Tuesday, August 31, 2010

AWAS BAHAYA ADA DIMANA2...PERKARA LUCAH TELAH MENJADI LUMRAH AKIBAT FILEM LUCAH BOLEH DITONTON DI TELEFON BIMBIT

Remaja ditahan rogol teman wanita



2010/08/31

AMPANG: Tidur nyenyak seorang pelajar terganggu seketika apabila rumahnya di Pangsapuri Sri Intan, di sini diserbu sepasukan polis, semalam selepas dia dikatakan terbabit dalam satu kes rogol yang dilaporkan teman wanitanya sendiri.
Malah, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di Ampang itu dikatakan turut ponteng ketika ditahan dan hanya terpinga-pinga sejurus anggota polis memperkenalkan diri.
Difahamkan, bapa remaja itu membuka pintu dan selepas dimaklumkan anggota polis tujuan kehadiran mereka, lelaki itu membawa ke bilik anaknya yang ketika itu sedang tidur.

Remaja itu tidak melawan dan hanya menyerah diri sebelum dibawa ke balai polis. Difahamkan, remaja lelaki itu bersama teman wanitanya berusia 14 tahun sudah menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu dan sudah beberapa kali terlanjur.

Remaja itu dikatakan bijak menabur janji akan mengahwini mangsa selepas tamat persekolahan namun kata-kata manis itu hanya umpan untuk menjerat teman wanitanya.

Mangsa mula menyedari dia hanya dijadikan pemuas nafsu apabila setiap panggilan yang dibuat tidak dijawab.

Menurut sumber polis, dalam laporan mangsa mendakwa dia pertama kali melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya pada Disember tahun lalu.

“Ketika itu, kejadian berlaku di rumah kakak mangsa di sebuah flet dan dia bersama teman lelakinya mengambil kesempatan kerana kakaknya tiada di rumah,” katanya.

Menurutnya, mereka sekali lagi terlanjur di lokasi sama April lalu dan kejadian terakhir Mei lalu ketika cuti sekolah


Dua beranak jual alat seks

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
2010/08/31

KAJANG: Dua beranak yang sedang menjalankan perniagaan menjual peralatan seks terus ke rumah pelanggan sebaik menerima tempahan menerusi poster yang ditampal di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang, ditahan di sini, Jumaat lalu.
Kedua-dua beranak berusia 17 dan 52 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Sungai Long, jam 5.30 petang.
Hasilnya, polis merampas pelbagai alat mainan seks bernilai RM8,000. Mereka dipercayai aktif menjalankan perniagaan itu sejak tiga bulan lalu. Turut ditahan ialah seorang lelaki berusia 21 tahun. Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Mohd Sakaruddin Che Mood berkata, semua peralatan seks yang ditemui dipercayai diimport dari negara jiran. Menurutnya, perniagaan itu cukup mudah iaitu mereka hanya perlu menunggu pelanggan membuat panggilan berdasarkan nombor telefon tertera pada poster yang ditampal di tempat tumpuan orang ramai di Lembah Klang sebelum membuat penghantaran terus ke rumah bagi mengelakkan dicekup pihak berkuasa. Katanya, suspek mengakui jualannya mendapat sambutan menggalakkan.

Mohd Sakaruddin berkata, ketiga-tiga mereka disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan kini direman.

Dalam kes berasingan, dua wanita warga Indonesia ditahan mengikut Akta Pemerdagangan Manusia (ATIP) selepas dipercayai menyembunyikan 12 wanita negara itu berusia 14 hingga 42 tahun sebagai pembantu rumah tanpa sebarang upah sejak empat bulan lalu


Helah elak ternoda

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/08/31

AMPANG: Bagi mengelak sekumpulan Mat Bangla merogolnya, seorang wanita mengancam mahu membunuh diri sebelum dia akhirnya berjaya meloloskan diri keluar dari sebuah rumah di Pandan Mewah, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam, mangsa pada berjalan berseorangan berhampiran sebuah pasar raya di Pandan Indah berjumpa dengan dua lelaki warga Bangladesh.
Mangsa yang berusia 18 tahun itu kemudian cuba bertanyakan alamat rakannya kepada dua lelaki itu sebelum kedua-duanya mengaku mengetahui lokasi berkenaan dan meminta gadis itu mengikut mereka.

