Friday, February 19, 2010

MULA BERCINTA LAIN.....DAH KAHWIN JADI LAIN




myMetro bullet Setempat


Bekas kekasih ugut santau, sebar gambar bogel


2010/02/20


KUALA LUMPUR: Akibat memutuskan hubungan cinta, seorang wanita kini hidup dalam ketakutan apabila bekas teman lelakinya mengugut akan menggunakan santau selain mahu menyebarkan gambar bogel mangsa yang didakwa diambil ketika dia tidur.
Difahamkan, mangsa yang menjalinkan hubungan sejak enam tahun lalu itu memutuskan hubungan mereka selepas tidak tahan dengan perangai bekas teman lelakinya yang panas baran selain pernah mengugut akan membunuhnya.


Berikutan itu, wanita berusia 26 tahun itu ditemani bapanya membuat laporan polis kerana bimbang dengan ugutan lelaki terbabit. Menurut sumber polis, mangsa pada mulanya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan daripada lelaki berkenaan yang mendakwa akan menggunakan santau dan menyebarkan gambar bogel mangsa Selasa lalu.


“Kandungan SMS terbabit menyatakan yang dia akan memalukan mangsa dengan menyebarkan gambar bogelnya kepada semua orang yang mengenalinya dan gambar terbabit didakwa diambil ketika mangsa sedang tidur.


“Bekas teman lelakinya itu memberitahu yang dia berang kerana mangsa memutuskan hubungan cinta mereka dan dia tidak dapat menerima hakikat hubungan yang dijalinkan sejak enam tahun lalu berakhir begitu saja,” katanya.


Menurut sumber itu, mangsa sebelum ini pernah beberapa kali meminta memutuskan hubungan kerana tidak dapat menahan kesabaran dengan sikap panas baran bekas teman lelakinya itu.

“Wanita berkenaan mendakwa sepanjang hubungan mereka itu , dia pernah beberapa kali dipukul bekas teman lelakinya itu.


“Malah, pernah ketika dia diugut bunuh jika masih mahu meneruskan niatnya memutuskan hubungan itu,” katanya. Difahamkan, selain mengugut mangsa, lelaki terbabit turut ke rumah mangsa bertujuan mengganggu dan menakutkannya serta mahu menagih kembali cinta yang terputus itu.


Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.




LAGI




Isteri didera kerana cemburu

Oleh MOHD FIRDAUS IBRAHIM
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/02/21


KUALA LUMPUR: Malang buat seorang wanita berusia awal 20-an apabila dia dikatakan sering didera secara fizikal dan mental oleh suaminya sejak enam bulan lalu.


Malah, marahnya tidak akan hilang dalam masa singkat. “Sebaliknya, setiap kali berlaku pergaduhan, saya akan dibelasah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurutnya, lelaki itu juga pernah menjerut lehernya menggunakan selendang, menyebabkannya sukar bernafas. “Dia kemudian mengambil pisau dan menikam tilam beberapa kali selain mengugut melakukan perbuatan itu kepada saya.

Saya bagaimanapun berjaya melarikan diri dari rumah,” katanya. Selepas beberapa hari, mangsa berkata, dia menerima SMS daripada suaminya yang mengugut akan membunuhnya. Mangsa yang ketakutan kemudian membuat laporan polis sekali lagi di Balai Polis Cheras. Difahamkan, lelaki itu kini menghilangkan diri kerana menyedari diburu pihak berkuasa. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, ketika dihubungi mengatakan pihaknya sedang melakukan siasatan..



CITE GLOBAL




Padah nafsu buas


2010/02/21


LONDON: Selepas satu demi satu kecurangannya didedahkan, Ashley Cole kini menjadi lelaki paling dibenci wanita di Britain.


Kebencian mereka terhadap Cole, 29, mengatasi beberapa individu terkenal lain, termasuk pendakwah Islam yang dipromosikan sebagai pengganas dan kini ditahan di Britain, Abu Hamza al-Masri.

Berada di tempat kedua adalah rakan sekelab Cole, John Terry, yang turut dikaitkan dengan kebuasan nafsunya meniduri ramai wanita walaupun berkeluarga.

