Thursday, September 2, 2010

BENDA MEWAH...KDG2 BANYAK FUNGSI....TAK GUNA PUN FUNGSI2 YANG ADA TU...TUK CALL JE...RUGI

DUNIA


Galaxy Tab saingi iPad



KOMPUTER Galaxy Tab (kanan) dan komputer iPad (kiri).



BERLIN, Jerman – Firma Korea Selatan, Samsung Electronik semalam mempamerkan sebuah komputer terbaru dikenali sebagai Galaxy Tab bagi menyaingi populariti komputer iPad keluaran Apple Inc.
Eksekutif Telekom Eropah Samsung, Thomas Richter pada pameran kepenggunaan elektronik terbesar di dunia anjuran Pertunjukan Radio Berlin (IFA) di sini menyatakan, gajet tersebut menawarkan kemudahan sidang video bergerak dan perbualan video selain fungsi Bluetooth, Wi - Fi dan rangkaian telefon pintar 3G.
Menurutnya, komputer keping nipis itu seberat 380 gram dan dilengkapi skrin sentuh 18 sentimeter iaitu tiga kali ganda lebih besar daripada skrin telefon pintar iPhone tetapi kira-kira satu pertiga lebih kecil berbanding skrin iPad.
Jelas Richter, Galaxy Tab didatangkan dengan sistem operasi Android 2.2 keluaran syarikat Google Inc. yang boleh membaca kod Protokol Alih Hiperteks 5 (HTML5) dan memainkan Adobe Flash Player tidak seperti iPad.
Gajet berkenaan akan membolehkan pengguna melayari Internet dan membuka e-mel sama seperti sebuah komputer biasa, tambahnya.
“Komputer keping Samsung Galaxy direka untuk membolehkan pengguna memaksimumkan pengalaman dalam talian mereka di mana sahaja mereka berada,” kata ketua perniagaan telekom Samsung, J.K. Shin.


SEORANG lelaki merakamkan gambar seorang wanita dengan komputer Galaxy Tab di pertunjukan Radio Berlin, Jerman semalam.



Harga komputer itu akan bergantung kepada pembekal telekomunikasi dan ia bakal dipasarkan di Eropah pada bulan depan sebelum dijual di Amerika Syarikat (AS) serta Asia pada musim luruh ini.
– AP

No comments:

Post a Comment