahi, kepala dan belakang badan, malah diugut bunuh jika melaporkan kejadian itu kepada polis.


“Mereka akan pastikan saya mati tanpa kubur jika melaporkan kejadian ini,” kata mangsa, Nor Adi Mohamad Noor, 27.


Menceritakan semula detik cemas itu, Nor Adi berkata dia menerima panggilan daripada abang gadis berkenaan kira-kira jam 7.30 malam mahu bertemunya di Taman Esplanade di sini.


“Namun saya memaklumkan tidak dapat berbuat demikian kerana berada di Teluk Chempedak bertemu seorang rakan.

“Lalu dia menyesyorkan supaya kami bertemu di tempat letak kereta sebuah hotel di sana dan saya bersetuju,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Katanya, apabila tiba pada masa dijanjikan dia pergi ke kawasan itu seorang diri dan mendapati tiga lelaki termasuk abang gadis berkenaan dan anggota polis terbabit bersama seorang lagi lelaki sudah menunggunya.


Nor Adi berkata, lelaki terbabit kemudian membawanya ke sebuah kawasan gelap berdekatan dan memukulnya bersama tiga lagi lelaki yang sudah menunggu di situ.


Katanya, selepas melihatkan dirinya tidak bermaya, semua lelaki berkenaan melarikan diri dan sempat mengugutnya supaya menyerahkan RM200 untuk dibuat belanja minum.


Menurutnya, dia yang dalam keadaan tidak bermaya dibantu orang awam ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.


Nor Adi percaya kejadian itu ada kaitan dengan keakrabannya berkawan dengan seorang gadis berusia 22 tahun di tempat kerja yang juga bekas tunang anggota polis berkenaan sehingga dituduh menjadi perosak hubungan pasangan terbabit.

No comments:

Post a Comment