DUNIA AKAN HANCUR ATAU KITA MATI DULU CARILAH BEKALAN AKHIRAT...MASA MENGEJAR KITA...DAN KITA SEMAKIN TUA...BERUBAN SERTA KEREPOT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Friday, February 19, 2010
MALAS NAK KOMEN
Dibelasah selepas minta bekas kekasih pulangkan ‘teddy bear’
2010/02/19
BENTONG: Hanya kerana meminta semula patung ‘teddy bear’ yang pernah dihadiahkan kepada bekas teman wanitanya, seorang lelaki dibelasah malah tingkap rumah serta keretanya turut dipecahkan kenalan wanita terbabit semalam.
Kejadian berlaku di Kemansur di sini, kira-kira jam 2.20 pagi ketika mangsa berusia 20-an hendak pulang ke rumah selepas minum bersama dua rakannya. Difahamkan, mangsa yang memutuskan hubungan dengan bekas teman wanitanya itu hampir sebulan lalu meminta semula patung berkenaan yang pernah dihadiahkan kepada wanita terbabit. Bagaimanapun, tindakan mangsa menimbulkan kemarahan kenalan wanita terbabit sebelum menahan mangsa. Ketua Polis Daerah, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata berlaku pertengkaran antara mangsa dan lelaki berkenaan menyebabkan dua rakan mangsa cuba campur tangan. “Tiba-tiba datang 20 lelaki mengepung mereka menyebabkan rakan mangsa tidak berani masuk campur manakala mangsa dipukul lelaki berkenaan. “Akhirnya mangsa bersama rakannya berjaya melarikan diri,” katanya. Beliau berkata, suspek mencari mangsa di rumahnya sebelum merosakkan kereta serta memecahkan tingkap rumah. Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis. “Lima lelaki berusia awal 20-an ditangkap di tempat berasingan bagi membantu siasatan,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment