Friday, February 19, 2010

MACAM2...BILA HUKUM AGAMA TIDAK JADI PANDUAN



PUJUK...Bella (kiri) dipujuk wakil Migrant Care, Alex Ong (kanan) yang mengunjunginya di Lombok sambil diperhatikan Hafiz.







Tukul kepala anak



Oleh Hadzlihady Hassan dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my
2010/02/19


KUALA LUMPUR: Cukup kejam apabila seorang lelaki berusia lewat 30-an sanggup memukul anak sulungnya menggunakan tukul besi dan tali pinggang hanya kerana makan di rumah datuknya, Sabtu lalu.
Difahamkan, mangsa yang berusia 13 tahun itu bertindak demikian kerana bapanya yang juga seorang pemandu lori tidak menyediakan makanan di rumah. Malah, anak sulung daripada tiga beradik itu turut mendakwa sering dipukul bapanya sejak dia kematian ibu, kira-kira empat tahun lalu. Difahamkan, hanya mangsa yang masih menetap bersama bapanya manakala dua lagi adiknya tinggal bersama datuknya.

Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa yang baru pulang ke rumahnya di Bandar Baru Ampang di sini selepas menjamu selera di rumah datuknya tiba-tiba dimarahi bapanya. Menurut sumber, mangsa pergi ke rumah datuknya di Pandan Perdana di sini kerana terlalu lapar selain tidak mempunyai wang untuk membeli makanan. “Sebaik pulang ke rumah, bapanya mula memarahinya sebelum hilang pertimbangan dan memukul mangsa,” katanya. Lebih kejam apabila mangsa dipukul menggunakan tukul besi dan tali pinggang. Sumber berkata, mangsa yang kesakitan berulang kali merayu dikasihani, namun lelaki terbabit tidak mengendahkannya. “Namun, mangsa bernasib baik kerana menutup kepalanya dengan tangan setiap kali bapanya memukulnya menggunakan tukul besi. “Selepas selesai melepaskan geram, lelaki terbabit kemudian menghalau anaknya itu keluar dari rumah,” katanya. Mangsa kemudian menghubungi ibu saudaranya sebelum dia dibawa ke Balai Polis Ampang di sini untuk membuat laporan. Sumber berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Ampang di sini untuk diberi rawatan kecemasan. Difahamkan, sehingga kini mangsa masih dirawat di hospital berkenaan kerana mengalami kecederaan serius di tangan, kaki kiri dan badan.






LAGI




Mangsa cinta terpendam
Oleh Hadzlihady Hassan


hadzlihady@hmetro.com.my
2010/02/20


AMPANG: Berang kerana cinta dipendamnya selama tiga tahun tidak berbalas, seorang lelaki mengamuk dengan menendang perut wanita pujaan hatinya itu sehingga mangsa pengsan dalam kejadian di tingkat bawah sebuah rumah kedai dua tingkat di sini, Isnin lalu.
Tidak cukup dengan itu, wanita malang berusia 22 tahun itu turut cedera di kepala dan telinga akibat diketuk dengan mangga kunci rumah kedai oleh lelaki gila bayang terbabit.


Difahamkan, insiden berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika lelaki berusia lingkungan 20-an terbabit berkunjung ke rumah mangsa sebelum menjerit sekuat hati memanggil nama wanita itu dari luar kerana mahu mendapatkan kepastian mengenai cintanya kepada mangsa.


Sejurus selepas itu, wanita berkenaan keluar dan menemui lelaki terbabit di tingkat bawah rumah kedai itu sebelum memintanya pulang secara baik, namun sebaliknya dia dimarahi lelaki itu yang secara tiba-tiba naik angin.


Menurut sumber polis, tidak cukup dengan memarahi mangsa, lelaki terbabit yang naik berang kerana cintanya tidak dibalas kemudian mengetuk kepala mangsa berkali-kali dengan mangga kunci.


“Akibat ketukan itu, kepala serta telinga mangsa berdarah. Mangsa hanya mampu menangis sambil menahan kesakitan dan meminta dilepaskan namun rayuannya itu tidak dilayan lelaki terbabit,” katanya.

Katanya, lelaki itu yang hilang pertimbangan kemudian menampar muka mangsa dan kemuncaknya dia menendang perut wanita berkenaan sehingga menyebabkannya pengsan.


“Melihat mangsa rebah, lelaki terbabit segera beredar dari situ dengan meninggalkan wanita itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.


“Mangsa kemudian dibantu beberapa jiran yang kebetulan ternampak mangsa terbaring di tingkat bawah rumah kedai itu,” katanya.


Difahamkan, mangsa mengenali lelaki terbabit sejak tiga tahun lalu dan dalam diam jejaka itu menaruh hati terhadap wanita berkenaan dan pernah meluahkan kata-kata cinta kepadanya.


Bagaimanapun, mangsa dikatakan tidak pernah melayan luahan cinta itu kerana tidak menyukai sikap lelaki terbabit membuatkan hampir setiap hari dia berkunjung ke rumah wanita berkenaan bagi mengganggunya. Kemuncaknya, pada Isnin lalu, lelaki terbabit dipercayai sudah hampir putus harapan mula naik angin apabila menyedari mangsa enggan melayan dan menerima cintanya menyebabkan dia mengamuk.


Wanita berkenaan membuat laporan polis berhubung kejadian itu sebelum mendapatkan rawatan di hospital.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan memberitahu, polis masih menjalankan siasatan.




LAGI






Saya tak restu


Oleh Muhd Izawan Baharin dan Md Fuzi Abd Lateh
am@hmetro.com.my
2010/02/20


KUALA LUMPUR: “Bukan niat saya mahu mengaib atau membuka pekung tapi sekadar ingin membetulkan kenyataan bahawa tidak akan ada majlis persandingan di rumah saya kerana perkahwinan itu tidak pernah mendapat restu saya,” kata Jamaliah Hasan, ibu kepada isteri penyanyi popular era 80-an, Shidee yang bersanding, Sabtu lalu.

Jamaliah, 47, berkata sejak berita majlis perkahwinan Shidee atau nama sebenar, Rashid Abdul Wahab, 51, dengan anak bongsunya, Siti Fairunnisa Aziz, 22, disiarkan Harian Metro, ramai rakan bertanya mengenainya kerana sebelum ini dia dilihat intim dengan penyanyi itu.


“Saya langsung tak marah atau terkilan apabila dia berkahwin dengan anak saya, malah hati saya sudah tertutup selepas mengetahui siapa sebenarnya Shidee. Dia bukan lelaki yang boleh menjadi suami yang baik. “Sebelum ini memang hubungan kami akrab, malah saya yang banyak membantu serta menyokong dia terutama dari segi kewangan. Dia juga pernah mengakui keluarga saya umpama keluarganya sendiri dan mahu menjadi ketua keluarga kami (dengan mengahwini Jamaliah),” kata ibu tunggal itu ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam.


Menurutnya, dia mengenali Shidee sejak empat tahun lalu menerusi Kelab Pendengar Radio Malaysia dan pada mulanya, penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat itu dilihat mahu membimbing keluarganya.


“Dia membimbing tiga anak saya solat dan mengaji al-Quran, malah anak saya memanggilnya dengan nama ‘papa’ atau ‘uncle’. Dia juga pernah menumpang di rumah saya di Bukit Beruntung dan membantu saya menjalankan beberapa perniagaan.


“Bagaimanapun, selepas perniagaan saya lingkup gara-gara tabiat judinya, saya mula rimas ditambah pula dengan hubungan ‘lain macam’ dia dengan Fairunnisa terutama selepas anak bongsu saya itu menyambut hari jadi ke-22 pada September lalu,” dakwanya.

Tidak suka dengan perubahan sikap Shidee yang terlalu mengawal kehidupannya sekeluarga, Jamilah berkata, dia mengambil keputusan membawa tiga anaknya berpindah ke Bandar Tun Razak, di sini, sejak 10 Disember lalu, kerana tidak mahu ada kaitan lagi dengan penyanyi berkenaan.


“Bagaimanapun, Fairunnisa keluar dari rumah sehelai sepinggang pada 21 Januari lalu tanpa pengetahuan saya atau abang dan kakaknya untuk bertemu dan seterusnya berkahwin dengan Shidee.


“Ibu mana tidak terkilan apabila anak yang disayangi berkahwin tanpa pengetahuannya, tidak ada rombongan merisik atau majlis peminangan, malah hanya dimaklumkan dua hari sebelum bernikah. Itupun saya mendapat kata dua daripada seorang rakan Shidee bahawa saya tiada hak menghalang pernikahan itu,” katanya yang membuat tiga laporan polis sebelum menerima kata dua itu berhubung kehilangan Fairunnisa.


Ibu tunggal itu turut mempersoalkan bagaimana Shidee yang tidak bekerja dan sebelum ini hanya mengharapkan wang daripadanya mahu menyara keluarga.


“Harapan saya ialah meminta dia menjaga anak saya dengan baik dan kalau ada apa-apa (masalah), jangan harap (bantuan) saya,” katanya.



lagi





'Adik hanya dibenar jamah sisa makanan'


2010/02/22


KUALA LUMPUR: Dia diperlakukan seperti ‘hamba abdi’ apabila hanya dibenarkan menjamah sisa makanan oleh sebuah keluarga di sini, sejak sebulan lalu.
Tidak cukup dengan itu, keluarga teman lelakinya berusia lewat 20-an itu dikatakan ‘mengurung’ gadis malang berkenaan di rumah bagi mengelak perbuatan keji itu disedari jiran tetangga. Berikutan itu, tubuh mangsa yang sebelum ini berisi susut hampir 15 kilogram (kg).


Itulah balasan terpaksa ditanggung seorang gadis 23 tahun yang hanyut dibuai cinta sehingga sanggup melarikan diri dari rumahnya untuk mengikut lelaki itu. Namun, penderitaannya berakhir semalam apabila ahli keluarganya dari utara tanah air mengambilnya di sini selepas mengetahui lokasi mangsa disembunyikan teman lelakinya itu. Semuanya bermula kira-kira sebulan lalu apabila gadis malang itu yang tidak bekerja dipelawa teman lelakinya berhijrah ke ibu kota. Abang mangsa yang enggan dikenali berkata, adiknya mendakwa tidak sedar walaupun bersetuju mengikut teman lelakinya itu melarikan diri dari rumah. “Sejak kehilangannya kami sekeluarga berusaha mencarinya, namun gagal. Kami hanya tahu dia mengikut lelaki itu ke ibu kota.


