Friday, February 19, 2010

TAK ABIS2 KISAH2 BEGINI....SAPE NAK DISALAHKAN...UNDANG2 QURAN JELAS



Bomoh tak mengaku rogol anak tiri


2010/02/20


IPOH: Seorang bomoh warga emas mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan apabila dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol anak tirinya di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang, dekat sini, awal pagi 2 Februari lalu.
Berdasarkan pertuduhan, warga emas berusia 70 tahun itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu ke atas anak tirinya berusia 24 tahun di bilik hadapan dalam sebuah rumah bernombor 8, PPRT Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang, kira-kira jam 1 pagi, 2 Februari lalu.


Tertuduh didapati melakukan kesalahan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari enam tahun atau tidak lebih 20 tahun dan sebatan.


Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izalina Rajaai, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


Dalam hujah pendakwaan, Nurul Izalina memohon mahkamah supaya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana bimbang dengan keselamatan mangsa atau kemungkinan perbuatan itu berulang.


Tertuduh memohon maaf kepada Hakim Noor Hayati Mat dan meminta wang jaminan RM15,000 dikurangkan dengan alasan tidak bekerja, sudah berusia dan mempunyai ramai tanggungan.

Justeru, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dan memerintahkan tertuduh menjauhi serta tidak boleh tinggal bersama mangsa.




LAGI ZINA







Rahsia spa maksiat


Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my
2010/02/20


KUALA LUMPUR: Bimbang gadis tukang urut yang menjalankan kegiatan pelacuran di pusat kesihatan atau spa dicekup pihak berkuasa, segelintir pengusaha dikesan menggunakan khidmat ‘call girl’ hanya apabila pelanggan membuat tempahan awal.
Jika tiada tempahan, gadis terbabit akan diletakkan di premis lain dan hanya akan dipanggil ‘berkhidmat’ apabila ada pelanggan.


Ini terbukti dalam satu serbuan di sebuah spa yang beroperasi di kondominium mewah Seasons Tower, Jalan Changkat Thambi Dollah, kira-kira jam 2 pagi semalam, yang menawarkan pakej tukang urut istimewa termasuk layanan seks.


Apabila tempahan dilakukan, pengurus spa atau di kenali sebagai ‘kapten’ akan menghubungi gadis ‘call girl’ berkenaan.


Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Pelacuran dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah berkata, taktik itu terbongkar hasil maklumat orang awam.


“Dalam serbuan, seramai 12 gadis ‘call girl’ warga asing terdiri dari lima wanita Thailand, Indonesia (empat) dan China (tiga) berusia antara 26 hingga 30 an dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran, ditahan.

“Semua mereka ditahan ketika menyembunyikan diri di tiga bilik berasingan di premis itu dan dipercayai sedang bersiap untuk dibawa menemui pelanggan di bilik masing-masing,” katanya ketika dihubungi, semalam. Razali berkata, kegiatan spa itu sukar dibongkar kerana ia berselindung di sebalik kawasan kediaman mewah.


“Siasatan awal mendapati seluruh spa itu termasuk di tembok dan kaki lima dilengkapi kira-kira 10 kamera litar tertutup (CCTV) dan hanya mempunyai satu pintu masuk dan keluar.


“Seorang pengurus spa di gelar ‘kapten’ berusia 34 tahun turut ditahan dan siasatan awal mendapati semua wanita asing terbabit datang ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial,” katanya.


Menurutnya, mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana kesalahan menawarkan perkhidmatan seks.



LAGI





Isteri curang tuduh suami nafsu songsang


2010/02/20


KUALA LUMPUR: Berkenalan lapan tahun namun berkahwin hanya dua bulan. Itulah yang berlaku pada seorang ahli perniagaan apabila isterinya curang dan melarikan diri mengikut kekasih baru selain menuduh mangsa gagal memuaskan nafsunya.
Lebih menyedihkan, wanita terbabit sanggup memfitnah lelaki berkenaan menerusi laman sosial kononnya dia mempunyai nafsu songsang semata-mata mahu menutup kesalahannya bersekedudukan bersama kekasih gelapnya.


