Thursday, February 18, 2010

BILA ADAB SOPAN DAN AGAMA DIABAIKAN



Tak tahan diusik Awang Hitam


2010/02/18


KUALA LUMPUR: “Penduduk terutama gadis tempatan sering diraba dan diganggu terutama ketika pulang bekerja waktu malam.
RAMAI...kondominium di Bukit Jalil yang didakwa majoritinya dihuni warga asing dari Afrika.
RAMAI...kondominium di Bukit Jalil yang didakwa majoritinya dihuni warga asing dari Afrika.
“Rakan saya, baru-baru ini terpaksa berhenti kerja kerana tidak tahan asyik dikacau sekumpulan Awang Hitam,” kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Leya.

Leya, 20-an, berkata isu kebanjiran warga asing terutama dari Afrika semakin meruncing apabila kondominium berhadapan Stadium Bukit Jalil di sini menjadi tumpuan penempatan kumpulan berkenaan yang mengancam keselamatan penduduk terutama wanita tempatan.

“Saya sering diganggu, mujur tidak diperkosa beramai-ramai kerana pada ketika itu mereka mabuk.


Walaupun tangan saya dikasari mereka, tetapi dapat ditepis dan melarikan diri.


“Kami takut untuk membuat laporan polis, bimbang diperhatikan atau dikesan.

“Menakutkan kerana mereka menjadikan kaki lima kondominium serta bawah blok sebagai tempat lepak untuk mabuk beramai-ramai dan pantang melihat gadis lalu terutama yang keseorangan pasti akan diganggu atau diraba,” katanya ketika ditemui Harian Metro di kondominium berkenaan di sini, semalam.

Tinjauan Harian Metro mendapati kawasan kondominium berkenaan majoritinya dihuni warga asing berkulit hitam serta Arab dan mereka akan bersiul ke arah gadis yang didapati berseorangan.

Bagaimanapun, berdasarkan aduan penduduk sekitar, warga asing itu ‘aktif’ pada waktu malam dan akan berjalan secara berkumpulan berbanding pada siang hari yang kebanyakan mereka bergerak secara solo.

Seorang lagi penduduk yang juga mahu dikenali sebagai Dayah, 28, berkata disebabkan tugasan kerja yang sering menghalangnya pulang pada siang hari, dia sering bertembung warga asing berkenaan dan menjadi mangsa gangguan.

“Saya takut pulang pada waktu malam tetapi apakan daya kerana disebabkan tugas saya terpaksa menempuh kawasan mereka terutama ketika ingin menaiki lif,” katanya.

No comments:

Post a Comment