Seorang lagi atlit yang buas, Tiger Woods, berada di tempat keempat, manakala Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, di tempat kesembilan.

Di dalam kelabnya sendiri, pemilik Chelsea, Roman Abramovich, akan mendenda £200,000 (RM1.05 juta) kerana kebuasannya itu.

Abramovich dilaporkan naik angin selepas akhbar membongkar bagaimana Cole menyeludup wanita ke biliknya menjelang perlawanan Liga Perdana England.

Sementara itu, akhbar Britain sekali lagi mendedahkan bahawa bukan Aimee Walton, Sonia Wild dan Vicki Gough saja yang menjadi pemuas nafsu Cole.


Sebaliknya, Cole dikatakan berasmara dengan wanita keempat, Ann Corbitt, 28, ketika Chelsea mengunjungi Amerika Syarikat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab Seattle Sounders, Julai tahun lalu.

Menurut kakitangan kerajaan tempatan itu, dia berasmara dengan Cole dalam bilik pemain bola sepak itu.
“Cole juga mengirim gambar lucahnya kepada saya,” katanya.

Sumber berkata, Cole sedang meraikan kemenangan Chelsea dengan rakannya apabila ditegur Ann bersama seorang wanita lain di Seattle.

Sementara itu, isteri Cole, Cheryl, 26, dilihat meluangkan masa makan malam dengan seorang penari kacak di Hollywood, semalam.

Sumber berkata, Derek Hough, 24, adalah bintang program realiti televisyen AS, Dancing with the Stars.

“Cheryl menghantar limosin menjemput Hough dan membawanya menonton filem komedi romantik, Valentine's Day,” katanya.

Pasangan itu kemudian berseronok sambil makan malam bersama.

“Ia seperti pertemuan pasangan kekasih - menonton filem dan makan malam di restoran mahal, kedua-dua mereka saling berpegang tangan dan ketawa riang,” katanya. - Agensi



dulu lain





'Beri saya ruang'


Oleh Roslen Fadzil
roslen@hmetro.com.my
2010/02/25


KUALA LUMPUR: “Semuanya salah kami sendiri dan bukan salah sesiapa pun.
Malah, saya juga tak mahu salahkan takdir. Buat masa ini biarlah saya menyendiri buat sementara waktu kerana itu lebih baik dalam mencari ketenangan dan meredakan kekusutan yang berlaku,” kata artis kacukan Melayu-Jerman, Maya Karin Roelcke, 31.
Dalam pertemuan eksklusif dengan Harian Metro (HM) di Balai Berita di sini, tengah hari semalam, hos baru program Nona itu mengakui dia dan suaminya, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah, 41, mengambil keputusan berenggang buat sementara waktu kerana mahu mencari penyelesaian terhadap pergolakan rumah tangga mereka yang tercetus sejak akhir-akhir ini.


“Saya seboleh-bolehnya tak mahu bercakap langsung mengenai perkara ini (pergolakan rumah tangga). Saya diajar mendedahkan hal rumah tangga dan soal suami isteri sesuatu yang berdosa. “Bagaimanapun, saya sangat terkejut apabila gosip mengatakan saya dan suami sudah bercerai. Ia cukup keterlaluan dan saya perlu menafikannya.


“Saya akui memang kami sedang menempuh saat kesukaran dalam perkahwinan, tapi itu tidak bermakna kami tidak cuba memulihkan semula hubungan yang keruh,” kata Maya dengan air mata bergenang. Walaupun masih mampu tersenyum, hatinya seakan-akan menyembunyikan sesuatu.


Maya dan Steven bernikah pada 14 Ogos 2008 selepas tujuh tahun bercinta. Perkahwinan mereka cukup istimewa kerana berlangsung dalam suasana romantis di tepian Tasik Como, Bellagio, Itali dan disusuli dengan majlis resepsi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Kepong di sini, pada 26 Ogos tahun sama.


