Tuesday, February 16, 2010

MAKSIAT DI MANA2 SEKARANG....ITU YANG DAPAT DIKESAN YANG TERLEPAS TAK TAHU BERAPA JUMLAHNYA






Siswi IPT leka minum arak antara dicekup



2010/02/16


KUALA LUMPUR: Siswi institusi pengajian tinggi (IPT) dan golongan elit antara mereka yang dicekup atas kesalahan meminum arak dalam Operasi Cumbu yang diadakan di lokasi utama di Selangor pada malam Hari Kekasih, Ahad lalu.
Mereka ditahan ketika leka berseronok dengan minuman memabukkan itu di beberapa pusat hiburan dan pub, seolah-olah langsung tidak berasa bersalah dengan kesalahan dilakukan, walaupun nyata bertentangan di sisi undang-undang. Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Hidayat Abd Rani, berkata mereka ditangkap melakukan kesalahan terbabit oleh sepasukan penguat kuasa yang melakukan operasi pada malam terbabit.


Menurutnya, melalui operasi itu pihaknya mengenal pasti pelbagai golongan, baik lelaki mahupun perempuan terbabit dengan pelbagai kesalahan, rata-rata berusia 20 hingga 40-an, termasuk gadis dari Sabah dan Sarawak.


“Operasi Cumbu tertumpu di kawasan taman rekreasi, hotel bajet, pusat hiburan dan pub, membabitkan beberapa lokasi utama di Petaling Jaya, Shah Alam, Gombak, Kajang dan Klang.


“Di Petaling Jaya dan Shah Alam, pihak Jais mendapati 39 orang Islam terbabit dalam kesalahan minum arak, enam kes kerana kesalahan bersekedudukan yang boleh didakwa melalui Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan 37 orang dikenakan arahan kaunseling.


“Serbuan di kawasan Gombak dan Kajang, mendapati 35 kes bersekedudukan dan enam orang dikenakan arahan kaunseling manakala di Klang, lima kes khalwat dan 13 dikenakan arahan hadir ke pejabat agama untuk menerima kaunseling,” katanya.

Operasi Cumbu membabitkan 80 penguat kuasa dari jam 10.30 malam hingga 5 pagi berkenaan, tidak berdepan dengan masalah, walaupun ada sesetengah yang diserbu memberikan pelbagai alasan sebagai taktik untuk meloloskan diri.


“Sesetengah mereka memberikan alasan berada di dalam bilik hotel kerana berbincang mengenai urusan pekerjaan dan hanya semata-mata mahu merehatkan badan bagi mengikuti aktiviti yang dijadualkan pada keesokan hari.


“Tetapi, bagi pihak kami, semua itu hanya sekadar alasan, malah tindakan tetap dikenakan kepada mereka tanpa sebarang kompromi,” katanya.





LAGI






Lelaki disyaki berkhalwat cuba terjun tingkat 11



2010/02/16


GEORGETOWN: Cubaan seorang lelaki warga Indonesia untuk melarikan diri melalui balkoni bilik setinggi 11 tingkat gagal selepas dihalang pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam operasi cegah maksiat sempena Hari Kekasih, awal pagi semalam, di Desa Baiduri, Air Itam.
PERIKSA...seorang pegawai JHEAIPP memeriksa cermin dipecahkan oleh lelaki warga Indonesia (gambar kanan) untuk melarikan diri.
PERIKSA...seorang pegawai JHEAIPP memeriksa cermin dipecahkan oleh lelaki warga Indonesia (gambar kanan) untuk melarikan diri.
Dalam kejadian jam 12.40 pagi itu, lelaki berusia 30-an itu bertindak untuk terjun bangunan selepas terkejut dengan ketukan bertalu-talu pintu rumah sewanya ketika tidur.


Bagaimanapun, niatnya itu tergendala selepas pegawai penguat kuasa JHEAIPP menghalang sehingga menyebabkannya masuk ke dalam rumah sebelum menyerah diri selepas disyaki berkhalwat.


Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, berkata pasukannya yang dianggotai 20 pegawai penguat kuasa JHEAIPP terkejut melihat kelibat seorang lelaki yang cuba melarikan diri dari balkoni.


Menurutnya, selepas menghalang lelaki berkenaan terjun, pihaknya mendapati dua wanita warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan masing-masing berusia lingkungan 20 hingga 30-an berada bersamanya di dalam bilik berasingan.


“Lelaki yang memakai kain pelekat dan berseluar pendek tanpa baju itu gagal membuktikan dokumen nikah yang sah dan dipercayai berada bersama wanita senegaranya di sebuah bilik manakala rakan wanita senegaranya pula berada bersama seorang lelaki tempatan tanpa nikah.

“Mereka ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Bandar Baru Farlim untuk dibuat laporan tangkapan,” katanya.


Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 27(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


Beliau berkata, turut ditahan lapan lelaki dan lapan wanita serta seorang pondan dengan masing-masing berusia antara 16 hingga 30 tahun di beberapa hotel murah sekitar Butterworth.


Khairul Azman berkata, dalam operasi sama, seorang lelaki berusia 29 tahun yang enggan bekerjasama dan cuba bergelut dengan pihaknya turut ditahan.


LAGI




Pura-pura diserang sawan babi elak dicekup Jaip


2010/02/16


KUANTAN: Bagi mengelak dicekup, seorang lelaki memberi alasan diserang sawan babi selepas bilik hotel disewa bersama pasangannya diserbu pihak berkuasa kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin.
BERLAKON...seorang lelaki berpura-pura tidak sedarkan diri manakala pasangannya bersembunyi bawah katil ketika bilik hotel mereka diserbu Jaip, semalam.
BERLAKON...seorang lelaki berpura-pura tidak sedarkan diri manakala pasangannya bersembunyi bawah katil ketika bilik hotel mereka diserbu Jaip, semalam.
Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun itu bekerja sebagai tentera laut dan sudah berkahwin manakala pasangannya berumur 30 tahun, juga sudah berkahwin serta mempunyai anak.


Sebelum serbuan, anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) terpaksa mengetuk pintu lebih sejam sebelum mendapatkan bantuan pihak polis untuk membuka pintu bilik didiami pasangan berkenaan.


Apabila pintu bilik berjaya dibuka, seorang lelaki tidak berbaju dan berseluar jeans didapati terbaring seolah-olah sedang mengalami sawan babi manakala pasangannya dijumpai menyorok di bawah katil.


Tindakan lelaki berkenaan menyebabkan penguat kuasa Jaip menyimbah air pada muka dan badannya untuk ‘menyedarkan’ sebelum pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini.

No comments:

Post a Comment