Monday, August 30, 2010

NGERI DAN KEJAM

Kotak meletup, 1 maut, 1 parah



ANGGOTA bomba dan paramedik memberi pertolongan cemas kepada seorang lelaki yang cedera parah melecur seluruh badan akibat letupan sebuah kotak misteri di Pangsapuri Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur, semalam. - GAMBAR IHSAN PEMBACA UTUSAN



KUALA LUMPUR 29 Ogos – Seorang pekerja wanita sebuah kafe siber maut manakala rakannya parah akibat melecur hampir 90 peratus sebaik sahaja membuka sebuah kotak misteri mengandungi mercun yang meletup di Tingkat 12 Pangsapuri Desa Tun Razak di sini hari ini.
Kedua-dua mangsa, seorang wanita berusia 51 tahun dan lelaki berumur 38 tahun dikatakan tercampak sebaik sahaja membuka kotak tersebut kira-kira pukul 8.30 pagi.
Kesan letupan mercun itu agak kuat apabila ia turut memecahkan cermin tingkap lima unit rumah di tingkat yang sama.
Pekerja wanita itu, Ng Siew Hong meninggal dunia ketika dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira pukul 5.10 petang ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abdul Rahim Hamzah berkata, di atas kotak misteri itu, turut diletakkan dua biji limau bali.


Mayat perut terburai ditemui



2010/08/30

PELABUHAN KLANG: Mayat seorang wanita dengan perut terburai dipercayai dibunuh ditemui di tempat pembuangan sampah di Jalan Sungai Cendong 12, Perindustrian Armada, Pulau Indah di sini, pagi semalam.
Mangsa dipercayai warga Indonesia berusia 30-an yang berpakaian lengkap itu dijumpai seorang pengawal keselamatan ketika melalui kawasan kejadian, kira-kira jam 7.30 pagi.
Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, sepasukan anggota polis dihantar ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada pengawal keselamatan terbabit.

Menurutnya, setiba di lokasi, anggotanya menemui mayat seorang wanita yang belum diketahui identitinya.

"Pemeriksaan awal pada mayat berkenaan mendapati terdapat beberapa kesan tikaman di pipi, tangan dan belakang badan manakala perutnya terburai.

"Mangsa dipercayai dibunuh menggunakan senjata tajam berdasarkan kesan pergelutan yang ditemui. Pihak kami turut menemui sarung pisau berdekatan mayat namun senjata yang digunakan tidak dijumpai," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohamad berkata, pihaknya percaya wanita terbabit dibunuh dengan kejam dan mati di tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Tak dapat wang cabul pun jadi



2010/08/30

KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan saja disamun malah turut dicabul seorang lelaki yang berang selepas gagal mendapatkan wang ketika mangsa berada dalam kereta di sebuah bank di Pandan Indah, Khamis lalu.
Sumber memberitahu, mangsa berusia 20-an itu bernasib malang apabila sebelumnya sudah disamun seorang lelaki sebelum dihampiri dua lelaki yang memaksanya masuk kereta.
“Sejurus tiba di satu lorong sunyi, suspek memberhentikan kereta dan memaksa mangsa menyerahkan wang.

“Mangsa memberitahu yang dia baru disamun seorang lelaki menyebabkan suspek marah dan meraba seluruh badan mangsa menyebabkan mangsa nekad melarikan diri,” katanya


Mangsa kedua letupan bom buatan meninggal dunia pagi tadi



2010/08/31

KUALA LUMPUR: Seorang lagi mangsa kes bom buatan sendiri, yang melecur 70 peratus, di sebuah Apartment Desa Tun Razak Ahad lepas, meninggal dunia pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata, Goh Weng Sing, 38, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 5.45 pagi selepas dipindahkan dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Bapa mangsa yang hanya dikenali sebagai Goh, 60, berkata Weng Sing adalah anak ketiga daripada empat beradik dan sudah berkahwin.

"Saya tidak tahu pekerjaan anak saya selama ini, tetapi saya percaya anak saya dianiaya. Saya minta polis siasat perkara ini memandangkan suspek sudah diketahui," katanya kepada pemberita di luar bilik mayat HKL di sini hari ini.

Sementara itu, isteri mangsa yang bekerja di Singapura, yang turut berada di luar bilik mayat HKL itu, enggan ditemuramah.

Difahamkan polis sudah mengambil keterangan daripada isteri suspek yang menghantar bom buatan sendiri itu, dan usaha menjejakinya sedang giat dijalankan, termasuk mengawasi rumah suspek.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi Ahad lalu, mangsa dan seorang pekerja wanita sebuah kafe siber, cedera parah selepas terkena bom buatan sendiri ketika mengangkat sebuah kotak misteri di hadapan rumah majikan mereka.

Wong Siew Song, 51, meninggal dunia pukul 5.10 petang pada hari kejadian akibat melecur 70 peratus ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Polis kini giat memburu suspek, dipercayai seorang kontraktor berumur 45 tahun, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kawasan perumahan itu.

-Bernama

No comments:

Post a Comment