Pendedahan itu diceritakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Fadli, 33, yang berdiam diri dan bersembunyi hampir setahun kerana tertekan dan malu apabila perkahwinannya dengan wanita terbabit yang mendapat jolokan ‘Wedding of The Year’ oleh rakan-rakan, berakhir dengan kegagalan.


“Terasa hina apabila perkahwinan yang dilangsungkan dengan kos mencecah ratusan ribu ringgit semata-mata mengikut kehendak bakal isteri ketika itu, akhirnya musnah apabila dia sendiri memfitnah saya sebagai seorang gay selain dituduh gagal memuaskan nafsunya ketika bersama.


“Walaupun diajak berbincang, isteri saya enggan sehingga tembelangnya pecah apabila mendapati sebenarnya dia mempunyai kekasih dan menjalin hubungan beberapa bulan sebelum kami bernikah,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.


Fadli berkata, maruahnya kini tercemar apabila isterinya sanggup menggunakan laman sosial Internet untuk melemparkan pelbagai dakwaan palsu sehingga dirinya dipersalahkan kerana gagal mendidik isteri.

“Selain mengeluarkan keluhan rasa berbentuk sindiran kononnya tertekan dengan perkahwinan yang baru dibina, tembelangnya pecah apabila menemui mesej 'chatting' bersama kekasihnya mengenai kejahilan saya tidak pandai beraksi bersamanya.


“Lebih parah lagi, perbualan mereka di laman sembang itu berbaur lucah mendedahkan sikap isteri yang tidak pernah berubah dan pernah tidur bersama kekasihnya itu,” katanya yang menganggap semua itu berpunca daripada kesilapannya memilih gadis 'liar' sebagai isteri.


Menurutnya, perkenalan mereka bermula sebagai seorang rakan perniagaan selama lapan tahun sebelum masing-masing bersetuju menamatkan persahabatan dengan ikatan pernikahan.


“Selain faktor umur mencecah 30-an, dia bersungguh-sungguh mengajak saya berumah tangga dengan alasan saya mengetahui sikapnya yang suka bersosial dan menyatakan hanya saya mampu mengubahnya menjadi wanita baik,” katanya.


“Terpedaya dengan janji itu, saya mengaturkan perkahwinan dengannya yang berasal dari Pantai Timur dan dilangsungkan awal tahun lalu mengikut segala kehendaknya termasuk hantaran mencecah puluhan ribu ringgit,” katanya.


Kira-kira sebulan melayari kehidupan berumah tangga, Fadli berkata dia berasakan ada sesuatu tidak kena apabila isterinya tiba-tiba enggan tidur bersama.


Menyangka isterinya mungkin mengalami sindrom kehamilan, dia hanya membiarkan perubahan itu sehingga tembelang pecah apabila menemui mesej pada akaun laman sosial Internet milik wanita terbabit.



LAGI



GRO biadap


Oleh RUDY SYAREME SHERIFFUDIN
am@hmetro.com.my
2010/02/21


GEORGETOWN: Berang dengan kehadiran sekumpulan jurugambar, seorang wanita warga China yang dipercayai pelayan pelanggan (GRO) mengeluarkan kata-kata kesat ketika cuba menghalang gambarnya dirakam apabila dicekup polis di sebuah pusat karaoke di Persiaran Gurney, di sini, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, tindakan agresif wanita itu yang menghalang jurugambar menjalankan tugas berjaya dikawal anggota polis.


Wanita itu antara 13 wanita warga China dan seorang wanita warga Uzbekistan bersama 20 pelanggan lelaki berusia antara 20 hingga 30-an yang ditahan kira-kira jam 12.15 tengah malam semalam oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang.


Operasi itu turut disertai 17 pegawai dan anggota Bahagian Penguat kuasa dan Pelesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang diketuai Pengarah Pelesenan, Rafiah Mohd Radzi manakala polis pula diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh.


Mohd Nasir berkata, operasi dijalankan selepas mendapat maklumat awam bahawa sebuah premis hiburan menjalankan operasi tanpa lesen dan menyalahgunakan syarat lesen dengan menggajikan wanita warga asing sebagai GRO.

“Sumber juga memaklumkan, kegiatan tidak bermoral dan penyalahgunaan dadah dijalankan di dalam pusat karaoke yang diserbu dan hasil pemeriksaan di premis itu kami menemui beberapa pil khayal jenis Eramin 5 dan ecstasy bertaburan di lantai beberapa bilik,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Katanya, ketika pemeriksaan, semua GRO di dalam premis dan seorang daripada mereka pernah ditahan di lokasi sama tahun lalu.


Menurutnya, pihaknya memantau premis itu selama tiga hari sebelum menyerbu dan berjaya membongkar kegiatan GRO membabitkan warga China yang berselindung di sebalik sebuah pusat karaoke.


Beliau berkata, siasatan juga mendapati semua wanita warga asing itu mempunyai pasport sah tetapi menyalahgunakan pas lawatan sosial.


Katanya, hasil saringan air kencing ke atas 20 pelanggan lelaki, empat didapati positif dadah dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk dibuat laporan tangkapan dan keterangan diri.


“Berdasarkan siasatan, premis ini membuat permohonan mendapatkan lesen dan diluluskan MPPP tetapi tidak diserahkan lagi kepada pemilik, namun mereka menjalankan perniagaan sejak Disember tahun lalu.


“Semua wanita warga asing itu disiasat mengikut Seksyen 39B Peraturan Imigresen 1959/1963 atas kesalahan melanggar syarat pas dan permit.

“Pengusahanya turut didakwa kerana menggajikan pekerja warga asing mengikut Seksyen 55B Peraturan Imigresen 1959/1963 manakala empat lelaki tempatan yang ditahan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.



SAPE YANG SALAH





Tukang urut kena perah



Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my
2010/02/21

KUALA LUMPUR: Mereka rela bekerja sebagai gadis urut kerana mahukan wang lumayan dengan cara mudah tanpa mengira halal haram, namun impian itu tidak kesampaian selepas terperangkap dengan kontrak disediakan tauke rumah urut.

Lebih menakutkan, mereka diwajibkan bekerja tidak kurang dari 10 bulan dan tauke memberi amaran akan menghantar samseng untuk mencari gadis urut yang berhenti kerja atau melarikan diri sebelum cukup tempoh itu.


Perkara itu didedahkan seorang gadis urut yang hanya mahu dikenali sebagai Camelia, 27, selepas menyesali perbuatannya dan berasa diperbodohkan oleh majikan sepanjang bekerja sebagai tukang urut.


Dia kini melarikan diri daripada bekerja di premis rumah urut berkenaan dan mahu mencari pekerjaan lain.


Camelia berkata, ketika diterima bekerja, dia diwajibkan menandatangani kontrak bekerja selama 10 bulan dengan merelakan gaji dipotong sebanyak RM400 sebulan, sekali gus membolehkan si tauke memperoleh untung atas angin sebanyak RM4,000.

“Saya tidak diberitahu secara khusus mengenai potongan wang gaji itu kerana di dalam kontrak tidak pula ditulis alasannya, malah salinan kontrak yang ditandatangani tidak diberi.


“Yang saya faham, ia sebagai persediaan jika premis diserbu atau saya ditahan pihak berkuasa seperti jabatan agama Islam, polis atau pihak berkuasa tempatan.


“Wang potongan bulanan itu digunakan untuk membuka semula perniagaan atau menjamin saya. Sebab itu banyak rumah urut yang diserbu dan ditutup boleh buka semula sebab mereka ada wang yang diperah daripada tukang urut,” katanya.


Selain dipotong RM400, kontrak berkenaan memerlukan wanita terbabit merelakan apa saja potongan yang dibuat.


“Jika premis kena samun atau rompak, gaji kami kena potong sekitar RM100 hingga RM150. Jika lewat datang kerja sejam kena potong RM100 dan jika tidak datang kerja gaji kena potong antara RM200 hingga RM300. Dari semasa ke semasa ada saja potongan gaji yang dikenakan ikut suka hati mereka,” katanya.