Menurut sumber polis, mangsa yang tidak mengetahui niat buruk lelaki terbabit mengekori mereka berikutan dia terdesak mencari rumah rakannya. “Mangsa dibawa ke sebuah rumah di Pandan Mewah dan di situ, ada empat lagi rakan lelaki Bangladesh itu sedang menunggu.

“Gadis terbabit yang tidak mengetahui perangkap itu mengekori mereka dan sebaik masuk ke rumah, semua lelaki Bangladesh berkenaan cuba menghalangnya keluar,” katanya.

Menurutnya, mereka cuba mengambil kesempatan merogol gadis itu dan seorang daripada mereka menarik kain mangsa sebelum menciumnya.

“Mangsa meronta dan akhirnya dapat melepaskan diri sejurus menendang lelaki yang mahu mengambil kesempatan ke atasnya.

“Mangsa yang ketakutan kemudian menuju ke dapur sebelum mencapai sebilah pisau dan kemudian mengugut mahu menikam diri sendiri,” katanya.

Sumber berkata, ugutan itu menimbulkan kebimbangan kepada semua lelaki berkenaan yang risau jika dia benar-benar menikam dirinya sendiri.

“Mereka cuba memujuk mangsa supaya tidak meneruskan niat mencederakan diri sendiri dan berjanji tidak akan mengganggunya.

“Mangsa mengambil peluang melepaskan diri sebelum diselamatkan seorang lelaki yang kemudian membawanya ke balai polis,” katanya



Ops Sayang 22 pasangan kekasih dicekup JAIS

SHAH ALAM - Seramai 22 pasangan kekasih warganegara tempatan dipercayai berkhalwat ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam "Operasi Sayang" sempena sambutan ambang Merdeka ke-53 malam tadi dan awal pagi ini.

Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Nurhamizah Othman berkata, kesemua pasangan itu ditahan di beberapa hotel bajet sekitar Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya sepanjang operasi yang bermula pada pukul 11 malam semalam sehingga 4 pagi ini.

Beliau berkata, pelbagai taktik licik dikesan cuba digunakan pasangan kekasih bagi mengelakkan mereka daripada ditangkap seperti mendaftar masuk ke hotel atas nama masing-masing tetapi hanya menggunakan sebuah bilik.

BISNES GAJET SEKS KANTOI

KAJANG – Dengan tawaran serendah RM3 hingga RM8, tiga lelaki yang ada ikatan kekeluargan menjalankan perniagaan menjual peralatan seks kepada pelanggan sekitar Lembah Klang dan pelanggan tertentu dari seluruh negara.

Walaupun penjualannya tidak dilakukan secara terbuka, namun teknik dan strategi pemasaran mereka yang unik berjaya dikesan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Mohd Sakaruddin Che Moog berkata, satu serbuan ke atas sebuah rumah di Bandar Sungai Long, dekat sini pada 27 Ogos lalu sekitar jam 5.30 petang telah berjaya merampas gajet atau peralatan seks bernilai RM8,000.

Menurutnya, serbuan dilakukan IPPD Sentul berpunca daripada iklan berunsurkan seks di Sentul dan mereka telah membuat susulan sehingga Sungai Long. Kes disiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

“Hasil siasatan kita mendapati, gadjet atau perlatan seks ini tidak dijual di luar tetapi suspek hanya menjual secara terus melalui panggilan telefon.

“Ia dipercayai dipasarkan sekitar Lembah Klang dan dijual dengan harga lingkungan RM3 hingga RM8.

“Tiga suspek lelaki berusia 17, 21 dan 52 tahun ditahan berhubung aktiviti berkenaan. Kesemuanya mempunyai hubungan anak beranak serta kawan dan mereka disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Zakaruddin turut mendedahkan taktik dua wanita Indonesia di Taman Bukit Permai yang terbabit memperdagangkan manusia.

Sakaruddin berkata, bagaimanapun strategi mereka terbantut apabila serbuan yang dilakukan pada 28 Ogos lalu hasil maklumat orang awam, berjaya menyelamatkan 12 wanita warga Indonesia.

Menurutnya, polis percaya 12 wanita itu digunakan untuk diperdagangkan kepada majikan yang memerlukan khidmat mereka sebagai pekerja dan bukan untuk aktiviti pelacuran.

“Mereka dikurung dalam sebuah bilik dan diberi makanan ala kadar serta dipaksa bekerja bagi mendapatkan hasil tetapi pembekal yang mendapat keuntungan dan tidak memberi gaji kepada mangsa.

“Kesemuanya akan dikurung dalam sebuah rumah dan jika terdapat majikan yang memerlukan perkhidmatan, maka mereka akan dihantar ke lokasi dengan waktu bekerja pada jam 8 pagi hingga 5 petang dan kemudian pulang semula,” katanya pada sidang media di IPPD Kajang, semalam.

Sakaruddin berkata, mereka ditabur pelbagai janji oleh pembekal untuk mendapat kerja tetapi telah ditipu untuk kesenangan pembekal.

Menurutnya setakat ini mangsa termuda berusia 14 tahun manakala paling tua 42 tahun.

Beliau berkata, ada di antara mereka yang diseludup masuk mempunyai permit sah malah ada dalam kalangan itu juga telah berkahwin dan siasatan masih lagi dilakukan bagi memastikan adakah ia sindiket atau sebaliknya.

“Mangsa dihantar ke tempat perlindungan di Bukit Ledang manakala suspek yang berusia 23 dan 31 tahun ditahan reman sehingga 31 Ogos dan disiasat di bawah Seksyen 13, Akta Pemerdagangan Orang 2007,” katanya


"Bayi mungkin lahir di klinik"

SHAH ALAM – Polis tidak menolak kemungkinan bayi lelaki yang ditemui ‘disumbat’ dalam beg kertas dan disangkut pada tiang papan tanda di Jalan Brunsfield, kelmarin, dilahirkan di sebuah klinik.

Kemungkinan itu berdasarkan penemuan klip pada tali pusat bayi itu yang juga dilihat dipotong kemas, seolah-olah dilakukan individu profesional.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu bakar berkata, bagaimanapun, siasatan masih dijalankan daripada pelbagai aspek.

“Mungkin bayi itu dilahirkan di klinik tetapi individu lain juga boleh bertindak sedemikian dengan memotong dan meletak klip pada tali pusat bayi.

“Tidak mungkin di hospital, bayi itu boleh dibawa lari dan dibuang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Katanya, beliau berterima kasih kepada orang awam yang menemui bayi itu dan terus memaklumkan kejadian kepada polis.

“Kalau tidak ditemui, mungkin kanak-kanak itu sudah tidak bernyawa walaupun dilahirkan cukup bulan,” katanya.

Kelmarin, seorang lelaki menemui bayi itu yang turut dibalut dengan kain batik, kira-kira jam 5.30 petang.

Bayi comel itu masih bertali pusat manakala urinya masih belum ditanggalkan.

Bayi yang baru dilahirkan itu dipercayai berbangsa Melayu atau Indonesia.

Sehubungan itu, Khalid meminta orang ramai atau pengamal perubatan yang mempunyai maklumat berhubung kejadian, agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan


Polis cari suspek kes rogol, cubaan culik

TELUK INTAN - Polis sedang mengesan seorang suspek dipercayai boleh membantu siasatan kes rogol seorang pelajar sekolah dan cubaan culik dua kanak-kanak perempuan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, suspek dipercayai orang yang sama terlibat dalam kedua-dua kes berkenaan.

Menurutnya, selain melakukan dua kes itu, kereta yang digunakan suspek juga dipercayai disamun dalam satu kes di Batu Gajah sehari sebelum kedua-dua kes itu berlaku di sini.

“Berdasarkan foto fit yang kita peroleh bagi kedua-dua kes itu, wajah kedua-dua suspek seakan-akan sama.

“Kita sedang mencari lelaki ini untuk membantu siasatan dan kita minta kerjasama orang ramai bagi menjejaki suspek,” katanya kepada media di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, orang ramai yang mengetahui identiti lelaki ini diminta menghubungi Deputi Superintendan Chan Kuang Yu di talian 019-2300999 atau melaporkan di balai polis yang berhampiran.

Pada 20 Ogos lalu, seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun cedera dilanggar oleh sebuah kereta.

Suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu kemudian menawarkan diri untuk membawa mangsa ke hospital.

Mangsa yang terpedaya menaiki kereta mangsa sebelum dirogol sebelum ditinggalkan di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran.

Pada hari yang sama, dua pelajat nyaris diculik seorang lelaki dipercayai suspek yang sama.

Bagaimanapun, mangsa yang curiga dengan suspek kemudiannya melarikan diri ke pejabat sekolah berkenaan dan memaklumkan kejadian kepada guru mereka

No comments:

Post a Comment