Apabila ditanya di manakah cincin berlian yang sebelum ini tersarung di jari manis kirinya, Maya berkata: “Oh, janganlah ini pun hendak disensasikan. Memang apabila terbabit dengan lakonan, saya kerap kali menyimpan dan memakai semula cincin itu. Ia masih dalam simpanan saya dalam sebuah kotak kecil kerana saya baru pindah ke Sungai Penchala.” Ketika berita ini ditulis, suami Maya, seorang guru bahasa di sebuah sekolah antarabangsa di Seri Kembangan, Selangor, masih berada di Vietnam kerana terbabit kursus pendidikan. Difahamkan, Steven kini menetap di pangsapuri miliknya di Damansara, di sini.
Maya berharap pihak media tidak terus membuat spekulasi terhadap apa yang berlaku dan memberikan ruang kepadanya untuk 'bernafas'.


“Seperti saya katakan, kepincangan ini kesalahan kami sendiri dan terus terang, tidak wujud pihak ketiga di antara kami. Saya juga tidak mahu menarik ahli keluarga ke dalam masalah kami kerana kami berdua sudah cukup dewasa untuk membuat segala keputusan. Semua ini asam garam kehidupan dan ia mengajar saya menjadi lebih kuat.


“Apa yang penting saya tetap meneruskan tugas mingguan dengan Nona dan TV3 dan besar kemungkinan akan berlakon sebuah filem baru arahan Osman Ali, bulan depan,” ujar Maya.











lagi





Talak dua

Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my
2010/02/25


KUALA LUMPUR: “Ini ketentuan dan keinginan kedua-dua pihak. Selepas ini saya fokus untuk lebih pentingkan anak-anak,” bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita di luar mahkamah selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai talak dua yang diucapkan penyanyi itu kepada bekas isterinya, Marshila Mustafa, 30, Oktober tahun lalu.


Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 32, berkata dia tidak mempunyai masalah hak penjagaan anak dan bersedia umemikul tanggungjawab sebagai seorang bapa yang baik terhadap tiga anaknya.


Ketika ditanya apakah tidak takut dengan tanggapan peminat terhadapnya selepas ini, Mamat berkata, peminat berhak berkata apa saja.


“Bagi saya peminat berhak cakap apa saja, tapi hakikatnya saya dan bekas isteri saja yang tahu mengenai rumah tangga kami,” katanya. Pasangan itu berkahwin pada 2001 dikurniakan tiga cahaya mata, Aleeya Mysara, 7, Mohd Eiki Daniell, 5 dan Dylea Mysara, 3.


Dalam prosiding semalam, Hakim Syarie Ab Malek Awang memutuskan bahawa lafaz cerai talak dua diucapkan Mamat terhadap Marshila di rumah mereka, jam 8.30 malam, pada 29 Oktober 2009 adalah jelas. Ab Malek membenarkan lafaz berkenaan selepas Mamat mengakui perkara itu dan mahkamah memerintahkan Marshila mendaftarkan perceraian serta beredah tiga kali suci.
Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita di luar mahkamah selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai talak dua yang diucapkan penyanyi itu kepada bekas isterinya, Marshila Mustafa, 30, Oktober tahun lalu.


Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 32, berkata dia tidak mempunyai masalah hak penjagaan anak dan bersedia umemikul tanggungjawab sebagai seorang bapa yang baik terhadap tiga anaknya.


Ketika ditanya apakah tidak takut dengan tanggapan peminat terhadapnya selepas ini, Mamat berkata, peminat berhak berkata apa saja.


“Bagi saya peminat berhak cakap apa saja, tapi hakikatnya saya dan bekas isteri saja yang tahu mengenai rumah tangga kami,” katanya. Pasangan itu berkahwin pada 2001 dikurniakan tiga cahaya mata, Aleeya Mysara, 7, Mohd Eiki Daniell, 5 dan Dylea Mysara, 3.


Dalam prosiding semalam, Hakim Syarie Ab Malek Awang memutuskan bahawa lafaz cerai talak dua diucapkan Mamat terhadap Marshila di rumah mereka, jam 8.30 malam, pada 29 Oktober 2009 adalah jelas. Ab Malek membenarkan lafaz berkenaan selepas Mamat mengakui perkara itu dan mahkamah memerintahkan Marshila mendaftarkan perceraian serta beredah tiga kali suci.

“Selepas berpuas hati dengan kes ini dan keterangan kedua-dua pihak, mahkamah mensabitkan berlaku perceraian di luar dan tanpa kebenaran mahkamah,” katanya.


Kedua-dua mereka bagaimanapun tidak diwakili peguam. Selepas selesai prosiding, Marshila yang bekerja sebagai Eksekutif Operasi di syarikat telekomunikasi dan Mamat berjalan beriringan keluar dari mahkamah.


Pada 29 Oktober 2009 Marshila memfailkan pengesahan lafaz cerai selepas mendakwa Mamat melafazkan ‘saya ceraikan awak’ sambil disaksikan tiga anak mereka di rumah Marshila di Sungai Besi. Sementara itu, ketika di minta wartawan untuk mengulas mengenai kesnya di Singapura, penyanyi yang pernah meletup dengan lagu Untukmu Ibu dan Rahsia Pohon Cemara, dengan tenang memohon kemaafan daripada peminatnya di Malaysia dan Singapura. Menurutnya, undang-undang di Singapura agak ketat dan mendakwa apa berlaku tidak seperti apa disangkakan



LAGI



myMetro / Berita Utama


Berani sumpah cerai Ida Nerina



Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my
2010/02/26


KUALA LUMPUR: Suami pelakon Ida Nerina sanggup bersumpah di mahkamah bagi membuktikan pernah melafazkan cerai terhadap pelakon itu pada September 2008.

Bekas anggota kumpulan Blackrose, Sha’arin Mohd Razali, 40, berkata demikian di hadapan Hakim Syarie Mohd Yunus Mohd Zin dalam kamar Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.


Sha’arin selaku plaintif diwakili peguam syarie Mahyuddin Md Zahari manakala Ida Nerina yang tidak hadir semalam diwakili peguam Akhbardin Abdul Kader. Mohd Yunus kemudian menetapkan 13 dan 22 April ini untuk perbicaraan kes berkenaan selepas Ida atau nama sebenarnya Ida Nerina Hussain, 45, gagal hadir ke mahkamah tiga kali kerana masih menjalani rawatan di India akibat kecederaan dihadapinya.


Pada hari pertama perbicaraan nanti mahkamah akan memanggil Sha’arin untuk memberi keterangan manakala pada hari kedua Ida Nerina dijangka akan hadir untuk memberi keterangan. Ketika di luar mahkamah, Akhbardin memberitahu media bahawa Ida masih dalam proses rawatan dan bukan sengaja ingin melengah-lengahkan prosiding mahkamah.


“Keadaan Ida sekarang tidak mengizinkannya datang ke mahkamah. Bagaimanapun, dia akan hadir pada hari perbicaraan nanti seperti ditetapkan,” katanya.


Pelakon yang popular melalui filem Layar Lara dan Susuk itu dalam penyata pembelaannya sebelum ini bersetuju sekiranya Sha’arin ingin bercerai secara baik.

Bagaimanapun, pelakon itu menafikan berlaku lafaz cerai seperti yang didakwa Sha’arin.


Pada 12 Oktober lalu, Sha’arin memfailkan permohonan pengesahan cerai selepas mendakwa ada melafazkannya terhadap pelakon itu pada September lalu.


Pasangan itu berkahwin pada 26 Jun 2006, namun belum dikurniakan cahaya mata tetapi menerusi perkahwinan pertama, Sha’arin mempunyai dua anak, iaitu Narissa, 14, dan Arman, 8.


Sebelum ini, Sha’arin ada memberitahu mahkamah dia sudah meninggalkan Ida yang kini tinggal bersama pembantu rumah di kediaman kelamin mereka di Kosmopolitan Damansara Perdana, manakala dia kembali menetap bersama keluarga di Seputeh.


Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai permohonan pengesahan cerai yang dikatakan dilafazkan Sha’arin terhadap Ida pada Aidilfitri kedua lalu, namun tidak diketahui sebabnya.


Tiga bulan sebelum lafaz cerai itu, pelakon yang pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik FFM13 dan Aktres Terbaik Anugerah Skrin 1994 dilaporkan tergelincir dari tangga kediamannya di Persiaran Syed Putra di sini pada 21 Jun lalu.









No comments:

Post a Comment