Menurutnya, beberapa syarat dikenakan juga tidak masuk akal, antaranya jika sakit perlu datang ke premis untuk tempoh lebih dua jam bagi membuktikan benar-benar sakit.


“Paling saya takut, jika tidak bekerja sehingga tamat kontrak, tauke akan cari sehingga ke rumah dan melakukan lagak seperti samseng. Ada rakan yang lari pernah kena begitu. Sekarang saya takut juga kerana melarikan diri daripada bekerja di premis itu,” katanya.

Camelia yang hanya bekerja tiga bulan berkata, tidak sukar bekerja sebagai tukang urut di premis berkenaan kerana hanya perlu menandatangani kontrak dan belajar urut ala kadar sebelum bekerja.


“Kami digalak melakukan khidmat urut batin kerana mampu memberi lebih keuntungan kepada tauke dan pada masa sama diri sendiri. Jika urut biasa untuk tempoh sejam berharga RM50 hingga RM60, saya hanya mendapat RM15 dan selebihnya milik tauke.


“Jika urut batin, daripada bayaran RM50 yang dikenakan kepada pelanggan, saya cuma diberi RM20, bakinya tauke ambil. Jika ramai pelanggan, banyaklah gaji saya, tetapi sama ada gaji banyak atau sedikit, tauke tetap untung kerana potongan gaji yang dikenakan,” katanya.


Seorang lagi bekas gadis urut yang hanya mahu dikenali sebagai Rozita, 20, berkata tauke rumah urut berani membuka perniagaan itu kerana mampu beroleh untung besar.


“Bayangkan, jika seorang pekerja dipotong RM400, berapa banyak tauke boleh dapat. Itu tidak termasuk keuntungan yang diperoleh daripada pelanggan. Jika ada banyak premis, lagi banyak untung,” katanya.


Rozita mendakwa, sebab itu sehingga hari ini premis rumah urut tidak pernah surut.


“Tukang urut diperah habis-habisan. Ada yang berani mengambil tukang urut di bawah 21 tahun dan diletakkan di lokasi yang kononnya selamat daripada serbuan.


“Apa pun, tauke tak susah sebab kalau kena serbu, barang kena rampas, bilik kena pecah dan pekerja kena tahan, tauke ada wang untuk memulakan perniagaannya semula. Semua wang yang dipotong hasil titik peluh tukang urut,” katanya.


Rozita mengakui menyesal bekerja sebagai tukang urut dan menasihati wanita lain supaya tidak melakukannya.


“Memang pekerjaan itu kononnya boleh dapat banyak wang, tetapi kita sebenarnya dipergunakan habis-habisan,” katanya.



URUT




>Tolak pekerjaan yang tidak halal


2010/02/21

KUALA LUMPUR: “Sepatutnya awal-awal lagi tolak pekerjaan itu (gadis urut) kerana kerja yang tidak elok, kesannya juga tidak elok. Banyak lagi pekerjaan halal yang boleh dilakukan,” kata pendakwah bebas, Ramzi Ramli.


Pada masa sama, kena tindas pula.

Justeru, dengan pendedahan yang dibuat, diharap ia memberi pengajaran, sekali gus menyedarkan wanita yang terbabit dengan pekerjaan itu atau wanita lain yang mahu mencari wang mudah dengan memilih bekerja sebagai gadis urut,” katanya. Ramzi berkata, kewujudan rumah urut yang lebih kepada memberi keseronokan kepada pelanggan menerusi pelbagai tawaran khidmat ekstra seperti urut batin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. “Kita sering melihat, rumah urut yang diserbu dibuka semula.


Dengan pendedahan yang dibuat, diharap ia dapat dijadikan panduan untuk pihak berkuasa menutup terus rumah urut yang terbabit dengan aktiviti maksiat. “Pada masa sama, penguatkuasaan yang dibuat perlu lebih tegas dan berkesan.

Jika serbu, pastikan premis ditutup terus dan sentiasa dipantau,” katanya. Menurut Ramzi, selain pihak berkuasa, masyarakat setempat perlu membantu dengan mengambil inisiatif tertentu supaya tiada aktiviti maksiat membabitkan rumah urut di kawasan kediaman mereka. “Komuniti masyarakat seperti persatuan penduduk boleh berperanan menghalang wujudnya rumah urut di kawasan mereka. “Jika sudah ada, pantau dan jika ada yang tidak kena, lakukan sesuatu supaya dapat dibanteras.

Penduduk berhak menolak sebarang aktiviti tidak elok di kawasan kediaman mereka,” katanya. Ramzi berkata, tukang urut yang ditahan dalam serbuan juga perlu diambil perhatian dan jangan dibiarkan begitu saja. “Bantu mereka dengan menyediakan tempat pemulihan supaya tidak lagi melakukan pekerjaan seperti itu.

Pada masa sama, bantu mereka mendapatkan pekerjaan yang lebih sesuai,” katanya




lagi





'Carilah kerja halal'



Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
2010/02/22


KUALA LUMPUR: Lebih baik bekerja sebagai pembantu rumah yang pastinya menawarkan gaji halal meskipun kecil, daripada berkhidmat sebagai tukang urut dengan pendapatan lumayan, namun terpaksa menjadi hamba kepada majikan mata duitan.
Kelompok gadis urut khususnya beragama Islam tidak seharusnya berasa 'sayang' untuk meninggalkan pekerjaan terbabit walaupun mereka disogok pelbagai tawaran lumayan kerana jawatan itu jelas tidak direstui Allah SWT.


Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, berkata beliawanis Muslim tidak seharusnya cepat terpedaya dengan kerja mudah yang menawarkan gaji tinggi, sebaliknya berfikir seribu kali sebelum membuat keputusan.


Menurutnya, rungutan yang timbul selepas berkhidmat di sektor kurang direstui mengikut syariat agama hanyalah keluhan kosong yang tidak akan mendapat pembelaan dan pertolongan Allah, justeru pekerjaan begitu wajar dijauhi dan ditinggalkan.


“Kerja begini sepatutnya bukan menjadi pilihan kerana begitu banyak pekerjaan di dunia ini yang lebih halal meskipun gaji yang ditawarkan mungkin sedikit.


“Bila ada gadis yang memilih untuk kerja sebagai tukang urut demi mahukan wang cepat tapi akhirnya dia merungut kerana bebanan majikan mendesak, sekali gus melambang bagaimana mereka berfikir dan membuat keputusan.

“Ia juga sebagai terjemahan orang itu jenis yang macam mana. Bagi saya, kalau sudah dalam Islam mengatakan pekerjaan itu tidak elok, kenapa kita mesti memilih kerja berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam mengenai kisah dua wanita yang rela bekerja sebagai gadis urut kerana mahukan wang lumayan dengan cara mudah tanpa mengira halal dan haram.


Namun, impian itu tidak kesampaian selepas terperangkap dengan kontrak ‘neraka’ yang disediakan tauke rumah urut, antara lain, gaji setiap gadis urut dipotong RM400 sebulan selama 10 bulan sebagai kos perlindungan, potongan RM100 sejam jika lewat datang kerja dan potongan sehingga RM300 jika tidak datang bekerja.


Laporan turut menyebut potongan itu membolehkan tauke rumah urut memperoleh keuntungan atas angin sebanyak RM4,000, malah wang terbabit adalah persediaan jika premis diserbu mahupun tukang urut ditahan pihak berkuasa seperti jabatan agama Islam, polis atau pihak berkuasa tempatan.


Menjelaskan lanjut, Dr Harlina Halizah berkata, gadis yang terperangkap dengan kerja seumpama itu perlu segera bertaubat dan beringat dengan hukuman Allah di akhirat kelak.


“Jangan fikir dunia habis di situ saja kerana kita ada dunia akhirat yang kekal dan di sinilah semuanya akan dinilai termasuk amal ibadat serta perbuatan kita. Jangan juga terlupa bahawa Tuhan ada untuk perhatikan kita.


“Orang begini (gadis urut) mungkin pernah tersasar dan fikir Allah tiada untuk memerhatikan mereka, namun ambillah masa yang ada sekarang untuk pohon keampunan sekali gus bertaubat menjauhi perkara mungkar,” katanya.




lagi




Sarang lampias nafsu


Oleh Intan Mas Ayu Shahimi dan Salman Hamat
am@hmetro.com.my
2010/02/23

JOHOR BAHRU: Persinggahan Asmara. Begitulah nama jolokan diberikan kepada sebuah rumah bernombor 88 di sebatang jalan di bandar raya ini yang menyediakan khidmat bilik sewa mengikut jam bagi membolehkan pasangan kekasih melampiaskan nafsu sejurus keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari.
Dengan kadar sewa serendah RM20 sejam, rumah teres dua tingkat yang mempamerkan nombor ‘ong’ di balkoni tingkat atas, mempunyai sekurang-kurangnya tujuh bilik selain dilengkapi kemudahan ala kadar seperti sabun, tuala, bilik air, katil dan televisyen.


Walaupun hanya setaraf rumah tumpangan atau hotel murah, tempat itu mungkin sudah cukup selesa buat pasangan kemaruk seks tetapi ‘sengkek’ atau tidak berduit untuk menyewa bilik hotel.


Menurut sumber ingin dikenali sebagai Syah, pasangan terdiri daripada warga kerja sekitar bandar raya ini biasanya menyewa bilik berkenaan untuk tempoh singkat bagi mengelakkan kegiatan maksiat mereka dihidu pihak berkuasa dan seterusnya dicekup berkhalwat.


Katanya, kebiasaannya pasangan terbabit datang menaiki kereta atau motosikal dan meletakkannya di kawasan pagar rumah atau kawasan berdekatan sebelum bertemu penjaga rumah.


“Sebagai tempat persinggahan untuk berasmara, sebaik selesai ‘projek short time’ mereka akan terus beredar. Biasanya pasangan kekasih terbabit hanya singgah antara setengah jam hingga 40 minit untuk melampiaskan nafsu sebelum pulang semula ke pejabat masing-masing.

“Kegiatan tidak bermoral ini sudah berleluasa sejak beberapa tahun lalu. Malah, di sekitar kawasan itu dipercayai ada tiga lagi rumah diubah suai dan menawarkan khidmat sewa bilik mengikut jam untuk kegunaan pasangan kemaruk seks membuat projek short time,” katanya.


Berikutan itu, Syah berharap pihak berkuasa mengambil berat terhadap gejala tidak sihat yang sedang berlaku itu dengan memantaunya kerana jika dibiarkan berlarutan bimbang boleh mencemarkan imej bandar raya ini.


Bagi membuktikan dakwaan Syah itu, dua wartawan Harian Metro menyamar sebagai pasangan ingin menyewa bilik di rumah berkenaan pada hari kerja.


Sebaik tiba di pintu Persinggahan Asmara, mereka dihampiri penjaga rumah itu yang tanpa segan silu menawarkan khidmat sewaan bilik dengan caj RM20 sejam.


Sejurus melangkah masuk ke rumah berkenaan, kelihatan agak sunyi seperti tidak berpenghuni dengan ruang tamu tersusun kemas dilengkapi perabot asas seperti kerusi panjang, radio dan telefon talian tetap.


Seperti tergesa-gesa, wartawan diminta masuk oleh penjaga premis dan dijemput duduk di kerusi panjang diikuti perbualan singkat sebelum dia menunjukkan laluan ke bilik di belakang rumah yang menempatkan tiga bilik.


Difahamkan, tingkat atas rumah teres itu mempunyai empat lagi bilik yang boleh disewa pada kadar sama.


Penjaga premis berusia sekitar 50-an itu menunjukkan sebuah bilik kosong dan mengingatkan kedua-dua ‘tetamu’ itu diberikan tempoh satu jam untuk berasmara.

No comments:

Post a Comment