Thursday, February 18, 2010

TAKDIR TIADA SAPE YANG TAHU

Bawa pulang tiga beranak melarat di Padang


2010/02/18

KUALA LUMPUR: Derita wanita warga Malaysia yang mengandung dan hidup melarat di tepi jalan di Padang, Indonesia bersama dua anak selepas suaminya hilang dalam gempa bumi melanda Wilayah Sumatera Barat pada 30 September tahun lalu dijangka berakhir apabila dia bakal dibawa pulang ke tanah air, Jumaat ini.
Selepas melahirkan dua anak, wanita berusia 24 tahun itu yang berkahwin dengan seorang pemuda dari Padang mengikut suaminya pulang ke Indonesia dan menetap secara sah sejak Jun 2008.

Anak bongsunya yang berusia tiga bulan dilahirkan selepas diselamatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selepas dia ditemui melarat di tepi jalan di kampung suaminya di Padang, Indonesia.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Malaysia, Datuk Muhd Khairun Aseh, berkata wanita bersama tiga anak berusia antara tiga bulan hingga lima tahun itu hilang punca dan terdampar di tepi jalan selepas suaminya hilang serta harta benda termasuk rumahnya ranap dalam kejadian itu.


Katanya, kesusahan wanita yang terkapai-kapai bersama anaknya merempat di tepi jalan selepas kejadian itu dikesan sebuah NGO di Indonesia.

“Wanita itu ditemui di tepi jalan bersama anaknya selepas gempa bumi...apabila ditanya lebih lanjut dia memaklumkan berasal dari Malaysia terdampar di tepi jalan selepas suaminya penduduk Indonesia hilang malah rumah dan segala harta benda yang dimiliki sejak menetap di negara itu ranap dalam kejadian itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment