Saturday, September 4, 2010

ALLAH BOLEH BUAT APE SAJA...JANGAN KITA DEGIL DAN SOMBONG PADA ALLAH SWT

DUNIA


Gempa terburuk di New Zealand



SEBUAH kereta peronda polis dan jentera bomba menyekat laluan di pusat bandar Christchurch yang tidak boleh dimasuki akibat gempa semalam.



CHRISTCHURCH - Bandar raya kedua terbesar di New Zealand diisytiharkan darurat oleh Datuk Bandarnya, Bob Parker selepas gempa bumi terkuat dalam sejarah melanda pulau selatan negara itu awal semalam.
Gegaran berukuran 7.4 pada skala Richter berlaku kira-kira pukul 4.35 pagi (11.35 malam kelmarin waktu Malaysia) dan dikesan di barat bandar raya yang didiami 340,000 penduduk itu, namun mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Pihak berkuasa menganggarkan nilai kerugian mencecah NZ$2 bilion (RM4.5 bilion) ekoran banyak kemusnahan harta benda dan bangunan termasuk prasarana awam selain bekalan elektrik, air dan talian telekomunikasi lumpuh sama sekali.
Jurucakap polis, Inspektor Mike Coleman berkata, pihaknya terpaksa menutup semua laluan ke pusat bandar itu selepas mendapati banyak kes curi dan pecah masuk susulan daripada gempa dahsyat selama 40 saat itu.
New Zealand yang terletak di Lingkaran Api Pasifik mengalami 15,000 gegaran kecil setiap tahun dan gempa terburuk pernah melanda negara Kiwi itu pada 1931 yang menyebabkan 256 orang terbunuh. - Agens


Pelajar takut

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my
2010/09/04

KUALA LUMPUR: “Memang menakutkan. Kesan gempa bumi itu membuatkan ada pelajar meluahkan hasrat mahu pulang ke Malaysia serta-merta.
ROSAK... keadaan jalan terbongkah di pusat bandar Christchurch selepas gempa.
ROSAK... keadaan jalan terbongkah di pusat bandar Christchurch selepas gempa.

Menceritakan kembali kejadian gempa bumi pada jam 4.35 pagi (waktu tempatan) itu, Nazmi berkata, kebanyakan pelajar sedang bersahur dan kejadian gempa bumi itu nyata mengejutkan mereka.

“Gegaran kali pertama memang kuat. Ada yang bersembunyi di bawah meja dan katil. Suasananya memang mencemaskan.

“Selepas reda sedikit, kami ke luar rumah. Pelajar wanita dilihat menangis dan berpelukan antara satu sama lain,” katanya yang menetap di kawasan yang menempatkan tiga rumah penuntut dari Malaysia.

Menurut Nazmi, dia bersyukur kerana tiada kejadian tidak diingini seperti kecederaan atau binaan runtuh di kawasan kediamannya.

“Yang teruk dilanda gempa bumi adalah di kawasan bandar. Kami di sini hanya merasai gegaran.

“Akibat kejadian itu, pihak berkuasa tidak membenarkan penduduk keluar rumah dari jam 7 malam (semalam) hingga 7 pagi hari ini (waktu tempatan). Kuliah kami yang sepatutnya bermula Isnin (esok) ditangguhkan kerana pihak universiti menambah cuti seminggu lagi akibat gempa bumi,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan semua rakyat Malaysia di South Island dilaporkan selamat dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.1 pada Skala Richter, yang terbesar bagi tempoh 80 tahun di negara itu, awal pagi semalam.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, Datuk Hasnudin Hamzah berkata, pihaknya kini memantau keadaan di situ berikutan kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.35 pagi waktu tempatan (12.35 tengah malam waktu Malaysia).

“Kami menerima panggilan daripada wakil pelajar di kawasan itu dan menyatakan mereka semua selamat. Namun keadaan belum stabil sepenuhnya.

“Semua maklumat terkini diedarkan menerusi apa juga saluran yang mungkin, termasuk e-mel, Facebook dan Twitter,” katanya.

Gempa itu berpusat 14 km dari tenggara Christchurch, bandar raya terbesar di South Island dan kedua terbesar di negara berkenaan.

Seramai 403 pelajar Malaysia kini menuntut di South Island iaitu di University of Canterbury, Lincoln University dan University of Otago — semuanya di Christchurch — serta beberapa kolej dan politeknik.

Hasnudin turut menasihatkan rakyat Malaysia, terutama pelajar, supaya menghubungi keluarga masing-masing bagi memaklumkan keadaan mereka.

“Beberapa pelajar yang menghubungi suruhanjaya menyatakan rumah mereka mengalami kerosakan kecil seperti pintu rosak dan cermin pecah akibat gempa bumi,” katanya.

Mengikut maklumat dikeluarkan suruhanjaya itu, gempa berkenaan mengakibatkan kerosakan serius kepada bangunan dan infrastruktur, termasuk jambatan serta jalan raya.

Laporan media tempatan menyebut dua orang cedera parah dalam kejadian itu, selain semua akses komunikasi dan bekalan elektrik terputus pada sebelah pagi.

DUNIA


Lebuh raya Beijing sesak lagi lebih teruk

BEIJING - Selepas bergerak lancar sejak awal bulan ini, pemandu kenderaan berat di Beijing sekali lagi menempuh kesesakan untuk kali ketiga dalam tempoh dua bulan dan kali ini lebih teruk sehingga menjangkau sejauh 130 kilometer.
Pihak berkuasa China menganggarkan lebih 10,000 buah trak, sebahagian besarnya ialah lori pengangkut arang batu dari wilayah Inner Mongolia dekat sini, langsung tidak dapat bergerak di lebuh raya Beijing-Tibet sejak kelmarin.
Ia sekali lagi dikesan berpunca akibat daripada kerja penyelenggaraan di lebuh raya baru yang dibina selari dengan laluan sedia ada dan memaksa pihak polis segera membina lorong lencongan alternatif untuk menyuraikan kesesakan itu.
Kali pertama kesesakan terburuk berlaku pada 14 Ogos lalu melibatkan jarak 100 kilometer yang berakhir 10 hari kemudian dan disusuli kesesakan kedua pada 27 Ogos sejauh 30 kilometer yang berakhir awal September lalu. - Agensi


Gempa goncang Christchurch



2010/09/04

WELLINGTON: Kejadian gempa bumi berskala 7.1 magnitud melanda bandaraya Christchurch awal pagi semalam memusnahkan banyak bangunan dan kediaman penduduk.
Ribuan penduduk yang panik ekoran kejadian itu berlari keluar dari kediaman masing-masing dengan pakaian tidur di bandar raya yang dihuni 400,000 orang itu.

Bagaimanapun, tiada nyawa yang terkorban dan hanya dua kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu serta tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Datuk Bandar Christchurch, Bob Parker berkata, gempa bumi memusnahkan banyak bangunan lama, kediaman penduduk dan menyebabkan bekalan elektrik serta air terputus. Kerajaan New Zealand mengsiytiharkan darurat di kawasan di barat Christchurch yang dilanda gempa itu. Menurut penduduk, Angela Morgan, banyak bangunan lama di pusat bandar musnah dan serpihan runtuhan bangunan berselerakan menghalang laluan di jalan raya.

“Beberapa bangunan di pusat bandar mengalami kemusnahan dan terdapat beberapa mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan,” kata Angela. Pasukan penyelamat, bomba dan anggota tentera dikerah memberi bantuan kepada mangsa yang terperangkap dalam bangunan yang runtuh.
“Kami bernasib baik kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan walaupun gempa sudah memusnahkan sebahagian besar sistem infrastraktur di bandar ini,” kata Menteri Pertahanan Awam New Zealand, John Carter. Sementara itu, Hospital Christchurch melaporkan, pihaknya merawat dua mangsa yang cedera parah dan sebilangan besar penduduk yang mengalami cedera ringan. Jurucakap hospital, Michele Hider berkata, seorang mangsa yang parah akibat ditimpa bumbung rumah dirawat di unit rawatan rapi manakala seorang lagi parah dihempap pintu kaca yang runtuh. - AFP

No comments:

Post a Comment