“Namun, kami tidak mempunyai maklumat lokasi sehinggalah dihubunginya sendiri pagi kelmarin,” katanya.


Menurutnya, adiknya mendakwa diperlakukan seperti hamba apabila keluarga teman lelakinya itu hanya memberikan sisa makanan kepadanya. “Saya meminta alamat tempat dia disembunyikan sebelum bergegas ke sini,” katanya. Difahamkan, mangsa gagal menghubungi ahli keluarganya sebelum ini kerana telefon bimbitnya disimpan kekasihnya itu. Sebaik mengetahui kedudukan adiknya itu, keluarga berkenaan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Jitra, Kedah, sebelum memaklumkan kedudukannya. Difahamkan, keluarga malang itu terus bergegas ke ibu kota untuk ‘menjemput’ anaknya itu selepas membuat laporan polis. Keluarga terbabit tiba di ibu kota kira-kira jam 5 pagi sebelum bergegas ke rumah berkenaan. Abang mangsa mendakwa selepas melakukan perbincangan kira-kira 20 minit, mereka bertemu semula dengan adiknya itu berada dalam keadaan tidak bermaya. “Kami sekeluarga terus pulang ke di Jitra bagi merawat adik kesayangan saya itu yang kelihatan seperti sedang sakit. “Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu sehingga berjaya membawa pulang adik ke pangkuan keluarga,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, berkata kes berkenaan akan dirujukkan semula ke IPD Kubang Pasu untuk siasatan dan tindakan lanjut.




lagi





Maut bawa anak dara

Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my
2010/02/22


JELI: Malang bagi seorang warga emas yang maut akibat dibelasah sekumpulan penduduk kampung yang berang dengan tindakannya membawa seorang pelajar perempuan tingkatan empat bersiar-siar di pusat perkelahan Lata Renyok, Jalan Kuala Balah di sini, kelmarin.
Kejadian jam 9 malam itu berlaku ketika mangsa yang berusia 63 tahun membawa pelajar berumur 16 tahun terbabit bersiar-siar menaiki van miliknya di pusat rekreasi berkenaan.


Bagaimanapun, tanpa disedari mangsa, van dipandunya diekori sekumpulan penduduk kampung menaiki beberapa kereta hingga ke pusat rekreasi berkenaan.


Mangsa yang sedang memusingkan kenderaannya untuk berpatah balik ke jalan utama ditarik penduduk kampung sebelum dibelasah beramai-ramai menyebabkan kepala dan lututnya cedera parah.


Difahamkan, selepas kejadian, mangsa dihantar pulang ke rumah isterinya di Kampung Lakota, dekat sini, oleh kumpulan lelaki yang memukulnya.


Dia yang cedera parah kemudian menghubungi polis menggunakan telefon bimbit untuk mendapatkan bantuan menghantarnya ke Hospital Jeli, sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dialami.

Tinjauan Harian Metro di kawasan kejadian mendapati beberapa anggota polis daripada Unit Forensik melakukan siasatan di lokasi terbabit selain memasang tali penghadang di situ.


Sementara itu, pelajar perempuan yang mengikut warga emas itu bersiar-siar di pusat rekreasi Lata Renyok, turut hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli untuk memberikan keterangan.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata sebelum kejadian mangsa didakwa membawa keluar pelajar terbabit membeli-belah di Tanah Merah, kelmarin.


“Siasatan mendapati mangsa berusia 63 tahun membawa seorang pelajar perempuan tingkatan empat membeli-belah di Tanah Merah menggunakan van miliknya, kira-kira jam 6 petang, semalam (kelmarin).


“Berikutan itu, rakannya memberitahu penduduk kampung sebelum beberapa kenderaan mengekori pergerakan mereka berdua hingga ke pusat perkelahan Lata Renyok,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Menurut Abdul Rahim, mangsa ditarik keluar penduduk kampung ketika memusingkan kenderaan dipandunya untuk kembali ke jalan utama sebelum dibelasah.


“Sebaik ditarik keluar, mangsa dicederakan penduduk kampung. Mangsa dihantar pulang ke rumahnya sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan.


“Kejadian itu menyebabkan mangsa yang cedera teruk di muka dan lutut disahkan meninggal dunia jam 1 pagi tadi (semalam),” katanya.


Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke bilik mayat Hospital Jeli untuk bedah siasat.


“Berikutan kejadian menimpa warga emas terbabit yang juga seorang (pengusaha) prebet (teksi) sapu, polis menahan 15 individu yang disyaki terbabit mencederakan mangsa untuk membantu siasatan.

“Polis masih menjalankan siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya yang turut mengesahkan menerima laporan terbabit.


Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, kejadian menimpa bapa saudaranya diketahui awal pagi semalam selepas dimaklumkan orang awam.


Katanya, mereka sekeluarga bergegas ke hospital untuk menziarah mangsa selepas dilaporkan meninggal dunia akibat cedera dipukul beberapa individu.


“Kami tidak tahu punca kejadian itu. Berita kematian arwah pak cik diketahui keluarga selepas dihubungi kakitangan hospital sebelum kami bergegas ke bilik mayat untuk melihat keadaannya.


“Difahamkan selepas dibelasah, mangsa dibawa sekumpulan lelaki ke rumah isterinya, namun kecederaan parah dialami menyebabkannya dia dihantar ke Hospital Jeli untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

ini kesannya




15 ditahan bantu siasatan warga emas maut dibelasah



2010/02/22


KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan reman 15 individu berumur 25 hingga 40 tahun selama seminggu bermula kelmarin, bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang warga emas yang dibelasah hingga mati di Lata Renyok, Sabtu lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, tindakan menahan semua suspek dilakukan untuk menyelesaikan kes kematian warga emas terbabit yang meninggal dunia di Hospital Jeli.


“Semua mangsa kini ditahan reman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes terbabit. Selepas tempoh tahanan reman selesai, individu terbabit mungkin akan didakwa di mahkamah.


“Siasatan mendapati semua yang ditahan untuk siasatan berusia lingkungan umur 25 hingga 40 tahun dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.



lagi



Suami sedia serah Bella

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my
2010/02/22


KUALA LUMPUR: “Saya sedia serahkan Salsabila kepada bapa mentua. Malah, itu juga kemahuan Salsabila kerana mahu bantu ayahnya yang sakit.

“Saya bercadang menyusulinya ke Malaysia tetapi bukan dalam waktu terdekat,” kata lelaki Lombok, Indonesia, Hafiz Sukma, 26. Hafiz sebelum ini dilaporkan melarikan seorang gadis tempatan, Salsabila Yunan, 15, ke kampung asal lelaki itu di Kampung Bara Bali di Lombok Tengah, Indonesia pada Ogos tahun lalu. Susulan kejadian, ayah gadis itu, Yunan Mat Ayat, 77, membuat laporan polis berhubung kehilangan Salsabila yang juga artis remaja dikenali sebagai Bella sebelum berita mengenainya disiarkan buat pertama kali di muka depan Harian Metro, 31 Oktober lalu.


Hafiz yang dihubungi Harian Metro di Lombok, berkata dia merelakan Bella pulang ke Malaysia walaupun mendakwa menikahi pelajar tingkatan tiga sejurus tiba di pulau berkenaan. “Pegawai imigresen dan polis di sini (Lombok Tengah) yang mengawasi Bella sudah memberitahu dia akan diterbangkan pulang ke Malaysia. “Salsabila juga tiada halangan kembali ke pangkuan keluarga cuma saya memohon ampun kepada ayah Salsabila dan berharap dia memaafkan saya.


“Saya silap ketika membawanya lari melalui Johor. Saya rela dia balik ke Kuala Lumpur kembali kepada ayahnya,” katanya yang mendakwa sudah bekerja di negara ini sejak tujuh tahun lalu. Salsabila berkata, dia berharap kepulangannya nanti dapat membantu menjaga ayahnya yang sakit. “Terus-terang saya rindukan ayah. Saya hamil lima bulan berharap anak dikandung turut diterima ayah. Kandungan sihat dan bayi pun sudah mula bergerak,” katanya ringkas. Harian Metro 31 Oktober lalu memetik Salsabila terpedaya janji manis pemuda Lombok yang menjadi teman lelakinya hingga sanggup membohongi ayahnya memakai pakaian seragam kononnya ke sekolahsebelum menghilangkan diri. Yunan yang tidak mencurigai tindakannya mula risau apabila anaknya tidak pulang ke rumah di Kampung Batu Muda, Batu 4 1/2, selepas persekolahan tamat. Pesara tentera itu berikhtiar mencari anaknya dengan pertolongan rakan dan saudara-mara, termasuk menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional mengetahui di mana Salsabila berada, namun gagal. Bagaimanapun, selepas tiga bulan mencari, Yunan menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali kira-kira jam 3 petang, pada 23 Oktober lalu. Gadis itu menyatakan dirinya Bella sudah berada di Lombok bersama Hafiz. Yunan bimbang keadaan Bella di Lombok memohon rayuan banyak pihak termasuk dua NGO Migrant Care dan Kijang Care serta Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno.



lagi




myMetro bullet Setempat
65 peguam putar alam


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhammad Apendy Issahak
am@hmetro.com.my
2010/02/22


KUALA LUMPUR: Biarpun arif berhubung aspek undang-undang namun maklumat mengejutkan apabila ramai peguam ‘kaki belit’ diberkas polis selepas disyaki melakukan penipuan membabitkan pelbagai kes jenayah komersial dan perdagangan.
Difahamkan, bilangan peguam yang ditahan berhubung pelbagai kes jenayah komersial tahun lalu meningkat drastik lebih dua kali ganda kepada 65 kes berbanding 27 kes pada 2008. Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Superintendan, Abdul Malek Abdul Ghani berkata, kes membabitkan pelanggaran undang-undang oleh golongan peguam profesional dianggap sesuatu yang mengecewakan berikutan mereka sedia maklum terhadap kesan dari kesalahan dilakukan.


Katanya, semua kes membabitkan peguam akan diberi perhatian serius berdasarkan tanggungjawab besar yang diamanahkan kepada mereka sebagai pengawal undang-undang. “Peguam diamanahkan dengan perkara berkaitan harta seperti wasiat dan pemilikan harta seperti tanah, rumah dan sebagainya. Mereka juga bertanggungjawab menguruskan urusan perundangan dalam urus niaga perniagaan.


“Kedudukan mereka adalah unik iaitu menjadi perantara bagi orang awam dengan sistem perundangan. Justeru, setiap laporan polis yang membabitkan peguam pastinya menjadi tumpuan atau perhatian polis,” katanya.


Beliau berkata, kebanyakan kes membabitkan peguam yang dilaporkan tahun lalu adalah berkaitan kes pecah amanah tetapi sukar untuk memastikan jumlah wang terbabit dalam seumpama itu kerana sebahagian daripadanya adalah kes penipuan. “Jumlah wang keseluruhan yang terbabit dalam kes pecah amanah tahun lalu adalah RM331 juta berbanding RM212 juta tahun sebelumnya. Difahamkan, banyak pertikaian mengenai hak milik tanah tidak dapat diselesaikan berikutan dokumen sah pemilikan tanah hilang ataupun sudah terlalu lama. “Masalah pertikaian hak milik tanah menjadi bertambah buruk apabila pejabat tanah mula mengkomputerkan semua urusan berkaitan tanah,” katanya, namun beliau enggan mengulas lanjut isu terbabit kerana di luar bidang kuasanya. Kata Malek, ada juga kes peguam memalsukan tandatangan pada cek membabitkan jumlah wang keseluruhan RM500,000 dan bantuan pakar terpaksa digunakan dalam siasatan polis bagi mengesahkan tandatangan sah atau palsu.




LAGI


myMetro / Berita Utama

Amuk suami baran


Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/02/26


AMPANG: Akibat cemburu kerana mengesyaki isterinya mempunyai teman lelaki, seorang suami hilang pertimbangan apabila tiba-tiba naik angin sebelum menyerang serta menghentak kepala wanita berkenaan menggunakan besi kunci tambahan motosikal di rumah mereka di sini, Isnin lalu.
Tidak cukup dengan tindakan itu, lelaki terbabit yang seakan-akan dirasuk turut menggunakan lampu kalimantang memukul isterinya selain memijak wanita malang berkenaan.


Bagaimanapun, mangsa yang berusia 29 tahun bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri sebelum mendapatkan bantuan adiknya untuk dihantar ke hospital.


Akibat amukan menggila si suami, mangsa terpaksa menerima 13 jahitan di kepala, patah jari telunjuk, cedera di badan selain lebam di mata.


Menurut sumber, kejadian berlaku jam 8 malam ketika wanita itu mahu masuk ke rumah sebelum diserang suaminya secara tiba-tiba.


“Belum sempat mangsa masuk ke rumah, suaminya terus mengetuk kepalanya menggunakan besi kunci tambahan motosikal dan tanpa belas kasihan memukul isterinya di seluruh badan menggunakan alat berkenaan.

“Terkejut dengan tindakan itu, mangsa hanya mampu menjerit meminta tolong sebelum berjaya menyelamatkan diri dan meminta bantuan daripada adiknya,” katanya.


Sumber itu berkata, suami mangsa bertindak demikian kerana mendakwa isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan mendakwa dia berbuat demikian untuk memberi pengajaran kepadanya.


“Mangsa dibawa adiknya ke hospital untuk rawatan manakala suaminya melarikan diri,” katanya.


Difahamkan, pasangan suami isteri itu mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu dan wanita terbabit mempunyai dua anak hasil perkahwinannya sebelum ini.


Wanita berkenaan yang juga seorang suri rumah bercerai dengan suami pertamanya sebelum berkenalan dengan suami barunya empat tahun lalu.


Selepas berkenalan sebulan, mereka akhirnya mengambil keputusan mendirikan rumah tangga dan wanita berkenaan tidak mengetahui lelaki terbabit panas baran.


Sejak itu, wanita berkenaan sering menjadi mangsa belasahan suaminya yang tidak puas hati walaupun hanya kesalahan kecil dilakukannya.


Menurut sumber, kemuncaknya berlaku Isnin lalu apabila lelaki terbabit yang berang membelasah isterinya atas alasan wanita itu mempunyai teman lelaki lain.


“Wanita terbabit kini terpaksa menumpang di rumah rakannya di Bandar Baru Ampang kerana khuatir suaminya mencari dan terus membelasahnya.


“Dia kini dalam keadaan trauma dan tidak berani pulang ke rumah,” katanya.

Menurut sumber, polis sedang menjejaki suami mangsa yang berusia 20-an dan bekerja sebagai pemasang cermin yang menghilangkan diri selepas kejadian. Difahamkan, kejadian itu berlaku disebabkan suami terbabit tersalah faham selepas melihat seorang lelaki pergi ke rumahnya sebelum ini dan mengesyaki dia adalah kekasih isterinya.


Namun, lelaki itu sebenarnya bukan mencari isterinya sebaliknya mahu berjumpa adik perempuan wanita itu yang dikatakan turut tinggal bersama mereka.


lagi




Mati dua hari selepas besarkan payu dara



2010/03/03


DUBAI: Seorang doktor dan pakar kosmetik dituduh menyebabkan kematian seorang wanita Belarus selepas tersilap menyuntiknya dalam pembedahan membesarkan buah dada.
Dokumen mahkamah menyatakan, doktor terbabit adalah warga Perancis, manakala pakar kosmetik berasal dari Lubnan.


Doktor itu turut dituduh menawarkan perkhidmatannya tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa.


Mangsa yang berusia 24 tahun itu mengalami komplikasi dua hari selepas disuntik gelatin pada otot dan tisu buah dadanya.


Dia kemudian dirawat di dua hospital swasta sebelum meninggal dunia.


Pembedahan itu dijalankan di klinik kosmetik lelaki Lubnan berkenaan.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah di mahkamah. - Agensi


lagi




Wanita derita salah bedah


2010/03/03

Wanita derita salah bedah


2010/03/03


JEDDAH: Seorang wanita Palestin yang mengalami komplikasi akibat pembedahan plastik mengancam merujuk kesnya kepada Kementerian Kesihatan Arab Saudi serta menyaman pakar bedahnya.
Menurut wanita itu, sejak menjalani pembedahan itu, dia menderita kerana bentuk muka dan kepalanya bertukar menjadi hodoh.


“Perasaan saya juga sangat terganggu,” katanya.


Menurut wanita itu, dua doktor membedahnya enggan bertemu setiap kali dia pergi ke klinik terbabit untuk mendapat rawatan.


Malah, katanya, doktor terbabit saling salah-menyalahkan di antara satu sama lain atas kesan dialaminya.


Apabila kes itu dirujuk kepada Jabatan Kesihatan di Jeddah, masalah itu masih gagal diatasi kerana ketua jabatan pembedahan di situ adalah doktor sama membedahnya sebelum ini.

“Dia mengesahkan laporan perubatan mendakwa tiada kesilapan berlaku, sebaliknya menuduh saya mengalami gangguan mental akibat keguguran rambut,” katanya.


“Kementerian Kesihatan juga mendapati doktor terbabit melakukan kesalahan apabila meninggalkan tugasnya di hospital kerajaan untuk menjalankan pembedahan ke atas saya,” katanya.


Justeru, dia merayu Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Abdullah al-Rabeea, menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat isu berkenaan.


Sementara itu, perunding pembedahan yang mengetuai pasukan merawat mangsa, Dr Ibrahim Ashari, berkata seorang daripada doktor membedah wanita terbabit bukan pakar dalam bidang berkenaan.


Katanya, pembedahan itu dijalankan doktor tidak berpengalaman.


“Dia sebenarnya pakar membetulkan hidung,” katanya. - AgensiKomen Artikel

JEDDAH: Seorang wanita Palestin yang mengalami komplikasi akibat pembedahan plastik mengancam merujuk kesnya kepada Kementerian Kesihatan Arab Saudi serta menyaman pakar bedahnya.
Menurut wanita itu, sejak menjalani pembedahan itu, dia menderita kerana bentuk muka dan kepalanya bertukar menjadi hodoh.


“Perasaan saya juga sangat terganggu,” katanya.


Menurut wanita itu, dua doktor membedahnya enggan bertemu setiap kali dia pergi ke klinik terbabit untuk mendapat rawatan.


Malah, katanya, doktor terbabit saling salah-menyalahkan di antara satu sama lain atas kesan dialaminya.


Apabila kes itu dirujuk kepada Jabatan Kesihatan di Jeddah, masalah itu masih gagal diatasi kerana ketua jabatan pembedahan di situ adalah doktor sama membedahnya sebelum ini.

“Dia mengesahkan laporan perubatan mendakwa tiada kesilapan berlaku, sebaliknya menuduh saya mengalami gangguan mental akibat keguguran rambut,” katanya.


“Kementerian Kesihatan juga mendapati doktor terbabit melakukan kesalahan apabila meninggalkan tugasnya di hospital kerajaan untuk menjalankan pembedahan ke atas saya,” katanya.


Justeru, dia merayu Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Abdullah al-Rabeea, menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat isu berkenaan.


Sementara itu, perunding pembedahan yang mengetuai pasukan merawat mangsa, Dr Ibrahim Ashari, berkata seorang daripada doktor membedah wanita terbabit bukan pakar dalam bidang berkenaan.


Katanya, pembedahan itu dijalankan doktor tidak berpengalaman.


“Dia sebenarnya pakar membetulkan hidung,” katanya. - Agensi


lagi




Pelatih Pusat Pemulihan Henry Gurney liwat rakan sebilik



Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
2010/03/03

MELAKA: Akibat dipercayai tidak dapat mengawal gelora nafsu syahwat peliknya, seorang pelatih lelaki di Pusat Pemulihan Henry Gurney, Telok Mas, tergamak meliwat rakannya sendiri secara paksa selain melakukan seks oral.
Malah, suspek berusia 20-an dan baru tujuh bulan menghuni pusat tahanan itu dikatakan meliwat mangsa yang berusia belasan tahun sebanyak dua kali.


Perbuatan binatangnya itu bagaimanapun terbongkar selepas mangsa yang trauma dengan kejadian menimpanya itu enggan pulang ke pusat tahanan berkenaan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata bertindak atas laporan polis dibuat seorang kakitangan pusat tahanan itu berhubung kejadian berkenaan pada 27 Februari lalu, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit.


Katanya, polis amat memandang serius setiap aduan yang diterima.


“Berdasarkan laporan polis itu, pengadu menyatakan seorang pelatih berusia belasan tahun mendakwa diliwat rakannya pada 8 Februari lalu.

“Keadaan itu menyebabkan mangsa enggan balik ke pusat tahanan berkenaan selepas selesai perbicaraan kesnya di Mahkamah Alor Star, Kedah dan menceritakan kejadian itu kepada seorang kakitangan yang kemudian membuat laporan polis,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Melaka Tengah, semalam. Hadir sama, Timbalannya (Bahagian Pendakwaan), Superintendan R Gunarajan dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Deputi Superintendan Gan Chip Poh.


Mohd Adnan berkata, polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan seks luar tabii yang membawa hukuman penjara 15 tahun dan sebatan, jika disabitkan.


"Setakat ini, kita sudah pun mengenal pasti suspek. Malah, mangsa juga sudah dirujuk kepada doktor untuk melakukan pemeriksaan.


"Dalam kes ini, mangsa mendakwa diliwat sebanyak dua kali dan siasatan lanjut masih dilakukan bagi menentukan kesahihannya," katanya.


lagi




Seks depan kamera web



Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my
2010/03/03


KUALA LUMPUR: “Dia pernah paksa saya lakukan persetubuhan di depan web cam (kamera web) untuk disaksikan orang lain. Saya terpaksa menurut kehendaknya jika tidak dia akan mengamuk,” kata isteri ‘Jutawan Lubnan’, ketika memberi keterangan dalam permohonan cerai fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.
Plaintif, Farinnie Mohd Farid, 24, yang memohon membubarkan perkahwinannya dengan Elie Yousseff Najem, 50, berkata sepanjang perkahwinan mereka, dia juga dianiaya secara seksual oleh defendan yang dinikahinya pada 6 Oktober 2005. “Walaupun saya datang haid, dia akan paksa saya untuk ‘bersamanya’. Ketika lepas pantang juga dia sering liwat saya,” kata Farinnie.


Kes itu didengar di hadapan Hakim Mamat Haizan Salleh, manakala defendan yang tidak hadir ke mahkamah tidak diwakili peguam.


Sepanjang perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Prince Kovadis Elias Youssef Najem, 3, dan Nur Analeeza Sofya, 2. Selain itu Farinnie mendakwa suaminya cuai dalam memberi nafkah, sering menganiayanya dan tingkah lakunya bertentang dengan ajaran Islam.


Menjawab pertanyaan peguam Syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakilinya, plaintif berkata selain melakukan kekerasan terhadapnya seperti menarik rambut dan mengasarinya, defendan selalu memaki hamunnya dan mengutuk agama Islam. Plaintif turut mendakwa suaminya tidak membenarkannya solat dan berpuasa serta memaksanya memakai salib dan pernah sekali menganjurkan upacara sembahyang untuk hari Ester di rumah mereka di Bangsar. FAKHRUL AZMAN: Boleh beritahu mahkamah apa penganiayaan defendan terhadap kamu? FARINNIE: Dia pernah tarik rambut saya beberapa kali, sering tengking saya dan kalau berlaku pergaduhan dia akan berkasar terhadap saya. Kejadian tarik rambut berlaku beberapa kali antaranya ketika di Genting Highlands sewaktu dia kalah berjudi. Dia begitu marah kerana kalah dan tarik rambut saya depan orang ramai. Kejadian itu pada tahun 2006. FAKHRUL AZMAN: Apa kesan daripada tindakan itu? FARINNIE: Saya rasa semakin takut terhadapnya dan rasa tidak selamat tinggal bersamanya.


FAKHRUL AZMAN: Ada buat laporan polis atau laporan di hospital? FARINNIE: Tidak.

FAKHRUL AZMAN: Kejadian lain? FARINNIE: Ketika mengandungkan anak sulung, kandungan saya enam bulan, dia pernah tolak meja sehingga kena perut saya. Ada rasa sakit tapi alhamdulillah tidak ada kesan pada bayi. FAKHRUL AZMAN: Ketika kejadian itu kamu tidak lapor pada polis? FARINNIE: Tidak.


FAKHRUL AZMAN: Kenapa? FARINNIE: Sepanjang bersamanya saya dikurung dalam rumah. Kalau dia keluar atau berada dalam rumah, dia akan pegang semua kunci. FAKHRUL AZMAN: Perbuatan luar tabii, adakah kamu ambil apa-apa tindakan? FARINNIE: Saya pernah lapor pada Jais pada hujung 2007, namun tiada tindakan. Saya tak buat laporan polis sebab tidak mahu kecohkan perkara ini. FAKHRUL AZMAN: Berapa lama perkara itu berulang? FARINNIE: Seminggu dua tiga kali sejak 2005 hingga 2007. FAKHRUL AZMAN: Pernah bantah tindakannya? FARINNIE: Pernah, tapi dia akan berkasar terhadap saya. Dia pernah tampar saya tiga kali di bahagian kening. Saya lapor pada polis tapi sejak saya balik pada dia saya tarik balik laporan itu. FAKHRUL AZMAN: Apa yang membuatkan kamu tarik balik laporan itu? FARINNIE: Sebab dia janji akan berubah dan berjanji tidak akan buat lagi jadi saya tarik balik laporan. FAKHRUL AZMAN: Defendan berubah tak selepas itu? FARINNIE: Tidak. Farinnie berkata pada pagi 30 Ogos 2007, selepas bangun dari tidur dia ternampak suaminya sedang menunjukkan kemaluan di hadapan web cam ketika sedang bersembang di laman sosial. Ketika suaminya tidur pada tengah hari berkenaan, dia melarikan diri. Perbicaraan bersambung pada 7 dan 19 April ini.


LAGI



Wanita maut ditikam tujuh kali oleh teman rapat


ALOR SETAR: Seorang wanita maut akibat ditikam sebanyak tujuh kali oleh teman rapatnya di lorong Taman Kristal, Shahab Perdana di sini, malam tadi.

Ketika kejadian jam 10 malam tadi, mangsa, Suhana Mohd Sharif, 26, dipercayai bertengkar dengan teman rapatnya, Ooi Ah Song, 33, sebelum suspek mengambil pisau dan menikam mangsa.

Suspek kemudian menikam dada dan mengelar tangannya sendiri.

Suspek kini dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah, di sini.


LAGI


'Pulanglah Rozita, ibu sakit'


Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUALA LIPIS 3 Mac - Seorang pengawal keselamatan di Kampung Kuala Medang, Jelai dekat sini merayu anaknya yang melarikan diri kerana mengikut teman lelaki ke Lombok Timur, Indonesia pada 14 Februari lalu, pulang segera kerana ibunya sakit.

Mat Ali Mat Amin, 67, memberitahu, kesihatan isterinya, Jariah Ishak, 60, sering terganggu sejak anak mereka, Rozita, 30, dilarikan seorang penoreh getah warga Indonesia yang bekerja di Perkampungan Orang Asli Betau ke Lombok Timur.

"Kami menyedari kehilangan Rozita selepas setiap panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya tidak dibalas pada 14 Februari lalu," katanya kepada pemberita di Kuala Medang dekat sini hari ini.

Menurutnya, Rozita yang merupakan anak keempat daripada lapan beradik dan bekerja di sebuah kedai kopi di pekan Kuala Medang pernah menghubungi ibunya pada petang hari berkenaan memberitahu dia akan bermalam di rumah rakannya di bandar Kuala Lipis.

"Sebagai anak yang baik dan disenangi ahli keluarga, ibunya tidak mengesyaki sesuatu dan mempercayai hasrat Rozita untuk bermalam di rumah kawannya.

"Bagaimanapun isteri saya terkejut apabila Rozita menghubunginya sekali lagi pada 15 Februari lalu sambil memberitahu dia berada dalam kapal untuk belayar ke Lombok Timur," katanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah ladang Felcra di Kuala Medang.

Mat Ali yang bimbang keselamatan anaknya lalu membuat laporan di Balai Polis Sungai Koyan dekat sini pada 15 Februari lalu selepas mengetahui kehilangan Rozita.

Katanya, dia sekeluarga tidak mengenali lelaki berkenaan malah dalam pengetahuan mereka, Rozita merupakan gadis pemalu dan tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki di kampung itu.

"Dia amat matang dan menyayangi adik beradik yang lain dan tidak menimbulkan sebarang masalah dalam keluarga. Dia rajin bekerja untuk mencari pendapatan sendiri dan membantu keluarga.

"Kami sekeluarga amat sedih memikirkan nasib Rozita apatah lagi dia tidak dapat bersama meraikan hari perkahwinan adik bongsunya pada Mei ini," katanya.

Sementara itu, Jariah berkata, jika benar Rozita menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki dari Lombok Timur itu, dia sekeluarga reda serta menerima siapa sahaja pilihan hatinya untuk dijadikan suami asalkan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

"Pulanglah Rozita ke rumah, ibu sanggup terima sesiapa sahaja lelaki yang menjadi pilihan hati kamu.

"Saya pasrah jika betul lelaki itu pilihan Rozita. Kami akan terima dan sudi mengadakan majlis pernikahannya di sini," katanya.

Kehilangan Rozita, ujarnya, menyebabkan kesihatannya terganggu selain merencatkan sedikit persiapan perkahwinan adiknya pada Mei ini.

Jariah yang bimbang dengan nasib yang bakal menimpa Rozita seterusnya berharap kerajaan, Pergerakan Pemuda UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu mengesan anaknya di Lombok dan membawa pulang semula ke tanah air.

No comments:

Post a Comment