DUNIA AKAN HANCUR ATAU KITA MATI DULU CARILAH BEKALAN AKHIRAT...MASA MENGEJAR KITA...DAN KITA SEMAKIN TUA...BERUBAN SERTA KEREPOT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Monday, February 15, 2010
JANGAN MACAM NI.....YANG MEMBESARKAN IBU BAPA.....
Lari ikut ‘abang Jo'
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/02/16
GOMBAK: Godaan selain ilmu pengasih diamalkan seorang buruh binaan warga Indonesia dipercayai menjadi punca seorang gadis, Norlaili Afizah, 19, termakan pujukan sehingga sanggup melarikan diri meninggalkan keluarga serta ibu yang sakit gara-gara diajak kahwin lari di tanah seberang.
SAYU..Rokiah sebak membaca surat Norlaili sambil diperhatikan Mustapa.
SAYU..Rokiah sebak membaca surat Norlaili sambil diperhatikan Mustapa.
LARI...Norlaili yang dilarikan buruh binaan warga Indonesia.
LARI...Norlaili yang dilarikan buruh binaan warga Indonesia.
Difahamkan, kehilangan mangsa yang disifatkan ahli keluarga sebagai anak yang baik mencetuskan tanda tanya berikutan mangsa amat patuh terhadap ibu bapa selain menjaga ibunya, Rokiah Ratih 50, yang menderita penyakit di bahagian otak sejak 10 tahun lalu.
Abang mangsa, Mustapa Kamal Omar, 26, berkata, kehilangan adik kesayangannya itu bersama seorang pemuda warga Indonesia bernama Sarjo cukup membuat mereka sekeluarga menderita, apatah lagi bapa dan adik yang lain kerap menangis sejak Norlaili hilang Jumaat lalu.
Menurutnya, kehilangan Norlaili hanya disedari selepas adiknya itu tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Setia Jaya, Setapak di sini sehingga jam 7.30 malam.
“Pada mulanya, adik saya itu hanya memberitahu ingin pergi ke rumah rakannya kira-kira jam 11.20 pagi, namun tidak pulang ke rumah sehingga kini manakala telefon bimbit miliknya gagal dihubungi.
“Saya dan ayah, Omar Mahmud, 55, berusaha mencarinya hingga ke Kampung Kemensah, Hulu Klang berikutan ada maklumat mendakwa seorang lelaki Indonesia bernama Sarjo bertanggungjawab melarikan adik saya,” katanya.
Namun usaha itu gagal sebelum mereka menerima beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) memeranjatkan dihantar Norlaili yang memaklumkan berada di Johor Bahru dan dalam perjalanan menaiki feri ke Indonesia.
“Melalui SMS berkenaan, Norlaili turut memberitahu ada meninggalkan surat dalam kotak pisau yang disimpan dalam laci di dapur bagi memaklumkan pemergiannya.
“Berdasarkan surat berkenaan, Norlaili berulang kali meminta maaf kepada kami dan memberitahu ingin ke Indonesia bersama ‘abang Jo’ untuk berkahwin di sana. Dia memberitahu terpaksa kahwin lari kerana yakin hubungan mereka tidak direstui keluarga,” katanya.
Menurutnya, adiknya itu turut meminta ahli keluarga tidak bimbang dan berjanji akan pulang ke Malaysia suatu hari nanti.
“Kandungan surat itu cukup menghiris hati kami sekeluarga yang selama ini amat menyayanginya. Saya yakin ada ‘sesuatu’ yang dilakukan terhadap adik saya itu hingga fikirannya dikawal dan sanggup melarikan diri. Saya yakin adik saya tidak sanggup melakukan perbuatan itu kerana dia cukup manja dan tidak pernah membelakangkan keluarga dalam apa perkara sekalipun.
“Norlaili anak keempat daripada lima beradik dan tidak pernah sesekali keluar malam dan kini sedang menunggu tawaran bagi melanjutkan pelajaran ke Institut pengajian Tinggi Awam (IPTA),” katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati di sini.
Menurutnya, adiknya itu berkemungkinan dipikat seorang buruh binaan warga Indonesia yang sebelum ini pernah bekerja di tapak pembinaan kondominium di seberang jalan rumah mereka beberapa tahun lalu.
“Mungkin kesempatan itu diambil lelaki warga Indonesia itu untuk memikat adik saya yang ketika itu cukup mentah,” katanya dengan linangan air mata.
Difahamkan, Norlaili kali terakhir dilihat keluar dari rumah membawa beg tangan dengan memakai baju kemeja hitam-kuning berlengan panjang dan berseluar jeans serta bertudung hitam.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai adiknya diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian 016-2690277.
SAMBUNGAN
'Kesal ikut Abang Jo'
Oleh Zalifah Mohd Yatim
zalifah@hmetro.com.my
2010/02/20
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
GOMBAK: Rasa bersalah dan naluri sayangkan keluarga menghalang hasrat seorang remaja lari mengikut kekasih ke Indonesia apabila dia pulang ke pangkuan keluarga di Kampung Setia Jaya, Setapak di sini, awal pagi semalam.
Norlaili Afizah Omar, 19, kembali ke pangkuan keluarga jam 2.30 pagi semalam selepas melarikan diri jam 7.30 malam, Jumaat lalu kerana mengikut kekasih warga Indonesia yang dikenali sebagai Sarjo atau Abang Jo.
Katanya, dia bersama kekasih merancang menyeludup secara haram ke Jawa Timur, Indonesia sejak 2008 selepas berkenalan empat tahun lalu.
Menurutnya, sejak sebulan lalu selepas nekad mahu melarikan diri, setiap kali keluar bertemu lelaki itu secara sembunyi, dia turut membawa pakaiannya sedikit demi sedikit dan apabila wang dikumpul kekasih bernilai RM4,000 cukup menampung kos menyeludup keluar mereka secara haram.
Fizah berkata, dia menaiki teksi ke stesen LRT Taman Melati sebelum bertemu Abang Jo yang menunggu di Pasar Seni dan mereka ke Sungkai, Perak menumpang di rumah sewa milik rakan kekasihnya.
“Ketika melarikan diri saya langsung tidak fikirkan orang lain termasuk keluarga, apa yang saya mahu hanya berada dekat Abang Jo kerana saya cintakannya.
“Selepas tinggal beberapa hari di rumah sewa, saya tidak menonton televisyen dan membaca surat khabar tetapi hanya berbincang bagaimana hendak melarikan diri secara haram ke Indonesia.
“Tiba-tiba pada Rabu lalu, seorang kawan Abang Jo menghubungi maklumkan polis menjejaknya dan keluarga pula kerisauan dan sedih sehingga menyebabkan ayah tidak mampu lelap dan tidak boleh bekerja.
“Saya menangis kerana kesal dan Abang Jo menyuruh pulang ke pangkuan keluarga kerana katanya perkahwinan tidak mendapat restu belum pasti dapat hidup bahagia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Turut serta keluarga termasuk bapanya, Omar Mahmud, 55, dan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Malaysia, Datuk Muhd Khairun Aseh.
Menurutnya, sepatutnya pada hari dia balik ke pangkuan keluarga dia bersama kekasih bertolak ke Johor Bahru sebelum menyeludup secara haram ke Indonesia tetapi saat-saat akhir membatalkan hasrat kerana terlalu sayangkan keluarga selama ini banyak berkorban.
Katanya, dia rela berpisah dengan kekasihnya yang sudah kembali ke negara asalnya tetapi tidak sanggup terputus hubungan dengan keluarganya.
“Saya benar-benar menyesal perbuatan melarikan diri kerana mengikut kekasih dan saya berjanji tidak akan mengulangi semula, saya minta ampun dan maaf kepada keluarga, insya-Allah saya tidak akan membelakangkan keluarga masa depan terutama membabitkan jodoh,” katanya.
Dia turut menasihatkan remaja dan wanita yang bercadang melarikan diri mengikut kekasih supaya berfikir dengan waras bukannya mengikut perasaan dan emosi.
Sementara itu, Omar berkata, dia bersyukur anaknya balik ke rumah dengan selamat dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan.
“Saya sekeluarga bersyukur dan gembira dia balik dengan selamat,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment